• RSS

29 January 2011

jom hadir ke Taman Syurga

27 January 2011

Jadilah striker terbaik!



Fuh..Fuh..Fuuuh…!!!
Tiup-tiup habuk di sini sambil sapu-sapu dengan bulu ayam..
Rindunya untuk menulis. ..
Hari ini baru saya mampu menarik nafas..masa-masa yang berlalu sangat menyempit menghimpit.
Tipu la! Ni ayat apa ni? Nak kata diri kau tu sibuk? Huh! Jangan perasan la cik Linda oit! Sibuk mana lah kau tu..
Membaca entri sahabat-sahabat yang menulis mengenai bowling buat saya tersenyum dan ketawa tak kurang juga yang membuat saya sebak. Macam-macam gaya dan cara tersendiri. Isunya hanya bowling tapi ia mampu dikupas sebaiknya supaya isinya mampu mencairkan hati-hati yang kenal erti tarbiyah. Inilah kuasa Allah. Al-Hakim memberi kebijaksanaan kepada manusia supaya mampu berfikir tentang kebesaranNya.
Menjejakkan kaki ke pusat bowling adalah pengalaman kali pertama saya. Apatah lagi mahu bermain. Jauh sekali. Apabila seorang sahabat merangkap ‘bos’ mengajak kami untuk bermain bowling petang itu, aisyh! Macam-macam la terbayang dekat otak ni.
 “Pergh! Sure juara longkang la aku.” Andaian pesimis mula menjengah.
Mana tidaknya, saya tak pernah main bowling!
Sampai di tempat yang dijanjikan, ramai sudah menanti. En Mat macam dah tunggu lama. Wah-wah berkobar-kobar nampak..  K.Huda, K.Fatin pun macam dah lama sampai. Eh, Kak Sah bersama zaujnya pun ada… huhu.. soalan pertama Kak Sah ketika bersalaman dengan saya,
Sihat? Macam mana LPK sekarang…?”…
macam tu la.. kita sekarang tengah rancang untuk bla..bla…bla…” balas saya ringkas. Bagus betul Kak Sah ni, walaupun dah mantan tapi masih ambil tahu pasal adik-adik dia.
K.Intan dan Hamizah sibuk di kaunter untuk menguruskan tempahan set permainan kami. Saya dengan Kak Huda sibuk merancang untuk jadi penonton setia. Hehe.. seboleh-boleh mengelak untuk bermain. Tapi apakan daya, duit sudah dibayar, nama sudah terpampang di dashboard, nak tak nak kena jugalah angkat benda bulat tiga lubang tu. Hmm.. nervous bukan main.
Tengok sahabat-sahabat lain main, relax je. Macam-macam skill ada. Tak kurang juga yang masuk longkang. Tunggu dan tunggu, sampailah giliran saya. Pergh! Bila saya angkat je bola pertama, seorang sahabat menegur,
Eh, jap..jap.. Tu berapa tu berat dia?” 
Eh, Owh.. berat lain-lain ek?.. hehe” betapa jahilnya saya bab-bab bowling ni. Nak buat macam mana, dulu siapa suruh permainan bowling tak diajar masa subjek PJK di sekolah rendah…hehe logik tak alasan.

Saya pun segera menukar bola. Pilih dan pilih, dapatlah BMI bola yang sesuai iaitu 9 kg. Berjalan dengan tenang, ke arah mulut yang masih tersusun giginya yang putih.
 “Siaplah kau aku nak rongakkan gigi-gigi kau. Biar bersepai menjadi debu berterbangan..cheewah! Ayat hiperbola di situ. Boleh pula saya andaikan pin-pin tu macam gigi. Hmm….
Tibalah saat saya melontar bola.
Nah! Telanlah bola ni!!!” . jerit saya tanpa suara.
Bola bergolek perlahan.. perlahan.. dan akhirnya masuklah ke longkang. Cubaan pertama masuk longkang. Muka ketat.
oloh.. masuk longkang je…tak nak lah main lagi..” rajuk hati.
relax  la..” pujuk sahabat-sahabat.
Dan diikuti dengan lontaran-lontaran seterusnya, adalah strike satu. Dan mata yang Berjaya dikumpul hanyalah 57.. 

