• RSS
Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

22 September 2014

Wassini

"awak, kalau saya salah tolong tegur saya selalu"

"tegur saya kalau nampak saya buat sesuatu yang tak kena"

"jangan biarkan saya hanyut dalam kemungkaran"

"kami sebagai pimpinan amat mengharapkan teguran dan nasihat daripada sahabat-sahabat sekalian"

***

Ini semua ucapan ketika kita sedar. Ketika air mata taubat masih penuh di kelopak mata. Ketika iman sedang tinggi meningkat.

Tapi apabila sampai suatu keadaan kita berada dalam maksiat, dan lalai, lalu datang sahabat setia yang pernah dipertanggungjawabkan untuk memberi nasihat kepada kita, apa benar kita masih boleh terima nasihat tersebut?

Mungkinkah ego yang bersarang dalam diri mampu tunduk sujud ke tanah menyembah ke bumi lalu menerima nasihat dengan sepenuh hati?

Belum tentu.

Dan akhirnya permintaan 'wassini' itu sekadar retorik.


12 December 2013

Eskapisme

Kes 1

"Keleting!"

Dering mesej di whatsapp.

"Tahniah! anda telah terpilih untuk menjadi ajk makanan untuk Kem Bina Fikrah hujung minggu akan datang. Sila reply Ya untuk setuju dan Innalillah untuk tidak."

Hati berbelah bagi untuk membuat keputusan. Untuk terima, dia sudah berjanji dengan keluarganya untuk pulang menonton "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" di pawagam hujung minggu itu. Untuk menjawab tidak, dia rasa bersalah yang amat. Akhirnya, dia ambil keputusan untuk tidak membalas memberikan apa-apa jawapan. Mesej dipadam.

Kes 2

Mim: "Korang dah siap assignment yang kena hantar esok?"

Lam: "Belum"

Jim: "Adeyh.. jangan tanya. Aku tengah stress ni.". Jim jawab sambil tangannya mengambil bantal menekup muka.

Nun: "Aku pun tengah pulun siapkan ni. Kalau siap malam ni, aku hantar. Kalau aku tak siap, aku drop subjek ni."

Mim: "Ermm.. macam mana ni? Haaa apa kata, aku mesej Dr, minta dia postpone deadline."

Lam, Jim, & Nun: "yearghh!!"

Kes 3

"Sayang, teman I masuk dalam kedai kasut hujung tu boleh?"

"You ni, berapa banyak kedai You nak masuk? Tadi kedai baju dekat sejam 55 minit You try 28 pasang baju. You ingat I ni apa?"

"Alah, You ni, kedekut la! Kalau tak ada duit, cakap je la takde duit. tak payah nak kutuk-kutuk I macam tu!"

"Ok fine! Lepas ni, You tak payah cari I lagi!"

Lelaki itu mengambil keputusan drastik dengan terjun ke bawah dari tempat dia berdiri dari aras 18. Mati serta merta. Si perempuan tak sempat menangis, dia pengsan.

********************

Baiklah. Kisah-kisah di atas bukan kisah dongeng. Tak caya?

Kes 1, cuba toleh kanan kiri, jenguk depan belakang. Anda kenal sesiapa yang berperangai macam ni?

krik..krik..krik..

Kes 2, (sambil telan air liur terasa pasir) itulah kisah kami budak master. Huuuuuu serius buruk perangai! Tapi, yang nak drop subjek tu bukan sayalah. Saya yang tukang pujuk-pujuk lecturer tu.. Hehe. Ya saya tahu. memang tak patut pun buat macam tu...

Entahlah. Sebenarnya, tak ada niat pun nak buat kerja saat akhir, bodek-bodek pensyarah, ni semua. Dan kami dah pun buat audit kenapa masalah-masalah buat tugasan di saat akhir ni selalu jadi. Ada yang kata, sebab tak cukup masa, ada yang kata, dia banyak komitmen, ada yang kata, dia tak boleh buat tugasan awal-awal. Tiada tekanan. tak best. Cis!

Apa-apa pun, sebab utama ialah, kami masih belum dapat adapt dengan bi'ah master yang memerlukan komitmen yang lebih untuk mentelaah assignment yang tak senang, yang perlukan banyak bahan bacaan dan kajian.

 Allahurobbi..

Kes 3, hasil imaginasi kisah di sini http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/12/maut-terjun-bangunan-shopping-kompleks.html 

********************

Apa itu eskapisme? Satu ajaran atau fahaman untuk cubaan melarikan diri dari sesuatu perkara. Cuba kita tengok semula diri kita, dah berapa kali kita buat keputusan kurang bijak untuk lari daripada masalah. Kalau tak ada, baguslah. Kalau ada, anda kena istighfarlah..

Setiap tugasan, perkara dan masalah perlu dihadapi dengan tenang dan diselesaikan. Bukan lari.

Kalau kita lari dari masalah, boleh selesaikan masalah ke?

Kalau tak sanggup pegang taklifan, beritahu awal-awal. Walau berat untuk memberi jawapan, jangan sampai menyusahkan sahabat-sahabat jundullah yang lain.

Assignment, banyak atau sikit, kena cuba buat juga. Salah atau betul belakang cerita. Bukan duduk depan laptop sambil buat muka cicak tertelan lekor chip lepas tu tidur. Dan kemudian,Ting! keajaiban berlaku, malaikat tolong buat assignment. Banyak chantekkk!!

Dan mungkin ramai orang cakap, banyak sangat masalah, baik mati saja. Seriously baik? Best ke mati? Bajet banyak pahala letttew..

Muhasabahlah diri. Kita ni mengaku bawa Islam. Tapi tengok perangai kita, sudahkah betul-betul Islam?

Astaghfirullahalazim..

“tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”

(Al-Anbiya’: 35)

Imam Ibnu Katsir Rahimahullah berkata:

"Makna ayat ini, Kami menguji kamu (wahai manusia) terkadang dengan bencana dan terkadang dengan kesenangan agar Kami melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang ingkar serta siapa yang bersabar dan siapa yang putus asa."

Wallahualam. 

26 November 2013

Seorang suami dan seekor harimau

Di suatu zaman, tinggallah sepasang suami isteri di sebuah kampung.Si suami kerjanya mencari kayu api di hutan. Maka setiap hari, dia akan ke hutan untuk mencari kayu api. Manakala si isteri pula suri rumah sepenuh masa.

Suatu hari, ketika si suami ke hutan mencari kayu api seperti biasa, isterinya di rumah didatangi oleh seorang lelaki.

"Tuk, tuk, tuk!" bunyi ketukan pintu.

"Siapa?"tanya si isteri dari dalam rumah.

"Saya si polan bin si polan. Saudara suami kamu" jawab lelaki itu.

"Owh. Suami saya itu sedang mencari kayu api di hutan. Entah hidup entah kan tidak, pergi mampus la dia" kata si isteri dengan marah sekali.

lelaki itu sangat terkejut. Tegar benar seorang isteri mengeluarkan kata-kata kesat pada suaminya di hadapan seorang saudaranya.

