• RSS

22 March 2010

Lambakan Anak Haram di Malaysia

17,303 anak luar nikah didaftar 2009


2010/03/21

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu. Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara. Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama. Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa. Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes). Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah). “Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran. “Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya. Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah. “Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN. “Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod. “Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.

Membuka laman web berita harian usai subuh pagi tadi, mata saya terus tertangkap akan artikel ini. Isu yang ingin saya ketengahkan adalah kes PEMBUANGAN BAYI di negara kita ini. Namun, langkah yang diambil oleh Ketua Jabatan Pendaftaran untuk meletakkan bin atau binti di sijil kelahiran amatlah dipuji dengan bertujuan untuk menutup ‘aib kanak-kanak tersebut.

Kembali semula pada isu pembuangan bayi ini. Sememangnya saya tahu, masalah sosial di negara kita ini sudah di tahap kronik tapi saya tidak menyangka jumlah anak haram ini seramai itu. Dan jumlah itu tidak termasuk yang tidak didaftarkan. Jumlah rakyat malaysia yang berbangsa melayu pada tahun 2009 adalah sekitar 60% daripada 26 juta penduduk di Malaysia keseluruhannya dan seramai 17,303 adalah anak luar nikah. Sedih melihat hilangnya kewibawaan orang melayu. Saya melihatnya kembali pada diri saya. Apakah usaha yang telah saya lakukan untuk membendung ini? Jika ada, ternyata ia tidak berkesan sama sekali kerana melihat peningkatannya saban tahun sungguh menyedihkan.

Kejam! Sungguh kejam! Lebih kejam daripada arab jahiliyyah dahulu. Sekurang-kurangnya mereka menanam bayi tersebut hidup-hidup dan bukanlah dibuang , dicampak dan dibiar diheret anjing. Manusia apakah ini? Sudah tidak kenal erti kasih-sayang.
Usah menuding jari. Seharusnya semua pihak harus memainkan peranan.

Duhai ibu bapa, janganlah kau izinkan anak-anakmu berpacaran di luar, berpegangan tangan sebelum adanya ikatan. Memberi kebebasan pada mereka bukanlah tanda kasih sayang yang engkau curah tapi sebenarnya adalah racun pembawa padah!



Wajah Suci
Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mesticahttp://liriknasyid.com

Wajah suci itu tidak berdosa

Mengapa dia dibiar begitu saja

Sedih pilu menatap rupanya

Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu

Belum sempat dia memanggil ibu

Sampai hati engkau dizalimi

Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati

Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati

Dimanakah nilai ehsan insani

Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup

Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan

Buntu tiada jalan penyelesaian

Lalu si anak dibuang di jalanan(Mengapa tiada simpati dan kasihan)

SAyu hati melihat nasib dirimu

Bagai tiada nilainya di sisi

Wajah sucimu telah dinodai

Namun lahirnya ada nilainya

Di sisi Allah engkau muliabagai kain putih kau tiada dosa

Bertaubatlah mereka yang hina

2 comments:

far hani said...

sian tgok nasib ank2 kecil yg x brdosa tu.....x sempat nk tgok dunia....

husna said...

Astaghfirullah,xsangka jumlah ank haram byk mcm ini.smoga mereka ini diberi perlindungan.Mereka insan yg tidak berdosa.xwajar dibuang begitu shja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...