• RSS
Showing posts with label bedah buku. Show all posts
Showing posts with label bedah buku. Show all posts

13 March 2013

Cintaku Luruh di OXFORD

Sudah lama sebenarnya tidak menyentuh novel. Tidaklah terlalu lama. kali terakhir menyentuhnya cuti 2 semester lepas. Selepas latihan mengajar. Tu pun novel Kak Kiena. Aku Yang kau Tinggalkan. Biasanya, kalau saya teringin untuk membaca novel, saya akan meminta cadangan tajuk daripada beliau memandangkan novel yang dibacanya kebiasaannya boleh beri saya kepuasan yang maksima.

Kenapa saya membaca novel ini? Tidak perlulah tahu kenapa. Cukuplah sekadar tahu, saya memang kagum dengan penulisnya, Noor Suraya. Novel pertamanya yang saya pernah baca ialah Tanah Andriyana ketika zaman sekolah dulu dan novel kedua, yang inilah. Oxford. Maksudnya, penulis ini, tidak termasuk dalam senarai hasilnya yang saya tunggu-tunggu sebelum ini. Tapi setelah selesai membaca novel ini, saya terasa ingin menggali semula hasil tulisannya sebelum ini. Ya mungkinlah. Apabila saya sudah mempunyai wang yang cukup dan masa yang banyak sementara menunggu waktu untuk posting nanti.

Zuha Zaid Salim anak seorang ahli politik terkenal di Malaysia. Gadis tidak bertudung ini sempat belajar di Universiti Oxford selama satu tahun sahaja dalam bidang bahasa dan kesusateraan Bahasa Inggeris. Bukan sengaja dia menamatkan awal pengajiannya di negara eropah ini tapi atas desakan musibah yang ditimpa bapanya itulah dia terpaksa pulang ke tanah air dan menyambung pengajiannya di UPSI dengan mengekalkan bidangnya iaitu TESL. Setelah bapanya tidak sehaluan dan menukar parti politik pilihannya, reputasinya jatuh teruk dikalangan masyarakat. Dia dijadikan kambing hitam oleh rakan seperniagaannya sehinggakan kewangannya dibekukan dan diisytihar muflis. Semua aset atas namanya ditarik oleh bank.

Zuha watak utama. Bercinta dengan Falah di Oxford. namun, masing-masing malu untuk berterus terang dan mengharapkan empunya diri masing-masing tahu perasaan yang dipendam melalui pemberian bunga Ros berwarna ungu kepada Zuha dan jahitan sarung kusyen berbunga kepada Falah ketika hari terakhirnya di Oxford.

Cukuplah sekadar ini saya ceritakan kisah cinta mereka. Jika ingin tahu selanjutnya, sila dapatkannya di kedai buku berhampiran.

Saya iktiraf novel ini sebagai novel yang berkualiti kerana di dalamnya, penulis memasukkan unsur realiti politik di Malaysia, nasib pendidik, status Bahasa Melayu, suasana usrah dan tarbiyah, ekonomi dan industri juga ayat Al-Quran dan potongan nasihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Semuanya diadun segar menceritakan realiti kehidupan di negara kita ini. Tiada fakta yang direka melainkan kisah cinta itulah.

Selamat Membaca :)



Tajuk: Cintaku Luruh di Oxford
Penulis: Noor Suraya & Imaen
Penerbit: JS Adiwarna Publications
Bilangan Muka Surat: 735
Harga: Sem. Malaysia: RM34 Sabah/Sarawak: RM37

Nota:
1. Saya beli pada 1/3 dan tamat membacanya 13/3. Sepatutnya saya boleh baca dengan lebih cepat. Tapi dengan 12 hari yang saya ambil ini, menunjukkan saya mengawlakan perkara lain berbanding baca novel. huhu. Ini pun setelah berkali-kali saya merayu kepada PSM supaya membenarkan saya membaca novel kali ini. (hang ingat PSM tu makhluk apa?)
2. Kita kalau nak baca novel ni, jangan ambil kisah cintanya sahaja. Ambil sekali semua perkara yang menjadi watak, latar tempat, masa dan masyarakatnya. Kadang-kadang, yang sisipan itulah yang bermakna dan input berguna.
3. Novel ini saya hukum 'tidak geli'. hehe

