• RSS

06 February 2012

Rooftop Rant



Tajuk: Rooftop Rant
Penulis: Hlovate
Penerbit: JS Publishing
Harga: Sem. Malaysia RM21.00
Bilangan muka surat: 538

Seperti versus dan contengan jalanan, temanya sentiasa tidak lari daripada remaja, skate, dunia seni, dengar mp3, hijrah 360 darjah, berubah jadi baik, dan usrah. Latar tempatnya pula, area-area Kl- Selangor, Indonesia, Scotland. Manakala pengisian ilmiahnya, buku-buku harun Yahya kebanyakannya.

Disebabkan novel yang ini telah lama dan saya membaca Versus dan Contengan Jalanan dahulu, maka dapat dilihat, Hlovate menulis dengan lebih baik. Semakin kurang unsur cintanya. Semakin bertambah ilmiahnya.
Trisy gadis bermasalah. Baru berumur 16 tahun. Mangsa pengabaian ibu bapa dan ahli keluarga. Liar di sekolah. Merokok dan pernah cuba untuk bunuh diri. Tiga hari seminggu melepak di atas bumbung Wisma Topaz. Di sana dia bertemu dengan Jade.

Jade penjual burger. Mahasiswa UITM. Minat melukis komik. Ibu bapanya tidak membenarkan dia menjadikan itu sebagai kerjaya. Pelajarannya yang biasa-biasa selalu dibanding-bandingkan dengan along dan adiknya. Melepak di atas bumbung Wisma Topaz kerana mencari ketenangan dari bebelan ibunya. Juga untuk mencari ilham lukisannya.

Di atas bumbung, mereka bertemu. Bercakap mengenai kehidupan. Berkongsi masalah.
Trisy dipaksa duduk bersama atok, opah dan Pak Sunya di JB. Pelajarannya cemerlang. Menukar penampilan. Mula bertudung. Gadis sopan. Malah berusaha solehah. Spm gempak. Ke Aberdeen.
Jade menjadi kartunis majalah Hah Ha. Bertemu dengan beberapa rakan yang membawanya kembali bersama-sama melakukan refreshment dengan Islam yang bukan sekadar ilmu di dalam buku teks sekolah tetapi sebagai cara hidup. Ad-Deen.

Akhirnya mereka semua menjalani hidup yang lebih baik. As a good muslim. Seterusnya hidup melengkapi antara satu sama lain sebagai pasangan suami isteri yang sah!







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...