• RSS
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

01 December 2013

masih ada yang sayang

Saya ada baca satu jurnal. Dalam jurnal itu didapati sekitar tahun 2006-2009, 234,647 orang bayi luar nikah dilahirkan di seluruh Malaysia. Maknanya, dalam sehari 83 orang bayi luar nikah dilahirkan.

Luar nikah, maknanya anak hasil rogol dan zina.

Justeru, jika soalan mengenai penyelesaian tentang masalah ini dilontarkan di facebook, maka jawapan yang akan keluar antaranya ialah seperti ini.

"Selagi hudud tak tertegak di muka bumi ini, maka kes-kes seperti ini akan terus berleluasa." kata seorang ahli politik parti Islam.

"Kita kat sini duk gaduh isu pilihanraya kampus. Mad'u kita kat luar tu, hanyut dengan maksiat ada siapa nak ambil kisah?" kata seorang naqib.

"Kita sepatutnya wujudkan sekolah khas untuk ibu-ibu muda yang sudah mengandung ni. Supaya mereka masih berada di bawah perlindungan. Atau mungkin juga kita boleh buat edaran kondom percuma kepada remaja lelaki di sekolah menengah." Kata seorang ahli politik parti XXY.

*****

Dan apabila ditanya soalan "siapakah yang memainkan peranan penting dalam hal ini?"

jawabnya..

"Mak bapak sangat penting. Diorang la yang kena ajar ilmu agama pada anak-anak supaya tak ada lah masalah-masalah macam ni berlaku"

"Ini semua salah cikgu. Cikgu tak ajar betul-betul anak murid. mana taknya, datang sekolah sibuk berniaga tudung Fareeda"

"Ini semua salah kerajaan. Sape suruh tak jalankan hukum hudud. Kan dah jadi macam-macam bencana"

"Sebenarnya, ini semua salah kita. Kita duk fikir masalah pembawakan jemaah tak habis-habis. Sedangkan, mad'u kita sudah benar-benar tenat di luar sana akhi."

*****

sementara mereka saling berbalah mengaku cara masing-masing yang terbaik, peratus kelahiran bayi tidak sah taraf, semakin meningkat dan terus meningkat.

Maka dicelah-celah hiruk pikuk perbalahan itu, muncullah beberapa insan mulia bermurah hati menghulurkan bantuan kepada gadis muda yang sudah terlanjur. Memberi mereka selimut agama untuk mereka berlindung. Membalut putus asa mereka dengan harapan. Keyakinan yang tinggi agar mereka tidak terus menjerumuskan diri ke lembah penghinaan.

*****

Itu kisah bayi comel di Baitus Solehah

Di Raudatul Maryam, lain pula ceritanya.

19 orang anak-anak masih bersekolah dikumpulkan dalam satu rumah. Diberi peluang untuk menikmati kesenangan dan kesukaran bersama-sama.

Mereka dihantar oleh ibu bapa mereka kerana sebab yang pelbagai. Ada yang kesempitan hidup tidak mampu memberi kebahagiaan buat anak mereka, ada yang kerana bercerai dan mahukan perlindungan buat anaknya dan macam-macam lagi. Tujuan ibu bapa ini hanya satu. Mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

******

Kata kuncinya, masalah sosial. Kurang ilmu agama.

Kita ada dua cara iaitu mencegah atau merawat. Jika benar ingin mencegah, perlu cegah dari akar umbi. Jika benar ingin merawat, siapa yang perlu didahulukan untuk dirawat?

Allahuarobbi..

Kadang-kadang, kita terlalu lantang bersuara. Mencadangkan itu dan ini. Menuduh pihak itu dan ini sebagai punca segalanya.

Tapi...

Pernah tak kita terfikir, jika ada seorang gadis yang sedang sarat mengandung datang kepada kita meminta bantuan. Apakah yang akan kita lakukan ketika itu? mahu beri usrah kepada dia? mahu marah lelaki yang merosakkannya? mahu apa?

Jika didatangkan dengan sebeban masalah di hadapan mata, belum tentu kita mampu selesaikan.

Manusia seringkali membuat kesilapan. Bezanya cuma kecil atau besar. Mereka tidak langsung layak menerima cercaan dan hinaan. Kerana sekiranya taubat mereka sehari-hari itu didengari Allah, ternyata mereka lebih suci daripada kita yang sibuk menghukum manusia di sana-sini.

Beruntungnya insan-insan yang menghidupkan Baitus Solehah dan Raudahtul Maryam. Besar saham akhiratnya. Memberi pengharapan kepada yang benar-benar memerlukan. Semoga Allah sentiasa pelihara insan-insan ini.

Harapan selalu ada. Walaupun masyarakat tidak memandang, tapi di sini, MASIH ADA YANG SAYANG..

Bila kita rasa lelah dengan ujian, sesekali lihatlah kepada mereka yang diberi ujian yang lagi berat daripada kita. Semoga boleh meningkatkan rasa syukur kepada Allah.


Ammar dan Zafran anak-anak Baitus Solehah

Warga Raudatul Maryam

Memey menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 6. Warga Raudatul Maryam

Nota:
1. Baitus Solehah merupakan rumah penjagaan gadis-gadis yang mengandung muda. Sesiapa ingin menyumbang bolehlah hubungi Pengasasnya iaitu Umi Mona
2. Raudahtul maryam merupakan rumah penjagaan anak-anak yatim/ kurang berkemampuan/ masalah keluarga. Selang dua rumah dengan Baitus Solehah. 






16 November 2013

Khalifah Umar Abdul Aziz dan Haram, Haram, Haram!

Bismillah walhamdulillah.. Allahummasolli'ala Muhammad wa barik wa salim 'alaih.

Saya baru pulang dari menonton pementasan teater muzikal Khalifah Umar Abdul  Aziz di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru. Tayangan ini adalah sempena sambutan 25 tahun Yayasan Warisan Johor.

Tayangan bertaraf korporat ini sudah tentunya tidak lari daripada penonton di kalangan pak mak datin dan yb. Makanya, sungguh pun ada sedikit kekurangan dari sudut syariat dari sudut pementasan, namun ia tidak menafikan keseluruhan pementasan yang menjadi salah satu metode dakwah kepada masyarakat. Terutamanya golongan yang mustahil untuk kita jumpa di majlis ilmu. Ini pendapat sayalah.

Sukalah saya untuk berkongsi serba sedikit mengenai khalifah yang dikagumi oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Nama sebenar Umar Abdul Aziz ialah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan. Ibunya Laila Ummu Ashim bin Umar Al-Khattab. Lahir di kota Madinah pada tahun 63 Hijrah bersamaan 684 Masihi. Dilahirkan dalam keluarga bangsawan Bani Umaiyah pada sebelah bapanya. Ketika umurnya 15 tahun beliau telah menghafaz Al-Quran dan berguru dengan beberapa orang ulama. Isterinya bernama Fatimah binti Abdul Malik berasal dari Damsyik.

Antara babak yang ditekankan ketika pementasan ialah, ketika Umar dilantik menjadi khalifah, beliau berusaha menolak sekerasnya dan menyatakan bahawa beliau tidak pernah langsung bermimpi akan menjadi seorang pemimpin. Beliau mengingatkan kepada orang ramai bahawa, setiap yang memilih dan dipilih untuk menjadi pemimpin akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Betapa Umar Abdul Aziz berat sekali ketika diumumkan sebagai khalifah.

Ketika hari pertama beliau menjadi khalifah, dan baru selesai menguruskan jenazah khalifah sebelumnya iaitu Sulaiman, beliau pulang ke rumah dan ingin berehat sebentar. Namun, anaknya yang soleh itu, iaitu Abdul Malik, mengingatkan ayahnya, "Wahai ayahku, apakah kamu jamin, kamu akan melaksanakan tanggungjawabmu sebagai seorang khalifah kepada rakyatmu ketika kamu tidur ini?" Pertanyaan sentap oleh anaknya itu segera menyedarkan Umar. Sungguh, tugas sebagai seorang pemimpin menuntutnya untuk mengurangkan waktu dia berehat.

Umar Abdul Aziz menjadi khalifah hanya selama dua tahun lima bulan sahaja. Namun, itu sudah cukup untuk melakukan perubahan yang sangat besar kepada rakyatnya. Beliau sanggup hidup susah demi menyempurnakan hak rakyatnya. Dalam menguruskan wang rakyat juga beliau sangat berhati-hati dengan memastikan tiada satu sen pun wang rakyat yang diambil. Ini dilihat dalam satu ketika, beliau didatangi dengan dua orang Nasrani yang datang mengadu meminta bantuan kewangan. Selepas seleasi urusan perbincangan tersebut, Umar segera memadamkan lampu yang digunakan. Kedua orang Nasrani itu berasa hairan mengapa khalifah memadamkan lampu terlalu cepat sedangkan mereka masih ada di situ. Jawab Umar, "Aku gunakan lampu kerajaan ini adalah untuk urusan rakyat sahaja. Apabila selesai urusan, maka aku gunakan lampu aku sendiri" Jelas menunjukkan betapa Khalifah Umar Abdul Aziz sangat teliti dalan urusan pembahagian harta rakyat.

Khalifah Umar mati diracun oleh orang upahan sepupunya ketika berumur 40 tahun. Hartanya ketika itu hanyalah 11 orang anak dan 17 dinar sahaja.

Di akhir pementasan, muncullah seorang hero yang bernama Imam Muda Nazrul untuk menyampaikan khulasoh pementasan. Beliau dengan lantangnya mengingatkan penonton mengenai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang sangat besar sekali. Ditambah lagi sindiran bagi mereka yang meminta-minta jawatan. Pastinya, setiap yang mendengar pasti akan terasa tidak senang duduk dek kerana betapa sentapnya ayat-ayat Al-Quran dan hadith yang dibacakan oleh Imam Muda Nazrul mengenai azab Allah bagi pemimpin yang culas melaksanakan tanggungjawabnya dan menyalahgunakan wang rakyat.

Itu hal pementasan.

Di Malaysia pula, youtube dan facebook heboh dengan video aksi lucu seorang ahli Parlimen yang berkelakuan seperti haiwan sarkas. Puncanya? apabila ada YB yang mengusulkan agar pemotongan elaun menteri demi menjaga kebajikan rakyat. Baru diusik sedikit kemewahan dirinya, dia sudah menjerit terpekik terlolong, "Haram, haram, haram. Tipu, tipu, tipu!"

