• RSS

28 May 2010

Bila Allah Menduga Kita




Penulis: Syed Alwi Alatas

Penerbit: Must Read Sdn Bhd

Harga: Sem.Malaysia,RM19.90 Sabah/Sarawak, RM22.90

Buku yang saya baca ini, mendapat tempat ke-10 dalam ranking MPH buku tempatan terlaris yang disiarkan di akhbar NST beberapa hari lepas.

Penulis mengajak pembaca untuk menambah iman terhadap qada' dan qadar iaitu rukun iman yang keenam. Selain daripada dalil Al-Quran dan hadith sahih yang digunakan, penulis juga menggarapkan pelbagai kisah ulama' terdahulu, tokoh barat dan juga pengalaman beliau sendiri. Buku ini amat menarik untuk memotivasikan kembali jiwa yang ditimpa musibah dan untuk menambah kesyukuran kita pada Allah SWT. Tidak keterlaluan untuk saya katakan jika buku ini sebaik La Tahzan hasil karya Dr 'Aidh Al-Qarni.

Ingin saya kongsikan salah sebuah kisah yang dimuatkan oleh penulis dalam bab Iman Terhadap takdir.

Ibnu Taimiyah bercerita mengenai seorang menteri yang selalu menjawaba 'baik' setiap kali ditanya pendapatnya mengenai sesuatu. Suatu hari menteri ini menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, raja dengan tidak sengaja telah terpotong jarinya. Baginda berasa amat sakit. Raja pun bertanya pada menteri di sebelahnya tentang kejadian yang baru sahaja dialaminya.

"Baik, wahai Raja," Jawab menteri itu tanpa keraguan

"Apa? Kamu katakan ini baik?" Raja terperanjat dengan jawapan itu.

"Ya, wahai Raja. Itu baik"

Raja sangat marah dengan jawapan itu. Mana mungkin jarinya yang luka parah seperti itu dianggap menterinya sebagai hal yang baik? Maka dia memerintahkan menteri itu ditangkap dan dipenjarakan. Kemudian Raja mengunjungi menterinya di penjara dan bertanya padanya,"Sekarang, apa pendapatmu tentang keadaanmu sendiri, masih mahu berada dalam penjara seperti ini?"

"Baik wahai Raja," Jawab menteri itu tanpa ragu-ragu.

Mendengar jawapan itu, raja menjadi semakin marah dan segera meninnggalkan menterinya sendirian di dalam penjara. Dia merasa menterinya itu sangat bodoh dan keterlaluan dalam memberikan pendapat. Beberapa hari kemudian, raja pergi berburu di dalam hutan dan ditemani menterinya yang lain kerana menteri yang biasa menemaninya telah dipenjarakan untuk menemani. Mereka pun berangkat dengan kuda menuju ke hutan. Oleh kerana menteri yang baru tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, akhirnya dia tertinggal jauh di belakang. Mereka terpisah dan raja sendiri telah tersesat di dalam hutan. Bukan hanya tersesat, raja juga ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala yang tinggal di dalam hutan itu.

Raja tersebut ditahan oleh para penyembah berhala dan ditetapkan oleh mereka sebagai korban untuk berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama tujuh hari dan pada hari ketujuh mereka membawa raja ke tempat penyembahan. Saat raja sudah siap untuk dikorbankan, mereka melihat jari raja telah terpotong, lalu mereka menjadi ragu untuk mengorbankan raja.

" Kita hanya mempersembahkan yang terbaik dan sempurna pada berhala kita." Kata ketua suku yang memimpin upacara tersebut.

" Orang ini jarinya sudah terpotong, jadi dia tidak layak menjadi korban,"

Dengan ini mereka melepaskan raja tersebut dan baginda kembali ke kerajaannya dengan perasaan yang sangat gembira. Selang beberapa hari selepas peristiwa itu, raja teringat akan kata-kata menterinya. Dia segera ke penjara dan berkata pada menterinya itu,

" Apa yang kamu katakan waktu jari saya terpotong memang betul. Itu memang hal yang baik,"
Lalu raja menceritakan apa yang telah dialaminya hingga dia akhirnya selamat dari ancaman kematian. Menteri itu tersenyum sambil berkata,

"Saya berada di dalam penjara ini juga baik kerana jika saya pergi dengan raja pada hari itu, saya juga turut tertangkap. Tentu saya yang akan dijadikan korban kerana anggota tubuh saya lengkap dan tidak ada yang cacat."

Maka Ibnu Taimiyah menutup cerita ini dengan mengatakan,"Semua yang ditetapkan oleh Allah adalah baik,"

4 comments:

tasnim said...

Allah knows the best 4 us...

jeladeri said...

wah,.suka bku ni..nati nk pinjam bku ni ek..heheh

Muhammad Syahir Al-'Assya said...

jeladeri: x kan pinjam ja kot. Beli la... hehe

far hani said...

Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu..pasti ada hikmah di sebalik yg brlaku....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...