• RSS

30 January 2012

Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan Bumi Cinta

Bismillah..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta ahli keluarganya..

Ust Habiburrahman El-Shirazy atau dikenali sebagai Kang Abik ini saya kenali melalui tulisannya. Tiga novel besarnya memang hebat dan sarat dengan huraian ilmiah Ayat suci Al-Quran dan hadith.
Bertepatan dengan katanya , “ saya ingin menjadikan tokoh utama dalam novel-novel saya sebagai Al-Quran berjalan atau Al-Quran hidup.”

 Tidak ketinggalan juga kata-kata ilmuan dan tokoh Islam selain daripada akhlak mulia sebagai muslim yang turut digarapkan dalam novel setebal ratusan halaman ini. Dalam novel Ketika Cinta Bertasbih dan Bumi Cinta contohnya terdapat huraian sedikit kata-kata Ibnu Atthailah melaui kitabnya Al-Hikam.    Huraian dan segala ilmunya menunjukkan kepakaran penulisnya yang bukan menulis dengan ilmu yang bukan calang-calang. Setiap ayat yang ditulis tiada yang nampak dongengnya malah kadang-kala ia berbentuk teguran dan ilmu-ilmu baru yang boleh dipraktikkan bagi menjadikan kita sebagai muslim yang lebih baik. Watak utama yang diangkat dalam kesemua novelnya merupakan muslim Indonesia yang hebat dari sudut agama dan ilmunya, juga akhlak dan sikapnya. Antaranya ilmu perdebatan mengenai perbandingan agama. Dalam Fahri dan Aisha dalam Ayat-Ayat Cinta dan Ayyas dalam Bumi Cinta digambarkan mempunyai ilmu yang baik untuk menerangkan kewujudan Tuhan dan Agama yang paling benar itu adalah Islam di hadapan pengkaji agama dan penganut ateis yang sangat hebat.   Semuanya boleh dijadikan contoh dan mengubah sedikit sebanyak bagi mereka yang pesimis terhadap masyarakat Indonesia yang kononnya dikatakan menumpang di Negara orang, selalu meminta-minta, menjadi penipu, penyangak, dan kata-kata nista yang lain bagi menggambarkan pendatang asing dari Indonesia itu selayaknya dipandang sebelah mata.

Ayat-ayat Cinta



Novel ini, saya baca ketika masih di bangku sekolah menengah usai peperiksaan pertengahan semester. Saya pinjam dari kawan. Sekadar mengisi masa lapang kononnya ‘release tension’ membaca buku akademik. Itupun hanya kerana novel genre ini sahaja yang dihalalkan untuk berada di kawasan asrama. Hanya mengambil masa selama tiga hari sahaja untuk mengkhatamkan. Sedikit kupasan novel ini. Kang Abik menulisnya usai mentadabburi Firman Allah, Az-Zukhruf : 67

âäHxÅzF{$# ¥Í´tBöqtƒ óOßgàÒ÷èt/ CÙ÷èt7Ï9 <rßtã žwÎ) šúüÉ)­FßJø9$# ÇÏÐÈ     

 pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya Yang lain, kecuali orang-orang Yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

Melalui watak Fahri, dia merupakan orang yang selalu menjaga sahabatnya seperti Saiful. Juga menyintai wanita solehah seperti Aisha dan menjaga hubungan dan menikahi gadis Kristian Koptik seperti Maria kerana Allah semata-mata. Cinta yang dibina atas landasan iman dan taqwa yang menjadi jambatan membawa hingga ke akhirat kelak. Saya antara orang yang mengutuk ketika novel ini diangkat menjadi filem. Sangat bercanggah dari novel asalnya dan adegan intim sebagai pasangan suami isteri yang keterlaluan itu telah mencemar kesucian novel tersebut. Dan kalau tidak silap, Kang Abik juga turut kecewa kerana mungkin cubaan kali pertamanya, beliau kurang teliti dari sudut pengambilan pelakon dan cara pelakon mentafsirkan jalan cerita novel tersebut.