Dalam pementasan tadi juga ada dilakonkan watak Fatimah, isteri Umar yang sangat redha dengan kesederhanaan keluarga yang dipilih oleh suaminya. Sedangkan hidupnya semenjak lahir, penuh dengan kemewahan. Dia sanggup menanggalkan pakaian mahal dan perhiasan di tubuhnya demi mendahulukan kebajikan rakyat. Dia hanya merasa cukup dengan berada di sisi suaminya. Sungguh, di sebalik kejayaan seorang lelaki itu pasti ada wanita hebat di belakangnya.

Cuba nilai menteri yang kita pilih di PRU13 lalu, sanggupkah isteri-isteri mereka mencabut cincin permata dan menggadai beg tangan dan kasut yang harganya boleh didirikan sebuah masjid itu.

Lihatlah. Jauh benar peribadi menteri yang menang hasil PRU13 yang lalu dengan peribadi Khalifah Umar Abdul Aziz.

Malaysia mengamalkan demokrasi. Pemimpin dan rakyat itu soal yang dipilih dan yang memilih. Itu soal pahala dan dosa. Syurga dan neraka. Berhentilah menjadi golongan jiwa kosong yang kononya berlepas diri dari politik. Come onlah, wahai manusia, afala tatafakkarun? afala tatadabbarun? afala ta'qilun?

Wallahu'alam



02 November 2013

Hari Jubah :)

Bismillah wa alhamdulillah.. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad..

Syukur atas pemberian. Sabar atas ujian.

27 oktober lalu, telah selamat saya berkonvokesyen. Meniti detik-detik sebelum hari kejadian, tiadalah langsung saya menghiraukan. 'Mood' yang langsung tiada. Hampir sahaja saya membuat keputusan untuk tidak menaiki pentas. Mungkin kerana saya masih kekal di sini, maka tiada apa kerinduan pada UTM itu sendiri.

Khabaran mengatakan, emak bersungguh-sungguh untuk datang. Abang uda juga asyik bertanya bila jadual naik ke pentas. Itu membantu untuk saya buat keputusan. "Kalau pun aku tak ada hati untuk naik pentas, tambahlah pahala buat emak bahagia melihat anaknya di pentas" bisikan itu hadir menyuruh saya untuk tidak membuat keputusan selfish.

Kehadiran kawan-kawan sekelas, sahabat-sahabat sepersatuan, sangat membantu menceriakan diri dan menarik 'mood' itu.

Masuk sahaja dewan, emak membalas mesej saya "Emak dah masuk. Ada di atas". Mengeluh saya. Kesian emak. Akibat bahagian bawah dewan yang sudah penuh, emak terpaksa memanjat tangga di tingkat atas.
Tibalah masanya, berjalan saya di atas pentas. Penantian selama empat tahun tapi berada di atas pentas itu tidak kurang dari setengah minit sahaja. Tidaklah ia sia-sia asalkan niatnya untuk melihat emak gembira.

Keluar sahaja dewan, terus mencari emak. Empangan air mata tidak lagi dapat dibendung. Dakapan hangat ciuman emak sangat mendamaikan. "Tahniah.." Emak berbisik. "Terima kasih, mak.." saya menjawab sambil membalas ciuman emak.

Selesai bergambar, sebelum zohor semua keluarga saya balik. Tinggallah saya dengan bunga-bunga hadiah pemberian mereka di UTM. Menyambung pengajian yang baru bermula. Urusan dakwah yang belum selesai, tanggungjawab tarbiyah yang tiada akhir, dan amanah mengislah yang tiada hujung. Semuanya menjadi ramuan yang perlu dihadam dalam diri. Sudah-sudahlah berenak-enak. Kerja yang ada lebih banyak dari masa yang kita ada. Semoga Allah redha!

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik 10/13

Terima kasih Kak Saleha yang belanja KFC ^^,

Sahabat 07 yang meraikan :)

Dia surveyor, saya cikgu :) 
  


Satu-satunya gambar yang ada Along. Dia tak suka bergambar. Alasannya, "Along tak hensem"


  Nota:
1. Terima kasih atas ucapan tahniah di fb, whatsapp dan sms.
2. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang meraikan hari konvokesyen saya.
3. Doakan saya konvokesyen seterusnya, 2015. Insya Allah.. :)

18 July 2013

I'm home!


Allahumasolli’ala Muhammad wa barik wasalam ‘alaih..

Alhamdulillah wa syukru lillah.. Berada di rumah adalah perasaan yang sangat ‘heaven’ buat semua mahasiswa. Apatah lagi jika dia seorang mahasiswa yang jarang balik kampong dan sudah tamat pengajian. Diam tak diam, sudah sebulan saya duduk di rumah secara tetap. Sekejap saja masa berlalu.

Orang selalu tanya saya, cuti ni buat apa je? Saya katakan pada mereka, “ duk berzikir je lah”. Kelihatan poyo tapi itu perkataan yang lebih baik daripada menganggur. Terkesan juga sebenarnya melihat rakan-rakan sekuliah saya yang terus mencari kerja sebagai guru ganti di sekolah. Sudah pastinya, lumayan dan mampu bermewah syawal nanti. Tak semua rakan saya yang menjadi guru ini. Hanya dua orang. Dan mereka ni, bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Makanya, memang patut pun mencari duit itu adalah lebih awla bagi mereka.

Bukanlah bermaksud saya tidak mahu menjadi guru ganti kerana malas, bukan jua kerana tidak ada peluang. Tapi, saya rasa saya nak berehat. Serabut tesis dulu pun, belum hilang lagi. Emak tidak memaksa saya berkerja. Tidak pula menyuruh. Semuanya terpulang kepada saya. Makanya, saya lebih selesa menjadi suri rumah buat masa sekarang. Berkhidmat untuk mak, cuba untuk meringankan beban selagi termampu. Insya Allah..


Ramadhan kali ini, azamnya luar biasa. Azam ramadhan versi dapur saya, “katakan TIDAK pada bazaar ramadhan”. Kami berusaha untuk memasak sendiri semua makanan.  Dan emak juga menyokong penuh azam ini. Alhamdulillah setakat ni, belum sekali pun menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan dan moga ia kekal hingga ke akhirnya. Azam ini adalah berkaitan mendidik nafsu. Didik nafsu supaya merasa cukup dengan rezeki yang sudah ada. Banyak kelebihan yang saya dan mak dapati dari azam ini. Antaranya ialah jimat. Saya bagi contoh. Dengan wang RM2 kita hanya boleh mendapat paling banyak, 6 biji karipap. Sedangkan harga sepaket tepung cap sauh adalah RM2.40 dan setengah paket tepung boleh menghasilkan kira-kira 20biji karipap. Dengan azam ini juga, maka peluang terbaik saya untuk mengasah skill memasak termasuklah kuih-muih. Hidangan keluarga saya biasa-biasa saja. Masakan kampung, orang jawa, tradisional, dan yang penting berkhasiat. Maka, tiadalah chicken chop, spageti, pavlova, dan lain-lain itu. 

Malamnya pula, kebiasaannya berterawih di Masjid kampung. 20 rakaat, surah lazim. Dua orang Imam, bergilir setiap malam. Tiada perubahan. tiada transformasi. semenjak saya berumur 7/8 tahun hinggalah menjangkau 23 tahun. semuanya sama saja. Tiada langsung usaha untuk Ihya' ramadhan di masjid ini. Tiada iftar jamaie. Tiada moreh. tiada tazkirah. semuanya seolah-olah acara ritual yang diadakan saban tahun. Sepatutnya JAIJ buatlah sesuatu. Pantau masjid-masjid di kampung dan berikan peruntukan untuk menjemput Imam tahfiz atau mana-mana ustaz yang boleh memberikan pengisian rohani kepada jemaah masjid. Tidak perlulah sentuh isu-isu besar seperti Mesir, syria dan sebagainya. Sekurang-kurangnya makcik-makcik ini faham merapatkan saf itu satu kesempurnaan solat berjemaah! Itu belum lagi Imam yang solat seperti berlari 100meter ketika solat terawih. Laju sungguh! solat seperti nak cepat habis. Nak kejar apa, saya pun tak tahu. Malu saya berimamkan orang UMNO seperti ini. 

 Allah.. saya rindu dengan suasana terawih di UTM. Bacaan Imam Hafiz yang meniru gaya bacaan Syeikh  Rashid Mishary itu mampu menitiskan air mata jika dihayati..

Cuti kali ini juga, saya belajar memandu. Ambil lesen secara sah. 

Seperkara lagi..

Mohon doakan saya diberikan jawapan atas segala kebuntuan. Tiba masanya Allah menguji. Dan ketika itulah kita sedar betapa lemahnya kita sebagai hamba untuk membuat keputusan. Dan, kita ini sebenarnya terlalu hina dan tiada daya untuk menentukan nasib sendiri walau dalam kadar sekelip mata. 

Lahawlawala quwwata illa billah..

Ramadhan Al-Mubarak. Celakalah orang yang tidak diampunkan dosanya ketika tamat Ramadhan nanti. Nauzubillah.

Oh ya. Hadith mengenai ramadhan itu diawalnya rahmat, ditengahnya pengampunan dan diakhirnya pembebasan itu bersifat dhaif. Sila rujuk artikel Dr Zaharuddin Abdul Rahman. Rahmat, pengampunan dan pembebasan daripada dosa itu tidak berfasa. Allah berikan semuanya pakej dalam bulan ini.

Wallahualam. 

18 June 2013

PakSoM 3

Assalamualaikum wbt. Allahumma solli 'ala Muhammad wa barik wa salim 'alaih

Seingat saya, kali terakhir saya menulis mengenai PakSom ialah bulan march lalu. Ya. Ketika bengang dengan orang KPM tu.. 21 march saya hantar permohonan ke eprd. 20 April surat tiba di rumah. Tarikh dalam surat 9 April. Lamanya la posmen hantar surat. Maka dapat sahaja surat dari KPM maka surat itu dibawa pula ke JPN untuk JPN pula keluarkan surat untuk kebenaran ke sekolah. Dan mujur JPN berjaya menyiapkan surat dalam tempoh sehari. Alhamdulillah. Tamatlah sudah proses melayan birokrasi pihak kementerian. Demi sehelai surat dan harga segulung ijazah maka keluhan yang dilepaskan, dihirup semula.