07 May 2012

Kutemu Cinta-Nya


“Orangnya yang duduk di sebelah kiri dan bertudung coklat.”
Muka Farid berkerut-kerut melihat seorang wanita yang bertudung coklat dan berjubah kelabu. Badannya agak gempal dan wajahnya agak gelap. Hidungnya tidak mancung, boleh dikatakan sama rata dengan pipinya yang agak tembam.
“Tidak mungkin ibu memilih orang yang seperti ini untuk aku. Orang macam ini bukan jenis yang aku minat,” Farid berkata dalam hatinya.

Di babak awal, Farid seorang yang biasa-biasa. Solatnya jarang-jarang dibuat. Makan dan minumnya juga penuh syubhah. Dia juga mementingkan kecantikan rupa paras dalam menilai calon perempuan untuk dijadikan isterinya. 

Namun, novel ini bukanlah hanya sarat dengan cinta, cinta dan CINTA. Bukan juga hanya kisah penghijrahan seorang jahil kepada alim. Tetapi di dalamnya juga ada terkandung pelbagai ilmu mengenai ilmu perubatan Islam tidak hairanlah kerana penulisnya memang seorang doktor. Pasti doktor ini punyai pengetahuan yang luas dalam bidang perubatan moden, tradisional dan Islam. Sempat juga dimasukkan beberapa konflik seseorang itu dalam mengamalkan ilmu persilatan yang boleh menjadikan dirinya kebal dan tidak lut dimakan senjata. 

Insya Allah, bermafaat! Selamat membaca..:)



Tajuk: Kutemu Cinta-Nya
Penulis: Dr Farhan Hadi Mohd Taib
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Harga: Sem. Malaysia RM23.00
Bilangan muka surat: 296

07 February 2012

Teks Komik Matematik



Tajuk: Teks Komik Matematik
Penulis: Koh Yoon-gon
Penerbit: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd
Bilangan muka surat: 225
Harga: Sem. Malaysia RM26.90 Sabah/Sarawak RM29.90

Kertas dari jenis licin yang terbaik menunjukkan ia berkualiti. Kesemua gambarnya berwarna. Buku ini dating dalam 3 volume untuk sekolah menengah. Volume 1: set and natural number, characteristics of natural number, alphabet and algebraic. Volume 2: linear equation. Volume 3: basic of geometry, construction of basic geometry, characteristic of geometry, measurement of geometry. Matematik dalam komik. Penerangan yang santai. Contoh yang menarik dan sangat berkait dengan kehidupan seharian. Mungkin berguna untuk para guru dalam mencari idea untuk bbm, set induksi atau isi kandungan pengajaran. Ibu bapa juga boleh membelikan untuk anak-anak sebagai salah satu alternative untuk menambahkan minat mereka terhadap matematik seterusnya memadamkan perspektif matematik itu payah. Juga elok untuk diceritakan ketika sesi bed time story bagi menggantikan cerita-cerita tahyul dan dongeng kepada anak-anak.

Nota:
1.      Bbm: bahan bantu mengajar
2.      Mood: preparation for LM (Latihan Mengajar)
3.      Doakan saya ya. Lahawlawalaquwwatailabillah..
1.      Baucer buku dah habis..




06 February 2012

Rooftop Rant



Tajuk: Rooftop Rant
Penulis: Hlovate
Penerbit: JS Publishing
Harga: Sem. Malaysia RM21.00
Bilangan muka surat: 538

Seperti versus dan contengan jalanan, temanya sentiasa tidak lari daripada remaja, skate, dunia seni, dengar mp3, hijrah 360 darjah, berubah jadi baik, dan usrah. Latar tempatnya pula, area-area Kl- Selangor, Indonesia, Scotland. Manakala pengisian ilmiahnya, buku-buku harun Yahya kebanyakannya.