Sementara menunggu kepulangan si suami, si isteri tersebut terus menerus menceritakan keaiban si suami dan mengutuk suaminya.

Lelaki itu hanya diam.

Tidak lama kemudian, pulanglah si suami ke rumah. Pulangnya dia bukan seorang diri. Tapi dia dibantu oleh seekor harimau yang membawa seberkas kayu api di belakangnya. Sampai di muka pintu, si suami mengambil kayu di belakang harimau dan berkata pada harimau tersebut "Barokallahufik!" kemudian berlarilah harimau tersebut kembali ke hutan.

Saudara lelaki itu sangat terkejut. Hatinya kagum dengan kehebatan saudaranya ini yang mampu menjinakkan harimau yang liar membantunya. tapi dia hanya diam tidak berani bertanya. Dia meminta izin untuk bermalam di rumah saudaranya.

Ketika menjamu selera, dia melihat, isteri saudaranya tidak berhenti-henti memarahi, mengutuk suaminya. Tapi saudaranya itu hanya diam dan bersabar.

Siang menjelma, lelaki itu meminta izin pulang.

***********************************************************************

Setahun kemudian, lelaki itu datang kembali menziarahi saudaranya.

"Tuk, tuk, tuk!" bunyi ketukan pintu.

"Siapa?"tanya si isteri dari dalam rumah.

"Saya si polan bin si polan. Saudara suami kamu" jawab lelaki itu.

"Owh. Suami saya itu sedang mencari kayu api di hutan. Tunggulah sebentar."jawab si isteri dengan sopan.

Sementara menunggu kepulangan suaminya, dia tidak henti-henti menceritakan kebaikan suaminya kepada saudaranya itu.

Lelaki itu hanya diam.

Tidak lama kemudian, pulanglah si suami ke rumah. Kali ini dia seorang diri. Seberkas kayu api dipikulnya sendiri di belakangnya. Tiada lagi harimau yang membantu.

Ketika menjamu selera, dia melihat, isteri saudaranya tidak berhenti-henti memuji kebaikan suaminya.

Siang menjelma, lelaki itu meminta izin pulang.Tapi sebelum dia melangkah, sempat dia bertanya.

"Apa telah terjadi kepada harimau yang membantumu dahulu? ke mana isterimu yang dahulu?"

"Saudaraku, Allah telah menjinakkan seekor harimau kerana berkat kesabaran aku terhadap isteriku yang menyakitkan hatiku. Dan apabila Allah telah menganugerahkan aku seorang isteri yang solehah, maka Allah ambil kembali harimau yang membantuku"

Bersabarlah wahai si suami. Kerana isteri itu hakikatnya kurang akalnya. Dan banyak nafsunya.

Tatkala kita bersabar, nescaya pertolongan Allah akan tiba. Allah Maha Pengasih memberi kita ujian dan nikmat bersilih ganti. apabila ditambah dengan suatu nikmat, maka Allah akan mengurangkan suatu nikmat yang lain. Sebagai tanda Dia mahu kita sentiasa berharap padaNya.

petikan hikayat kitab Muhimmah  karangan Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani



20 November 2013

Motivasi husnul khatimah

Umurnya semuda 20 tahun. Tapi dunia menangis kehilangannya.

Umur saya 23. Tapi kalau saya mati saat ini, tiada apa yang perlu ditangisi. Kerana hilangnya saya bukanlah satu kehilangan buat Islam dek kerana kurangnya diri dalam menyumbang.

Ya. Saya belajar. Tapi ilmu saya untuk apa? siapa yang bakal mendapat manfaat untuk ilmu saya ini?

Ya. Saya naqibah. Tapi adakah mad'u saya memperoleh sesuatu akan apa yang saya sampaikan itu?

Ya. Saya ahli jemaah. Tapi apa yang jemaah saya dapat dengan adanya saya sebagai ahlinya?

Ahmad Ammar. Hidupnya disibukkan dengan manfaat. Himmah mencari kebenaran. Sibuk memberi bantuan.

Tapi kita hari ini, disibukkan dengan apa? Sibuk mencari kesalahan manusia. Sibuk mengejar kemewahan dunia. Hanyut dengan kelalaian.

Pengakhiran Ammar, syahid. Semadi di sisi sahabat Nabi.

Pengakhiran kita? wallahu'alam.



Motivasi husnul khatimah itu bermula dengan segala perbuatan yang diniatkan kerana Allah. Kerana itu perbezaan ibadah dengan yang bukan. Segalanya? Ya. segalanya termasuklah niat ketika membuka laptop untuk memulakan assignment.

Kerana dengan niat dan himmah yang tinggi ikhlas itu, segala yang kita lakukan hari ini, Insya Allah bermanfaat buat ummat. Doalah selalu. Allahumusta'an.


07 June 2013

Israk Mikraj: Dimanakah nilai solat kita?

Allahumma solli'ala Muhammad wa barik wa salim 'alaih..

Hati mana yang tak sedih, hati mana tak sunyi, dua insan yang nabi cintai pergi mengadap Ilahi.

Permaisuri hati, belahan jiwa nabi, Saidatina Khadijah  isteri baginda yang dicemburui, sungguh Cinta tak mengenal status dan umur. Ternyata Allah menganugerahkan seorang isteri yang terbaik buat Nabi. Isteri yang sangat memahami. Isteri yang tidak pernah dipoligami. Sungguh, besar cinta seorang Nabi. Namun fitrah tidak mungkin menyalahi, setiap yang hidup pasti mati. Khadijah wafat pergi tak kembali.

Dan seorang lagi, bapa saudaranya Abu Talib. Pembesar Makkah, bukan sekadar seorang penjaga Nabi. Juga pergi dijemput Ilahi. Bertambah peritnya hati, Islam tidak berjaya sampai ke hati. Benarlah kuasa Allah mengatasi. Hidayah itu hanya Allah miliki.

Ar-Rahman Allah sangat luas. Apatah lagi untuk kekasihNya, Rasulullah saw. Kesedihan yang ditimpa segera diubati. Dibawa berjalan ke tempat tertinggi.

Sungguh, solat itu tiang seri. Kewajipan itu diberi langsung ke tangan Nabi. 50 rakaat pada awalnya, bukan tanda Allah tidak memahami. Tapi hanya kerana Allah mahukan hambanya sentiasa beribadah kepadaNya. Sentiasa merintih, merayu, berdoa dan hanyut dengan pahala solat.

Namun, pengalaman para nabi menjadi ibrah. Diminta Muhammad meminta pengurangan hingga malu Nabi kita, menjadi lima waktu sahaja. Sekali lagi, Allah menunjukkan Ar-Rahimnya, permintaan kekasihNya tidak mungkin ditolak.

Kisah itu ribuan tahun dahulu. Asal usul kewajipan solat kita.