Maka, berlakulah siri-siri berziarah ke sekolah. Terima kasih kepada JaNAh dan NaeBaK yang sudi menyusahkan diri. Sedih betul bila terpaksa menyusahkan sahabat untuk kepentingan diri ni. Allah.. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian juga.

Standard prosedur pergi sekolah, jumpa Pak Guard, beritahu nak jumpa Guru Besar atau GPK. Kemudian, masuk pejabat, jumpa kerani dan minta izin nak jumpa Guru Besar dan nyatakan tujuan kedatangan. Kemudian, guru LINUS pun muncul dan menjawab soalan kaji selidik. Ada yang mudah. Ada yang sukar. Ada yang hilangkan soal selidik. Dan ada yang jawab acuh tak acuh. Ada yang terlalu bersungguh jawab hingga menyukarkan saya untuk menganalisa kemudiannya. Apa-apa pun, terima kasih kerana telah menunjukkan sikap guru yang sebenar ketika menjawab soalan tersebut. Berminggu jugalah bermandi hujan dan meredah terik mentari, menebalkan muka ke sekolah-sekolah.

Ada dua kisah di sekolah yang agak menarik.

Kisah 1
Dua hari sebelum PRU13
Melangkah masuk ke pejabat, Guru besar perempuan sudah ada di hadapan pintu. Lalu memandang saya atas hingga bawah. Sambil tersenyum menyambut mesra membawa saya ke biliknya. Belum sempat saya menyatakan tujuan datang untuk kebenaran membuat kajian, dia terlebih dahulu bertanya soalan bertubi-tubi.  Duduk mana, belajar mana, kos apa, tahun berapa, Itu soalan standard. Mak ayah kerja apa, adik beradik berapa orang, berapa orang dah kahwin, anak yang ke berapa, Itu soalan pelik sikit. Dan soalan seterusnya......... Dah bertunang? dah ada boyfriend? Saya hanya menjawab dengan ketawa beberapa harkat.

"Kalau awak takde sesiapa lagi, tu hah anak lelaki saya ada. Dia tentera laut. masih bujang." Laju tuturnya sambil menunjukkan gambar anaknya yang lengkap berseragam tentera laut.

Dengan penuh bahasa beralas yang terbaik yang mampu saya fikirkan ketika itu, saya katakan padanya" owh.. Insya Allah, jodoh tu, di tangan Allah. Yelah zaman sekarang ni, susah nak tahu lelaki baik. Yang solat penuh, pandai baca Al-Quran dan paling penting boleh jadi imam. Yalah. kan syurga kita di bawah kaki suami" saya bercakap hampir satu nafas tanpa titik.

Guru besar itu terdiam sebentar. Dan segera menyegerakan urusan saya "owh.. hehe.  Kejap ya. Saya panggilkan guru LINUS yang boleh awak jumpa untuk kajian awak tu."

Phew. lega..tentera laut? Allah.. PSM pun tak setel lagi.

Kisah 2
Hari pertama pasca PRU13.
Melangkah masuk ke pintu pejabat, kelihatan guru besar sedang bercakap dengan telefon. Bukan orang lain. bekas guru sekolah rendah saya. Kini menjadi guru besar di sekolah lain. Selesai sahaja meletakkan telefon, saya berjalan mendekatinya. Belum pun sempat saya bertanya khabar dan menyatakan tujuan kehadiran, beliau terlebih dahulu bertanya,

"Amacam semalam, menang tak?"

"Menang? BN menang la.." Sambil menjawab dengan senyuman plastik.

"Haaa tulah awak. kenapa tak tolong kempen untuk BN. Ni duk pegang payung PAS buat apa.."

"Hehe.. itulah. Cikgu, saya datang ni, nak buat kajian untuk tesis. Boleh tak kalau....." belum pun sempat menghabiskan ayat, beliau memotong.

"Kita ni, selaku kakitangan kerajaan kenalah sokong kerajaan. tambah lagi awak masih belajar. bla..bla..bla.."

Dalam hati, nak je balas dengan jawapan-jawapan yang logik dan rasional. Tapi bimbang tertinggi suara dan ketika itu saya beremosi. Maka, bagi mengelakkan dicop kurang ajar dan mungkin akan menjejaskan nama baik mak saya dan keluarga, memandangkan dia kenal dengan keluarga saya, maka saya diam dan berikan senyuman yang benar-benar terpaksa.

Dan dia sudahi ucapan dengan " Err.. hari ni cikgu LINUS ramai tak ada. Awak datang hari lain je lah ye."

Ceyh. Sia-sia je.


Selesai data dikutip, maka berlakulah pula proses seterusnya iaitu memasukkan data dalam SPSS. Again. Terpaksa menyusahkan sahabat. Cik Mizah. Nak buat macam mana, beliau yang volunteer nak tolong. Maka satu malam disimpan khas untuk berSPSS. Saya tukang key-in, Mizah tukang baca. Dan sampai satu tahap, kira-kira 3 pagi. ketika Mizah sedang membacakan data, tangan saya tidak mampu menyahut dengan taipan. Dan tiba-tiba terdengar Mizah gelak sehingga mengejutkan saya.

"Dah, dah g tido. biar aku sambung" katanya..sambil gelak-gelak meriah. Lalu membaling bantal kepada saya.

Oh tidak!! saya terlelap 3 saat. Sungguh memalukan.  Keletihan sebenarnya. Siang non-stop.

Itu kisah key-in data.

Dan seterusnya, malas nak cerita. Pendek kata, saya berjaya hantar kepada supervisor saya bertarikh 24 Mei. Dua hari tak tidur malam. Satu kepuasan yang tidak tergambar. Alah baru draft pertama je pun.

Kemudian, fokus exam. Dan mula bersilat lagi untuk persediaan viva yang baru selesai tadi. Alhamdulillah. Soalan berjaya dijawab walaupun salah. Komen diterima tanda banyaknya pembetulan yang perlu dibuat. Pengalaman melihat pembentang sebelumnya, penilai memang akan tanya soalan yang kita tak boleh jawab. Dan walaupun jawapan yang saya berikan betul, mereka masih akan ragukan sehingga kita pun akan terpengaruh. Maka, sila berlakon kental. Pastikan senyum dan jangan menangis.

Selepas ini, fokus pembetulan, print dan jilid.

Mohon doanya. Esok 'dating' dengan supervisor jam 11 untuk melaporkan komen-komen yang diterima ketika viva tadi.


08 June 2013

Hazelnut white coffee

Rasa white coffee ni sangat sedap. Dalamnya ada secebis rasa hazelnut. Tapi nak cari punyalah susah. Setakat ni, ada dijual di minimart meranti je. Dah cari di jusco,giant dan konfar semua takda.

dan tadi hajat nak beli banyak di minimart, tapi hampa. dah tak da..

implikasinya, terasa kurang bermotivasi untuk qiam (baca:stay up) malam ni..

hakikatnya manusia suka sangat mencipta alasan dan menjadikan faktor luaran untuk berjaya. ini semua mengarut!

08 May 2013

Sembang-sembang PRU13

Assalamualaikum wbt. Allahumma solli 'ala Muhammad  wa barik wa salim 'alaih.

Alhamdulillah masih hidup bernyawa. Sudah masuk dua hari saya menghirup udara pasca PRU-13. Bukan niat saya untuk menjadi penganalisa politik tak bertauliah di sini. Hanya sekadar ingin sembang-sembang alkisah PRU-13.

Malam sebelum mengundi, abang saya yang mengundi pos kerana bertugas di bawah SPR esok, berkali-kali menghantar sms kepada saya "Ingat, selamatkan Johor!"

5.5.13
Akhirnya hari ini, tarikh ini, tiba jua. Hari merayakan hak demokrasi rakyat Malaysia. Tidak terlalu gopoh, tidak terlalu lambat, jam 9 pagi saya dan emak keluar ke sekolah yang hanya 10minit dari rumah untuk membuang undi. Setibanya di hadapan sekolah, melepasi garisan kuning SPRM, penyokong dari PAS dan BN masing-masing sibuk beramah mesra dengan pengundi. Yang tua, dipimpin. Yang uzur disorong dengan kerusi roda. Yang panas, dipayung. Semuanya menjadi seperti malaikat. Moga-moga akhlak terpuji ini melekat dalam diri selamanya. Melangkah masuk ke dalam barisan, orang belum terlalu ramai. Pengundi muda di saluran saya juga masih belum ramai. Yang ramainya ialah dari saluran satu, umur lingkungan emak saya. Dengan lafaz bismillah, kertas undi selesai dipangkah. Alhamdulillah selesai tanggungjawab. Kali pertama mengundi dengan sistem yang telah diBERSIHkan sebanyak 3kali. Dakwat kekal itu salah satu kejayaannya. Walaupun hakikatnya tidaklah kekal mana. Hari ini, dakwat di jari saya sudah hilang sepenuhnya.

Selesai mengundi, saya duduk sebentar bersama-sama sepupu sepapat yang menjadi perayu undi berhampiran sekolah. Memang sudah niat untuk menginfakkan diri di situ. Rugi rasanya jika saya hanya menghabiskan masa dengan key-in data PSM di rumah di hari bersejarah ini. Hari khamis saya sudah sampai di rumah dengan niat untuk menjadi Polling agent dan Counting agent. Tapi, hampeh kerana sudah penuh diisi oleh muslimin. Saya bertanya, mengapa tidak dibina pondok di situ. Rupa-rupanya ketua kampung tidak membenarkan mana-mana parti untuk membina pondok (pondok panas) di situ. Jadi, masing-masing terpaksa memegang payung untuk berteduh daripada panas terik dan hujan renyai ketika itu.  

Suasana pembuangan undi di kampung saya, sangat aman dan tenang. Mungkin kerana ia di kampung, maka tiada yang rajin mencetuskan provokasi. Mujur anak muda BN yang menyanyi lagu Inilah Barisan Kita lewat 12malam tadi tidak 'bingit' hari ini. Mungkin sudah kenyang dengan duit upah memasang bendera malam tadi.

