• RSS

01 November 2011

Wabak Sepanjang Jalan


Tajuk: Wabak Sepanjang Jalan
Penulis: Dr Al-Sayed Muhammad Noh
Penterjemah: Dato’ Seri Hj Azizan b Hj Abdul Razak
Bilangan muka surat: 283
Harga:  RM18.00

Buku ini secara terperincinya menerangkan kepada ‘amilin mengenai wabak-wabak atau punca kepada permasalahan seorang ahli gerakan Islam futur daripada medan perjuangan. Penerangannya mudah difahami apabila ia disertakan dengan definisi, sebab, kesan dan cara mengubati. Jelas menunjukkan bahawa jema’ah ini bukanlah hanya mengkritik sesuatu perbuatan keburukan yang dilakukan ‘amilin tapi juga turut menyediakan penawar bagi penyakit tersebut. Sesuailah dengan fitrah iman manusia yang sentiasa bertambah dan berkurang. Terdapat tujuh wabak yang diterangkan dalam buku keluaran jilid 1 ini. namun, suka untuk saya cungkilkan satu wabak daripadanya iaitulah wabak Al - I’jab bil Nafsi (terpesona dengan diri sendiri).

Al – I’jab bil Nafsi
Pengertian dari sudut bahasa:

1.      Gembira dan berharapan baik
2.      Rasa besar dan membesarkan
Pengertian dari sudut istilah

Maksud terpesona dengan diri sendiri ialah kegembiraan yang dirasakan oleh diri samada melalui perbuatan atau perkataan tanpa menghiraukan perasaan orang lain dan tanpa mengira kesan perbuatan tersebut terhadap orang di sekeliling.

Antara sebab-sebab berlakunya Al- I’jab bil Nafsi:

1.      Suasana awal dibesarkan

Berpunca daripada Susana keluarga yang suka membanggakan diri sama ada dalam bentuk kebenaran atau kebatilan.

2.      Memuja dan memuji secara berdepan tanpa mematuhi dan mengambil kira adab dan peraturan hukum syara’ yang berkaitan dengan pujian

Kadang kala, sebab yang menjadikan seseorang itu terpesona dengan kehebatan diri sendiri ialah apabila pujian yang diberikan kepadanya tidak beradab. Hal ini berlaku apabila orang yang dipuji tersebut merasa bangga dan menganggap dirinya tidak akan dipuji kecuali kerana dirinya memang memiliki kebolehan yang tidak dikecapi oleh orang lain.



Sesungguhnya Raslullah saw sangat mengecam orang yang memberi penghargaan dan memuji seseorang tersebut dihadapannya.
Mengikut riwayat Mujahid yang diterima daripada Abi Ma’mar berkata:
“seorang lelaki telah bangun menyampaikan pujian kepada salah seorang amir, maka lantas Miqdad menyimbah tanah pada mukanya (orang yang memuji) dan Miqdad berkata “ Kita disuruh oleh raslulullah saw supaya menyimbah atau melontar tanah ke muka kaki puji.

3.      Mendampingi golongan yang bersifat kagum dengan diri mereka sendiri
4.      Berada di dalam nikmat dengan melupai penganugerahan nikmat (Allah)
5.      Memikul tugas sebelum matang dan tarbiyahan secukupnya

Fenomena yang berlaku di dalam jema’ah ialah apabila mahu tidak mahu, sebahagian ‘amilin terpaksa bertanggungjawab melakukan tugas padahal mereka belum layak untuk memikul tugas tersebut sama ada dari sudut kewibawaan dan keupayaan. Dalam keadaan inilah, syaitan akan mula berbisik, mereka tidak mungkin diberi kepercayaan bagi memiliki tempat yang dimilikinya sekarang kecuali kerana kelebihan dan kebolehan yang dimilikinya.

6.      Lalai atau gagal mengenali tentang hakikat diri
7.      Keturunan yang baik dan mulia
8.      Keterlaluan dan berlebihan dalam memberi penghargaan dan penghormatan

Kemungkinan perlakuan sesetengah ‘amilin yang menghormati antara satu sama lain melebihi batas syara’ sehinggan menjadikan orang yang dihormati itu merasa dirinya hebat. Seperti perbuatan bangun ketika seseorang  yang dimuliakan itu masuk. Baginda amat melarang perbuatan bangun tatkala Nabi masuk ke perkumpulan para sahabat.

Sabda Nabi:
“ sesiapa yang suka orang-orangnya bengun berdiri sebagai tanda patuh, maka ia telah menempah tempat duduk dari api neraka.
9.      Ketaatan yang melampaui batas
10.  Tidak menyedari tentang kesan yang akan timbul dari perlakuan Al-I’jab Bil Nafsi
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...