Astaghfirullah.. Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar!
Islam itu akan sentiasa subur di hati sekiranya kita sentiasa merasakan setiap apa yang kita lakukan adalah ibadah. Bowling bukanlah permainan biasa. Ia memerlukan pemain yang sentiasa fokus dan mempunyai skill yang terbaik ketika melontar bola. Tidak kurang juga jika mereka pandai mengaplikasikan konsep fizik, tanpa skill tertentu mereka juga mampu mengumpul mata strike yang tinggi.
Hidup kita sentiasa dihadapkan dengan pilihan. Setiap hari wajib membuat pilihan. Mahu hadir usrah bersama-sama sahabat atau bergosip dengan kawan-kawan? Mahu hadir ke kuliah Al-Hikam seawal  7.30 pagi atau melayan tidur selepas subuh? Mahu hadir ke kuliah atau ponteng? Mahu hadir meeting atau sanggup mereka alasan?
Perkara pertama yang mesti dilakukan sebelum mula bermain adalah memilih kasut yang sesuai. Kalau terbesar, gabak la jawabnya. Kalau terkecil, sempit melecetlah kaki. Begitu juga dengan pemilihan bola. Ukur bola di badan sendiri. Bola tidak boleh terlalu ringan dan terlalu berat. Pastikan ia sesuai dan mampu untuk kita angkat.
Nafsu kadang-kadang lebih terkehadapan memilih daripada akal dan iman. Itulah yang bahaya! Nauzubillah..   
Apabila sudah memilih bola yang sesuai, masukkan tiga jari ke ruang yang disediakan. Kenapa tiga jari? Cuba lah cari sendiri jawapannya……
Pabila bola sudah di tangan, tibalah saat untuk melontar. lontaran bukanlah semberono. Bukan sekadar lontar, dan menunggu mengharapkan bola itu strike. Bukan begitu konsep tawakal. Mengharapkan Islam itu menang bukan sekadar menunggu bergoyang kaki, leka bermain game, menonton filem yang tidak sepatutnya, dan  mengharapkan orang lain buat untuk kita. Perlu ada usaha. Tumpuan sepenuhnya. Belajar daripada senior. Jangan jadikan TIDAK TAHU sebagai alasan untuk mengelak daripada bergerak kerja. Cara kita belajar bukanlah dengan sekadar menjadi pemerhati . Tapi belajar dengan mengalaminya sendiri. Pengalaman hidup adalah guru terbaik.
Sekarang cuba letakkan diri kita di tempat bola yang sedang bergolek itu.
Matlamat untuk menjatuhkan ke semua pin-pin tersebut memerlukan kita berkorban. Tubuh kita sakit dek kerana bergeser dengan lantai. Kalau si pembaling kurang mahir, bang! Bunyi bola terkena lantai. Aduh! Sakitnya… mana mungkin pin boleh jatuh tanpa bola menyentuh lantai.
Itulah perjuangan. Dalam usaha menggapai matlamat tertinggi, siapakah yang tidak pernah merasai kesakitan dan keperitan? Rasulullah dipulau di Mekah. Dibaling batu di Thaif, dibaling najis oleh musyirikin Mekah, bersembunyi di gua gelap, juga patah giginya di Uhud. Sumayyah ditikam tombak, Bilal dihempap batu. Namun Iman di dada tidak pernah malap.
Sering kali kita dengar, jalan perjuangan ini bukan mudah. Tiada karpet merah yang terhampar tapi apa yang ada hanyalah duri-duri tajam yang sedia menusuk. Maka bersedialah.
Begitu ramai pemain bowling yang bermatlamat untuk strike, namun ada juga golongan yang pelik. Mahu jadi pemain bowling tapi tidak bermatlamat sama dengan pemain yang lain. Sibuk mencari kesalahan orang tanpa sedar kesalahan sendiri. Mungkin juga ada yang menyamar sebagai pemain bowling sedangkan dia sebenarnya adalah pemain ragbi. Itulah lumrah kehidupan. Kita hanya merancang, Allah juga merancang. Rancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.
Kita juga tidak mampu untuk mengekalkan diri kita sebagai seorang Islam. Siapakah di antara kita yang menjamin keislamannya esok lusa? Apatah lagi syurga neraka? Semuanya atas kuasa Ar-Rahman & Ar- Rahim. Islamnya kita kerana Dia. Keberadaan kita di sini juga kerana Dia. Berdoalah kepada Allah. pohonlah ampunannya. Faham dan ikhlas.
Jadilah striker yang baik. Bukan menjadi striker yang sombong dan futur.
Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh,
Pastikan azammu semakin meninggi..
Wahai pemilik hati kami, thabbit hati kami di jalan agama Mu..
Lahawlawaquwwata Illa billah..    



12 January 2011

Mengapa kami Bantah! Penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajarkan sains dan matematik



Judul: Mengapa Kami Bantah! Penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajarkan sains dan matematik
Penulis: Prof Emiritus Dr Abdullah Hassan
Bilangan muka surat: 155
Sumber: Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Skudai