.Saya memegang payung PAS dan nun kira-kira 50meter dari tempat saya berdiri, Paksu saya memegang payung BN. Kami bertegur sapa, beramah mesra seperti biasa. Walapun berbeza parti politik, hubungan sesama Pakcik-anak sedara, langsung tidak terjejas. Inilah yang dikatakan demokrasi melangkaui hubungan darah! Namun, ada juga beberapa makcik BN yang tiba-tiba seperti menjadi orang asing ketika berselisih dengan saya. Hanya kerana saya memegang payung hijau-putih ini, senyum saya padanya tidak bersambut. Ok. Abaikan. Terus senyum pada makcik lain.

Ketika hampir asar, saya pulang ke rumah. Debar menunggu keputusan kian terasa. Tangan laju mengimbas screen telefon bimbit. Update berita di facebook. Juga tv yang terpaksa dipertahankan daripada tuntutan 'upin ipin' oleh anak sedara saya yang comot itu. Sempat juga mendengar ulasan penganalisa politik oleh ex-smapian Dr Asyraf Wajdi Dusuki di tv3. Bernas juga pemikirannya. Emak saya setuju dengan ulasannya menandakan ulasannya tidak bias kepada mana-mana parti. KPInya emak saya. :)

Malamnya, dengar pula ulasan penganalisa politik di tv1. Tengok cara beliau mengulas kekalahan Ghani Othman, saya merasakan peluang untuk beliau keluar di tv selepas ini mungkin tipis.

Akhirnya keputusan penuh telah diketahui.
Menyoroti keputusan beberapa PRU sebelum ini, berikut merupakan bilangan kerusi parlimen yang dimenangi oleh PR (PAS,PKR, DAP) dan BN:

PRU-11 (2004) BN : 199 PR: 13
PRU-12 ( 2008) BN: 140 PR: 82
PRU-13 (2013) BN: 133 PR: 89

Melihat angka ini, jelas menunjukkan rakyat secara majoritinya sudah mula hilang kepercayaan kepada BN. PRU 12 sudah jelas tsunaminya yang melonjak PR memecah tradisi menawan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Ramainya pengundi muda PRU 13 menambah sengit dengan menambah lagi kerusi PR di  parlimen.
Keputusan secara rasmi, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan kekal di bawah pemerintahan PR. Manakala negeri-negeri lain dimenangi oleh BN. Nampaknya, kempen Gangnam style yang dibawa Najib di Penang dan lagu Sayangi Selangor, yakini BN yang selalu memekakkan telinga di tv tidak mampu mengubah hati rakyat di kedua negeri itu. Mungkin BN perlu ubah cara berkempen untuk akan datang.

PRU kali ini juga menyaksikan kekalahan 17 orang menteri di Parlimen mereka bertanding antara yang popular ialah Datuk Ghani Othman di Gelang Patah, Datuk Seri Ali Rustam di Bukit Katil, Datuk Saifudin Abdullah di Temerloh, Raja Nong Chik di Lembah Pantai, Dr Mohd Puad Zarkashi di Batu Pahat dan lain-lain lagi.

Di akhbar Sinar Harian melaporkan terdapat beberapa indiviu yang melaporkan kepada polis berkaitan isu dakwat yang tidak kekal. Saya akui juga kerana saya hanya membasuhnya dengan sabun dettol dan ternyata sudah hilang. Emak saya memberi cadangan supaya SPR menggunakan inai yang ternyata lebih kekal, jimat dan boleh dibawa solat untuk PRU akan datang.

Hari ini, kemenangan DAP di kebanyakkan kerusi parlimen dan dun dikecam oleh BN. Isu perkauman, orang Cina tidak tahu membalas budi BN, orang Cina mahu kuasai negara seperti singapura dan banyak lagi tohmahan rasis yang dilemparkan. Saya pening juga dengan BN. Dulu beriya benar laungkan 1malaysia. katanya kesamarataan la perpaduan la. Alih-alih apabila undi orang Cina sudah tidak menyebelahi BN, mereka pula dipersalahkan. Hadoih la..

Apa-apa pun, isu rasis ini sebenarnya boleh menjadi batu loncatan kepada para pendakwah di dalam PAS. Inilah masanya untuk sebar luaskan pengetahuan mengenai tahaluf siyasi itu kepada mad'u. Tidak ketinggalan juga peluang dakwah kepada non-muslim di PKR dan DAP untuk lebih akrab dan lunak dengan Islam seterusnya beriman kepada Tuhan Yang Esa. Beruntunglah bagi mereka yang menjadi asbab tersentuhnya hidayah di hati manusia.

Kemenangan yang didalangi dengan kejahatan itu, saya tidak mahu ulas. Kerana ia bakal menyesakkan dada dan menimbulkan kebencian di hati saya sehingga saya mungkin akan menjadi terlalu beremosi. maka, saya hanya mampu berdoa dan pasti kemungkaran yang berlaku sudah tentu akan membuka lagi mata rakyat untuk menjatuhkan kezaliman untuk akan datang. Juga tidak pula saya membenci golongan yang ingin berhimpun esok yang ingin menyuarakan ketidakpuas hatian.

Sungguh, kalah atau menang itu adalah adat. PAS sudah banyak kali kalah dan sentiasa bersedia. Saya yakin ahlinya sentiasa redha dan bertenang kerana mereka ada Allah dalam hati mereka. Sungguh, Allah tahu yang terbaik buat Malaysia. tidak diberi kemenangan secara terus, tapi diberi sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuan. Insya Allah, padaNya ada hikmah.

Memetik kata-kata Khairy Jamaludin ketika ditemuramah di MHI sehari selepas PRU, " Hari ini, 6Mei merupakan hari pertama untuk kita berkempen untuk PRU-14"

kalau mereka semangat, kita apatah lagi..

"Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha mengejarkan amal soleh yang lain.(Amal Jamaie" (Al-Insyirah : 7)












09 April 2013

Buat-buat buzy

Assalamualaikum wbt.. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw..

Allahuakbar. Bulan ini, bulan lepas, bulan banyak berfikir. Terlalu banyak konflik. Dalaman dan luaran. Emosi dan rohani. Akademik dan kerja dakwah. Juga.... Cinta dan perasaan.... Pergh!

Seronok bila disibukkan begini. Bahagia. Stress hilang bila datang meeting. Serabut hilang bila buat usrah. Jiwa tenang dengan hadir ke majlis ilmu. Dan juga, kerja-kerja amal islami yang menuntut saya untuk bermusafir ke sana sini. Itu formula kebahagiaan saya. Anda pula bagaimana?

Tepuk dada, tanya iman!

Sungguh, kesibukkanmu di dunia ini akan ditanya di akhirat nanti...

Wallahu'alam

15 March 2013

PakSoM

Assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw.

Saya sebenarnya, sedang membaiki soalan kaji selidik untuk instrumen kajian PSM saya. Dan saya 'lari' ke sini kerana satu cawan kopi putih cap kapal api yang saya minum tadi tidak mampu menghalang saya daripada mengantuk. Maka dengan menulis entri baru di sini, saya berharap mengantuk saya hilang dan digantikan dengan semangat yang berkobar-kobar untuk berPSM. Harap-haraplah..

Kalau tidak silap, ini entri pertama saya menulis tentang PakSoM dengan serius.

Sebenarnya, semenjak tahun dua lagi, saya sudah takut dengan PSM. Kenapa? Sebab saya digerunkan tanpa sedar oleh kelakuan para senior yang bermati-matian ketika mereka berPSM. Ada yang sampai tidak keluar bilik bertahun-tahun (tipu!). Ada yang makan tidak selera. (Tipu juga!) ada yang tensyen sehingga tercetusnya hobi baru dan buat model danbo (Ini benar!) lebih parah lagi bagi mereka yang terlibat dengan eksperimen di makmal. Sangat mengharukan. Bakteria tak membiak, data 'error' dan macam-macamlah ragamnya. Itu tidak termasuk yang asyik bertukar-tukar tajuk sahaja dengan supervisor. Iyalah. kita biasanya fikirkan tajuk yang senang dibuat. Tapi supervisor biasanya inginkan tajuk yang baru dan belum pernah dikaji. Maka, dalam tempoh ke arah tahun akhir itu persoalan yang sering bermain-main di minda ialah, BENARKAH PSM ITU BEGITU SUSAH? Sebenarnya, ia bergantung. Bergantung kepada kursus yang kita ambil, bidang kajian, dan jenis kajian. Tapi, tahap tekanannya sama sahaja. 

Ini kisah semester lepas

Ada senior kata, sementara awak LM tu, bolehlah mula cari-cari tajuk yang sesuai. Maka saya yang lurus ini pun, carilah juga idea untuk tajuk PSM saya. cari punya cari,   memang tak jumpa. Iyalah tajuk ni, bukan boleh difikir dengan akal semudah-mudahnya. Perlu juga dengan hasil pembacaan atau kajian sikit-sikit. Dan ketika LM, manalah saya ada masa untuk semua itu. Dipendekkan cerita, ketika sehari sebelum bermula semester baru tahun empat, kakak ipar saya, yang juga seorang guru mencadangkan supaya saya mengkaji mengenai keberkesanan LINUS. Segera saya membuat pembacaan sedikit mengenainya dan bentangkan kepada supervisor dalam ta'aruf kali pertama   Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, supervisor menerima tajuk saya. Hati gembira bukan kepalang. :)

Ketika ta'aruf pertama bersama supervisor dan rakan-rakan sepenyeliaan, Dr Hee telah menetapkan hari perjumpaan untuk bentang progress ialah setiap hari rabu jam 2petang. Ya. Setiap minggu Dr mahukan progress! Gila tak gila, mahu tak mahu, kena juga buat. Tapi sebenarnya, tidak juga setiap minggu. Sebab, kadang-kadang, perjumpaan terpaksa dibatalkan, banyak juga taklimat yang wajib kami mahasiswa tahun empat hadir. Dan ada juga yang disebabkan oleh kesibukan Dr sendiri. Maka, bolehlah kami mengurut dada dan bertenang.

Kalau ada orang tanya, "Eyh, PSM kau buat pasal apa?", 

Saya malas nak jawab. Sebab nanti kena terangkan. Tapi biasanya saya jawab jugalah,"LINUS".
 
Dan ramai juga dengan muka bijak, mereka akan jawab ,"Oh, projek LYNAS yang dekat Pahang tu eyh?," 

Dush! Bukanlah.. 

