• RSS

29 March 2015

Usaha

Usaha.
Orang selalu cakap. "Yang penting, usaha."

Usaha tu sebenarnya apa?

Usaha tu tindakan sungguh-sungguh. Tindakan yang menggerakkan anggota fizikal. Tindakan yang luar biasa. Tindakan yang memerlukan keberanian mengambil risiko yang mana, natijahnya boleh jadi baik atau buruk.

Semua manusia mengaku sudah berusaha. Tapi, tak semua sedar adakah mereka sudah benar-benar berusaha atau mereka sekadar membuat perkara rutin sahaja.

Contohnya, 
Izz mahu menjadi pelajar cemerlang dalam kelasnya. Hari-hari dia pergi sekolah, beri tumpuan ketika guru mengajar, dan membuat kerja sekolah. Tapi, malangnya pencapaiannya masih begitu-begitu sahaja.
Yang dikatakan usaha itu, apabila dia membuat latihan selain daripada apa yang guru beri, mengulangkaji pelajaran lebih dari biasa, dan rajin bertanya guru di luar kelas.


Dalam apa pun yang sedang kita lakukan sekarang, teruslah berusaha dengan memaknakan erti usaha itu.

Siiru'ala barokatillah

06 February 2015

Cinta dari sudut psikologi

Menurut Sternberg (1986) dalam teori cintanya,
 "Love is a combination of emotions, cognition and behaviors that play important role in intimate relationship"
 Yang mana, emotion itu boleh ditafsirkan dengan passion, cognition pula ialah commitment dan behavior pula boleh dijelaskan dengan intimacy.

Passion : sexual motives and excitement associated with a couple's relationship
Commitment: decision to love and commit to maintain the relationship
Intimacy: feeling of closeness felt by two people (the extent they feel bonded)

Type of love

Rajah segi tiga di atas adalah menunjukkan jenis-jenis cinta.

Liking. Intim. Cinta yang wujud kerana rapat. akrab. Ngam. 'masuk'. Mungkin dia banyak tahu pasal kita. Dan dia banyak tahu pasal kita. Kita senang gerak kerja dengan dia, dia faham perangai kita, lalu dengan mudah kita mengumumkan hubungan itu sebagai cinta. Tapi, tanpa kita sedar, ia hanyalah sekadar LIKE.  Bukan cinta selayaknya hingga ke perkahwinan.

Companionate. Cinta yang wujud hasil gabungan intim dan komitmen. Kita rapat dengan seseorang dan kita mahukan hubungan itu kekal hingga ke hujungnya. Ini mungkin terjadi bagi pasangan yang couple atau dah berkawan sejak di bangku sekolah hingga universiti. Namun, setelah berkahwin kadang kala mereka tidak (maaf cakap) 'berhubungan' seperti suami isteri. Ya. mereka hanya mahukan hubungan mereka kekal. Tapi bukan sebagai seorang suami isteri.

Empty. Kosong. Komitmen. Lelaki dan perempuan itu mahukan hubungan mereka kekal sampai bila-bila. Tapi, mereka tidak pernah cuba untuk membajai hubungan itu dengan kasih sayang dan tidak melakukan (maaf cakap) 'hubungan' suami isteri. 

 Fatuous. Passion dan komitmen. Ini cinta nafsu. Menjadikan lelaki atau perempuan hanya sekadar tempat melampiaskan nafsu. Berkahwin, ingin kekal hingga ke akhirnya, melakukan (maaf cakap) 'hubungan' suami isteri. Tapi, tidak ada kasih sayang di dalamnya.

Infatuation. Ini tidak selayaknya dipanggil cinta. Kerana, ia tidak ada komitmen. Bila lelaki atau perempuan itu rasa ingin melampiaskan nafsu serakahnya, maka ia datang. Mereka juga boleh bertukar-tukar pasangan.

Romantic. Ramai yang inginkan suami dan isteri mereka romantik. Benarlah ia memang dimaksudkan dengan kasih sayang yang dicurahkan, dan (maaf cakap) 'hubungan' sebagai suami isteri yang boleh digambarkan dengan *bunga-bunga*. Namun, cinta jenis ini tidak ada komitmen. Mereka tidak semestinya menjadi romantik dengan satu pasangan. Mungkin juga boleh dengan orang lain.

Consummate. Cinta sempurna. Gabungan Commitment, intimacy dan passion. Cinta yang dimulai keputusan untuk kekal hingga ke akhirnya, disulam dengan kasih-sayang dan penyempurnaan nafkah dan hak selayaknya sebagai suami isteri.

Ini adalah termasuk dalam silibus subjek psikologi sosial. Belajar mengenai teori barat ini, ia tidak bersalahan dengan sunnatullah. Tapi ia sebahagian daripada sunnatullah. Sebagai muslim dan mukmin, kita ada cara tersendiri untuk bercinta. Yang mana, kita beri komitmen dengan cara yang menjaga. Kita intim dengan cara yang terbatas. Dan passion yang kita simpan selepas bernikah. Insya Allah.