Hari ini kita solat dengan selamat. Tiada ancaman. aman. Namun sejauh mana solat itu benar-benar kita fahami. Faham syarat sahnya, faham syarat wajibnya, tahu rukunnya, hayati maksud bacaannya, dan tahu tujuan kita solat. Di dalam kitab Munyatul Musolli itu, dikisahkan maqam para sahabat dan ulama' bersolat kerana ingin mendapat sesuatu kemanisan yang tidak mampu untuk diceritakan. maqam tertinggi ketika solat sehingga terasa teruja yang amat. Ketika solat, tidak merasa apa-apa melainkan nikmatnya berhubung terus dengan Allah. Putus dengan dunia. Hilang keserabutan. Hilang permasalahan. Kerana solat itu ubat. Solat itu penawar. Solat itu merawat. Inilah solat yang dapat mencegah kemungkaran.

Hari ini, kita nilailah di mana tahap solat kita. Solat dengan keadaan mamai. Solat yang ditangguh-tangguh. Solat yang dilajukan, dan bermacam-macam lagi jenayah yang sudah kita lakukan kepada solat kita.

Astaghfirullahalazim..

Allah tuhanku, jangan Kau lemparkan kembali solatku. Tunjukkan aku jalan untuk aku perbaiki solatku. Jadikanlah aku dan keturunanku yang sentiasa hidup dengan solat. Aman dengan solat dan tenang dengan solat.

Ampuni aku Ya Allah..

29 May 2013

Aiseyh.. Nak pilih yang mana satu eyh?

Assalamualaikum wbt. Allahumma solli 'ala Muhammad  wa barik wa salim 'alaih.


Allah jadikan semua orang berbeza. Berbeza muka, bentuk, gaya, perangai, tabiat, sikap, dan lain-lain lagi. Semuanya lain antara satu sama lain. Begitu juga dengan cara fikir. Ada jugalah yang tersama. Tapi tetap lain.    Begitu jugalah dengan aktivis dakwah kini. Bila mana digelar aktivis dakwah, pasti dia datang daripada sebuah organisasi Islam. Maksudnya dia tak akan buat kerja dakwah sorang-sorang. kalau dia buat sorang jugak, maksudnya dia tak khatam lagi ngaji bab dakwah. Bila sebut organisasi islam, orang yang baru-baru nak menceburkan diri dalam bidang dakwah, (Oh. hakikatnya, ia bukan satu bidang, tapi sebuah kewajipan), pasti tertanya-tanya, organisasi yang manakah patut aku ikuti?

Sekadar ingin berkongsi..

Sebelum saya menjejakkan kaki ke matrik dulu, abang saya sempat berpesan, "sampai sana, cari usrah.". Tanpa mengangguk, saya faham hasrat hatinya, untuk tidak membiarkan diri hanyut dibawa arus kebatilan. Maka selaku adik yang taat, saya pun mencari usrah. Dipendekkan cerita, akhirnya saya terjumpa usrah. Usrah yang sangat penuh dengan air mata. Mengapa air mata? Kerana, setiap kali usrah, murobiah (kakak naqibah) pasti akan membuat muhasabah. Setiap kali itu juga merasakan diri sangat berdosa dan mengikat hati-hati kami ahli usrah untuk saling mengingatkan antara satu sama lain. Diikuti pula dengan mutabaah amal yang diwajibkan kepada semua. Diupdate setiap sesi pertemuan dan direkod setiap minggu. Solat rawatib, qiamulail, solat dhuha, puasa sunat, tilawah al-quran, selawat, istighfar, al-ma'thurat dan solat jema'ah. Dalam buku rekod yang dipegang oleh murobi, ada nama jenis amalan dan bilangan. Malu kalau sikit, bangga kalau banyak. Masa tu ada terfikir juga nak tanya soal ikhlas dalam buat amalan ni, tapi, tak tertanya sebab terlalu thiqah dengan murobi. Dan bimbang kalau kita selalu mempersoalkan, takut itu sebenarnya jadi alasan untuk kita tak jaga mutabaah amal.

Usrah yang saya ikuti ini, mulanya sikit. Tapi lama-lama ramai. Datang dari pelbagai jenis. Ada yang pakai baju biasa-biasa dan ada juga yang bertudung labuh. Semuanya bersemangat untuk dengar pengisian. Semua pengisian berunsur keinsafan. Lebih kepada pembaharuan hati untuk sentiasa menjaga hubungan dengan Allah.

Daripada usrah, ada juga program-program kecil yang dibuat di surau blok kolej. Seperti MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa). Pengisiannya lebih kepada kepentingan dakwah. Diadakan sesi perdebatan "antara dakwah dan akademi mana satu yang perlu diutamakan". Sebenarnya, murobi bukan sahaja ingin melihat hasil perdebatan, tapi dia lebih ingin melihat siapakah ahli usrah yang aktif memberikan hujah untuk mencari pelapis murobi.

Entah macam mana, saya yang ntah apa-apa ini, terpilih antara mereka yang sedikit. Usrah kami sudah diasingkan. Pengisian juga sudah meningkat. Ditanamkan sifat kepimpinan dan keberanian untuk berdakwah dan dilatih untuk menjadi murobi seterusnya. Erm..maknanya, saya perlu membuat usrah dan mencari ahli usrah saya sendiri.

Dan.. tamat sahaja pengajian di matrik, kami mengikuti satu kem. Kem motivasi. Yuran rm30 termasuk makan, sijil dan t-shirt. Saya mengadu kepada sahabat seusrah saya, bahawa pergerakan saya agak sukar untuk sampai ke tempat program dari rumah. Tanpa fikir panjang, sahabat saya terus berkata "Takpe. nanti ana ambil enti di rumah" Sangat bersungguh-sungguh. Ketika ini, terasa bunga ukhuwah sangat mekar.

Di tempat program, kami berjumpa sahabat matrik di seluruh Malaysia. Bertambah lagi bilangan sahabat. Daripada ajk hinggalah peserta semuanya muslimat. Tiada muslimin. Seronok. Terasa bebas untuk berprogram. Hanya ada satu kuliah sahaja yang dijemput penceramahnya muslimin. Di akhir sesi resolusi, kami dibahagikan mengikut negeri masing-masing. Diletakkan seorang murobi untuk menjaga kami sepanjang cuti matrik untuk ke universiti. Jaga dari sudut mutabaah amal, dan buat usrah.

Setibanya di rumah, abang saya yang juga pernah menyuruh saya mencari usrah suatu ketika dahulu, memarahi saya dengan sungguh-sungguh. "Kau ni pergi program apa? Entah 'organisasi' apa yang kau ikut, kau pun tak tahu kan? pernah ke tanya diorang apa nama organisasi kau tu? tak ada nama kan? asal usul dari mana? main ikut je..."

Ketika itu, serius rasa sakit hati. Bila teringat balik sekarang pun rasa sakit hati juga sikit-sikit "Giler syadid abang aku tarbiyah aku".

Dapat sahaja keputusan masuk U, kakak usrah terus mesej. Minta maklumat fakulti dan kediaman.

Dan sekali lagi abang saya berpesan. Kali ini dia tak suruh cari usrah tapi dia suruh cari PMI.

