• RSS

02 June 2011

Beduk Diketuk


Tajuk: Beduk Diketuk
Penulis: Pahrol Mohd Juoi
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Harga: Sem. Malaysia RM26.00
Bilangan muka surat: 279
Sumber: Pesta Buku Antarabangsa kuala Lumpur 2011

Apabila beduk diketuk, masyarakat sekeliling akan memberi perhatian. Beduk diketuk kerana ada sesuatu perkara penting yang ingin disampaikan. Orang di sekeliling mula bersedia untuk mendengar dengan teliti. Bedukan yang kuat tidak semestinya perlu kepada suara peringatan yang kuat juga. Namun, cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan mampu menggetarkan hati.

Buku ini menghimpunkan pelbagai kisah dakwah realiti zaman ini. Pelbagai ragam manusia dalam menghadapi ujian kehidupan.  Mad’u yang berada di sekeliling kita menuntut kita sebagai daie untuk sentiasa fleksibel. Usahawan berharta, si miskin keparat, remaja lalai, aktivis dakwah, isteri gundah, suami pemarah, imam kampung semuanya manusia yang semestinya bersifat ghaira maksum ( tidak maksum). Merekalah mad’u kita. Pendakwah zaman ini perlu menjadi lebih kreatif di samping ilmu dan iman yang mesti sentiasa  di’upgrade’. Hujah perlu benar dan sahih supaya tidak digelar sesat. Mesti rasional dan tepat. Hayati kisah nabi dan aplikasi dengan gaya kontemporari supaya mad’u mudah menghadam isi penyampaian. Perlunya kata-kata manis bukan menghiris. namun kadang kala perlu juga menjadi tegas bagi ‘melanyak’ hati-hati mereka yang gemar menegakkan benang yang basah. 

Dakwah generasi i-pad sememangnya menuntut para pendakwah menjadi seimbang tarbiyah, siasah, dan dakwah. Dan keseimbangan itu bukanlah mampu dibina dalam seminit dua juga bukan sebulan dua. Bahkan seumur hidupmu. 

Manfa’ati buku ini dengan mengambil ibrah daripada kisah-kisah keluhan mereka terhadap kehidupan. Hayati wasilah dakwah yang digunakan dalam menangani emosi mereka. 

“ jangan kesal kalau diri tidak dihargai tetapi kesalnya kalau diri benar-benar tidak berharga”

“sabarlah dalam bersabar. Syukurlah sehingga tidak dapat diukur”

“biarlah sapi yang dapat nama. Kerana kita bukannya lembu yang terkenal dengan kedunguannya”

“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu”

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...