“guna air tu jimat- jimat la sikit. Asyik terlupa nak tutup paip je. Mana la bil tak naik!” tegur abah.
“nanti abah tak da nanti baru rasa kena bayar bil sendiri.” Sambungnya lagi.
Abah memang macam tu. Dia seorang yang jimat dalam sekalian hal. Tapi, kebelakangan ini, selalu pula abah cakap “ nanti bila abah dah tak ada……”
“Mah, Mah. Kalau aku tak ada nanti, awak kawin lagi tak? Tanya abah.
“apa la awak ni. Cakap yang bukan-bukan ja!” balas emak sambil mencubit abah.
“alah.. apa orang tak mati? “ balas abah sambil menunggu jawapan emak.
“ tak lah bang. Tak mungkin!” jawab emak meyakinkan abah.
“ awaklah isteri yang taat.”
Emak mengalirkan air mata. Dia sendiri tidak tahu mengapa soalan itu yang ditanya. Tidak nampak langsung tanda-tanda yang abah ingin pergi meninggalkan kami.
“cantiknya anak abah ni.”
“bagusnya anak abah dah pandai bawa motor. Baguslah nanti senang kalau ada apa-apa”
Terlalu banyak pujian. Terlalu banyak kepuasan yang abah nyatakan. Tapi kami sekeluarga tidak tahu yang itu adalah tanda abah bakal meninggalkan kami semua.
Sehinggalah saat itu tiba.
Pagi 18 mac 2002.
Subuh itu, abah bangun seperti biasa lebih awal daripada saya dan emak. Mandi, dan ke masjid. Pulang daripada masjid, dia bergegas bersiap untuk pergi bekerja. Cumanya yang agak aneh, abah kelihatan tergesa-gesa. Katanya takut tak sempat nanti. Terlalu terburu-buru hingga abah tak mengucup dahi emak dan membunyikan hon motorsikalnya seperti biasa. Hati emak mula tidak enak. Tapi perasaan itu dibuang jauh-jauh.
Abah meneruskan perjalanannya. Suasana ketika itu, kelam sahaja. Walau begitu, motorsikal abah dilengkapi dengan lampu yang terang. Maklumlah motor baru modenas kriss. Sesampainya di satu kawasan, seorang lelaki tua bermotosikal berada di arah bertentangan berada di hadapan abah . Abah membunyikan hon beberapa kali. Tetapi lelaki itu tetap meneruskan perjalanannya tanpa ada tanda-tanda yang dia ingin berhenti atau menukar arah. Mengikut saksi, kali terakhir abah membunyikan hon, mulutnya berteriak ALLAHUAKBAR!!!. Mereka berempuh. Abah dan lelaki itu tercampak. Topi keledar abah yang tak diikat tak mampu melindungi kepala abah daripada menyembah bumi. Dahinya terhentak di atas jalan tar yang keras. Darah pekat mengalir. Motosikal abah habis kemek. Pergelangan tangan abah retak sedikit mungkin kerana menarik brek tangan. Badan abah semua baik. Cuma kepala yang teruk. Sesampainya orang ramai untuk menolong, abah sudah tiada lagi. Jenazahnya dihantar ke hospital.
Dalam masa yang sama, emak menghantar saya ke sekolah seperti biasa. Di perhimpunan pagi itu, semuanya kelihatan biasa. Cikgu-cikgu semuanya sudah tahu mengenai abah tapi tak berani untuk memberitahu kepada saya. Ketika 10 minit bermulanya p&p tiba-tiba, jiran saya datang meminta izin untuk membawa saya pulang ke rumah. Saya tertanya-tanya.
“Ada apa ni?” saya bertanya kepada jiran saya.
“nanti kau balik, kau tahulah” jawabnya tenang.
Saya hanya akur. Tidak terlintas langsung ada sesuatu yang buruk telah berlaku. Sesampainya di rumah, ramai jiran-jiran datang ke rumah. Mereka mengangkat meja dan kerusi dan mengosongkan di bahagian ruang tamu. Hati mula berdebar. Mata mula liar mencari emak.
“mak, kenapa ni?” saya bertanya.
“ abah… abah jatuh motor.. abah dah tak ada dah linda..” jawab emak dengan tangisan. Innalillah..