Di kampus, orang pertama yang datang menziarah saya ialah kakak yang datang daripada usrah itu. Biarlah saya namakan organisasi usrah itu dengan organisasi A.

Dalam masa yang sama, tiba-tiba dapat mesej daripada nombor tak dikenali. Katanya, ingin berjumpa di meranti.

Sebulan pertama, saya masih dalam perhitungan untuk mengikuti usrah yang mana. Hati saya memang mahu ke PMI. Tapi dalam masa yang sama, terasa sayang untuk meninggalkan organisasi A.

Akhirnya saya buka YahooMessenger dan berchatting dengan sahabat seorganisasi A saya dahulu yang menarik saya ke dalam organisasi itu. Saya tanyakan kepadanya "mengapa organisasi kita tak ada nama? siapa pimpinan organisasi kita?" Dengan jawapan yang tidak menyakinkan saya ketika itu, saya ambil keputusan untuk mufaroqoh dari organisasi tersebut. Kelihatan sahabat saya juga redha dan kami saling berjanji untuk kekal dalam pautan ukhuwah yang telah dibina walau berlainan fikrah sekalipun.


Beberapa bulan lepas, saya pernah menghubungi sahabat saya ini, bertanya sendiri kepadanya,
 "Ukhti, ana nak tanya. organisasi yang pernah ana ikut masa matrik dulu, ISMA ke? Enti masih bersama dengan organisasi tu?"
"Tak. Ramai di antara ahli organisasi tu yang keluar dan masuk ISMA. tapi kami bukan ISMA. Insya Allah, perjuangan kami masih didokongi oleh sahabat-sahabat yang masih ikhlas untuk berjuang."
"Oh.. baiklah. sekadar ingin tahu, apa pendirian politik enti"
":) Kenapa? apa-apa pun pendirian ana, itu hanyalah pendirian individu yang tiada kaitan dengan organisasi ana"
" (y)"

Saya kagum dengan dirinya. Kami tidak sefikrah tapi kami tidak bermusuhan.  

Dan kini saya bersama PMI. Ingin tahu apa yang ada dalam usrah PMI? mari sertai kami! :)

Erm..sorrylah kalau cerita di atas agak boring lagi membosankan. Saya hanya nak berkongsi, bahawa ada banyak organisasi yang membawa dakwah Islam di dunia ini. Matlamat umumnya semua sama iaitu membawa mesej Islam di seantero dunia. Tapi, matlamat khususnya dan pembawakannya sahaja yang berbeza. Ada organisasi yang mahukan Islam cepat tertegak, ada yang mahukan pembentukan diri dahulu. Ada yang berjuang melalui siasah, ada juga yang hanya fokus kepada islah. Dan ada juga yang ingin memartabakan melayu berwibawa. (Err..krik..krik..krik) Tidak kurang juga organisasi yang merangkumi ke semua aspek.
 
 Apa-apa pun, ciri organisasi yang menjadi panduan untuk saya memilih ialah:

  1. Dasar perjuangan organisasi tersebut ialah Islam.
  2. Organisasi yang mempunyai sifat-sifat hizbullah
  3. Perlembagaan, rujukan dan panduan hidup yang utama adalah Al-Quran dan As-Sunah (Rabbaniyah)
  4. Terbinanya organisasi itu adalah atas kesedaran umat islam sendiri kerana tuntutan Al-Quran dan As-sunah
  5. Organisasi yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh (Syumuliyah)
  6. Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara serentak
  7. Organisasi yang membina akal pemikiran manusia serta yang mengarahkan penghayatan terhadap Islam
  8. Organisasi yang menjadikan ulama' sebagai pimpinan atau rujukan utama
  9. Organisasi yang terawal dan tertua 
  10. Organisasi yang tidak memilih orang tertentu sahaja menjadi ahlinya dan bersifat universal (alamiyah)
  11. asas perjuangan adalah ke arah penyempurnaan aqidah
  12. Matlamat utama organisasi tersebut adalah untuk menubuhkan sebuah negara berasaskan pemerintahan Islam (Khilafah Islamiyah)
  13. Organisasi yang menyerahkan seluruh pergantungan dan ketaatan (wala') hanya kepada Allah.

Apa-apa pun, kita hidup saling meraikan. Perbezaan itu warna. Perpecahan itu bala. Yang penting, pilihan di tangan anda. Jangan berorganisasi kerana manusia. Tapi berorganisasilah kerana Allah. 'Izzahkan Islam, maka organisasi akan turut ter'izzah.

Wallahu'alam. 



            

15 March 2013

PakSoM

Assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw.

Saya sebenarnya, sedang membaiki soalan kaji selidik untuk instrumen kajian PSM saya. Dan saya 'lari' ke sini kerana satu cawan kopi putih cap kapal api yang saya minum tadi tidak mampu menghalang saya daripada mengantuk. Maka dengan menulis entri baru di sini, saya berharap mengantuk saya hilang dan digantikan dengan semangat yang berkobar-kobar untuk berPSM. Harap-haraplah..

Kalau tidak silap, ini entri pertama saya menulis tentang PakSoM dengan serius.

Sebenarnya, semenjak tahun dua lagi, saya sudah takut dengan PSM. Kenapa? Sebab saya digerunkan tanpa sedar oleh kelakuan para senior yang bermati-matian ketika mereka berPSM. Ada yang sampai tidak keluar bilik bertahun-tahun (tipu!). Ada yang makan tidak selera. (Tipu juga!) ada yang tensyen sehingga tercetusnya hobi baru dan buat model danbo (Ini benar!) lebih parah lagi bagi mereka yang terlibat dengan eksperimen di makmal. Sangat mengharukan. Bakteria tak membiak, data 'error' dan macam-macamlah ragamnya. Itu tidak termasuk yang asyik bertukar-tukar tajuk sahaja dengan supervisor. Iyalah. kita biasanya fikirkan tajuk yang senang dibuat. Tapi supervisor biasanya inginkan tajuk yang baru dan belum pernah dikaji. Maka, dalam tempoh ke arah tahun akhir itu persoalan yang sering bermain-main di minda ialah, BENARKAH PSM ITU BEGITU SUSAH? Sebenarnya, ia bergantung. Bergantung kepada kursus yang kita ambil, bidang kajian, dan jenis kajian. Tapi, tahap tekanannya sama sahaja. 

