Kenapa saya membaca novel ini? Tidak perlulah tahu kenapa. Cukuplah sekadar tahu, saya memang kagum dengan penulisnya, Noor Suraya. Novel pertamanya yang saya pernah baca ialah Tanah Andriyana ketika zaman sekolah dulu dan novel kedua, yang inilah. Oxford. Maksudnya, penulis ini, tidak termasuk dalam senarai hasilnya yang saya tunggu-tunggu sebelum ini. Tapi setelah selesai membaca novel ini, saya terasa ingin menggali semula hasil tulisannya sebelum ini. Ya mungkinlah. Apabila saya sudah mempunyai wang yang cukup dan masa yang banyak sementara menunggu waktu untuk posting nanti.
Zuha Zaid Salim anak seorang ahli politik terkenal di Malaysia. Gadis tidak bertudung ini sempat belajar di Universiti Oxford selama satu tahun sahaja dalam bidang bahasa dan kesusateraan Bahasa Inggeris. Bukan sengaja dia menamatkan awal pengajiannya di negara eropah ini tapi atas desakan musibah yang ditimpa bapanya itulah dia terpaksa pulang ke tanah air dan menyambung pengajiannya di UPSI dengan mengekalkan bidangnya iaitu TESL. Setelah bapanya tidak sehaluan dan menukar parti politik pilihannya, reputasinya jatuh teruk dikalangan masyarakat. Dia dijadikan kambing hitam oleh rakan seperniagaannya sehinggakan kewangannya dibekukan dan diisytihar muflis. Semua aset atas namanya ditarik oleh bank.
Zuha watak utama. Bercinta dengan Falah di Oxford. namun, masing-masing malu untuk berterus terang dan mengharapkan empunya diri masing-masing tahu perasaan yang dipendam melalui pemberian bunga Ros berwarna ungu kepada Zuha dan jahitan sarung kusyen berbunga kepada Falah ketika hari terakhirnya di Oxford.
Cukuplah sekadar ini saya ceritakan kisah cinta mereka. Jika ingin tahu selanjutnya, sila dapatkannya di kedai buku berhampiran.
Saya iktiraf novel ini sebagai novel yang berkualiti kerana di dalamnya, penulis memasukkan unsur realiti politik di Malaysia, nasib pendidik, status Bahasa Melayu, suasana usrah dan tarbiyah, ekonomi dan industri juga ayat Al-Quran dan potongan nasihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Semuanya diadun segar menceritakan realiti kehidupan di negara kita ini. Tiada fakta yang direka melainkan kisah cinta itulah.
Selamat Membaca :)
Tajuk: Cintaku Luruh di Oxford
Penulis: Noor Suraya & Imaen
Penerbit: JS Adiwarna Publications
Bilangan Muka Surat: 735
Harga: Sem. Malaysia: RM34 Sabah/Sarawak: RM37
Nota:
1. Saya beli pada 1/3 dan tamat membacanya 13/3. Sepatutnya saya boleh baca dengan lebih cepat. Tapi dengan 12 hari yang saya ambil ini, menunjukkan saya mengawlakan perkara lain berbanding baca novel. huhu. Ini pun setelah berkali-kali saya merayu kepada PSM supaya membenarkan saya membaca novel kali ini. (hang ingat PSM tu makhluk apa?)
2. Kita kalau nak baca novel ni, jangan ambil kisah cintanya sahaja. Ambil sekali semua perkara yang menjadi watak, latar tempat, masa dan masyarakatnya. Kadang-kadang, yang sisipan itulah yang bermakna dan input berguna.
3. Novel ini saya hukum 'tidak geli'. hehe
2 comments:
'pada suatu musim luruh hati ini pernah mekar ' .. memang nak kena beli juga .. review terbaik ..
mari baca novel free pula di blog ambo ..
novel pun ada hukum ar ;)
Post a Comment