Buku ini saya terjumpa di PSZ ketika saya sibuk mencari buku lain. Isu PPSMI sudah lapuk dan sudah diumumkan juga tentang pemansuhannya pada 2012.  
Sedikit fakta dari buku ini..
Antara isi memorandum dan pendirian bersama para professor  bidang yang berasaskan sains, kejuruteraan dan teknologi (SAKTI) seluruh Malaysia terhadap dasar pendidikan sains dan matematik sekolah dalam bahasa Inggeris:
Bertentangan dengan Hukum teori Pembangunan SAKTI
Mengikut teori ilmu naqli (wahyu), Allah menegaskan betapa bahasa sesuatu kaum itu sendiri yang memudahnya mereka memperoleh ilmu dari luar dan dalam. Ini tafsiran yang lazim terhadap ayat Al-Quran, surah Ibrahimn yang menegaskan bahawa Allah tidak mengutuskan seorang rasulNya pun yang tidak dari kalangan sesuatu kaum berkenaan untuk memudahkan kaum tersebut memperoleh ilmu dan hikmah.
Mengikut dari teori ilmu aqli (intelektual) banyak kajian yang dilakukan oleh sarjana-sarjana dalam pemikiran, epistemology seperti  de Bono, Miller menunjukkan manusia memang lebih mudah menguasai sesuatu ilmu (terutamanya di peringkat sekolah) menerusi bahasanya sendiri, dan sesuatu bahasa itu ada keistimewaannya sendiri dalam peranannya sebagai mangkin dan wahana pengaryaan atau penciptaannya.
Terlalu banyak fakta menarik yang saya ingin kongsikan. Lebih baik jika anda membacanya sendiri.  
Sedikit kronologi mengenai kami selaku mahasiswa fakulti pendidikan yang lahir pada tahun 1990.
1997-2002: kami belajar matematik dan sains dalam bahasa Malaysia di sekolah rendah
2003-2008: kami pelajar pertama yang belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris di sekolah menengah dan matrikulasi
semua guru di sekolah tidak risau dengan keputusan sains dan matematik ketika Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana dalam bahasa pasarnya, (graf turun tahun ni.. takpe jangan risau..) tahu kenapa graf turun? erm.. pendirian kerajaan ketika itu berbeza.
2011 (julai): kami bakal menjalani latihan mengajar dan mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris
2013: kami bakal mengajar matematik dan sains dalam bahasa Malaysia.
Kamilah bahan eksperimen.


09 January 2011

Orange is one of my favorite colour.


This color of luxury and pleasure appeals to the flamboyant and fun-loving person who likes a lively social round. Orange people may be inclined to dramatize a bit, and people notice them, but they are generally good-natured and popular. They can be a little fickle and vacillating, but on the whole they try hard to be agreeable. Orange is the color of youth, strength, fearlessness, curiosity and restlessness.


Orange is related to energy, strength and power. Your preferred choice of orange shows you a fighter. You love to win. You are a competitor. You are considered more suitable for the careers in sports, architecture and engineering. You fancy for design and form. Colorpersonality tests term you as an energetic motivator.

read more:  http://www.personality-and-aptitude-career-tests.com/color-personality-tests.html




nota: 
1. Warna kegemaran saya ada dua. Satu daripadanya adalah warna oren
2. Warna oren tidak semestinya dikaitkan dengan Pro-M melainkan ketika musim PRK
3.Saya suka warna oren sebelum, semasa dan selepas PRK.
4. Jangan skeptik terhadap warna
 

06 January 2011

Dingin yang luar biasa


Alhamdulillah wa sykurulillah..
Embun pagi 2011 masih berpeluang untuk menjadikan saya dingin. Sememangnya dingin yang ini tidak sedingin di penghujung disember lepas.  Dingin sebelum ini terlalu luar biasa sejuknya. Sejuk yang memeritkan. Dingin yang hanya mampu dihangatkan dengan dakapan erat ukhuwwah. Dingin yang membawa bersama erti tarbiyyah dan tadhiyyah. Dingin yang menyaksikan ikrar bukti kesetiaan tanda cinta pada agama. Dingin yang itu juga kadang kala dihangatkan dengan sebuah lagu yang bergema padu bukti kesatuan mereka yang menyanyikan.
Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi
Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!

Dingin 2011 biasa sahaja. dingin yang menyamankan dan tidak sesekali memeritkan. Saya senang sekali dengan kehadirannya.  Hari ini hari yang keenam dingin 2011 bertandang. Dingin ini membawa bersama roh semangat untuk terus mengorak langkah ke hadapan selepas saya bertemu dengan dingin yang sebelumnya.
Saya sering kali terngiang-ngiang dengan ikrar sebelum ini. Takut ia tidak terlaksana nanti. Hari-hari yang bakal mendatang saya tidak tahu bagaimana rencananya. Kata-kata kita sering diuji. Jadi bersedialah wahai diri untuk diuji. Terlaksana atau tidak bukanlah pokoknya. Apa yang penting harus sentiasa ikhlas dan faham tentang apa yang dilakukan dan perjuangkan. Kalau itu semua ada, insya Allah tidak akan futur buat selamanya. Juga dengan ikhlas dan faham, kita tidak akan banyak mengeluh dan mempersoalkan apa yang ditaklifkan. 

Saya rimas dengan keluhan sahabat “ kenapa aku kena jadi ……?”. Aduhai sahabat, taklifan bukan hobi kegemaran yang kita lakukan untuk mengisi masa lapang. Ia tidak boleh dipilih-pilih seperti memilih barangan di kedai. Aku nak yang ini, ini dan ini. aku tidak mahu yang itu, itu dan itu.  Taklifan itu amanah dari Allah. Allah yang memilih kita untuk melakukannya.
Saya tidaklah sehebat mana. Masih banyak lagi ilmu yang belum diraih. Masih banyak kecacatan di sana-sini. Saya percaya mehnah dan tribulasi di hadapan menuggu masa untuk membaham saya. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.
Lahaulawa quwwata illa billah..
nota:
1. Hanya orang tertentu sahaja yang memahami entri ini.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...