• RSS

24 March 2010

cabaran seorang pemimpin



"linda, apa perasaan kau kalau kau bukan dalam bidang kerja tu, tapi orang salahkan kau pasal kerja tu", tanya seorang sahabat pada saya.
Nadanya begitu tidak berpuas hati kerana dia telah dipersalahkan mengenai satu perkara sedangkan dia bukanlah orang yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.
" ish2x.. kalau aku jadi kau, mestilah aku sedih. Memang tak patut, orang yang buat macam tu. Tapi, kau kena ingat satu benda. Orang yang dilantik jadi pemimpin dan diberi jawatan ni, kena bersedia untuk dikritik, dibenci, disalahkan, difitnah, dan pelbagai 'di' lagi. Jadi, bersabarlah." lebih kurang begini jawapan saya pada sahabat saya itu.
Tidak tahu adakah kata-kata saya mampu mengubat kekecewaan dan kemarahannya ataupun hanya sekadar ibarat angin lalu sahaja. Biarlah. Saya tidak kisah. Saya juga terfikir, adakah saya mampu berkata sedemikian kerana saya tidak berada di tempatnya dan tidak memegang jawatan tinggi sepertinya..
ayat yang selalu kita dengar,"alah! kau tak ada kat tempat aku, bolehla cakap..."
Itu juga tidak dinafikan. Sudah menjadi lumrah. Yang melihat tidak akan memahami keadaan yang melakukan . Penonton teater tidak dapat memahami dan menghayati watak pelakon seperti mana pelakon itu sendiri menghayati watak yang diberikan kepadanya. Oleh sebab itulah, wujudnya peribahasa "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".
Tapi, walau apa pun ia, ingatlah wahai pemimpin sekalian, bila mana namanya pemimpin, jutaan mata memandangmu dan bersedia untuk mencari kesalahanmu.


wahai JKM, Presiden Kelab/Persatuan, MPM dan lain-lain pemimpin, bersedialah untuk dikritik, dikeji, dibenci, dihina dan dipersalahkan dalam sekalian hal. Kamu perlu bersedia kerana kamu adalah seorang pemimpin!


22 March 2010

Lambakan Anak Haram di Malaysia

17,303 anak luar nikah didaftar 2009


2010/03/21

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu. Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara. Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama. Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa. Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes). Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah). “Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran. “Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya. Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah. “Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN. “Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod. “Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.

Membuka laman web berita harian usai subuh pagi tadi, mata saya terus tertangkap akan artikel ini. Isu yang ingin saya ketengahkan adalah kes PEMBUANGAN BAYI di negara kita ini. Namun, langkah yang diambil oleh Ketua Jabatan Pendaftaran untuk meletakkan bin atau binti di sijil kelahiran amatlah dipuji dengan bertujuan untuk menutup ‘aib kanak-kanak tersebut.

Kembali semula pada isu pembuangan bayi ini. Sememangnya saya tahu, masalah sosial di negara kita ini sudah di tahap kronik tapi saya tidak menyangka jumlah anak haram ini seramai itu. Dan jumlah itu tidak termasuk yang tidak didaftarkan. Jumlah rakyat malaysia yang berbangsa melayu pada tahun 2009 adalah sekitar 60% daripada 26 juta penduduk di Malaysia keseluruhannya dan seramai 17,303 adalah anak luar nikah. Sedih melihat hilangnya kewibawaan orang melayu. Saya melihatnya kembali pada diri saya. Apakah usaha yang telah saya lakukan untuk membendung ini? Jika ada, ternyata ia tidak berkesan sama sekali kerana melihat peningkatannya saban tahun sungguh menyedihkan.

Kejam! Sungguh kejam! Lebih kejam daripada arab jahiliyyah dahulu. Sekurang-kurangnya mereka menanam bayi tersebut hidup-hidup dan bukanlah dibuang , dicampak dan dibiar diheret anjing. Manusia apakah ini? Sudah tidak kenal erti kasih-sayang.
Usah menuding jari. Seharusnya semua pihak harus memainkan peranan.

Duhai ibu bapa, janganlah kau izinkan anak-anakmu berpacaran di luar, berpegangan tangan sebelum adanya ikatan. Memberi kebebasan pada mereka bukanlah tanda kasih sayang yang engkau curah tapi sebenarnya adalah racun pembawa padah!



Wajah Suci
Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mesticahttp://liriknasyid.com

Wajah suci itu tidak berdosa

Mengapa dia dibiar begitu saja

Sedih pilu menatap rupanya

Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu

Belum sempat dia memanggil ibu

Sampai hati engkau dizalimi

Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati

Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati

Dimanakah nilai ehsan insani

Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup

Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan

Buntu tiada jalan penyelesaian

Lalu si anak dibuang di jalanan(Mengapa tiada simpati dan kasihan)

SAyu hati melihat nasib dirimu

Bagai tiada nilainya di sisi

Wajah sucimu telah dinodai

Namun lahirnya ada nilainya

Di sisi Allah engkau muliabagai kain putih kau tiada dosa

Bertaubatlah mereka yang hina

18 March 2010

Kami merinduimu duhai ABAH..

