• RSS

16 June 2013

Al-Ilmu fi sudur la fi sutur

Alhamdulillah.. hati berbunga-bunga kesyukuran kerana Allah izinkan untuk bersama lagi di bumi barakah ini..

Kitab sudah berada di tangan. Sementara menunggu kedatangan Al-Fadhil Syeikh, dua kitab itu dibelek.

Terpana. Selakan terhenti. Dua kitab sepenuhnya dalam bahasa arab. Salah satunya tidak berbaris. Manakala satu lagi berbaris tapi langsung tidak dapat menterjemah bahasanya.

rasa dunia gelap. Dada tiba-tiba rasa berat. Jiwa rasa sebak. Mata berkaca. Sedih perit.

 Belajar Bahasa Arab Tinggi tapi ilmu itu sekadar di atas kertas. Di dalam buku.Belajar sekadar nak lulus exam. A yang saya dapat dalam SPM terasa sangat tidak bermakna kerana saya tidak dapat memahami sepatah pun apa yang Syeikh baca dan sampaikan. Hukum kasroh, dhommah, fathah dan tanwin langsung tidak ingat untuk diamalkan. Juga, kurangnya vocab dalam bahasa arab. Saat ini, terasa ingin koyakkan sahaja sijil SPM. Kecewa pada diri sendiri.

Benarlah kata Imam Syafie, "Al-Ilmu fi sudur la fi sutur". Maksudnya, Ilmu itu dalam dada. Bukan di kertas.

Itu prinsip Imam Syafie. Kerana itu beliau bertindak menghafal kesemua nota-nota salinan kuliah sepanjang pengajiannya. Nota-nota yang disalin di atas kertas terpakai yang dikutip dari tempat orang yang dah tak guna. Imam Syafie tidak mempunyai wang untuk belajar. Tidak mempunyai harta yang banyak untuk selesa menuntut ilmu. Dan oleh kerana terlalu banyaknya nota yang disalin, bilik kecilnya sudah penuh dan sempit. Maka dengan itu Imam Syafie menghafal kesemua notanya. hafal dan amal. Sehingga Imam mampu mengeluarkan fatwa.

Saya banding dengan diri saya. Adanya laptop, broadband, smartphone. Tapi.......

Argh! Terlalu jauh untuk perbandingan sebuah himmah.

Sungguh malu dengan umat terdahulu.

"Jadilah kamu seorang yang mengajarkan ilmu, jika kamu tidak mampu, jadilah kamu seorang yang menuntut ilmu. Jika tidak mampu, jadilah kamu seorang yang mendengar ilmu. Jika tidak mampu jadilah kamu seorang pencinta ilmu"

Ya Allah. semoga aku tergolong dikalangan ini.

1 comments:

Unknown said...

Terima kasih buat saya fikir balik buat ape saya blajar ilmu slama nih sdgkn ilmu2 trsbut x disimpan pon dlm ingatan utk diamalkan dan disampaikan kpd org lain..moga2 stiap nukilan yg saudari taip ni mmberi byk manfaat kpd ramai org kt luar sana..😁😁😁

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...