• RSS

10 February 2011

Ada apa dengan cinta?


Cuti yang lepas saya mengambil kesempatan untuk menemani emak bersilaturrahmi dengan sahabat-sahabatnya. Berjumpa dengan seorang nenek lingkungan 80-an. Bilangan kedut di wajahnya jelas mempamerkan usianya.
Rancak sungguh dia dan emak berbual. Saya hanya duduk diam di tepi sambil menjamah hidangan yang disediakan. Telinga saya tidak lepas menangkap isi perbualan demi untuk menambah vocab bahasa jawa saya. (hehe.. banyak yang saya tak faham!)
Apa yang saya kagum dengan nenek ini ialah walaupun usianya sudah banyak, dia masih menjaga amalan sunatnya iaitu solat sunat syuruk dan dhuha. Sesuailah dengan kepercayaan yang diberikan penduduk kampong kepadanya sebagai tukang mandi jenazah wanita.
Dan perkara yang amat membuatkan saya berfikir dengan lebih serius adalah, setiap pagi jumaat dia akan berjalan kaki sejauh 3 km semata-mata untuk menziarahi pusara suaminya. Tambahan pula dia terpaksa melalui bukit sebelum sampai ke tanah perkuburan. Ini bukan soal ‘real muslimat’. Tapi ini adalah salah satu bukti cinta  seorang isteri yang taat pada suami yang masih utuh. Sayangnya dia pada si suami. Kuasa cinta yang menyuntik tenaga melawan usianya. ( so sweet…)
Cinta memang fitrah manusia. Ia berkaitan hati dan perasaan. Adam dan Hawa bukti penciptaan cinta terawal dalam peradaban manusia. Syaitan sememangnya benci dengan cinta. Lantas mereka digoda dan dibenarkan Allah untuk diuji cintanya lalu dipisahkan di dunia. Bukti keagungan cinta mereka perpisahan tidak kekal lama. Fajar sebaik-baik hari yang menyingsing jumaat itu menyaksikan pertemuan Adam dan Hawa.
Sememangnya cinta itu sering dikaitkan dengan perpisahan dan bagi menguji kesetiaan. Siti Hajar juga diperintahkan Allah untuk ditinggalkan oleh nabi Ibrahim a.s. ayahanda baginda Rasulullah saw juga meninggalkan Aminah untuk berniaga mencari nafkah. Hanzalah juga tekad meninggalkan isteri yang baru dinikahi demi menyahut seruan jihad.
Cinta itu mampu wujud walaupun kita tidak dapat melihat apa dan siapa yang kita cintai itu secara zahir. Allah dan Rasullullah contohnya. Cinta kita kepada mereka tanpa dapat melihat dzat dan fizikalnya namun, cinta itu lahir daripada bukti kekuasaaNnya, asma’ wa sifatNya, ciptaanNya, Al-Quran yang diwahyukan dan banyak lagi yang berada di sekeliling kita.
Setiap insan yang bercinta itu sering diuji. Manusia yang beriman dan bercinta dengan TuhanNya akan sering diuji untuk membuktikan tahap keimanan dan kecintaan mereka. Jadi, jangan mengeluh dan berasa tertekan ketika diuji. Bukankah Allah akan menguji seseorang itu sesuai dengan tahap keimanan hamba pada RabbNya? Bersyukurlah jika diuji. Perbanyakkan tarbiyah ruhiyah supaya kita tidak terpesong mengikut hawa nafsu jika kita diuji. Ujian adalah tarbiyah daripada Allah. tarbiyah tersebut boleh jadi lembut atau keras, berupa keseronokan atau kesengsaraan, selesa atau resah, dan macam-macam lagi. Ia bukanlah pilihan tapi ketentuan. Maka bersedialah!
Antum semua sedia untuk diTARBIYYAH?
Jika anda menjawab YA, jangan biarkan ia hanyalah sebuah retorik.
Setiap kata-kata akan diuji. Pemilik blog ini juga akan diuji.
Lahawlawala quwwata illa billah…

Nota:
1.       Tanpa cinta, sengketa dan dusta yang merajai jiwa.  (bak kata lagu Inteam)
2.       Perpisahan akibat perceraian bukan lah salah satu bukti cinta
3.       Saya bukan orang yang faqih untuk mengulas mengenai cinta. Jadi, saya minta maaf jika tulisan ini bukan seperti yang anda harapkan
4.       Selamat bercinta

1 comments:

tasnim said...

Assalamualaikum..

Kdg2 cinta mengajar erti duka, supaya kita lebih mengenal bahagia..

carilah cinta yang suci..insyaALLAH tiada apa lagi yang perlu dikesali..

Cinta seorang Isteri untuk suaminya juga adalah cinta yang suci..

Jadi, kahwin dulu ya dik barulah boleh akak ucap "Selamat Bercinta!"

Moga Allah memberikan yang terbaik tentang CINTANYA untuk kita semua...aMEEn,..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...