Disebabkan novel yang ini telah lama dan saya membaca Versus dan Contengan Jalanan dahulu, maka dapat dilihat, Hlovate menulis dengan lebih baik. Semakin kurang unsur cintanya. Semakin bertambah ilmiahnya.
Trisy gadis bermasalah. Baru berumur 16 tahun. Mangsa pengabaian ibu bapa dan ahli keluarga. Liar di sekolah. Merokok dan pernah cuba untuk bunuh diri. Tiga hari seminggu melepak di atas bumbung Wisma Topaz. Di sana dia bertemu dengan Jade.

Jade penjual burger. Mahasiswa UITM. Minat melukis komik. Ibu bapanya tidak membenarkan dia menjadikan itu sebagai kerjaya. Pelajarannya yang biasa-biasa selalu dibanding-bandingkan dengan along dan adiknya. Melepak di atas bumbung Wisma Topaz kerana mencari ketenangan dari bebelan ibunya. Juga untuk mencari ilham lukisannya.

Di atas bumbung, mereka bertemu. Bercakap mengenai kehidupan. Berkongsi masalah.
Trisy dipaksa duduk bersama atok, opah dan Pak Sunya di JB. Pelajarannya cemerlang. Menukar penampilan. Mula bertudung. Gadis sopan. Malah berusaha solehah. Spm gempak. Ke Aberdeen.
Jade menjadi kartunis majalah Hah Ha. Bertemu dengan beberapa rakan yang membawanya kembali bersama-sama melakukan refreshment dengan Islam yang bukan sekadar ilmu di dalam buku teks sekolah tetapi sebagai cara hidup. Ad-Deen.

Akhirnya mereka semua menjalani hidup yang lebih baik. As a good muslim. Seterusnya hidup melengkapi antara satu sama lain sebagai pasangan suami isteri yang sah!







30 January 2012

Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan Bumi Cinta

Bismillah..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta ahli keluarganya..

Ust Habiburrahman El-Shirazy atau dikenali sebagai Kang Abik ini saya kenali melalui tulisannya. Tiga novel besarnya memang hebat dan sarat dengan huraian ilmiah Ayat suci Al-Quran dan hadith.
Bertepatan dengan katanya , “ saya ingin menjadikan tokoh utama dalam novel-novel saya sebagai Al-Quran berjalan atau Al-Quran hidup.”

 Tidak ketinggalan juga kata-kata ilmuan dan tokoh Islam selain daripada akhlak mulia sebagai muslim yang turut digarapkan dalam novel setebal ratusan halaman ini. Dalam novel Ketika Cinta Bertasbih dan Bumi Cinta contohnya terdapat huraian sedikit kata-kata Ibnu Atthailah melaui kitabnya Al-Hikam.    Huraian dan segala ilmunya menunjukkan kepakaran penulisnya yang bukan menulis dengan ilmu yang bukan calang-calang. Setiap ayat yang ditulis tiada yang nampak dongengnya malah kadang-kala ia berbentuk teguran dan ilmu-ilmu baru yang boleh dipraktikkan bagi menjadikan kita sebagai muslim yang lebih baik. Watak utama yang diangkat dalam kesemua novelnya merupakan muslim Indonesia yang hebat dari sudut agama dan ilmunya, juga akhlak dan sikapnya. Antaranya ilmu perdebatan mengenai perbandingan agama. Dalam Fahri dan Aisha dalam Ayat-Ayat Cinta dan Ayyas dalam Bumi Cinta digambarkan mempunyai ilmu yang baik untuk menerangkan kewujudan Tuhan dan Agama yang paling benar itu adalah Islam di hadapan pengkaji agama dan penganut ateis yang sangat hebat.   Semuanya boleh dijadikan contoh dan mengubah sedikit sebanyak bagi mereka yang pesimis terhadap masyarakat Indonesia yang kononnya dikatakan menumpang di Negara orang, selalu meminta-minta, menjadi penipu, penyangak, dan kata-kata nista yang lain bagi menggambarkan pendatang asing dari Indonesia itu selayaknya dipandang sebelah mata.

