• RSS

14 July 2010

Motivasi pagi bersama Ust Hasrizal Abd Jamil di IKIM

Di IKIM pagi ini, Ust Hasrizal bercakap mengenai bagaimana ingin mengendalikan persepsi bukan berdasarkan pengalaman. beliau mengambil contoh daripada kisah Presiden Tunisia, Habib Burgiva yang menyuruh rakyatnya untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan atas alasan mereka akan mengurangkan produktiviti Negara . Persepsi ini sudah tentu wujud berdasarkan pengalaman beliau melihat rakyatnya yang beragama islam ketika berpuasa, menjadi lemah, mengantuk dan letih. Justeru, beliau khuatir hasil pengeluaran Negara akan terjejas.


Oleh itu, jangan biarkan persepsi dibentuk oleh pengalaman yang buruk .
Firman Allah dalam surah Al-Hasyr:19.
maksudnya:
Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. mereka Itulah orang-orang yang fasik.

Kunci untuk mengendalikan persepsi dalam kehidupan ini ialah dengan sentiasa ingat akan hakikat kehidupan bahawasanya kita ialah hamba Allah. Barangsiapa yang lupa kepada Allah, maka mereka akan lupa pada dirinya sendiri. Dengan mendahulukan redha Allah dalam kehidupan sudah pasti pencapaian juga akan bergerak seiring dengannya.

Bagaimana ingin mendapat redha Allah? Sudah tentulah dengan sentiasa melakukan yang terbaik dalam segala hal. Apa yang terjadi pada diri kita bukanlah soalnya. Tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana kita cepat menyesuaikan diri dengan keadaan yang kita hadapi. Jika kita adalah orang miskin, maka jadilah seorang miskin yang sentiasa bersyukur dan qanaah. Jika kita orang kaya, maka jadilah si kaya yang pemurah. Jika kita seorang pekerja bawahan, maka jadilah pekerja yang jujur dan amanah. Pendek kata, sentiasa positif dengan apa yang dihadapi maka persepsi yang timbul kelak pasti juga positif.

*ini adalah hasil rumusan isi penting yang saya dapat daripada ceramah beliau. Ada juga yang melalui pembacaan saya yang lain.

Semoga sentiasa bermotivasi sepanjang semester baru ini…=)

2 comments:

N I A said...

salam alhamdulillah post yg baik utk kita memulakan sem bru nie....

'jgn biarkan persepsi dibentuk oleh pengalaman yg buruk'...

mulakan setiap langkah kita dengan berfikiran positif (berbaik sangka)...andai ada dugaan atau halangan di dalam langkah itu berbaik sangka lah kepada Allah...sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba Nya...

far hani said...

always have a +ve thinking....^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...