• RSS

15 August 2010

Kem Kembara Muslim 2010 (KKM'10)

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaan limpah rahmatNYA dapatlah program tahunan anjuran Lajnah Pendidikan & Kepimpinan iaitu Kem Kembara Muslim (KKM’10) diadakan pada 6-8 ogos yang lalu bertempat di Pusat Latihan SAJ Pasir Gudang.


Seramai hampir 50 orang mahasiswa mahasiswi tahun 1 telah menyertai KKM’10 kali ini. Walaupun begitu, ramai juga mahasiswa mahasiswi yang telah berdaftar dengan PMI berasa kecewa kerana tidak dapat mengikuti kem ini kerana terlibat dengan penyerahan dokumen PTPTN dan tidak kurang juga yang terpaksa menghadiri program di fakulti masing-masing. Ustaz Nasir Masrom merupakan pensyarah pengiring daripada Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni bagi program ini.

KKM pada tahun ini bertemakan “Akhlaq Mulia Penjana Genius Ummah” tampil dengan modul pengisian yang menarik dan bersifat membina keyakinan diri di samping aktiviti outdoor yang begitu mencabar mental dan fizikal para peserta.

Berikut adalah kronologi aktiviti yang telah dilakukan sepanjang KKM’10:

6 Ogos 2010 (hari pertama)

Semua peserta dan ajk KKM’10 telah berkumpul di FAB pada jam 5.30 petang untuk menunggu bas yang bakal membawa kami ke Pusat Latihan SAJ Holdings sdn bhd di Pasir Gudang. Dengan keadaan lalu lintas yang tidak sesak, perjalanan hanya mengambil masa 2 jam. Kami tiba di rumah penginapan pada waktu maghrib dan bersama-sama menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Sementara menunggu waktu isyak, saudara Mohammad Hazim selaku pengarah program KKM’10 telah memberi sedikit taklimat dan tazkirah.

Sejurus menunaikan solat fardhu isyak dan makan, bermulalah LDK yang pertama iaitu ta’aruf. Slot yang dikendalikan oleh saudari Radhiatul Raehan ini, disambut ceria oleh para peserta. Perlaksanannya cukup mudah. Ajk telah menampal dua perkataan yang merupakan perbuatan seekor binatang yang lucu di belakang badan semua peserta seperti ikan berjoget, kura-kura ‘merempit’ dan lain-lain lagi. Peserta tidak dibenarkan melihat apa yang ditampal pada dirinya tetapi boleh melihat apa yang terdapat pada badan rakannya. Seterusnya, peserta diminta meneka apa yang terdapat pada belakang badannya. Untuk mengetahui apa jawapannya, peserta diminta bertanya pada rakan yang lain dengan syarat mereka mesti mendapatkan maklumat peribadi rakan tersebut terlebih dahulu. Slot ini bertujuan untuk mengenali antara satu sama lain di samping mengeratkan lagi ukhuwwah sesama peserta. Aktiviti malam ini, diakhiri dengan bacaan surah Al-Mulk di bilik masing-masing.

7 Ogos 2010 (hari kedua)

Seawal 4.30 pagi semua ajk dan peserta telah bangun untuk qiamulail dan solat subuh secara berjemaah. Selepas bacaan Al-Ma’thurat, saudara Mohamad Hafiz yang merupakan penghulu bagi KKM’10 telah memberikan sedikit tazkirah.

Cuaca yang baik memberi peluang untuk aktiviti riadhah diteruskan selepas mengalas perut. Setelah melakukan sedikit senaman ringan, satu permainan berbentuk modul juga dijalankan. ianya tidak lain dan tidak bukan, bertujuan merapatkan lagi hubungan kemesraan peserta .




Usai membersihkan diri dan solat dhuha, ceramah yang pertama telah disampaikan oleh Ustaz Aminuddin b Hehsan yang bertajuk” Islam Cara Hidupku” dan diteruskan dengan LDK sesi pembentangan para peserta berkaitan tajuk ceramah.


Selepas solat zohor, aktiviti diteruskan lagi dengan slot diskusi mahasiswa yang bertajuk “ Akulah yang penting!”. Para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberikan nama komponen dalam kereta iaitu lampu, tempat duduk, cermin sisi, tayar, gear dan pintu. Setiap kumpulan diminta membahaskan kepentingan komponen tersebut dan mencari kelemahan kumpulan lain. Perbahasan ini bertujuan melatih budaya brainstorm di kalangan peserta di samping membina keyakinan diri mereka bercakap di khalayak ramai. Suasana perbahasan ini begitu rancak sekali. Kesemua peserta memberi hujah yang baik dan mengambil bahagian dalam perbincangan ini dengan penuh bersemangat.




Selepas solat asar dan bacaan Ma’thurat, peserta dibawa ke kawasan empangan yang diketuai oleh En Shaari , pegawai di Pusat Latihan. Beliau banyak menceritakan mengenai sejarah empangan dan lain-lain. Suasana di sini amat cantik sekali. Kemudian, saudari Raehan meneruskan lagi aktiviti dengan permainan kotak beracun. aktiviti tamat pada jam 7.00 malam.