guna air tu jimat- jimat la sikit. Asyik terlupa nak tutup paip je. Mana la bil tak naik!” tegur abah.
nanti abah tak da nanti baru rasa kena bayar bil sendiri.” Sambungnya lagi.
Abah memang macam tu. Dia seorang yang jimat dalam sekalian hal. Tapi, kebelakangan ini, selalu pula abah cakap “ nanti bila abah dah tak ada……”

“Mah, Mah. Kalau aku tak ada nanti, awak kawin lagi tak? Tanya abah.
apa la awak ni. Cakap yang bukan-bukan ja!” balas emak sambil mencubit abah.
alah.. apa orang tak mati? “ balas abah sambil menunggu jawapan emak.
tak lah bang. Tak mungkin!” jawab emak meyakinkan abah.
awaklah isteri yang taat.”
Emak mengalirkan air mata. Dia sendiri tidak tahu mengapa soalan itu yang ditanya. Tidak nampak langsung tanda-tanda yang abah ingin pergi meninggalkan kami.

cantiknya anak abah ni.”
bagusnya anak abah dah pandai bawa motor. Baguslah nanti senang kalau ada apa-apa
Terlalu banyak pujian. Terlalu banyak kepuasan yang abah nyatakan. Tapi kami sekeluarga tidak tahu yang itu adalah tanda abah bakal meninggalkan kami semua.

Sehinggalah saat itu tiba.
Pagi 18 mac 2002.
Subuh itu, abah bangun seperti biasa lebih awal daripada saya dan emak. Mandi, dan ke masjid. Pulang daripada masjid, dia bergegas bersiap untuk pergi bekerja. Cumanya yang agak aneh, abah kelihatan tergesa-gesa. Katanya takut tak sempat nanti. Terlalu terburu-buru hingga abah tak mengucup dahi emak dan membunyikan hon motorsikalnya seperti biasa. Hati emak mula tidak enak. Tapi perasaan itu dibuang jauh-jauh.
Abah meneruskan perjalanannya. Suasana ketika itu, kelam sahaja. Walau begitu, motorsikal abah dilengkapi dengan lampu yang terang. Maklumlah motor baru modenas kriss. Sesampainya di satu kawasan, seorang lelaki tua bermotosikal berada di arah bertentangan berada di hadapan abah . Abah membunyikan hon beberapa kali. Tetapi lelaki itu tetap meneruskan perjalanannya tanpa ada tanda-tanda yang dia ingin berhenti atau menukar arah. Mengikut saksi, kali terakhir abah membunyikan hon, mulutnya berteriak ALLAHUAKBAR!!!. Mereka berempuh. Abah dan lelaki itu tercampak. Topi keledar abah yang tak diikat tak mampu melindungi kepala abah daripada menyembah bumi. Dahinya terhentak di atas jalan tar yang keras. Darah pekat mengalir. Motosikal abah habis kemek. Pergelangan tangan abah retak sedikit mungkin kerana menarik brek tangan. Badan abah semua baik. Cuma kepala yang teruk. Sesampainya orang ramai untuk menolong, abah sudah tiada lagi. Jenazahnya dihantar ke hospital.


Dalam masa yang sama, emak menghantar saya ke sekolah seperti biasa. Di perhimpunan pagi itu, semuanya kelihatan biasa. Cikgu-cikgu semuanya sudah tahu mengenai abah tapi tak berani untuk memberitahu kepada saya. Ketika 10 minit bermulanya p&p tiba-tiba, jiran saya datang meminta izin untuk membawa saya pulang ke rumah. Saya tertanya-tanya.
Ada apa ni?” saya bertanya kepada jiran saya.
nanti kau balik, kau tahulah” jawabnya tenang.
Saya hanya akur. Tidak terlintas langsung ada sesuatu yang buruk telah berlaku. Sesampainya di rumah, ramai jiran-jiran datang ke rumah. Mereka mengangkat meja dan kerusi dan mengosongkan di bahagian ruang tamu. Hati mula berdebar. Mata mula liar mencari emak.
mak, kenapa ni?” saya bertanya.
abah… abah jatuh motor.. abah dah tak ada dah linda..” jawab emak dengan tangisan. Innalillah..
Pandangan saya gelap. Fikiran saya kosong. Lidah saya kelu. Air mata turun deras. Saya menjerit. Pelukan saya bertambah erat meminta ketenangan daripada emak. Orang ramai turut hiba mengalirkan air mata melihat kami. Sungguh saya tidak percaya. Saya kini bergelar yatim. Astaghfirullah. Ketika usia 12 tahun ini tidak pernah terfikir saya akan kehilangan seorang abah. Sukar untuk saya percaya. Baru pagi tadi abah pergi kerja. Abah tak pernah sakit. kenapa Allah pilih abah? Kenapa mesti abah? Terngiang-ngiang pe Saya yang masih mentah untuk berhadapan dengan situasi sebegitu, berasa benar-benar ‘sakit’. Fikiran jadi tak menentu. Seminggu saya tidak ke sekolah dan diikuti kekerapan saya ponteng ke sekolah agama di waktu petang selama beberapa bulan.

