• RSS

20 February 2010

Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik


Sudah menjadi kebiasaan saya, selalu kalah jika masuk ke MPH. paling kurang, RM20 pasti digunakan untuk membeli buku. Nah! Buku terbaru yang saya beli, “Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik” hasil tulisan Razali Saaran edaran Mustread Sdn. Bhd.
Melihat biodata penulis beliau merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Johor Bharu. Latar belakang pendidikannya yang sedikit berbeza dengan deretan penulis-penulis buku ternama yang lain membuatkan saya sedikit gusar untuk membaca buku ini. Adakah ia mampu meyakinkan saya akan isi kandungannya. Ah! Don’t judge book by it’s writer!.
Alhamdulillah setelah ¾ buku ini saya baca, saya berasa amat berterima kasilh pada penulis. Dengan penggunaan bahasa yang santai, dan tidak terlalu factual , beliau menjelaskan teknik- teknik untuk guru mengajar dengan berkesan berpandukan sunnah Rasulullah saw. Sebelum penulis melanjutkan tulisannya, beliau menekankan guru itu hanyalah layak buat insan yang benar-benar arif dan terlatih dalam suatu bidang itu kerana profession sebagai seorang guru ini, betul-betul memerlukan kemahiran yang khusus bukan sekadarnya sahaja. Juga ditegaskan di sini mengenai peranan seorang guru itu bukanlah sekadar mengajar dalam kelas, tetapi soal akhlak para guru yang harus dititikberatkan dalam penyampaian ilmu kepada pelajar dan penerimaan pelajar yang berkesan. Antara kaedah yang diperincikan dalam buku ini ialah kaedah soal jawab. Guru-guru seharusnya banyak bersoal jawab dengan pelajar bagi meningkatkan daya pemikiran mereka. Kaedah ini juga telah diguna pakai oleh Rasulullah saw yang bersoal jawab dengan para sahabat pada zaman dahulu.
Banyak lagi kaedah-kaedah mengajar yang dijelaskan di sini seperti, kaedah menghukum pelajar, memahami emosi pelajar,kaedah berkomunikasi, kaedah bergurau, dan lain-lain lagi. Dan istimewanya buku ini, kesemua kaedah yang dijelaskan adalah berdasarkan apa yang telah Rasulullah amalkan ketika baginda bersama para sahabat dahulu. Secara tidak langsung, kita dapat mengetahui sirah baginda dan mengamalkan sunnahnya dalam kelas.
Tidak syak lagi, Rasulullah sememangnya contoh ikutan sepanjang zaman. Tiada guru yang terbaik selain Rasulullah saw.

Sami yusof-Al- Mu’allim

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
O Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
O Mu'allim...
-Chorus-
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad,
mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad,
mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina (O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
O Mu'allim..
-Chorus-
Ya Habibi ya Muhammad (My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad (O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad (O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad (O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad (The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad (Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled
-Chorus-
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad (My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina (O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina(O Chosen One O intercessor of the worlds)
Mu'allim..(The Teacher)

Insan yang bergelar guru itu dipilih Allah dengan sebaik-baik pilihan dan diamanahkan untuk menyebarkan ilmu buat manusia sejagat dan janganlah sekali-kali guru itu mengkhianati amanah yang telah ditaklifkan kepadanya.

Marilah hayati hadith mengenai kelebihan menjadi seorang guru.

“Manusia itu terbahagi kepada dua golongan. Pertama, yang mengajar. Kedua, orang yang belajar, kemudian tidak ada yang lebih baik setelah itu (daripada keduanya)”-Riwayat Imam Darumi-

“Sesungguhnya Allah SWT, para malaikat, penghuni langit dan bumi, termasuk semut yang berada dala lubang dan ikan paus, sesungguhnya akan memberkati dan member rahmat kepada orang yang mahu mengajarkan kebaikan (ilmu) kepada Manusia”- Riwayat Imam Tarmizi-
Tahniah buat penulis dan semoga buku ini bermanfaat buat insan yang bergelar guru.

5 comments:

nur,1990. said...

salam linda..
lmenye x ketemu.
huhu find your blog la..hehe

-shbt mtrx-

Cikgu Zalie said...

salam saudari..terima kasih atas komen yg begitu menyentuh hati ini..semoga tulisan yg tdk seberapa itu dapat memberi manfaat yg besar buat anda...

ada kelapangan lawatilah blog saya di www.teratakmuslim.blogspot.com..

di facebook saya menggunaka nama cikgu razali saaran..

slmt berjaya :)

NORAZLINDA AMIN said...

terima kasih buat Cikgu Razali.
gembira sekali saya menerima komen daripada penulis buku "Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik" ini.
maaf jika mana-mana tulisan saya menegnai buku itu, itu tidak berkenan di hati cikgu. Semoga terus maju dalam bidang penulisan.

far hani said...

“Manusia itu terbahagi kepada dua golongan. Pertama, yang mengajar. Kedua, orang yang belajar, kemudian tidak ada yang lebih baik setelah itu (daripada keduanya)”-Riwayat Imam Darumi-

akak, mksudnye??/ hani ni dikire golongan yg mane??

Anonymous said...

Akak,tertarik sungguh dgn buku ni.bgus utk bacaan semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...