Selesai solat maghrib berjemaah, tazkirah pass baton diadakan. Sekali lagi peserta diuji mengenai ilmu pengetahuan berkaitan isu semasa. Kebanyakkan peserta sudah bertambah yakin dalam penyampaian dan isi yang disampaikan menunjukkan kematangan dan cakna mereka terhadap isu di persekitaran mereka, samada di dalam atau luar kampus .

Usai solat isyak, ceramah dua disampaikan oleh saudara Muhajirih, Mantan Presiden PMIUTM 2005 yang bertajuk “akhlaq islamiyyah pembentukan ummah”. Seterusnya selepas minum malam, slot muhasabah “cinta Rasul” dikendalikan oleh saudara Muhd Fais Yahaya. Pengalaman pahit dan pengorbanan Rasulullah dalam menyebarkan Islam diimbau kembali dan cuba diterapkan dalam diri setiap individu supaya cinta kepada Rasulullah saw mengatasi cinta duniawi. Slot ini berakhir tepat jam 12.00 malam.

8 Ogos 2010 (hari ketiga)

Hari ini merupakan hari yang mencabar buat para peserta. Pukul 9.30 pagi, semua peserta berkumpul dan bersiap sedia untuk melakukan aktiviti “rempuh halangan” yang diketuai oleh En Shaari selaku Ketua Jurulatih di sini dan dibantu oleh 13 orang jurulatih berpengalaman. Lebih 20 halangan yang mesti peserta tempuhi kesemuanya termasuk flying fox. halangan-halangan ini bukan sahaja berbentuk latihan fizikal malah ada juga halangan yang memerlukan strategi dan kaedah tertentu bagi melepasinya. Di sinilah kemahiran berfikir para peserta digunakan sepenuhnya. Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana Berjaya menempuhi kesemua halangan.








Aktiviti ini tamat pada jam 1.00 tengah hari. Selepas melepaskan penat, membersihkan diri, mengisi perut dan solat, sampailah kepada slot terakhir iaitu resolusi dan majlis penutup. Hasil daripada perbincangan dan perkonsian pendapat sesama peserta, mereka telah bersepakat untuk mewujudkan Generasi-2 (Gen-2) yang mana ianya adalah merupakan sistem batch yang diperkenalkan pada tahun lepas iaitu dalam KKM’09. Penubuhan ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah dikalangan peserta Kem Kembara Muslim yang dianjurkan oleh Lajnah Pendidikan & Kepimpinan PMIUTM. Selain itu,mereka juga berfungsi dalam menjayakan program-program PMIUTM akan datang.

Seterusnya adalah majlis penutup. Dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh penghulu merangkap Pengerusi Gen-2, saudara Mohd Hafiz dan Pengerusi Lajnah Pendidikan & Kepimpinan, saudara Mohd Wafi Shah Rooni. Majlis disempurnakan lagi dengan ucapan perasmian penutup oleh Ustaz Nasir Masroom Pegawai Jabatan Islam di Hal Ehwal mahasiswa & Alumni. Kira-kira jam 3.00 petang, kesemua peserta dan ajk meninggalkan tapak program menaiki bas yang disediakan. Diharap kesemua peserta memperoleh banyak ilmu bagi menjalani kehidupan sebagai individu muslim daripada kem ini.

5 comments:

masterfaiz said...

bilik kat sana guna aircond kan?

Khairul said...

Assalamualaikum.
Tahniah & syabas diucapkan kpd semua ajk yg menjayakan KKM 10. Hanya Allah jua yg mampu membalas sgla pengorbanan yg telah anda lakukan.
kpd Gen-2, diharapkan agar dapat merapatkn ukhuwwah sesama anda serta dapat memberikan sumbangan untuk menjalankan dakwah di kampus menerusi PMIUTM,insyaAllah.
Siiru ala barakatillah.

Linda Amin said...

>>master faiz: ya guna aircond.

>>Akh Khairul: Waalaikumsalam wbt.Alhamdulillah berkat doa semua sahabat2, KKM '10 berjaya dijalankan.. namun ianya bukanlah yang terbaik. masih banyak yg perlu dibaiki. semoga KKM'11 akan datang, lebih baik daripada yg sebelumnya.. Insya Allah..

tasnim said...

Assalamualaikum,

Tahniah untuk barisan AJK yang telah menjayakan KKM. Alhamdulillah, adik2 berjaya membentuk Gen-2. Semoga setiap generasi akan melahirkan kesinambungan mahasiswa yang cekal dan tabah memperjuangkan kehidupan yang syarie'.
Tahniah!
p/s: Jangan mengalah sebelum mencuba..Linda boleh! =)

far hani said...

rindu utk terlibat dengan xtvt2 sebegitu....rndu dgn ukhwah yg trbentuk (gen-2)...insyaAllah, akn cuba mrapatkan semula ukhwah antare gen-2....hrap bimbingan dan doa dr akak2 n abg2..syukran~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...