• RSS

27 February 2011

Tak Nak Cinta Pudar!


Anti cinta pudar
Bismillah..
Mencari kesempatan di sebalik kesempitan..
Simposium Cinta Rasul yang dianjurkan oleh Pusat Islam dikhatamkan dengan sebuah forum yang bertajuk Contohi Akhlak Rasulullah: mampukah kita? Kelmarin. Ustaz Mahyudin sebagai moderator adalah pilihan bijak PI. Dengan gayanya yang santai dan ‘lawak educated’ beliau mampu menghidupkan suasana. Begitu juga dengan jemputan panel pertama, Ust Wan Ali Timbalan pengarah PI UTMIC dan panel yang kedua Ust Asyraf juara Imam Muda program reality TV anjuran astro oasis. Pilihan terbaik. Mungkin PI sengaja memanggil selebriti yang tidak kurang hebat ilmunya ini sebagai salah satu strategi menarik mad’u. Syabas!
Sambutan maulidurrasul di UTM kali ini saya rasakan sangat hebat. Pusat Islam dan kolej-kolej sangat berusaha keras menghidupkan semangat dan ruh cinta Rasul. Semua penceramah begitu bersemangat dalam menyampaikan setiap isi ceramahnya. Kupasannya kena dengan jiwa dan hati. Mudah difahami. Malah, jika benar-benar dihayati talaqi kitab Syamail Muhammad SAW itu, pasti kita mampu merasakan indahnya keperibadian kekasih Allah itu.
Sambutan maulidurrasul tahun ini saya anggap sangat istimewa. Kenapa? Sebab ia clash dengan waktu kehangatan kempen PRK. Habis siapkan poster, terus ke “Indahnya Hidup Bersyariat “ di KRP. Selesai konvoi kempen bermotor, terus ke talaqi kitab Syamail dan selepas isyaknya meriahkan rapat umum di arked pula. Yang peliknya, hanya orang yang berbaju oren sahaja yang kelihatan di majlis-majlis ilmu ini. di mana gadis & pemuda berbaju merah? Ada dua kemungkinan. Samada mereka tidak suka memakai baju berunsur politik dalam majlis ilmu ataupun mereka sedang sibuk menampal poster ketika ini. saya lebih suka dengan kemungkinan pertama bagi menjaga prestasi Husnu dzan.

Kepenatan berkempen apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kepenatan keletihan para  sahabat dan Rasulullah menegakkan Islam.
Dan musim pasca PRK ini, ada sahabat saya yang diuji. Saudara Ibrahim dan saudara Hafizul Himi. mereka dibuang kolej atas alasan  menganjurkan solat hajat Pro-M di kolej. Begitu sekali pengetua melayan mahasiswa. Saya yakin dan pasti, usaha pengetua ini tidak sedikit pun memadamkan dan menggentarkan hati mereka untuk terus bersama Pro-M.
Rasulullah juga pernah dibuang di tempat kelahiran sendiri. Musyrikin Mekah  membuang nabi dan para pengikut Islam.
Rabiulawal semakin menuju untuk bertemu sahabatnya Rabiulakhir. Sangat risau di hati saya, adakah saya mampu mengekalkan cinta&rindu saya pada Rasulullah ketika sambutan maulidnya ketika ini di bulan-bulan yang lain. Allah…
Antara  usahanya? Mengamalkan sunnah Rasulullah. Mengaitkan kehidupan seharian dengan sirah baginda. Insya Allah..
PRK mungkin acara tahunan biasa di semua universiti. Namun ia membawa ruh yang luar biasa… -Azlinda, 26 febuari 2011 12.29pm
“Ya Allah.. jangan Kau pudarkan cinta & rinduku pada kekasihMu Rasulullah SAW”
Lahawlawalaquwwataillabillah…
Nota:
1.       Selamat lihat PRK dengan mata hati
2.       Kalau dipanjangkan umur, saya dapat lihat lagi dua PRK di UTM ini
3.       Selain daripada menjadikan keluar makan dengan sahabat-sahabat sebagai medium ukhuwwah, PRK juga bertindak sebagai medium yang sama.
4.       saya amat teringin meletakkan gambar hasil lensa saya sendiri di sini. tapi apakan daya, kamera yang pernah saya ada sudah tamat riwayatnya.  


     
  

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...