Ketika Cinta Bertasbih



Karya Kang Abik yang ini, saya baca ketika habis zaman matrikulasi. Novelnya yang ini mempunyai dua siri dan hasil tadabbur Kang Abik melalui ayat Allah At-Taubah: 105

È@è%ur (#qè=yJôã$# uŽz|¡sù ª!$# ö/ä3n=uHxå ¼ã&è!qßuur tbqãZÏB÷sßJø9$#ur ( šcrŠuŽäIyur 4n<Î) ÉOÎ=»tã É=øtóø9$# Íoy»pk¤9$#ur /ä3ã¥Îm7t^ãsù $yJÎ/ ÷LäêZä. tbqè=yJ÷ès? ÇÊÉÎÈ  

 Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan".

Ya. Watak utamanya Abdullah Khairul Azam mahasiswa Al-Azhar yang sengaja extend kerana ingin bekerja demi menanggung pembiayaan pendidikan adik-adiknya. Usahanya bukan kecil  masakan bukan kerana tempenya yang berkualiti dan baksonya yang enak dan strategi komersial yang mantap dia pantas dikenali dikalangan warga Indonesia di Tanah Mesir itu. Ternyata, usahanya tidak sia-sia dan diganjari dengan sesuatu yang sangat bermakna. Adiknya Ayatul Husna berjaya menjadi penulis dan juruhebah radio Islam terkenal di Indonesia. Berkat wang kiriman abangnya yang membiayai pengajiannya. Melalui filem adaptasi novelnya, saya berpuas hati. Kang Abik nampaknya lebih berhati-hati dengan mengadakan audition untuk mencari sebahagian pelakon yang sesuai. Seperti Kholidi Asadil Alam yang memegang watak Azzam yang layak untuk menghuraikan Kitab Al-Hikam karangan Ibnu Atthailah. Juga si manis bertudung Oki Settiana Dewi yang menjadi muslimah pintar, kaya selayaknya anak kiyai pesantren, Anna Althafunnisa. Saya sangat berpuas hati!

  Bumi Cinta
Karyanya yang terakhir setakat ini baru sahaja selesai saya baca. hasil tadabbur Kang Abik ke atas Firman Allah Al-Anfal: 45-47

$ygƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) óOçGŠÉ)s9 Zpt¤Ïù (#qçFç6øO$$sù (#rãà2øŒ$#ur ©!$# #ZŽÏWŸ2 öNä3¯=yè©9 šcqßsÎ=øÿè? ÇÍÎÈ   (#qãèÏÛr&ur ©!$# ¼ã&s!qßuur Ÿwur (#qããt»uZs? (#qè=t±øÿtGsù |=ydõs?ur ö/ä3çtÍ ( (#ÿrçŽÉ9ô¹$#ur 4 ¨bÎ) ©!$# yìtB šúïÎŽÉ9»¢Á9$# ÇÍÏÈ   Ÿwur (#qçRqä3s? tûïÏ%©!$%x. (#qã_tyz `ÏB NÏd̍»tƒÏŠ #\sÜt/ uä!$sÍur Ĩ$¨Y9$# šcrÝÁtƒur `tã È@Î6y «!$# 4 ª!$#ur $yJÎ/ tbqè=yJ÷ètƒ ÔÝÏtèC ÇÍÐÈ  

45. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu Dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
46. dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.
47. dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang Yang keluar dari negerinya Dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha meliputi pengetahuannya akan apa Yang mereka kerjakan.