" Tu LYNAS projek radioaktif. Takda kaitan langsung dengan bidang pendidikan. Ni, LINUS (Literacy and Numeracy Screening) Satu program tansformasi pendidikan yang KPM baru jalankan untuk gantikan program kelas pemulihan di sekolah rendah. Program ni matlamatnya sama ja dengan pemulihan. untuk membasmi pelajar buta huruf. Saya punya PSM, nak tahu la keberkesanan LINUS ni setelah dijalankan hampir tiga tahun di sekolah rendah" Biasanya ini adalah ayat yang paling ringkas yang saya terangkan bagi mereka yang bertanya.

Semester satu, tahun empat ni, memang sangat mencabar. Semester yang paling banyak program dan jam kredit. Bina Insan Guru, Seminar buku teks, Kursus sukan, lawatan ke Putrajaya, lawatan ke SAJ, analisis air di sungai Johor, lawatan ke Jabatan Kimia, interview pengusaha pusat tusyen, TECS, ISO, OSHA, TA, program PMI, dan ada lagi rasanya yang saya tak tulis di sini. Jam kredit pula ada 20. Sepatutnya 17 ja. tapi disebabkan saya kena UM subjek kimia analisis yang saya gagal masa tahun tiga, maka, jadilah 20. Siapa suruh gagal? Tapi, saya redha kena repeat. Sebab, dapat jumpa dengan pensyarah yang terbaik, iaitu Dr Razali yang terkenal di jabatan analisis di fakulti sains dan dapat baiki pointer juga. Alhamdulillah..  Pun begitu, semester ini juga semester yang paling banyak kali saya buat usrah dengan adik-adik. Alhamdulillah lagi. banyaklah bagi saya. mungkin sikit bagi JU. Huhu. 

"Kalau dapat susah nak lepas,
Kalau lepas, susah nak tangkap."
 Apakah itu? PSM lah. apa lagi. kalau dah mula buat, susah nak berhenti. Tapi kalau dah berhenti, nak mula balik, memang berat. 
 


Diam tak diam, berakhir juga semester satu dengan jayanya. Bab 1-3 pun berjaya dihantar sehari sebelum TA. Masa ni, saya tarik nafas dalaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmm dan lepaskan dengan lega. Saya tahu, taklah sempurna mana. tapi, saya dah buat sehabis baik. Janji hati puas!

Ini kisah semester ini

Semester ini sangat awesome. Sebab, kelas cuma hari selasa dan khamis je setiap minggu. Hari lain, cuti! Cutilah sangat.. Dengan assignmentnya yang dah melambak, quiz, test yang tak boleh tembak, dan beberapa komitmen yang tak perlu kot nak sebut kat sini. 

Berbalik kepada perkembangan PSM, semester ni dah mula PSM II. Jumpa supervisor, bentang soalan kaji selidik. Saya memang takda keyakinan langsung nak tunjuk pada Dr sebab, tengok soalan kawan-kawan yang lain, semua hebat dan mantop. Dan bila saya bentang ja, Dr pun komen. Setiap soalan Dr komen dan betulkan. baik betul Dr saya ni. Betul-betul dia nak tolong student dia. Dan Dr kata soalan-soalan yang saya buat ni, tak cukup untuk mengkaji keberkesanan LINUS ni. kena perbaiki lagi. =-=! Baik Dr.

Ada sahabat cakap, PSM untuk budak fakulti pendidikan ni, senang je. "Alah..setakat buat questionnaire je..
"Amboih! Senang hang cakap nooo.. Hang try buat tengok!" Saya menjerit kepadanya dalam hati. 

Nampak macam senang dan mudah. Tapi hakikatnya, nak menghasilkan soalan kaji selidik ni bukanlah boleh dibuat dengan kacang. Kena teliti betul-betul. Menjawab tak objektif kita. Dan bahasa yang digunakan, kena mudah difahami. Sementara saya baiki soalan-soalan ni, saya teruskan juga dengan prosedur untuk buat edaran soalan di sekolah. 

Bukan senang ya nak pergi sekolah ni. Sebelum ni, nak ke sekolah untuk buat tugasan, senang ja. Cuma dapatkan surat dari fakulti dan JPN. Tapi, bila kita nak pergi atas sebab kajian untuk tesis, maka kena lalui banyak proses. 

Isi borang biru di fakulti ---> tunggu 3 hari ---> Dapatkan surat akuan buat PSM daripada fakulti ---> scan ---> isi borang permohonan untuk buat kajian di sekolah di website KMP (e-RAS). hantar bab 1-3 dan instrumen kepada KPM juga surat dari fakulti yang dah di'scan' tadi ---> Tunggu 5 hari berkerja ---> telefon KPM --->telefon lagi --->telefon lagi dan lagi ---> telefon lagi dan lagi dan lagi--->  lagi lagi lagi telefon.

Cara dia memang macam tu. kena bagi tekanan yang padu kepada pegawai yang uruskan benda ni di KPM sebab, dia akan berzikir "esok awak telefon lagi ye dik." setiap kali kita telefon. Entah bila dia nak respond pun saya tak tahu. Haduih! Padahal nak dapatkan kebenaran pergi sekolah je pun... 

Sekarang, ada sesiapa berani kata budak pendidikan punya PSM senang? Suka hatilah nak cakap apa pun...

Baiklah. Saya pun dah hilang mengantuk. Ini sahaja yang saya mampu untuk tulis mengenai PSM setakat ini.  


Disaat kekeringan idea untuk PSM, inilah hasilnya. Ntah apa-apa.
Wallahu'alam

Nota:
1. Semua kerja akan mudah bila kita fikir ianya mudah. 
2. PakSom ialah nama manja bagi PSM
3. Doakan saya dapat menyiapkan PSM dengan jayanya dan grad on time. Ameen.. 

12 March 2013

Saya tak pandai melukis!

CalculusII oh CalculusII !

Malam ini saya berlatih melembutkan tangan untuk melukis circle, paraboloid, hyperboloid dan loid-loid yang lain di atas paksi x, y dan z. 3 dimensi.

Pelik. Calculus I yang saya ambil ketika tahun 2 dahulu tidak pula memaksa untuk saya melukis-lukis begini. Cuma sekadar differentiate dan integrate yang menggunakan formula yang berjuta tu sahaja lah. Dan itu saya lebih rela daripada perlu 'mematahkan' jari untuk melukis segala traces, surfaces dan macam-macam lagi.

Sangat menyeksakan sebab saya tak pandai dan tak terror. Ditambah pula kemahiran melukis yang saya memang takda!

Dalam kelas Calculus II minggu lepas, saya dibunuh dengan perasaan kecewa yang melampau. Berkali-kali saya cuba untuk melukis, tapi tidak pernah sempurna. senget di sana-sini sehingga saya rasa benci untuk melihat hasilnya.

Saya intai lukisan Shafiqah di kiri saya.
 "Kenapa kau punya cantik..."  saya bertanya dengan niat untuk memuji..
"Mana ada.. biasa je.." Jawab Shafiqah.

Saya intai lukisan Aqilah di sebelah kanan saya. Kurang cantik daripada Shafiqah punya. Tapi yang pasti, lebih cantik daripada saya punya!

Akhirnya pandangan saya kembali ke papan putih. Merenung kosong. Setengah jam kelas berbaki, dihabiskan dengan merenung wajah pensyarah yang mirip Shiela Amzah itu. Saya renung wajahnya dengan renungan yang benar-benar mengharap simpati. Tapi dia tak perasan.

Tiba-tiba saya teringat dulu-dulu ketika saya masih kecil bersekolah rendah. Saya memang tidak pandai melukis. Dalam subjek pendidikan seni, jika cikgu suruh melukis, maka kertas lukisan saya akan kosong bersih ataupun ada juga lukisan. tapi bukan saya yang lukis. Hasil ehsan kawan-kawan yang tolong lukis. Kalau tak pun, bila balik rumah, mak yang tolong lukis. Bila peperiksaan akhir tahun, saya akan menjawab soalan yang tidak memerlukan saya melukis. contohnya, soalan kolaj, tiup warna dalam straw untuk hasilkan corak yang abstrak, dan sebagainya asalkan bukan melukis.

Mungkin ramai yang menganggap "Ek eley.. benda senang pon kau tak boleh buat! Lukis je pun.."

Ya. Bagi mereka yang pandai melukis, ketahuilah bahawa anda adalah orang yang saya tabik spring dan ketahuilah juga bahawa jika anda menghina orang yang tidak pandai melukis, ketahuilah bahawa saya adalah orang pertama yang terobek-robek hatinya terpancung dengan kata-kata anda.

Sekian.

Nota:
1. Sesiapa yang mempunyai kekurangan yang sama dengan saya, anggaplah entri ini sebagai satu tanda kebersamaan kita.
2.Tiada sesiapa yang tercedera ketika saya menulis entri ini.
3. Doakan saya lulus subjek ini dan saya grad on time.
4. Terima Kasih.

02 November 2012

A simple Short Test

"Ok. Saya bagi masa seminit dari sekarang fikirkan apa-apa topik yang anda semua rasa patut untuk anda kongsikan kepada semua orang." Dr Razali memberi arahan selepas memulakan kelas dengan membaca al-fatihah.

Semua pelajar tunduk. Ada juga yang tergaru-garu kepala. Masing-masing sibuk memikirkan apalah topik yang ingin dikongsikan. Pensyarah Kimia Analisis saya yang ini memang begitu. Setiap hari ada sahaja benda baru yang dilakukan dalam kelas. 

"Ok. Cukup. Linda, bangun dan pilih tiga nama rakan kamu. Saya nak, awak jaga masa seminit untuk setiap orang bercakap" Dr memberi arahan kepada saya.

Saya senyum dan bangun dengan semangat. Sedikit lega kerana sekurang-kurangnya saya terlepas dari memberi perkongsian. Dengan muka sedikit 'kejam', saya pun memilih tiga nama.

Pelajar pertama berkongsi mengenai enjin kapal terbang. Pelajar kedua berkongsi mengenai sifat manusia dan pelajar terakhir berkongsi mengenai tips menghilangkan stress dengan menjaga hubungan dengan Allah.

Usai mereka memberi perkongsian, Dr membuat kesimpulan daripada aktiviti tersebut.