Ini kisah semester lepas

Ada senior kata, sementara awak LM tu, bolehlah mula cari-cari tajuk yang sesuai. Maka saya yang lurus ini pun, carilah juga idea untuk tajuk PSM saya. cari punya cari,   memang tak jumpa. Iyalah tajuk ni, bukan boleh difikir dengan akal semudah-mudahnya. Perlu juga dengan hasil pembacaan atau kajian sikit-sikit. Dan ketika LM, manalah saya ada masa untuk semua itu. Dipendekkan cerita, ketika sehari sebelum bermula semester baru tahun empat, kakak ipar saya, yang juga seorang guru mencadangkan supaya saya mengkaji mengenai keberkesanan LINUS. Segera saya membuat pembacaan sedikit mengenainya dan bentangkan kepada supervisor dalam ta'aruf kali pertama   Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, supervisor menerima tajuk saya. Hati gembira bukan kepalang. :)

Ketika ta'aruf pertama bersama supervisor dan rakan-rakan sepenyeliaan, Dr Hee telah menetapkan hari perjumpaan untuk bentang progress ialah setiap hari rabu jam 2petang. Ya. Setiap minggu Dr mahukan progress! Gila tak gila, mahu tak mahu, kena juga buat. Tapi sebenarnya, tidak juga setiap minggu. Sebab, kadang-kadang, perjumpaan terpaksa dibatalkan, banyak juga taklimat yang wajib kami mahasiswa tahun empat hadir. Dan ada juga yang disebabkan oleh kesibukan Dr sendiri. Maka, bolehlah kami mengurut dada dan bertenang.

Kalau ada orang tanya, "Eyh, PSM kau buat pasal apa?", 

Saya malas nak jawab. Sebab nanti kena terangkan. Tapi biasanya saya jawab jugalah,"LINUS".
 
Dan ramai juga dengan muka bijak, mereka akan jawab ,"Oh, projek LYNAS yang dekat Pahang tu eyh?," 

Dush! Bukanlah.. 

" Tu LYNAS projek radioaktif. Takda kaitan langsung dengan bidang pendidikan. Ni, LINUS (Literacy and Numeracy Screening) Satu program tansformasi pendidikan yang KPM baru jalankan untuk gantikan program kelas pemulihan di sekolah rendah. Program ni matlamatnya sama ja dengan pemulihan. untuk membasmi pelajar buta huruf. Saya punya PSM, nak tahu la keberkesanan LINUS ni setelah dijalankan hampir tiga tahun di sekolah rendah" Biasanya ini adalah ayat yang paling ringkas yang saya terangkan bagi mereka yang bertanya.

Semester satu, tahun empat ni, memang sangat mencabar. Semester yang paling banyak program dan jam kredit. Bina Insan Guru, Seminar buku teks, Kursus sukan, lawatan ke Putrajaya, lawatan ke SAJ, analisis air di sungai Johor, lawatan ke Jabatan Kimia, interview pengusaha pusat tusyen, TECS, ISO, OSHA, TA, program PMI, dan ada lagi rasanya yang saya tak tulis di sini. Jam kredit pula ada 20. Sepatutnya 17 ja. tapi disebabkan saya kena UM subjek kimia analisis yang saya gagal masa tahun tiga, maka, jadilah 20. Siapa suruh gagal? Tapi, saya redha kena repeat. Sebab, dapat jumpa dengan pensyarah yang terbaik, iaitu Dr Razali yang terkenal di jabatan analisis di fakulti sains dan dapat baiki pointer juga. Alhamdulillah..  Pun begitu, semester ini juga semester yang paling banyak kali saya buat usrah dengan adik-adik. Alhamdulillah lagi. banyaklah bagi saya. mungkin sikit bagi JU. Huhu. 

"Kalau dapat susah nak lepas,
Kalau lepas, susah nak tangkap."
 Apakah itu? PSM lah. apa lagi. kalau dah mula buat, susah nak berhenti. Tapi kalau dah berhenti, nak mula balik, memang berat. 
 


Diam tak diam, berakhir juga semester satu dengan jayanya. Bab 1-3 pun berjaya dihantar sehari sebelum TA. Masa ni, saya tarik nafas dalaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmm dan lepaskan dengan lega. Saya tahu, taklah sempurna mana. tapi, saya dah buat sehabis baik. Janji hati puas!

Ini kisah semester ini

Semester ini sangat awesome. Sebab, kelas cuma hari selasa dan khamis je setiap minggu. Hari lain, cuti! Cutilah sangat.. Dengan assignmentnya yang dah melambak, quiz, test yang tak boleh tembak, dan beberapa komitmen yang tak perlu kot nak sebut kat sini. 

Berbalik kepada perkembangan PSM, semester ni dah mula PSM II. Jumpa supervisor, bentang soalan kaji selidik. Saya memang takda keyakinan langsung nak tunjuk pada Dr sebab, tengok soalan kawan-kawan yang lain, semua hebat dan mantop. Dan bila saya bentang ja, Dr pun komen. Setiap soalan Dr komen dan betulkan. baik betul Dr saya ni. Betul-betul dia nak tolong student dia. Dan Dr kata soalan-soalan yang saya buat ni, tak cukup untuk mengkaji keberkesanan LINUS ni. kena perbaiki lagi. =-=! Baik Dr.

Ada sahabat cakap, PSM untuk budak fakulti pendidikan ni, senang je. "Alah..setakat buat questionnaire je..
"Amboih! Senang hang cakap nooo.. Hang try buat tengok!" Saya menjerit kepadanya dalam hati. 

Nampak macam senang dan mudah. Tapi hakikatnya, nak menghasilkan soalan kaji selidik ni bukanlah boleh dibuat dengan kacang. Kena teliti betul-betul. Menjawab tak objektif kita. Dan bahasa yang digunakan, kena mudah difahami. Sementara saya baiki soalan-soalan ni, saya teruskan juga dengan prosedur untuk buat edaran soalan di sekolah. 

Bukan senang ya nak pergi sekolah ni. Sebelum ni, nak ke sekolah untuk buat tugasan, senang ja. Cuma dapatkan surat dari fakulti dan JPN. Tapi, bila kita nak pergi atas sebab kajian untuk tesis, maka kena lalui banyak proses. 

Isi borang biru di fakulti ---> tunggu 3 hari ---> Dapatkan surat akuan buat PSM daripada fakulti ---> scan ---> isi borang permohonan untuk buat kajian di sekolah di website KMP (e-RAS). hantar bab 1-3 dan instrumen kepada KPM juga surat dari fakulti yang dah di'scan' tadi ---> Tunggu 5 hari berkerja ---> telefon KPM --->telefon lagi --->telefon lagi dan lagi ---> telefon lagi dan lagi dan lagi--->  lagi lagi lagi telefon.

Cara dia memang macam tu. kena bagi tekanan yang padu kepada pegawai yang uruskan benda ni di KPM sebab, dia akan berzikir "esok awak telefon lagi ye dik." setiap kali kita telefon. Entah bila dia nak respond pun saya tak tahu. Haduih! Padahal nak dapatkan kebenaran pergi sekolah je pun... 

Sekarang, ada sesiapa berani kata budak pendidikan punya PSM senang? Suka hatilah nak cakap apa pun...

Baiklah. Saya pun dah hilang mengantuk. Ini sahaja yang saya mampu untuk tulis mengenai PSM setakat ini.  


Disaat kekeringan idea untuk PSM, inilah hasilnya. Ntah apa-apa.
Wallahu'alam

Nota:
1. Semua kerja akan mudah bila kita fikir ianya mudah. 
2. PakSom ialah nama manja bagi PSM
3. Doakan saya dapat menyiapkan PSM dengan jayanya dan grad on time. Ameen.. 