Ayat-ayat Cinta



Novel ini, saya baca ketika masih di bangku sekolah menengah usai peperiksaan pertengahan semester. Saya pinjam dari kawan. Sekadar mengisi masa lapang kononnya ‘release tension’ membaca buku akademik. Itupun hanya kerana novel genre ini sahaja yang dihalalkan untuk berada di kawasan asrama. Hanya mengambil masa selama tiga hari sahaja untuk mengkhatamkan. Sedikit kupasan novel ini. Kang Abik menulisnya usai mentadabburi Firman Allah, Az-Zukhruf : 67

âäHxÅzF{$# ¥Í´tBöqtƒ óOßgàÒ÷èt/ CÙ÷èt7Ï9 <rßtã žwÎ) šúüÉ)­FßJø9$# ÇÏÐÈ     

 pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya Yang lain, kecuali orang-orang Yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

Melalui watak Fahri, dia merupakan orang yang selalu menjaga sahabatnya seperti Saiful. Juga menyintai wanita solehah seperti Aisha dan menjaga hubungan dan menikahi gadis Kristian Koptik seperti Maria kerana Allah semata-mata. Cinta yang dibina atas landasan iman dan taqwa yang menjadi jambatan membawa hingga ke akhirat kelak. Saya antara orang yang mengutuk ketika novel ini diangkat menjadi filem. Sangat bercanggah dari novel asalnya dan adegan intim sebagai pasangan suami isteri yang keterlaluan itu telah mencemar kesucian novel tersebut. Dan kalau tidak silap, Kang Abik juga turut kecewa kerana mungkin cubaan kali pertamanya, beliau kurang teliti dari sudut pengambilan pelakon dan cara pelakon mentafsirkan jalan cerita novel tersebut.

Ketika Cinta Bertasbih



Karya Kang Abik yang ini, saya baca ketika habis zaman matrikulasi. Novelnya yang ini mempunyai dua siri dan hasil tadabbur Kang Abik melalui ayat Allah At-Taubah: 105

È@è%ur (#qè=yJôã$# uŽz|¡sù ª!$# ö/ä3n=uHxå ¼ã&è!qßuur tbqãZÏB÷sßJø9$#ur ( šcrŠuŽäIyur 4n<Î) ÉOÎ=»tã É=øtóø9$# Íoy»pk¤9$#ur /ä3ã¥Îm7t^ãsù $yJÎ/ ÷LäêZä. tbqè=yJ÷ès? ÇÊÉÎÈ  

 Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan".

Ya. Watak utamanya Abdullah Khairul Azam mahasiswa Al-Azhar yang sengaja extend kerana ingin bekerja demi menanggung pembiayaan pendidikan adik-adiknya. Usahanya bukan kecil  masakan bukan kerana tempenya yang berkualiti dan baksonya yang enak dan strategi komersial yang mantap dia pantas dikenali dikalangan warga Indonesia di Tanah Mesir itu. Ternyata, usahanya tidak sia-sia dan diganjari dengan sesuatu yang sangat bermakna. Adiknya Ayatul Husna berjaya menjadi penulis dan juruhebah radio Islam terkenal di Indonesia. Berkat wang kiriman abangnya yang membiayai pengajiannya. Melalui filem adaptasi novelnya, saya berpuas hati. Kang Abik nampaknya lebih berhati-hati dengan mengadakan audition untuk mencari sebahagian pelakon yang sesuai. Seperti Kholidi Asadil Alam yang memegang watak Azzam yang layak untuk menghuraikan Kitab Al-Hikam karangan Ibnu Atthailah. Juga si manis bertudung Oki Settiana Dewi yang menjadi muslimah pintar, kaya selayaknya anak kiyai pesantren, Anna Althafunnisa. Saya sangat berpuas hati!

