Assalamualaikum wbt..
Mari kita bersyukur di atas nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita. Dengan nikmat itulah saya masih mampu menulis dan anda masih boleh membaca di sini. Alhamdulillah, itulah sebaik ucapan.
Terpilih menjadi salah seorang volunteer K-Fiqh cukup untuk menjadikan saya gembira. Malam sebelum di'observe' pensyarah, saya menerima panggilan telefon daripada En.Farouk wakil K-Fiqh. Katanya, saya terpilih. Alhamdulillah.. Terus saya hubungi Hamizah untuk meraikannya bersama.
Sangat terkilan juga kerana tidak banyak yang saya mampu bantu sebagai seorang sukarelawan. Kerana kekangan, 3 Julai baru saya memunculkan diri di UTM, tempat konvensyen diadakan.
Alhamdulillah, masih ada rupanya kerja yang masih boleh dibantu menjelang hari konvensyen ini iaitu menjual tiket di Persada, Jb.
Hj Aki
Di sinilah saya bertemu dengan Hj Aki. Atau nama sebenarnya Hj Akhiruddin Abd Wahab. Usianya 50 tahun berkerja di sebuah syarikat Proton. Beliau yang membawa saya dan Hamizah untuk bersama-sama menjual tiket di Persada.
"Hamizah, ini novel remaja pertama yang saya tulis. Bacalah!", Hj Aki menunjukkan bukunya kepada Hamizah yang duduk di hadapan. Saya segera menjengah kepala ingin melihat juga buku yang dimaksudkan. Pantang mendengar tentang buku. Apatah lagi penulisnya di hadapan mata. Saya meneliti di kulit sisi. Tertulis senarai buku yang pernah beliau tulis dan syarikat penerbitan, Karnadya
"Jom Hidupkan Roh Haji", saya membacanya di dalam hati. Rasanya seperti familiar..
Sah! Rupa-rupanya buku beliau "Jom Hidupkan Roh Haji" itu telah diselia oleh abang saya ketika beliau berkerja sebagai editor buku di Karnadya beberapa tahun dahulu! Subhanallah.. Kecilnya dunia..
Dengan itu, bermulalah sesi perkongsian tips menulis oleh insan hebat ini. Hj Aki seorang yang cergas dan sangat aktif dalam dakwah di masjid juga majlis ilmu di sekitar Johor selain daripada seorang penulis yang telah menulis beberapa buah buku motivasi, Islamik dan karya yang masih dalam penulisannya, novel islamik. Katanya, "Susah juga saya nak menjiwai watak remaja, dan cinta ni.."
7 dan 8 Julai
Saya ditugaskan dalam unit dewan. Menjaga pintu masuk untuk memastikan semua peserta memakai 'badge'
yang menandakan mereka sudah menunjukkan tiket di kaunter pendaftaran, mengiring peserta ke tempat duduk dan memastikan kelancaran konvensyen dengan baik. Alhamdulillah, mudah sahaja. Semuanya berjalan dengan baik. Walaupun saya tidak mampu mencerap setiap patah ilmu yang dicurahkan, namun dapat berada di dalam majlis konvensyen ini sudah cukup membina kepuasan bagi saya. Walaupun hakikatnya tenaga saya dalam k-fiqh ini hanyalah ibarat sebatang lidi dalam sebatang penyapu. Bertemu muka dengan para asatizah, bergerak kerja dengan Pengarah, Brother Syarief yang hebat dengan ilmu hadithnya, Pn Zuraidah yang bijak menyusun protokol, Hj Aki yang penuh sifat kebapaan, dan seluruh ajk dan sukarelawan. Kami berkerja dengan penuh kegembiraan dan tiada stress yang mengiringi sedangkan lumrah sesuatu program tidak pernah lari daripada masalah.
Alhamdulillah.. Ilmu dapat, ukhuwah pun dapat!
Nota:
1.Saya tak tahu kenapa abang saya jealous sebab dia tidak terpilih menjadi volunteer kali ni. Sedangkan dia dah jadi volunteer masa K-Fiqh di PWTC..huhu
2. Kelembapan internet di kampung. Maka, tiada gambar untuk dimasukkan di sini.
Nabi dulu Mazhab apa?
1 week ago
0 comments:
Post a Comment