24 December 2012

Dua alam rahsia Tuhan

Bismillah wa syukrulillah..

"wah, anak perempuan Hjh Asmah tinggal seorang. Tak lama lagi tu..."kata Cik Tipah
"ha linda. Tinggal kau sorang tak kahwin lagi. Bila lagi..."kata Pak Manap

Ini antara soalan bertubi-tubi yang ditanya kepada saya ketika majlis walimah abang saya bulan lepas. Dari pagi sampai ke petang. Dari sebelum majlis bermula hinggalah selesai. Semua duk tanya. Bila lagi, bila lagi, bila lagi. Riiiiimas!(dengan gaya matluthfi)

Akhirnya, bila orang asyik bertanya, maka jawapan ringkas ini saya jawab. " Esok! jangan tak datang pula ya!, "

Hmm.. Macam-macam.

Perkahwinan pada saya ialah ibarat memasuki satu alam. Memasuki alam perkahwinan ialah bermaksud melangkah ke alam orang-orang dewasa. Orang yang cukup matang dari sudut ilmu agama, ilmu mengurus emosi dan ilmu mengurus kehidupan diri sendiri dan orang lain.

Sebagai persediaan untuk memasuki alam ini, maka orang pun berpusu-pusu mendaftar kursus kahwin. Itu dari sudut syarat wajib di Malaysia. Persediaan yang lain pula ialah, kerja lebih masa untuk mencari wang kenduri dan hantaran, menajamkan skill memasak, belajar menjahit, membaca buku-buku berkaitan rumahtangga, dan sebagainya. Tidak kurang juga yang menghantar borang baitul muslim kepada panel bagi yang belum ada calon. Itu semua adalah persediaan yang dilakukan ramai dari kita.

Kebanyakkan orang, hangat bercerita keseronokan berkahwin. Lumrah manusia akan membayangkan yang indah-indah sahaja tentang sesuatu yang belum ditempuhi. Kerana, di alam perkahwinan lah separuh daripada yang haram di dunia ini menjadi halal di antara suami isteri.

Namun, persoalannya di sini ialah, kenapa orang masih tertanya-tanya dan sibuk mencari-cari sedangkan alam perkahwinan ini, Allah sudah tetapkan sejak dulu lagi. Bila? Dengan siapa? Di mana? ketika umur berapa? Semuanya sudah pun ditetapkan hanya menjadi misteri dan rahsia. Kerana misteri inilah, kadangkala manusia begitu asyik untuk berteka-teki dengan kehadiran cinta. Kadang-kala sehingga lagha! (nauzubillah)

Ramai juga dikalangan kita terlupa. Ada satu lagi alam rahsia Tuhan, misteri kepada kita tapi tak ramai untuk orang ingin tahu. Sedangkan, konsepnya sama seperti alam perkahwinan tadi. Di mana? bila? dengan siapa? ketika umur berapa? semuanya kita tidak tahu. Iaitulah alam barzakh. Alam perpindahan roh. Alam kematian.

Cuba kita koreksi diri dan bertanya kepada hati kita yang paling dalam. Apakah perasaan excited kita memikirkan hal-hal alam perkahwinan sama dengan perasaan ketika memikirkan alam kematian. Sejauhmanakah persediaan untuk kedua-dua alam ini seiring? Jika kita suka untuk berteka-teki dengan siapakah kita dijodohkan mengapa tidak kita juga berteka-teki untuk hal-hal kematian kita. hal-hal negeri akhirat kita. Bukanlah bermakna untuk kita meminta-minta mati tapi "bukankah orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan bersedia kearahnya" (Imam Ghazali)

Alam perkahwinan vs alam kematian. Ada matlamat, visi, misi tersendiri.

"Ya Allah berikan aku cinta orang yang mencintaiMu. Jauhi diriku daripada fitnah cinta yang melemahkan pemuda dari mengingatiMu."

Berkahwinlah dengan niat untuk melengkapkan agama bukan sekadar nafsu. Bentengkan hatimu dengan ingat kepada Allah Tuhan yang Maha Mengetahui segala rahsia. Nikah dan mati semuanya rahsia Tuhan!
Wallahu'alam.

02 November 2012

A simple Short Test

"Ok. Saya bagi masa seminit dari sekarang fikirkan apa-apa topik yang anda semua rasa patut untuk anda kongsikan kepada semua orang." Dr Razali memberi arahan selepas memulakan kelas dengan membaca al-fatihah.

Semua pelajar tunduk. Ada juga yang tergaru-garu kepala. Masing-masing sibuk memikirkan apalah topik yang ingin dikongsikan. Pensyarah Kimia Analisis saya yang ini memang begitu. Setiap hari ada sahaja benda baru yang dilakukan dalam kelas. 

"Ok. Cukup. Linda, bangun dan pilih tiga nama rakan kamu. Saya nak, awak jaga masa seminit untuk setiap orang bercakap" Dr memberi arahan kepada saya.

Saya senyum dan bangun dengan semangat. Sedikit lega kerana sekurang-kurangnya saya terlepas dari memberi perkongsian. Dengan muka sedikit 'kejam', saya pun memilih tiga nama.

Pelajar pertama berkongsi mengenai enjin kapal terbang. Pelajar kedua berkongsi mengenai sifat manusia dan pelajar terakhir berkongsi mengenai tips menghilangkan stress dengan menjaga hubungan dengan Allah.

Usai mereka memberi perkongsian, Dr membuat kesimpulan daripada aktiviti tersebut.

"Apa yang saya cuba ingin sampaikan ialah, topik perbualan kita seharian adalah menggambarkan siapa kita dan kepentingan perkara tersebut pada diri kita. Contohnya awak tengok bola malam tadi maka keesokannya topik bola sahajalah yang mengisi ruang perbincangan awak dengan orang lain. Dengan itu kita sudah boleh menilai orang tersebut menganggap isu bola adalah perkara penting dalam hidupnya dan perlu untuk dia kongsikan kepada orang lain. Oleh itu, pelajar sekalian, cuba kita tanamkan kepada diri kita bercakaplah, berkongsilah perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada orang lain." satu resolusi kemas daripada Dr.

Saya menganggukkan kepala dan menyebut Insya Allah dalam hati.

Benar apa yang dikatakan Dr Razali. Cuba kita muhasabah kembali. Tanyakan pada diri apakah topik yang selalu menjadi perbincangan kita sepanjang hari ini? minggu ini? bulan ini? tahun ini? sepanjang hidup ini?
Dalam tidak sedar, topik perbincangan itulah yang menunjukkan dimana prioriti isu tersebut diletakkan dalam diri kita seterusnya menggambarkan siapa kita sebenarnya. Atau dengan cara mudahnya, cukuplah dengan sekadar melihat apa yang ditulis di status facebook dan twitter kita. Macam-macam ada. Ada yang suka menulis mengenai baitul muslim, cinta, siasah, macam mana cara nak tumbangkan kerajaan, usrah, dakwah, tarbiyah,dan tidak terkecuali PSM (aduh! terasa..). Semuanya menggambarkan dengan jelas bahawa itulah kepentingan yang kita letakkan dalam hidup sekarang.

