• RSS

27 January 2012

Mandala Dunia Kedua





Tajuk: Mandala Dunia Kedua
Penulis: Azizi Haji Abdullah
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
Bilangan muka surat: 318
Harga: Sem. Malaysia RM18.00 Sabah/Sarawak RM20.00
Novel ini ditulis oleh Allahyarham separuhnya ketika di hospital.

“Novel terbaru yang baru siap setebal 299 muka bertajuk ‘MANDALA DUNIA KEDUA’mujur menjadi peneman. Untuk kali ke 8 dan terakhir dapat juga dilakukan secara penyegan. Alhamdulillah rasanya sempat habis sebelum bedah. Jika hayat saya pendek, barangkali inilah novel terakhir saya”

Ini adalah karyanya yang kedua saya baca. Yang pertama ialah Seorang Tua di Kaki Gunung. Novel ini sarat dengan mesej. Jalan ceritanya pendek tetapi kaya dengan fakta segar mengenai alam ciptaan Allah. Tidak ketinggalan juga pelbagai teguran diselang selikan halus dan sinis mengenai gaya hidup masyarakat kita.

Dr Sima seorang Profesor di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran di Universiti Sains Malaysia. Cacat kakinya. Beragama Islam, berketurunan india muslim, dan cina. Berkahwin dengan Dato’ Kadir Shah, orang politik, bekas YB. Mereka mempunyai seorang anak. Kebahagiaan rumah tangga mereka akhirnya musnah kerana suaminya ‘bersekongkol’ dengan pembantu rumahnya ketika Dr Sima masih dalam pantang lagi.

Jone watak kedua.  Berketurunan Uganda dan India. Tidak beragama. Pelajar master dalam bidang ekologi. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Isterinya juga curang. Sedari pulang daripada mencari bahan tesis di luar daerah, isterinya sedang berseronok di rumah bersama lelaki lain.

 Dr Sima dan Jone masing-masing buntu dan terlalu kecewa dengan kehidupan mereka. Secara tidak sengaja mereka dipertemukan di sebuah hotel tepi kolam renang. Masing-masing menceritakan masalah dan berbincang bersama mencari jalan penyelesaian. Akhirnya, kata sepakat telah ditemui. Punca kepada segala permasalahan ialah gaya hidup masyarakat kini yang dilihat sangat parah. Hidup saling menindas. Pencemaran di mana-mana, kemewahan yang semakin menggila dikejar oleh sekalian manusia. maka, mereka sudah menemui jalan penyelasain iaitu mencari dunia kedua. Dunia yang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota bersama isinya. Mereka ingin kembali kepada alam. Dunia yang jauh lebih tenang dari kesesakan kemewahan dan kerakusan manusia mencari kepentingan diri. Tempat itu ialah di hutan banjaran Titiwangsa. Mereka memulakan hidup baru dan memgubah cara hidup baru. Ala-ala tarzan.

Jone tidak percaya dengan Tuhan manakala Dr Sima tetap beriman dengan adanya Pencipta di setiap ciptaan. Jone selalu menggunakan logic akal. Manakala Dr Sima membawa masuk unsur kerohanian. Ketahui lebih lanjut mengenai pengembaraan mereka di hutan itu.

Dapatkan segera di pasaran! Tidak rugi. Insya Allah..    

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...