Muhammad Ayyas pelajar sarjana di sebuah Universiti di India. Sebelum ini beliau pernah belajar di Madinah. Perjalanannya ke Moskow, Rusia adalah untuk mencari bahan tesisnya mengenai Sejarah Islam di Rusia ketika zaman pemerintahan Stalin. Bukan sengaja untuk dia menyusahkan diri ke Negara yang penuh dengan kemaksiatan kebebasan dan pornografi. Ditambah lagi dengan ujian iman berhadapan dengan wanita Rusia yang seksi dan jelita. Pensyarah Pembimbing Ayyas telah mensyaratkan kajian tesisnya perlulah dengan kajiannya hingga ke Rusia untuk mengutip sejarah melalui pengalamannya di sana dan pertemuannya bersama Profesor Tomskii. Perjalanan menuntut ilmu itu, dihiasi dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang sangat dahsyat. Digoda dengan perempuan cantik Rusia, nyaris menjadi kambing hitam agen perisik Israel, dan sebagainya.

 Dalam novel ini, saya menemukan kata-kata Umar Abdul  Aziz Aku tidak suka jika para sahabat tidak berselisih pendapat, kerana apabila mereka bersatu pada satu pendapat dan disanggahi oleh seorang daripada mereka sudah tentu orang itu menjadi sesat. Apabila mereka berselisih pendapat, seseorang mengambil pendapat ini dan seorang mengambil pendapat itu, ia merupakan suatu kelapangan”.

Juga kata-kata Ibnu Atthailah “Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan adalah kembali kepada Allah di awal perjalanan” dan “Ketika pagi datang, orang yang lalai akan berfikir apa yang harus dikerjakannya. sedangkan orang yang berakal akan berfikir apa yang akan Allah lakukan kepadanya "
Tidak ketinggalan, kaedah fiqh, “Penilaian tentang sesuatu itu pada asasnya dilihat pada asalnya

Dan banyak lagi mutiara ilmu yang sangat bermanfaat. Semoga novel ini benar-benar memberi manfaat buat pembaca dan menjadi salah satu amal kebajikan buat penulis. Selamat membaca!




Tajuk: Bumi Cinta
Penulis: Habiburrahman El-Shirazy (Kang Abik)
Penerbit: Ar-Risalah Sdn Bhd
Harga: Sem. Malaysia RM25.90
Bilangan muka surat: 722


5 comments:

Khairul said...

mane plg BEST!?
Dan kenapa?
^^,

Azlinda Amin said...

sejujurnya, Ayat-Ayat Cinta sudah terlalu lama ana baca dan ketika itu kurang faham mengenai kata-kata Ibnu Atthailah dan mungkin fakta-fakta lain yang dirasakan berat ketika itu..
Bumi Cinta pada ana yang paling BEST di saat ini. sebabnya, seperti yang sudah ana tuliskan di entri tersebut. Ditambah lagi ilmu perbandingan agama yang sangat banyak. Novel setebal ini, juga menjelaskan beberapa jenis ateis yang mungkin kita tidak ketahui, juga kisah menyayat hati pembunuhan beramai-ramai Sabra dan Shatila.. juga bagaimana sorang pelacur kelas pertama dan seorang perisik Israel berbangsa Yahudi yang telah membunuh ramai orang selain yahudi boleh menemui hidayahnya.. semuanya ada dalam Bumi Cinta di samping cinta kerana Allah yang dikisahkan, sama sekali tidak memualkan para pembaca.. Insya Allah, banyak manfaat dari mudarat. maka dengan itu, bimbang juga jika ia ingin diadaptasi ke dalam filem, banyak perkara harus diperincikan supaya tidak memfitnah novel tersebut. semoga berpuas hati dengan jawapan ini.. :)

Khairul said...

Bumi Cinta laa best ek?
sbbnya ana xpernah baca lg...
takut tgk novelnya sgt tebal...
pastu talut susah nk faham ayat2 indonesia nya...
syukran atas perkongsian.

Azlinda Amin said...

nothing to worry about the language.. Insya Allah mudah difahami. :)

nhamizahashim said...

jgn risau dgn tulisan kang abik. kenyakan novel tebalnya tak terlalu indonesia sgt. best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...