"Apa yang saya cuba ingin sampaikan ialah, topik perbualan kita seharian adalah menggambarkan siapa kita dan kepentingan perkara tersebut pada diri kita. Contohnya awak tengok bola malam tadi maka keesokannya topik bola sahajalah yang mengisi ruang perbincangan awak dengan orang lain. Dengan itu kita sudah boleh menilai orang tersebut menganggap isu bola adalah perkara penting dalam hidupnya dan perlu untuk dia kongsikan kepada orang lain. Oleh itu, pelajar sekalian, cuba kita tanamkan kepada diri kita bercakaplah, berkongsilah perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada orang lain." satu resolusi kemas daripada Dr.

Saya menganggukkan kepala dan menyebut Insya Allah dalam hati.

Benar apa yang dikatakan Dr Razali. Cuba kita muhasabah kembali. Tanyakan pada diri apakah topik yang selalu menjadi perbincangan kita sepanjang hari ini? minggu ini? bulan ini? tahun ini? sepanjang hidup ini?
Dalam tidak sedar, topik perbincangan itulah yang menunjukkan dimana prioriti isu tersebut diletakkan dalam diri kita seterusnya menggambarkan siapa kita sebenarnya. Atau dengan cara mudahnya, cukuplah dengan sekadar melihat apa yang ditulis di status facebook dan twitter kita. Macam-macam ada. Ada yang suka menulis mengenai baitul muslim, cinta, siasah, macam mana cara nak tumbangkan kerajaan, usrah, dakwah, tarbiyah,dan tidak terkecuali PSM (aduh! terasa..). Semuanya menggambarkan dengan jelas bahawa itulah kepentingan yang kita letakkan dalam hidup sekarang.

Hmmm... sama-samalah muhasabah.

Saya ada seorang sahabat yang hidupnya dari pagi hingga petang asyik cakap pasal baitul muslim sahaja. Tidak kisahlah dengan siapa pun dia berjumpa. Status di fb jangan cakaplah. Memang penuh berbunga-bunga. Katanya, baitul muslim penting bagi memastikan kesinambungan gerak kerja jema'ah.

Ada juga sahabat saya yang pagi hingga ke malam, asyik bincang pasal usrah. Tidak kisah dengan siapa dia berjumpa, mesti dia tanya pasal usrah. Katanya, Usrah tunjang tarbiyah. Tidak boleh tinggal usrah.

Hmm...macam-macam.  

Samalah saya pun. Kadang-kadang entah apa-apa yang saya post di fb. Itu pun menggambarkan betapa 'entah apa-apalah" saya ni.

Oleh itu, marilah kita betulkan kembali prioriti dalam hidup kita. Letakkan kepentingan itu mengikut fiqh awlawiyat dan 'delete' semua yang lagha dan tidak berguna. maka, secara automatisnya tingkah laku dan segala isi percakapan kita mesti akan menjadi lebih bermanfaat.

Siiru'alabarokatillah..:)




22 October 2012

Air

Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..

Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad, Rasulullah saw..

Tempoh hari, saya dan rakan-rakan 4SPM yang mengambil minor kimia seramai 10 orang telah ke Pusat Rawatan Air di SAJ, Kota Tinggi bertemankan Dr Alias selaku pensyarah untuk subjek Kimia Alam Sekitar SSC2223. Sebenarnya, lawatan ini adalah idea Dr Alias untuk melihat sendiri proses rawatan air yang dilakukan seperti yang dipelajari dalam kuliah teori. Jadi, dengan kersungguhan Dr untuk memberi kefahaman kepada kami, maka lawatan ini pun berlangsung dengan jayanya.

Pusat Rawatan Air SAJ di Kota tinggi ini mampu menyalurkan 318000 meter padu ke Johor Baharu, Pontian, Bukit Jelutong dan Skudai. Air yang disalurkan ini ialah berpangkalan dari Sungai Johor yang terletak di Kota Tinggi.

Proses merawat air yang bersalur terus daripada sungai ini tidaklah mengambil masa yang lama. Kira-kira 45 minit sahaja air itu dirawat maka ia sudah pun boleh digunakan dengan selamat iaitulah yang keluar daripada paip air di rumah kita.

mudah bukan?

Ya memanglah mudah kerana kita tidak pernah tahu disebalik tabir kesusahan para pekerja di pusat rawatan air ini. Walaupun proses rawatan ini bukanlah dilakukan secara manual, namun perincian untuk memastikan 'setting machine' bersesuaian dengan tahap kekeruhan atau kekotoran air sungai bukan mudah. En Halim selaku pegawai di pusat rawatan memberitahu hanya tiga orang sahaja yang akan menjaga bilik kawalan utama untuk sekali waktu shift. Bayangkan betapa besarnya tanggungjawab mereka bagi memastikan air yang dirawat adalah benar-benar selamat untuk diminum ianya diperincikan dari sudut pH iaitu 6.5 hingga 9, tahap kekeruhan, warna, kandungan aluminium, ferum, ammonia, manganese, klorin dan florin yang mana diperlukan dalam tubuh badan kita. Ianya sudah pun ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Walaupun air dikategorikan sebagai  'non living things' dalam sains, namun ia tetap dikategorikan sebagai makhluk Allah yang tidak pernah ingkar suruhan Tuhannya.

Asy-Syu'ara:  63

"Lalu Kami wahyukan kepada Musa, "pukullah laut itu dengan tongkatmu." Maka terbelahlah lautan itu, dan setiap belahan seperti gunung yang besar."

Air patuh suruhan Allah demi menyelamatkan Nabi Allah Musa a.s.

begitu juga dalam Firman Allah yang lain dalam surah Fussilat: 39

"Dan sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran)Nya, engkau melihat bumi itu kering dan tandus, tetapi apabila Kami turunkan hujan di atasnya, nescaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya pasti dapat menghidupkan yang mati; sesungguhnya Dia MahaKuasa atas segala sesuatu"

Air itu makhluk Allah yang turun dan membasahi bumi dan menjadi sumber kepada makhluk Allah yang lain untuk terus hidup. Maka dengan itu, kita sebagai makluk Allah yang mempunyai akal fikiran yang cerdik seharusnya menggunakan air dengan sebaiknya. Jika kita pandang air sebagai makhluk Allah, maka kita akan rasa bertanggungjawab untuk menggunakannya dengan berhemah.

Bukan sekadar soal integriti, tapi Nabi sudah mengajar kita untuk berjimat ketika menggunakan air. Bukankah nabi pernah menegur seorang sahabat yang membazir ketika berwudhu' walaupun dengan menggunakan air sungai yang mengalir.

Oleh itu para pembaca sekalian, sayangilah air sebagai makhluk Allah yang amat berjasa kepada kita. Insya Allah semoga hidup kita diredhai sentiasa..:)





03 April 2012

Diari Cikgu 3





Assalamualaikum wbt.. Selawat dan salam buat baginda Rasulullah saw serta ahli keluarga baginda.
Allah yang mempunyai sifat Maha Bijaksana itu sememangnya kaya mempunyai segala-gala jenis ilmu. Antara ilmu yang tidak mungkin dimiliki oleh manusia biasa ialah ilmu mengenai masa akan datang. Seawal sesaat selepas ini pun, kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi pada diri kita sama ada baik atau buruk. Apatah lagi jika kita berfikir siapa kita 10 tahun yang akan dating. Memang, kita adalah pelukis yang mencorak masa depan. Namun, dengan kudrat yang sangat terbatas ini sungguh tidak mampu mengalahi peratus besar ketentuan yang dijanjikan oleh Allah Ta’ala. Selayaknya kita hanya perlu berusaha semampunya, berdoa dan bertawakal kerana Maha Penentu itu mempunyai Rahmat yang terlalu banyak buat hambanya..

Di awal perkenalan saya dengannya, tidak menyangka sungguh dia peramah begini. Sekadar bertegur sapa di fakulti itu biasa. Hinggalah kami bertukar nombor telefon sebelum bermula latihan mengajar di UTM.
Setelah segala usaha pencarian rumah sewa berakhir, kami berpakat untuk berkongi menyewa bilik. Itu sahaja jalan yang dirasakan terbaik untuk orang yang tidak berkenderaan seperti kami, faktor jarak rumah dengan sekolah itu perkara wajib yang perlu diambil kira.

Baru dua minggu mengenali dirinya, kami sudah berkongsi pelbagai perkara. Keluarganya 5 orang adik beradik. Anak ketiga. Suka warna ungu tapi banyak baju kurung warna coklat (my favourite). Agamanya Kristian. Rajin beribadah. Sebelum tidur dibaca buku agamanya. Setiap ahad wajib ke gereja. Jumaat ini katanya, good Friday. Maka dia akan berpuasa daripada memakan makanan pepejal.

Kami banyak persamaan. Minatnya kepada buku-buku motivasi dan suka menulis.

Menariknya dirinya yang tidak suka alkohol dan daging khinzir. Sangat memahami kebajikan saya yang tidak makan makanan yang diragui kehalalannya seperti kedai kek dan restoran Cina. Hatta ketika membeli mee segera, dia terlebih dahulu memeriksa tanda halal untuk saya.  

Agama kami berbeza. Bangsa kami juga berbeza. Tapi kami percaya adanya Tuhan yang menciptakan segala makhluk. Setiap kebaikan yang dibalas dengan kebaikan, usaha yang menjanjikan kejayaan dan kesusahan yang ada kesenangan. Dia percaya Jesus itu mati pada hari jumaat dan hidup semula pada hari ahad. Dan saya percaya nabi Isa itu akan turun ke dunia ketika menjelang tibanya hari kiamat. Kami juga percaya keburukan seseorang itu bukan melambangkan agamanya.  

Kata paderi di gerejanya, “ Orang yang mengaku dirinya Kristian tetapi tidak patuh kepada agamanya itu, maka dia bukan seorang Kristian”

Saya turut menyokong,” Sama juga seperti Islam. Tidak semua Orang Islam kini mengamalkan Islam sepenuhnya. Contohnya seperti anak murid saya yang mengaku tidak solat zohor kerana penat”

Seumur hidup saya, belum pernah saya mempunyai rakan berlainan aqidah serapat ini. kami saling menghormati agama masing-masing dan berusaha untuk menjadi hamba yang patuh pada agama masing-masing.