Moga Allah berkati semua orang yang sedang bercinta kerana Allah dalam dunia ini. Dan kepada semua pasangan suami isteri, perbaharui cinta anda selalu. :)   


17 November 2014

Nampak macam betul

[1]
"Sebenarnya ayat Al-Quran yang kata potong tangan bagi pencuri tu, boleh dikiaskan dengan tangannya dihadkan."

"maksud kau?"

"bila kita masukkan pencuri dalam penjara, maka kita dah laksanakan lah yang Allah cakap dalam quran tu. Kita hadkan tangannya."

"Ha'ah eh. betul jugak"

 [2]
"Anjing tu makhluk Allah. Tak ada masalah pun nak pegang, peluk dan cium dia."

"Ehh.. Kan najis weyh."

"Memang la najis. Lepas kita pegang, kita sertu la dengan air tanah tu"

"Ha'ah eh. betul jugak."

[3]
"Ehh.. sebelah kau tu, abang ke kakak?

"Err.. Entah. Kakak kot. mekap tebal tu. seksi pulak tu"

"Jap aku test"

buat-buat terlanggar bahu manusia tersebut lalu terkeluarlah suara garau

"Woi! buta ke!"

"ok. confirm lelaki!"


****************************************

Isu [1], hukum hudud bagi pencuri adalah potong tangan. Berdasarkan syarat tertentu. Antaranya, kemampuan orang tersebut, tahap ekonomi negara tersebut, perlukan saksi, mangsa yang dicuri memberi maaf atau tidak, dan sebagainya.

Isu [2], pengamal Mazhab Syafie di Malaysia, meletakkan anjing dan babi sebagai najis mugholazoh (berat). Cara penyuciannya adalah dengan sekali basuhan air tanah dan 6 kali air mutlak. Sungguhpun anjing itu comel, tiada apa yang mengurangkan tahap kenajisan ia. Bila ia dikategorikan sebagai najis berat, bukan soal mudah atau senang  untuk anda sucikan najis tersebut yang menjadi penentu hukum, Tapi ia jatuh kepada sengaja atau tidak anda memegang najis tersebut. Terpegang, tersentuh, tidak mengapa. tapi tetap kena bersuci. Hukum memegang, bermain-main dengan najis ialah haram. Sama juga seperti anda berak di tandas, lalu anda ambil air kencing dan tahi anda lalu lumurkan ke badan, selfie, dan main baling-baling dengan tahi anda tersebut. Walaupun ia sekadar najis mutawasitah (sederhana), perbuatan anda bermain-main dengan najis tetap haram.

Isu [3]
Memakai pakaian berlainan jantina hingga menyerupai jantina tersebut, adalah haram.

************************************

Mungkin sesetengah orang akan nampak, "syadid giler" Islam ni. Semua haram, haram, haram.

"Itu tak boleh, ini tak boleh. Apa pun tak boleh".

Ya. Memanglah. Islam memang syadid dalam menjaga hak hambanya. Islam memang syadid untuk memastikan umatnya suci dan bersih terhindar daripada penyakit. Islam memang syadid dalam menjaga kehormatan dan keselamatan umatnya.

Kita sayang Islam. Tapi sampai hati kita pertikaikan hukum Islam dan tafsir ayat quran dan hadith ikut logik dan nafsu kita. Bila hukum tu dirasakan tak ikut selera kita, kita mulalah kata tak relevan. ulama' dulu tak ikut waqi'. Boleh pula persoal kenapa perlu ikut Mazhab?

"Mazhab ni ulama' je yang reka. Kita perlu ikut terus pada Rasulullah."

Sibuk pertikai kemampuan ulama'. Imam Syafie penat-penat menuntut ilmu, Imam Ghazali hafal jutaan hadith. Demi untuk memastikan umat yang malas seperti kita mudah mengamalkan Islam dalam seharian. Itu pun kita pertikai lagi kitab-kitabnya.

Para salafus soleh menuntut ilmu dari mulut-mulut guru. Kita yang 'bajet faqeh' menuntut ilmu daripada whatsapp group sambil baring-baring atas katil.

Astaghfirullah. Dunia akhir zaman, apa sahaja lah yang mampu menyelamatkan kita selain menuntut ilmu daripada guru yang mursyid. 

wallahu'alam. wallahu'alam. wallahu'alam.