Hmmm... sama-samalah muhasabah.

Saya ada seorang sahabat yang hidupnya dari pagi hingga petang asyik cakap pasal baitul muslim sahaja. Tidak kisahlah dengan siapa pun dia berjumpa. Status di fb jangan cakaplah. Memang penuh berbunga-bunga. Katanya, baitul muslim penting bagi memastikan kesinambungan gerak kerja jema'ah.

Ada juga sahabat saya yang pagi hingga ke malam, asyik bincang pasal usrah. Tidak kisah dengan siapa dia berjumpa, mesti dia tanya pasal usrah. Katanya, Usrah tunjang tarbiyah. Tidak boleh tinggal usrah.

Hmm...macam-macam.  

Samalah saya pun. Kadang-kadang entah apa-apa yang saya post di fb. Itu pun menggambarkan betapa 'entah apa-apalah" saya ni.

Oleh itu, marilah kita betulkan kembali prioriti dalam hidup kita. Letakkan kepentingan itu mengikut fiqh awlawiyat dan 'delete' semua yang lagha dan tidak berguna. maka, secara automatisnya tingkah laku dan segala isi percakapan kita mesti akan menjadi lebih bermanfaat.

Siiru'alabarokatillah..:)




21 September 2012

Tudung; tidak cukup dengan labuhnya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Tudung. 

Tudung tidak wajib dipakai, yang wajib ialah menutup aurat. Jika mengikut uruf dan adat, wanita islam di dunia memakai tudung bagi menutup aurat. Tidak pula menggunakan baldi dan menebuk lubang untuk mata juga bukan dengan menyarung tudung saji di atas kepala.

Tudung yang bersyariat ialah tudung yang menutup dada. Maksudnya ia labuh menutup dada dan dijamin tidak terselak ketika ditiup angin. Maka kerana itu, tudung yang terbaik ialah bidang 55 ke atas mengikut saiz individu tersebut. 

Fesyen yang begitu pesat, sememangnya menggugat iman semua wanita. Apabila datangnya musim tudung awning, pemakai tudung labuh juga tidak terkecuali. Tudung labuh yang ada dipasaran turut di'awning'kan. Kemudahan Islam yang tidak melarang umatnya berfesyen selagi tidak melanggar syarak sangat memberi kepuasan kepada muslimat. Lagi pula tudung awning ni sangat mudah untuk dipakai. Malah tidak perlu digosok lama seperti tudung biasa. 

Namun harus diingat, pemilihan jenis kain juga sepatutnya dititikberatkan. Ada jenis kain yang nipis apabila dipakai nampak bentuk telinga dan leher. 

Bagi yang berambut panjang, sila rendahkan sedikit ikatan rambut anda supaya ia tidak kelihatan seperti bonggol di belakang.

contoh sanggul

Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

Ya saya faham, sesetengah ulama' mengatakan bonggol unta yang dimaksudkan ialah sanggul yang sengaja dibuat-buat dan ditambah-tambah. Namun, apalah salahnya anda menyembunyikan sedikit bentuk sanggul itu demi menjaga rahsia kepanjangan rambut anda dari pengetahuan kaum adam khususnya. Jaga rahsia demi suami anda. Bukankah itu lebih sweet..? :)

Seterusnya ialah, solat. Antara kelemahan tudung awning ialah kebanyakkannya ia tidak praktikal untuk solat. Ada awning yang lembut ada juga yang keras. Bagi awning yang lembut, memang tiada masalah untuk digunakan ketika solat. Namun bagi awning yang keras, ia menghalang daripada dahi untuk mencecah lantai tempat sujud sedangkan dahi merupakan anggota wajib untuk menyentuh lantai ketika sujud. Solusinya ialah, salinlah dengan tudung biasa ketika anda menunaikan solat. 

contoh awning keras

ini link untuk dapatkan tudung yang berawning lembut  Ummie Tini Collection.

Entri ini bukanlah mengkritik tudung labuh awning. Ya tudung awning memang cantik, selesa, mudah dan senang dipakai. Namun, jika kita ingin solat dengannya, pastikan ia juga 'cantik' dari sudut sah solat kita. Ya. pakaian kita memang leceh sikit kerana kita begitu berharga..^^, 

Wallahualam. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.


 

08 August 2012

Ramadhan

2007
Saya di Smap Labu. Tahun saya mengambil SPM. Ramadhan ketika itu menyaksikan kami pulun untuk study. Masing-masing struggle untuk mendapat keputusan yang terbaik. Bukan sahaja demi menaikkan ranking sekolah malah untuk diri sendiri. Demi mencapai cita-cita yang mungkin sudah jelas ketika itu. Saya juga. Seorang pelajar yang 'biasa-biasa' turut bercita-cita untuk menjadi seorang ahli farmasi ketika itu. Sangat bercita-cita. Ramadhan ketika zaman sekolah, sangat meriah. Siangnya berpuasa tetapi belajar seperti biasa. Sebelum P&P bermula, halaqah dibentuk untuk tadarus Al-Quran dalam 15 minit. Terawikh beramai-ramai di dataran perhimpunan berbumbungkan langit berlantaikan tikar. Sangat indah. 8 rakaat terasa sekejap. Kadangkala, diimamkan pula Ustaz Amirrahman Naib Johan Akademi Al-Quran Musim Pertama yang merdu bacaannya merasai zouk makna bagi menambahkan khusyuk.

2008
Saya di KMNS. Menyambung meraih ilmu. Berpeluang lagi berjumpa Ramadhan. Alhamdulillah. Di sini, saya belajar untuk berjalan jauh. Duduk di blok yang paling jauh dengan dewan kuliah. C5. Puasa di siang harinya agak mencabar. Panas, letih. Nota dan buku tutorial yang berat. Pergi pagi, balik petang. Menghabiskan masa di surau sahaja di waktu senggang. Tak sanggup pulang ke blok memanjat bukit. Malamnya, terawikh di surau kolej. Tidak besar suraunya. Tapi tidak pula pernah penuh. Khalid Ismath 'pejuang palestin KMNS' sering menjadi imam. Tapi, tidak sampai separuh Ramadhan, felo blok meminta kami mengimarahkan surau blok dan saya yang menjadi AJK Kerohanian blok ketika itu ditaklifkan untuk menjadi imamah. Allahuakbar. Alhamdulillah. Kecil suraunya, penuh safnya. Di luar mereka seksi dan free hair tapi ketika ini kami bersujud menyembah Allah yang satu. Mereka makmum saya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kerdilnya diri ini mengimamkan mereka. Satu tanggungjawab untuk menjadi asbab mereka khusyuk bukan mudah!

2009
Saya di UTM. Kembali ke Johor setelah 6 tahun merantau di negeri orang. Bertemu Ramadhan lagi. Alhamdulillah. Dengan adanya Imam yang diimport dari Kolej lain dan Pusat Islam sendiri, maka kami tidak perlu ke MSI. Cukup sekadar solat di kolej. Air-cond menambah lagi ketenangan ketika solat. Program tadarus juga berjalan lancar.