Pemergian abah membawa kesan yang amat mendalam dalam diri saya. Pencapaian akademik terus merudum. Semua cikgu mula risau dan bimbang akan prestasi saya memandangkan saya merupakan pelajar harapan untuk peperiksaan UPSR ketika itu. Emak juga sudah pastinya risau. Hanya beberapa bulan sebelum UPSR berlangsung saya mulai pulih. Alhamdulillah perkara ini tidak berlarutan. Pesanan abah saya jadikan semangat pembakar obor untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran.
Linda kalau tak dapat 5A, siaplah! Abah ikat dekat pokok banyak kerengga kat depan tu!”. Ugutannya sentiasa saya ingat walaupun saya tahu, abah tak mampu melaksanakannya. Akan saya sempurnakan niat abah untuk melihat saya menjadi seorang guru.

18 mac 2010

Hari ini, genap 8 tahun abah pergi meninggalkan kami. Seperti tidak sedar rasanya sudah lama saat itu terjadi. Masih terngiang-ngiang pesanan abah. Ketegasannya selama ini bersalut kasih-sayang.
Hanya Al-Fatihah dan doa yang saya mampu kirimkan buat abah. Tidak pernah putus saya berdoa agar anak-anak abah jadi anak yang soleh solehah supaya kami menjadi asbab kubur abah bercahaya dan diiktiraf sebagai taman syurga. Terima kasih abah! Terlalu banyak yang abah korbankan demi membesarkan kami. Hingga ke hujung nyawa abah mencari nafkah. Sungguh! Kami merinduimu. Ya Allah, Kau himpunkan roh abah bersama-sama dengan para solihin..

oh abah,
seperti semalam kau baru meninggalkanku,
masih kedengaran bacaan yasin di ruang tamu,
masih kedengaran esak tangis suara ibu,

oh abah,
kami semua rindu,
rindu untuk mendengar azan dan tahrimmu,
rindu untuk ketawa dengan gurauanmu,
rindu untuk akur akan nasihatmu,
rindu untuk patuh suruhanmu,
dan kami akan terus merinduimu
dalam zikir dan doaku.

Ya Allah,
doaku pohon buat abah,
agar kesenangan sementara di barzakh,
semoga aku menjadi solehah,
justeru itu aku dan abah,
disayangi Allah..


19/10/2009
6.05 ptg
KTF, UTM Skudai




11 March 2010

09 March 2010

Semangat luntur?

dua minggu lepas, saya sering dilanda masalah ini. Semangat luntur. Punca? keletihan mungkin. tidak bermaya dalam kelas dan bersikap endah tak endah terhadap orang sekeliling. Saya sendiri risau akan apa yang berlaku pada diri saya ini. Amat bahaya jika perkara ini berlarutan. Segala gerak kerja boleh terbantut! padahal banyak lagi assigment yang perlu diselesaikan.

"Ya Allah macam mana aku ni.. jauhkanlah penat, letih. Tambahkanlah semangat ku seperti sediakala Ya Allah.." rintihan istiqamah saya dalam doa.
Yakin. Allah akan perkenankan. hari demi hari saya lalui dengan rasa yang sama. tiada perubahan dalam diri. pasti! Allah menjanjikan yang terbaik kelak.
Sudah pelbagai cara. Nasyid anti futur, jumpa sahabat-sahabat, buku motivasi, semuanya tidak dapat menaikkan semangat saya secara maksimum. Kerasnya hati saya..

semuanya berakhir bila...

"assalamualaikum, mak. Sihat?"
"wa'alaikumsalam.. alhamdulillah sihat..dah makan?"
panjang lagi perbualan saya dan emak.
Dalam talian, saya mengadu sepuas-puasnya.
"itu susah... ini penat.. itu pening.. ini takut.. "
mak menjadi pendengar yang baik. setelah selesai anaknya berceloteh, giliran emak pula memberi respons.
"mak dulu pun susah juga.. itu bergadai nyawa.. ini takut, tapi terpaksa buat juga.. "
mak menceritakan kesusahan yang emak dan abah rasakan semasa membesarkan kami. Bukan tujuan emak meminta balasan atau segalanya, tapi mesej yang cuba disampaikan adalah, ujian yang saya hadapi hanyalah di 'celah gigi' jika mahu dibandingkan dengan ujian yang mereka lalui. Kepenatan yang saya rasai jauh sekali jika dibandingkan dengan kepenatan yang mereka lalui .
Sayu sahaja. Bergenang air mata.
Alhamdulillah, semangat ku sembuh kembali. Entah mengapa, beberapa hari kemudian, saya di datangi beberapa sahabat yang meminta ditiupkan semangat. Ish-ish.
Allah memberikan saya jalan penyelesaian supaya saya saling membantu orang lain. Subhanallah. Bijaknya aturanNya.

teringat saya akan satu kata-kata keramat, saya dan sahabat saya, munirah hayati yang kini di UPM Serdang ketika kami dihimpit keperitan,
"ingat, SEMANGAT BOLEH MERUNTUHKAN GUNUNG!"








(gambar hiasan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...