Nota:
Hukum yang saya nyatakan di atas adalah yang saya dapat daripada ceramah-ceramah yang saya terdengar, terlihat, dan terpergi. Semoga Allah selamatkan saya daripada menjadi Al-Kazzab

22 September 2014

Wassini

"awak, kalau saya salah tolong tegur saya selalu"

"tegur saya kalau nampak saya buat sesuatu yang tak kena"

"jangan biarkan saya hanyut dalam kemungkaran"

"kami sebagai pimpinan amat mengharapkan teguran dan nasihat daripada sahabat-sahabat sekalian"

***

Ini semua ucapan ketika kita sedar. Ketika air mata taubat masih penuh di kelopak mata. Ketika iman sedang tinggi meningkat.

Tapi apabila sampai suatu keadaan kita berada dalam maksiat, dan lalai, lalu datang sahabat setia yang pernah dipertanggungjawabkan untuk memberi nasihat kepada kita, apa benar kita masih boleh terima nasihat tersebut?

Mungkinkah ego yang bersarang dalam diri mampu tunduk sujud ke tanah menyembah ke bumi lalu menerima nasihat dengan sepenuh hati?

Belum tentu.

Dan akhirnya permintaan 'wassini' itu sekadar retorik.


26 August 2014

99 Cahaya di Langit Eropah

Pada pengamatan saya, Indonesia antara negara yang maju dalam menghasilkan filem yang sarat ibrah. Barat sudah tak perlu ceritalah. Walaupun filem-filem berbaur lucah dan kuntilanak agak mengganggu di ruang cadangan-cadangan di sebelah kanan youtube, sekurang-kurangnya filem yang diadaptasikan daripada novel dari negara ini, tidak memualkan dan mempromosikan cinta,cinta dan cinta.

Tidak seperti di Malaysia, terlalu banyak yang mahu diadaptasi hingga meracun pemikiran generasi akan datang supaya menjadi gedik di media. Yang belum berkahwin dan sudah berkahwin masing-masing berlumba-lumba untuk melakonkan semula kisah yang mereka tonton.

Tidak tahulah salah siapa. Salah filem yang kurang kualiti atau mentaliti masyarakat sekarang yang tidak mahu mencari ibrah dalam filem tersebut.

Mana tidaknya, apabila suatu filem ditayangkan, ulasannya akan berbunyi begini, "Alah.. Kenapa heronya tak 'handsome'?

"Perempuan ni kurang 'match' dengan wataknya"

"'Endingnya' sepatutnya bukan begini.."

Jauh daripada pandangan nilai dan moral. Apatah lagi yang lebih besar iaitu ibrah. Hak memberi pandangan itu ada benarnya tapi cara pandangan itu diberi menunjukkan tahap mentaliti seseorang.

99 Cahaya di Langit Eropah hasil karya Guntur Soeharjanto khabarnya kisah benar seorang mahasiswa PHD di Vienna Austria.

Benarlah jauh berjalan, luas pemandangan. Banyak juga cabaran.

Cabaran untuk menjadi agen Islam di negara Eropah. Cabaran untuk menjawab soalan-soalan Stephen yang tidak percaya Tuhan, cabaran untuk melembutkan Khan yang terlalu syadid, cabaran untuk mengelak godaan Maarja, cabaran untuk berhadapan dengan ketegasa seorang supervisor PHD.

Itu baru manusia.

Belum lagi ketika berhadapan dengan penyesuaian waqi' tempat dan masa. Terpaksa solat di ruangan agama lain turut menyembah patung tuhan mereka, masuk ke gereja untuk memanaskan badan, ponteng solat Jumaat dengan penuh rasa bersalah akibat ujian mingguan subjek 'Research Method' yang tidak boleh diubah waktunya dan sebagainya.

Kuncinya, sabar. Kerana hanya dengan sabar akan menjadikan fikiran mampu berkerja dengan rasional. Rangga sabar dengan pertanyaan Stephen "Di manakah pejabat Tuhan?", Rangga sabar dengan isterinya Hanum dalam menyuruhnya memakai tudung hingga akhirnya Hanum memakai sendiri tudung kerana seorang kanak-kanak kecil Aisya. Rangga juga sabar dalam melembutkan Khan supaya tidak terlalu ekstrim melayan Stephen.

Seterusnya, filem ini juga menonjolkan beberapa babak yang mampu membuat bulu roma meremang melihat ke'izzahan Islam. Contohnya ketika Rangga azan maghrib di atas menara Eiffel, ukiran Lailahaillallah di jubah lukisan mother Maria, di lukisan jubah seorang Raja, garis lurus 'Arch of Triomphe' yang terus mengarah ke Kaabah, dan banyak lagi. Perancis, Austria, Sepanyol dan Turki ialah negara yang menjadi latar tempat yang sangat indah.

Sayangnya, saya bukan orang sejarah yang hadam siapa itu Kara Mustafa Pasha dan beberapa kisah ketamadunan. Bagi mereka yang cekap, pasti mudah untuk menangkap ketika Fatma menceritakan kisah-kisah sejarah kepada Hanum.  

Filem ini ada dua siri. Cari dan tontonlah kedua-duanya.

Wallahu'alam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...