• RSS

20 June 2011

Nota Hati Seorang Lelaki

Buku ini saya baca dua kali akibat daripada penangguhan pembacaan pada sesi pertamanya. Apabila saya membaca sesebuah buku, saya tidak boleh mencampurinya dengan pembacaan buku yang kedua, ketiga dan seterusnya. Ini kerana  masalah yang saya hadapi setiap kali saya bermain ‘kayu tiga’ dengan buku pertama ialah apabila saya ingin menyambung kembali pembacaan saya tidak mampu fokus dan sukar untuk memahami apa yang saya baca. Jadi kesimpulan saya ialah, buku ini merajuk. Buku ini hidup.

Jika anda gemar membaca tulisan Ustaz Pahrol, anda pasti kenal benar. Isinya tidak lari daripada menegur sikap manusia dari pelbagai golongan. Beliau mencari solusi dalam setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan dengan back to basic. Kembali  kepada agama dan sikap diri sendiri. Perubahan yang mesti dilakukan inside-outside. Bukan factor persekitaran yang menyebabkan kita berubah. Tapi diri sendiri.
Buku ini lebih kurang sama dengan ‘Beduk diketuk’. Namun apa yang menjadi bezanya ialah ‘Nota Hati seorang lelaki’ memfokuskan kisah berkaitan isu kekeluargaan, tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya, menantu terhadap mertua  juga seorang bapa terhadap anak-anak.

Antara isi dalam buku ini yang bertajuk : berdepan dengan bakal isteri dan ibu… 

Apabila ditanya bagaimana mendidik seorang anak perempuan, jawapannya adalah
“raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya.”
Kenapa? Kerana perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhluk akal. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan.
Bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itulah ‘end in mind’ yang perlu sewaktu mendidik anak perempuan. Jika mahukan inginkan seorang isteri yang taat, lalu didiklah anak perempuan tentang ketaatan. Jika mahukan isteri yang malu, didiklah mereka dengan mengekalkan sifat malu di tempat dan ketikanya. Latih diri mereka untuk menutup aurat. Ajar mereka erti maruah dan harga diri dan lain-lain lagi. 


Tajuk: Nota Hati Seorang Lelaki.
Penulis: Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Penerbit: Telaga Biru sdn bhd
Bilangan muka surat: 272
Harga: Sem. Malaysia RM20.00 Sabah/Sarawak RM22.00

Selamat membaca!

Nota:
1.        seorang sahabat pernah berkata, “ lelaki bercakap guna mulut tapi perempuan terima dengan hati ”



1 comments:

N I A said...

"lelaki bercakap guna mulut,...perempuan terima dengan hati",..lalu apabila lelaki bercakap kasar ,..air mata yg akan mengalir,....Allah,....sgt mudah tersentuh hati perempuan ini,.....thank linda atas perkongsian tentang buku nie,....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...