• RSS

26 November 2011

no word

Blog ini semakin hilang fungsi. Kali ini bukan lagi kesibukan yang menjadi alasan. Tapi kerana diri sendiri. pelbagai entri sudah dirakamkan dan siap ditaip. Tapi semuanya hanya berada di dalam ruang fikiran sahaja. Apabila mula ingin ditaip di papan kekunci semuanya berlumba-lumba ingin keluar. Sehingga jari ini kecelaruan untuk menulis yang mana satu. Akhirnya Microsoft word ditutup kosong. Tiada apa yang ditulis. Begitulah selalunya. Entah virus apa yang mula berkeliaran dalam diri.

Maka demi tidak ingin mengsia-siakan apa yang diilhamkan oleh Allah, setiap baris ayat yang hadir mengetuk minda, segera ditaip di telefon bimbit. Dibaca berulang kali dengan harapan semoga ia bermanfaat buat umat. Bismillah.. Lalu ia di’post’ ke dinding facebook via mobile. Entah apa agaknya yang difahami oleh si tukang LIKE dan COMMENT itu. Biarkan mereka dengan kefahaman mereka sendiri kerana memang begitu yang Allah ciptakan. Siapalah kita untuk menyekat hak kebebasan bersuara mereka. Namun kadang kala ia perlu juga diberi pencerahan supaya tiada hati yang tercedera. Hmm.. mungkin mereka belum kenal dengan diri ini yang bukan menulis kerana emosi. Biarkan kerana itu juga sebahagian daripada hak mereka.

     

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...