Kami menggelengkan kepala bersama-sama. Masing-masing memikirkan masalah umat.
Semoga tempat bermustautin ini menjadi daerah barokah seperti yang diharapkan. Insya Allah.

31 March 2012

Diari Cikgu 2


Minggu Kedua (26-30 March 2012)

Assalamualaikum. Selawat dan salam atas junjungan besar buat Rasulullah saw serta ahli keluarga baginda.
Sabtu 24 march, saya dan Yong diminta untuk mengiringi murid tingkatan 6 dan 5 untuk ke Persada, JB. 

Pulangnya sudah lewat malam. Penat. Hari ahad dimanfaatkan sepenuhnya untuk berehat dan membuat persediaan rapi Lesson Plan, Teaching Aid dan Content. Lewat malam juga baru siap segala persediaan.
Isnin saya masuk kelas pertama. Dua masa. 1 jam 10 minit. Selesai mengenalkan diri, semua murid diminta pula mengenalkan diri. Nama dan cita-cita. Saya catatkan di sebelah nama mereka dalam senarai yang saya ada. ‘mencuri’ idea daripada Prof Dr Muhaya supaya memanggil nama murid dengan cita-cita mereka seperti Doktor, Cikgu dan sebagainya. Pelajaran bermula dengan baik. Suara dikuatkan sehabis baik apabila murid di belakang memberi isyarat tidak jelas. Alhamdulillah murid-murid memberi kerjasama yang sangat baik.

Satu waktu sebelum balik, saya ada lagi satu kelas bersama kelas ketiga dalam ranking. Bermula daripada awal perkenalan hingga tamat sesi pengajaran pelajar sangat bising. Suara saya tidak mampu mengatasi kebisingan tersebut.

Habis kelas, air diminum sebanyaknya membasahkan tekak yang betul-betul kering. Post-mortem dibuat bersama-sama guru pembimbing. Strategi baru disusun demi mengambil tempat di hati murid.
Hari selasa dan berikutnya, pengajaran bertambah baik. Namun, masalah baru pula timbul. Murid di kelas ketiga sudah sembuh bisingnya, perhatian juga sudah diberikan, arahan juga sudah dipatuhi. Tapi pelajar di kelas pertama pula memberi masalah. Saya faham. Mengapa mereka begitu. Muridnya kurang memberi respond. Apabila ditanya, senyum sahaja. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Tanda malu untuk mengaku tidak faham. Situasi ini sebenarnya biasa berlaku apabila pelajar di kelas pertama malu untuk mengaku tidak faham kerana di kotak fikirannya hanya menganggap “terok betul! Senang macam ni pun tak boleh faham” jika dirinya ingin bertanya soalan.

Makanya, di akhir kelas itu jumaat tadi saya membuat post mortem bersama murid. Apakah cadangan mereka untuk saya mengubah cara pengajaran demi memberi kefahaman yang hakiki buat mereka. Dan Alhamdulillah saya sudah temui jawapannya..

Allahuakbar.. baru dua minggu bergelar cikgu, sudah bermacam-macam ilmu yang saya dapat. Bermain dengan manusia ni, cabarannya lebih banyak berbanding enjinair dan lain-lain. sungguh!
Buat yang melewati entri ini, jangan lupa doakan saya yang sedang menjalani latihan mengajar ini semoga baik-baik sahaja semuanya. Ya Allah, mudahkanlah aku belajar dan mengajar. Sesungguhnya ilmu itu semuanya dating daripadaMU..

Nota:
1.      Nantikan entri khas mengenai roommate..
2.      Esok saya akan menghadiri LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) di sekolah. Entah LDP tu apa, saya pun tak tahu
3.      Minggu depan jadi ajk NADWAH dan kepimpinan peringkat sekolah.
4.      Masa sudah semakin sedikit. Insya Allah semoga kesibukan ini kesibukan hamba mencari redha TuhanNya. J


Diari Cikgu 1


Minggu Pertama (19-23 march 2012)

Bismillah. Alhamdulillah wa syukrulillah..
Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah saw serta ahli keluarga baginda..

Hati berdebar bukan kepalang. Baju sudah digosok kemas. Tudung pun dah disediakan sesuai padan dengan bajunya. Surat pemberitahuan LM juga sudah dimasukkan ke dalam fail. Tanda nama sudah diletakkan di tempat yang sesuai supaya esok, tidak terlupa untuk memakai. Malam menjelma, mata masih belum mahu tidur. Membayangkan perkara-perkara positif sebagai doa untuk hari esok. Insya Allah semuanya baik-baik sahaja.

Bangun dengan segar, bersiap seadanya. Kasut sedikit tumit disarung menambah tinggi diri yang agak rendah. Fail dirapatkan ke dada. Beg tangan disangkut di bahu kanan. Bismillah.. kaki memulakan langkah. 10 minit masa berjalan dari rumah ke sekolah. Masuk sahaja pintu sekolah, sememangnya menjadi perhatian ramai pasang mata. Daripada guru hinggalah murid. Maklumlah, melihat wajah asing yang lagaknya seperti sebahagian daripada warga sekolah.

“eh,eh.. cikgu barulah…” bisik seorang murid.
“pheeeeewit…” siulan menguji.

Langkah dipercepatkan ke pejabat sekolah supaya lebih selamat. Surat ditunjukkan tanda meminta restu. Kerani membawa kami ke tapak perhimpunan. Duduk di barisan kedua dari hadapan, memenuhi kerusi kosong. Berada di hadapan hampir 900 orang pelajar. Muka dimaniskan sehabis baik dengan harapan menidakkan pandangan negatif warga sekolah.

Usai perhimpunan, Tuan Pengetua meminta kami menuggu di pejabatnya. Kami akur.
Masuk ke dalam pejabat pengetua, kami berbual mesra. Pengetua mengalu-alukan kedatangan kami dan menceritakan latar belakang murid-murid di sekolah tersebut supaya kami bersiap sedia merancang strategi penyampaian pengajaran. Murid bermasalah berpunca daripada masalah keluarga. Bukan sahaja ekonomi  malah juga institusi kekeluargaan.

Seminggu ROS dihabiskan dengan melawat, menghafal dan mengambil gambar tempat-tempat penting dalam kawasan sekolah. Terutama sekali kelas.

Seminggu ini juga kami mencari kesesuaian ruang untuk bernafas. persekitaran yang baru, udaranya juga baru. jadi segala persiapan mesti disediakan. Mental dan fizikal. Supaya nanti tiada yang sakit-sakit dek kerana dibaham persekitaran yang baru. (Oh tidak..ayat apa la aku buat ni)

Dalam pemerhatian seminggu ini tidak banyak yang saya pelajari mengenai murid-murid melainkan gurunya. Biasalah.. macam-macam ragam. Hakikat kepelbagaian sikap manusia bergelar guru. Baik atau buruk sebenarnya masing-masing mahukan yang baik. Tapi faktor luaran dan dalaman itulah yang membawa kepada keburukan. Namun siapalah kita untuk mengatakan sia-sia bagi jerit payah seharian mereka mendidik anak-anak untuk mencapai kejayaan.

Jadual waktu sudah diterima. Menunggu masa masuk ke kelas minggu hadapan..

15 September 2011

jadual-jadual ~

.:: JADUAL AKADEMIK ::.
.:: KULIAH TAFAQUH anjuran FAKULTI TAMADUN ISLAM ::.

.:: KULIAH TAFAQUH anjuran PUSAT ISLAM ::.



25 August 2011

Di mana ikhlas kita?


Tersebutlah kisah di zaman pemerintahan khalifah, tercetusnya sebuah peperangan antara kaum muslimin dan kuffar. Strategi peperangan sudah dirancang sebaiknya. Segala kelengkapan juga sudah dikemas rapi. Maka berangkatlah semuanya ke tempat musuh berkubu.

Setibanya di sana, semuanya terkejut. Kubu benteng yang dibina oleh pihak lawan sangat rapat. Tiada langsung ruang yang boleh diceroboh. Tenteranya juga tiada tanda-tanda untuk keluar.

Setelah bermesyuarat, hasil syura memutuskan tentera Islam berkampung di hadapan kubu benteng tersebut sambil setiap daripada tentera tersebut berusaha memikirkan cara untuk menyelinap ke dalam kubu tersebut.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, musim sejuk pun hampir tiba. . Tentera kafir masih berdegil untuk tidak keluar daripada tempatnya. Tentera Islam pula semakin gelisah. Idea yang diharapkan masih belum kunjung tiba.

Hinggalah ada seorang tentera yang akhirnya didatangi ilham. Kebetulan khemahnya sangat berdekatan dengan dinding kubu tersebut. Tanpa pengetahuan tentera-tentera yang lain, beliau merobek dinding tersebut dengan menggunakan pisau. Sedikit demi sedikit, papan kayu yang kukuh itu terkikis.  Sekali pandang, entah bila akan tembus. Hari demi hari, robekan tersebut semakin besar. Hinggalah akhirnya terbentuk lubang yang membolehkan seorang tentera untuk masuk.

Setelah itu, masuklah seorang tentera dan membuka pintunya dari dalam bagi membolehkan semua tentera Islam masuk ke dalam kota tersebut dengan mudahnya dan akhirnya tentera musuh dapat ditawan.

Ketika sesi post-mortem..

“ wahai tentera muslimin sekalian, setelah dikenalpasti antara kunci kemenangan kita semua ialah kerana kebijaksanaan salah seorang daripada kamu yang membuat lubang di dinding kubu tersebut. Siapakah tentera yang bijak ini? Silalah beritahu sekarang kerana Khalifah, berhajat untuk memberikan ganjaran” seru panglima.

Suasana disambut sepi. Tiada seorang pun yang mengaku.

“ silalah mengaku kerana saya perlu menyiapkan laporan peperangan kita ini dan perlu dihantar kepada Khalifah.”

Semuanya masih senyap.

Panglima mulai gundah kerana laporan yang Khalifah pinta masih belum disiapkan gara-gara tentera yang bijaksana tersebut belum dijumpai.

Hari berganti hari hinggalah sepurnama lamanya.

Di suatu malam yang gelap pekat, Panglima didatangi oleh seorang lelaki yang berpakaian hitam dan menutup keseluruhan muka kecuali dua matanya.