Pandangan saya gelap. Fikiran saya kosong. Lidah saya kelu. Air mata turun deras. Saya menjerit. Pelukan saya bertambah erat meminta ketenangan daripada emak. Orang ramai turut hiba mengalirkan air mata melihat kami. Sungguh saya tidak percaya. Saya kini bergelar yatim. Astaghfirullah. Ketika usia 12 tahun ini tidak pernah terfikir saya akan kehilangan seorang abah. Sukar untuk saya percaya. Baru pagi tadi abah pergi kerja. Abah tak pernah sakit. kenapa Allah pilih abah? Kenapa mesti abah? Terngiang-ngiang pe Saya yang masih mentah untuk berhadapan dengan situasi sebegitu, berasa benar-benar ‘sakit’. Fikiran jadi tak menentu. Seminggu saya tidak ke sekolah dan diikuti kekerapan saya ponteng ke sekolah agama di waktu petang selama beberapa bulan.
Pemergian abah membawa kesan yang amat mendalam dalam diri saya. Pencapaian akademik terus merudum. Semua cikgu mula risau dan bimbang akan prestasi saya memandangkan saya merupakan pelajar harapan untuk peperiksaan UPSR ketika itu. Emak juga sudah pastinya risau. Hanya beberapa bulan sebelum UPSR berlangsung saya mulai pulih. Alhamdulillah perkara ini tidak berlarutan. Pesanan abah saya jadikan semangat pembakar obor untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran.
“Linda kalau tak dapat 5A, siaplah! Abah ikat dekat pokok banyak kerengga kat depan tu!”. Ugutannya sentiasa saya ingat walaupun saya tahu, abah tak mampu melaksanakannya. Akan saya sempurnakan niat abah untuk melihat saya menjadi seorang guru.
18 mac 2010
Hari ini, genap 8 tahun abah pergi meninggalkan kami. Seperti tidak sedar rasanya sudah lama saat itu terjadi. Masih terngiang-ngiang pesanan abah. Ketegasannya selama ini bersalut kasih-sayang.
Hanya Al-Fatihah dan doa yang saya mampu kirimkan buat abah. Tidak pernah putus saya berdoa agar anak-anak abah jadi anak yang soleh solehah supaya kami menjadi asbab kubur abah bercahaya dan diiktiraf sebagai taman syurga. Terima kasih abah! Terlalu banyak yang abah korbankan demi membesarkan kami. Hingga ke hujung nyawa abah mencari nafkah. Sungguh! Kami merinduimu. Ya Allah, Kau himpunkan roh abah bersama-sama dengan para solihin..
oh abah,
seperti semalam kau baru meninggalkanku,
masih kedengaran bacaan yasin di ruang tamu,
masih kedengaran esak tangis suara ibu,
oh abah,
kami semua rindu,
rindu untuk mendengar azan dan tahrimmu,
rindu untuk ketawa dengan gurauanmu,
rindu untuk akur akan nasihatmu,
rindu untuk patuh suruhanmu,
dan kami akan terus merinduimu
dalam zikir dan doaku.
Ya Allah,
doaku pohon buat abah,
agar kesenangan sementara di barzakh,
semoga aku menjadi solehah,
justeru itu aku dan abah,
disayangi Allah..
19/10/2009
6.05 ptg
KTF, UTM Skudai
Nabi dulu Mazhab apa?
1 week ago
4 comments:
post yg paling mnarik hati akak.. rupa2nya kte ade pngalamn yg sme,.abah k.yang mninggal pd thn sme abah linda mninggal.cuma beza pd mse tu k.yang umo 13 thn n mse diberitakn abah akak dh tade, akak duk asrama maahad. lg sdey cz mmg t'kejut sgt.mse tu budak lg, form 1 n btul2 rse sprti senior wat gmbrn kmatian ibu bapa kte ble recall kat kem sekolah awal thn tu. mmg btul2 sme linda.ade org dtg amik, gtau mcm ni mcm ni, n then balik umah, org rmai kt hlmn.hu3..btul mrindui abah. =(
Allahu Akbar. Moga roh insan yang disayangi itu dilimpahi rahmat. Berusahalah menjadi anak yang solehah, mendoakan ibu bapa..andai tak sempat berjasa di dunia. Apalah kiranya memberi sedikit impak untuk berjasa kpd mereka di akhirat sana.
Allahuakbar....akak, be strong!!!
Kuatkan semangt akak.smoga rohnya dicucuri rahmat Allah..
Post a Comment