  Bumi Cinta
Karyanya yang terakhir setakat ini baru sahaja selesai saya baca. hasil tadabbur Kang Abik ke atas Firman Allah Al-Anfal: 45-47

$ygƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) óOçGŠÉ)s9 Zpt¤Ïù (#qçFç6øO$$sù (#rãà2øŒ$#ur ©!$# #ZŽÏWŸ2 öNä3¯=yè©9 šcqßsÎ=øÿè? ÇÍÎÈ   (#qãèÏÛr&ur ©!$# ¼ã&s!qßuur Ÿwur (#qããt»uZs? (#qè=t±øÿtGsù |=ydõs?ur ö/ä3çtÍ ( (#ÿrçŽÉ9ô¹$#ur 4 ¨bÎ) ©!$# yìtB šúïÎŽÉ9»¢Á9$# ÇÍÏÈ   Ÿwur (#qçRqä3s? tûïÏ%©!$%x. (#qã_tyz `ÏB NÏd̍»tƒÏŠ #\sÜt/ uä!$sÍur Ĩ$¨Y9$# šcrÝÁtƒur `tã È@Î6y «!$# 4 ª!$#ur $yJÎ/ tbqè=yJ÷ètƒ ÔÝÏtèC ÇÍÐÈ  

45. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu Dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
46. dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.
47. dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang Yang keluar dari negerinya Dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha meliputi pengetahuannya akan apa Yang mereka kerjakan.

Muhammad Ayyas pelajar sarjana di sebuah Universiti di India. Sebelum ini beliau pernah belajar di Madinah. Perjalanannya ke Moskow, Rusia adalah untuk mencari bahan tesisnya mengenai Sejarah Islam di Rusia ketika zaman pemerintahan Stalin. Bukan sengaja untuk dia menyusahkan diri ke Negara yang penuh dengan kemaksiatan kebebasan dan pornografi. Ditambah lagi dengan ujian iman berhadapan dengan wanita Rusia yang seksi dan jelita. Pensyarah Pembimbing Ayyas telah mensyaratkan kajian tesisnya perlulah dengan kajiannya hingga ke Rusia untuk mengutip sejarah melalui pengalamannya di sana dan pertemuannya bersama Profesor Tomskii. Perjalanan menuntut ilmu itu, dihiasi dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang sangat dahsyat. Digoda dengan perempuan cantik Rusia, nyaris menjadi kambing hitam agen perisik Israel, dan sebagainya.

 Dalam novel ini, saya menemukan kata-kata Umar Abdul  Aziz Aku tidak suka jika para sahabat tidak berselisih pendapat, kerana apabila mereka bersatu pada satu pendapat dan disanggahi oleh seorang daripada mereka sudah tentu orang itu menjadi sesat. Apabila mereka berselisih pendapat, seseorang mengambil pendapat ini dan seorang mengambil pendapat itu, ia merupakan suatu kelapangan”.

Juga kata-kata Ibnu Atthailah “Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan adalah kembali kepada Allah di awal perjalanan” dan “Ketika pagi datang, orang yang lalai akan berfikir apa yang harus dikerjakannya. sedangkan orang yang berakal akan berfikir apa yang akan Allah lakukan kepadanya "
Tidak ketinggalan, kaedah fiqh, “Penilaian tentang sesuatu itu pada asasnya dilihat pada asalnya

Dan banyak lagi mutiara ilmu yang sangat bermanfaat. Semoga novel ini benar-benar memberi manfaat buat pembaca dan menjadi salah satu amal kebajikan buat penulis. Selamat membaca!




Tajuk: Bumi Cinta
Penulis: Habiburrahman El-Shirazy (Kang Abik)
Penerbit: Ar-Risalah Sdn Bhd
Harga: Sem. Malaysia RM25.90
Bilangan muka surat: 722


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...