“ Assalamualaikum wahai panglima.” Ujar lelaki tersebut.

“ waalaikumsalam wahai pemuda”, Jawab Panglima.

Tanpa sempat Panglima menanyakan siapakah gerangan lelaki tersebut, lelaki itu bertanya,
“saya tahu Panglima sekarang dalam keadaan resah kerana laporan peperangan tempoh hari masih belum siap bukan?”

“ ya benar! ” Panglima menjawab sambil menganggukkan kepalanya berkali-kali.

“ jangan bimbang, saya tahu siapakah tentera yang bijak itu.”

“ wah! Akhirnya saya jumpa dengan si bijak itu.” Ujar Panglima dengan gembira.

“ namun, si bijak tersebut telah menetapkan dua syarat kepada pendedahan identity beliau ini”

“ ya silakan beritahu apakah syarat tersebut.”

“ pertama, tentera tersebut tidak mahu namanya diketahui. Kedua, dia juga tidak mahu menerima sebarang ganjaran oleh Khalifah dan siapa sahaja.” Lelaki tersebut menjawab dan terus beredar pergi dan terus hilang dalam kegelapan malam membiarkan Panglima termangu-mangu sendirian.

Kisah ini ada diriwiyatkan dalam kitab-kitab sirah lama bagi menghuraikan sifat ikhlas dalam diri individu muslim. Dalam setiap tulisan tersebut hingga kini, tentera yang bijaksana itu tidak diketahui oleh penulis. Beliau hanya digelar “ si bijaksana kunci kemenangan Islam”

Sahabatku sekalian, sekarang tepuk dada kita dan tanyakan pada iman. Siapakah di antara kita yang benar-benar ikhlas melakukan setiap pekerjaannya kerana Allah semata-mata tanpa mengharapkan pujian manusia, penghargaan majikan, dan penganugerahan pangkat? Pemuda dalam kisah ini tidak pernah dikenali oleh mana-mana makhluk hingga kini kecuali Allah Ta’ala. Nilailah sendiri di mana tahap keikhlasan kita.

Jom bina dan tingkatkan keikhlasan kita dalam bulan Ramadhan ini!  Semoga ia menjadi batu loncatan untuk kita terus ikhlas dalam bulan-bulan berikutnya kelak.
Wallahualam.


 nota:
1. tazkirah ini disampaikan oleh Dr Ramli bin Awang Ketua Jabatan, Jabatan Program Luar, Fakulti Tamadun Islam, UTM Skudai pada jam 8.00 pagi tadi di pejabat fakulti.
2. sepanjang bulan Ramadhan ini, FTI mengadakan sesi tazkirah pendek setiap pagi. saya lihat ia satu insiatif bagi meningkatkan kerohanian dan produktiviti semua pekerja seterusnya ia dapat menyangkal dakwaan Habib Bourguiba, " puasa mengurangkan produktiviti negara"



19 July 2011

Kem Remaja Muslim (Bahagian 2 & 3)


Permulaan hari dimulai dengan qiamullail. Adanya giliran kirosah dikalangan ajk memudahkan semua bangun pada masa yang ditetapkan. Sememangnya tarbiyah rohiah sangat penting bagi membina pengislahan yang lebih besar dalam diri. Membina kekuatan yang luar biasa. Mencari ruh untuk setiap gerak kerja. Itulah kuasa tahajud!

Memandangkan keadaan peserta agak ‘layu’ selepas solat subuh, maka pentazkirah terbaik telah dipilih untuk menyampaikan tazkirah yang ‘segar’ demi menjamin ia tidak menjadi ‘bed time story’ untuk peserta. Ukhti Shahrizul Ayuni mantan aktivis hebat daripada PMIUM. Kini mengajar biologi di sebuah sekolah di Johor. Beliau memberi tazkirah mengenai nikmat syurga. 

Program tarbiyah tidak lengkap dengan pengisian jiwa semata. Jasmani juga perlu diberi sesuatu bagi menjamin kecerdasan otak untuk berfikir dengan baik. Senamrobik dapat dijalankan dengan begitu ceria. Oleh kerana tiada lelaki yang terlibat sepanjang program ini kecuali Akhi Firdaus yang akan muncul di slot-slot tertentu, maka semua peserta dan fasilitator all out.  Tudung dan t-shirt labuh bukan penghalang. =)

Seterusnya, selesai dhuha ukhti Rafidah Jannah Naib Presiden GAMIS 09/10 memanggil saya dan Suriawanie untuk persediaan slot seterusnya. Keadaan peserta membuatkan slot ini sangat perlu untuk  diadakan. Slot fardhu ain; wudhu’. Ukhti Rafidah memulakan slot dengan pertanyaan bilangan rukun wudhu’. Ada yang menjawabnya 13, 10 dan lain-lain lagi. Jawapan yang diduga. Kemudian mikrofon bertukar tangan. Saya meneruskan slot dengan mengajak mereka untuk melihat kembali cara berwudhu’. Dengan bantuan Suriawani sebagai pelakon, saya fokuskan beberapa kesalahan yang kadang kala kita sebagai manusia terlalai ketika berwudhu’. Alhamdulillah respond daripada peserta sangat baik apabila diminta untuk menjawab soalan dan menjadi volunteer. 

Slot diteruskan dengan pelbagai modul menarik yang dikendalikan oleh Akhi Firdaus. Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal dan Istiqamah sebagai kunci untuk menjadi insan yang berintelek dan bersahsiah. Motivator menghighlightkan perkataan istiqamah berulang-ulang kali. Dan diiikuti dengan latihan menuju perubahan positif, shift your paradigm dan pada malamnya penekanan mengenai soal aurat. Imej dan penampilan solehah. 

Hari terakhir mempunyai sedikit kelainan. Modul yang disediakan agak berbeza. Tema kematian. Sahabat saya suriawani terpilih untuk menjadi model jenazah yang bakal dikafankan dan dimasukkan ke dalam liang lahad sedalam 4 kaki. Dan saya serta 3 orang lagi sahabat akan memasukkan sendiri ke dalamnya di samping ilmu yang akan diberikan oleh Wak ( pak cik penggali kubur). Di samping mempelajari cara-cara memasukkan jenazah ke dalam liang, kami diberi pendedahan mengenai saiz, posisi kedudukan jenazah dan sedikit perkongsian mengenai pengalaman Wak menguruskan pengkebumian jenazah. Suriawani kami masukkan ke dalam liang kurang daripada 15 minit. Pasti, beliau punyai pengalaman yang istimewa. 

Selain daripada ilmu mengenai pengkebumian, kami turut mengadakan sedikit muhasabah di tanah perkuburan tersebut. Duduk di salah sebuah kubur, sedekahkan al-fatihah dan perbincangan bermula. Perkongsian ilmu yang sedikit. Luahan rasa sesama fasi dan peserta. Usai sesi di tanah perkuburan, muhasabah berterusan hingga ke dewan sekolah semula. Kami letakkan model jenazah di tengah. Suasana suram. Walaupun keadaan persekitaran cerah, siang, tapi dengan adanya sound effect yang berkualiti, ia mampu menghidupkan Suasana suram seperti yang dirancang. Ketika inilah ramai peserta yang mengalirkan air mata keinsafan. Termasuk fasilitator. 

Sebelum pergi ke majlis penutup, peserta semua berikrar untuk berubah menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Di pertemuan akhir itu, saya hadiahkan senaskhah Al-Quran ungu tafsir lama kesayangan saya kepada ahli kumpulan saya. Ku As, Uyuen, Eida dan Shamsirah.  Mereka semua tidak akan saya lupa hingga hari ini. Insya Allah..

Catatan mereka untuk saya:
“ harap dapat jumpa akak lagi. Terima kasih sebab banyak bombing As dalam program ni. Thak akak. Sayang akak. As rasa macam dah serasi dengan akak.  As saying akak. “ (Ku As)

“ saya harap kakak akan Berjaya dalam hidup ni. Saya suka cara akak nasihat n cakap. Kakak ada pendirian sendiri. tak tahu la boleh ikut cara akak ke tak. Akak doakan saya boleh ikut cara akak. Amin..” ( Eida)

“ akak, saya harap akak doa kan saya supaya saya berubah. Saya akan berubah jadi lebih baik. Itu sahaja dan happy2 selalu” ( Uyuen)
“ saya harap akak akan terus jadi akak saya selamanya untuk terus membimbing saya jadi wanita solehah” ( shamsirah)

Subhanallah… besar pengharapan mereka untuk saya. Besar juga pengharapan saya untuk mereka. 


Akhi Firdaus selaku motivator INSAFF Training

ahli kumpulan saya (saya dan Ku As punyai persamaan =) )

Wak penggali Kubur


(dari kiri: Akhi Firdaus, Pengetua SMK Adela, Ustaz Azly Pen Kanan HEM, Kak Haniza Ketua Nisa' Kota Tinggi)

selepas berikrar dan berdoa dan berjanji untuk berubah

doa untuk berubah yang diAminkan bersama-sama

Wanie yang dikafankan



kami yang terlibat dalam kerja-kerja mengafan dan mengkebumi

slot muhasabah di perkuburan

saya berkongsi sedikit pengalaman

tempat Wani diturunkan kurang daripada 15 minit


peserta, fasilitator dan AJK yang terlibat




Nota:
  1. Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan dari sudut perasaan sebenarnya. Entri ini seharusnya bukan sekadar laporan program biasa. Tapi inilah hasilnya apabila ia ditulis dalam keadaan jiwa tidak  bermotivasi
  2.   Nasihat saya untuk sesiapa yang bakal menjadi fasilitator program berkaitan, sila positifkan minda dan katakan ini pada diri anda “ mereka mampu berubah” jangan berburuk sangka. Insya Allah segala tindakan, nasihat dan kata-kata yang anda berikan kepada peserta akan turut senang diterima ( ini yang saya pelajari daripada Akhi Firdaus selaku motivator).
  3. Menjadi fasilitator yang termuda mengajar saya banyak perkara. Pelbagai ilmu dan pengalaman yang mereka (kakak-kakak Nisa’) kongsikan terutama ketika sudah bergelar dewan siswazah. Pheww! Meremang bulu roma. Masih ada dua tahun untuk saya persiapkan untk itu. Lahawlawala quwwata illa billah..
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...