• RSS

29 April 2013

Perpisahan itu kadang kala indah

Assalamualaikum wbt. Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad Rasulullah saw serta ahli keluarga baginda.

Hidup ini indah kerana ianya di dunia. Hakikatnya syurga itu berganda ganda ganda lagi indah bagi mereka yang benar-benar tahu.

Perpisahan itu semuanya pahit. Bagi kebanyakkan orang. Semua takut dengan perpisahan. Cuba tengok drama, filem dan novel semuanya berakhir dengan penyatuan hati, gembira, bahagia. Zaman dahulu ada yang begitu taksub sehingga ingin dibakar panggung yang menayangkan filem yang diakhiri dengan perpisahan atau kesedihan. Hasilnya, manusia sudah ditanam emosi dan perasaan supaya bersedih dengan perpisahan.

Tapi pada saya, tidak semua perpisahan itu pahit. Ada ja perpisahan yang indah. Perpisahan yang tenang dan damai. Tidak menyebabkan sesiapa tercedera dan terluka juga tiada air mata yang dibazirkan. Perpisahan itu seharusnya dibuat dengan hati yang dipandu akal, emosi yang diurus rapi, dan jiwa yang perlu disabarkan. Jika tidak, mungkin akan ada kesilapan yang boleh berlaku. Kesilapan sepanjang hayat.

Apa-apa pun ia, ketahuilah bahawa perpisahan itu sebenarnya kadang kala terbaik untuk kita dan memberikan sesuatu buah hasil yang tenang, aman dan damai. Sedamai bulan purnama di langit, setenang laut di lautan, juga setenang wajah emak kita di rumah. :)

 Novel  ini diakhiri dengan perpisahan yang  terbaik dan realistik.

2 comments:

Renja Hijo said...

novel ni, kakak bagi berapa bintang daripada total 5 bintang?

macam mau baca bah.

Azlinda Amin said...

Novel ni, akk bagi 5 bintang. Selain daripada kisah cinta, hasil karya pasangan suami isteri, Imaen dan Noor Suraya semuanya realistik dan membumi. Kisah cintanya tidak terlalu 'drama'. dan yang paling penting, ada juga dimasukkan unsur tarbiyah dan siasah. Cubalah baca. Mungkin terbuka sedikit minda dalam usaha kita meladeni mad'u.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...