2011
Cuti Semester. Sepatutnya saya juga seperti mahasiswa lain yang sibuk bercuti. Tapi saya pula berkerja di sini. Ya, di UTM. Wang yang banyak keluar, menjadikan simpanan wang saya negatif sem sebelumnya. Maka, saya nekad untuk berkerja di UTM. Alhamdulilllah, dengan bantuan Ustaz Aminuddin Hehsan, saya berjaya mendapat kerja sebagai pembantu ICT di Fakulti Tamadun Islam. Walaupun gaji tidaklah sebanyak mana, namun cukup juga menampung perbelanjaan seharian dan menyimpan sedikit untuk semester hadapan. Apatah lagi banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang berkerja di sana. Ramadhan juga di sini. Sangat seronok. Berbuka puasa di MSI, sangat meriah. Juadahnya tidaklah begitu mewah tetapi kemanisan ukhuwah itu terasa ketika makan bersama-sama dengan menggunakan talam. Solat terawikh bacaan persis Syeikh Al-Misyari juga tidak meletihkan para jema'ah apatah lagi hanya 8 rakaat. Selesai terawikh, sempat lagi 'merempit' bersama Kak Syazana ke Jusco 'menabur duit' di MPH sempena promosi ramadhan, ada discount. :)

2012
Cuti Semester. Selesai LM. Alhamdulillah diberi kesempatan lagi bertemu Ramadhan. Ramadhan kali ini bersama emak. Berdua. Menabur bakti sebagai seorang anak. Menebus tanggungjwab anak yang selalu 'hilang' ketika cuti sem ini. Kali ini saya mengambil keputusan untuk tetap di sini. Siangnya berkerja di rumah Mak Cik membantu membuat kuih raya. Petangnya 'memeriahkan' dapur dengan bunyi sudip dan kuali menyiapkan juadah berbuka. Komen mak mengalahkan juri masterchef. Pedas ayatnya. Huhu. Tarbiyah emak demi memandaikan anaknya ini memasak sepertinya. Terpedas, termanis, tertawar. Maka saya memberikan alasan, Puasa mana boleh rasa. Hehe. Hujung minggu pula, saya membuka kelas tusyen di ruang tamu rumah saya. matematik tahun empat. Bayaran? seikhlas hati. Siapa nak bayar, silakan. Siapa tak nak bayar, tiada paksaan. Malamnya, terawikh di masjid. 'Merempit' dengan bertelekung. Itu perkara biasa. :). 20 Rakaat surah lazim. Terasa bersemangat setiap kali melihat kanan dan kiri makcik-makcik berumur 60 an yang sudah sakit-sakit lutut pun masih bertenaga untuk menghabiskan terawikh. 10.05 sharp selesai witir.

Tahun silih berganti, Ramadhan datang dan pergi. Entah di mana pula saya ketika Ramadhan kembali 2013 nanti. Seandainya Ramadhan ini, yang terakhir buat kita, di manakah kita di fasa maghfirah ini..    


    

21 January 2012

marah




Marah itu daripada syaitan. Maka jika engkau berdiri ketika marah, maka duduklah dan segeralah berwudhu’. Kerana syaitan itu diperbuat daripada api. Semua orang tahu. Tapi tak semua ingat untuk amalkan ketika sedang marah. Pernah lihat di cermin macam mana wajah anda ketika marah kelihatan? Kih3x. pasti hodoh!

Marah tanda sayang.

Guru marah anak muridnya yang sering lewat ke sekolah. Ibu marah anaknya kerana mendapat markah matematik yang rendah. Suami marah isterinya yang lewat membuka pintu untuknya. Isteri marah suaminya kerana  pulang lewat ke rumah. Ketua persatuan memarahi anak buahnya yang lambat melaksanakan tugasan yang diberikan.

Guru itu tidak mahu anak muridnya ketinggalan dalam pelajaran. Ibu itu mahukan anaknya berjaya dalam hidup. Suami itu mahu isterinya pantas dan berdisiplin. Seriously disiplin? err…entah. isteri yang marah suaminya pulang lewat kerana dia takut keseorangan di rumah. Ketua itu mahukan anak buahnya berdisiplin dan cekap dalam melakukan tugasan supaya ia tidak mengganggu sebarang perjalanan persatuan.
Ini semua antara sebab mengapa seseorang itu marah.

Marah untuk membetulkan dan  menegur kesilapan itu wajar supaya semuanya berubah menjadi lebih baik. Namun, kadang-kala kita terlupa untuk bertanya. Kenapa?

Anak murid itu sering lewat ke sekolah kerana setiap hari dia terpaksa menghantar kuih ke warung ke sekolah demi membantu ibunya mencari wang pendapatan. Anak itu mendapat markah rendah dalam subjek matematik kerana dia tidak minat mengira. Dia minat menulis. Isteri itu lewat membuka pintu kerana isterinya berada di dalam tandas. Suami itu pulang lewat kerana hari itu, tayar keretanya pancit. Ahli persatuan itu lambat melaksanakan tugasan tersebut kerana dia perlu menghubungi ramai pihak dan  menghadapi kesukaran untuk mendapatkan respond daripada pihak tersebut lalu mengakibatkan tugasan tersebut tergendala.
Ini semua antara penjelasan bagi mereka yang rasa tertindas ketika dimarah.

Apa yang penting adalah sebab. Tapi jika sesuatu hak untuk mempertahankan diri itu tidak diberikan, dan luahan gunung berapi yang dimuntahkan kepada seseorang yang tidak bersalah, tidakkah ini dikira ZALIM?
Sesetengah pihak menganggap…

“ ana harap semua orang dapat berlapang dada dan tiada masalah hati antara kita yang boleh membantutkan gerak kerja. Ana tak ada masa nak pujuk.

Ini adalah jawapan pantas. Hati yang dimarahi terus tersentap. Lantas beristigfar..

ya. Memang aku patut kena marah

Begitulah selalunya. Yang dimarahi akan selalu redha dengan ketentuan. Dan yang memarahi tidak akan pernah nampak dirinya tiada toleransi. Itu bukan redha. Tapi pasrah.

1.      Maafkan saya bagi anda yang pernah kena marah dengan saya
2.      Saya juga insan biasa yang pernah marah dan dimarahi
3.      Entri ini bukan luahan perasaan. Cuma sekadar peringatan sesama kita. Jom buang sikap marah tak bertempat. \^_^/
4.      Bagi mereka yang berpersatuan, Jauhkan masalah hati. Banyakkan berbincang. Supaya semuanya baik-baik belaka. Ketua suka, anak buah gembira, persatuan sejahtera.
5.      Marah seorang sahabat, kerana sayangkan sahabat melebihi dirinya.
6.      Nak marah saya? Silakan…




22 December 2011

Jumu'ah vs Friday



IT’S JUMUAH – Raef
5AM Waking up for Fajr

Got to make Wudu, got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody’s rushing
Got to get down to the masjid
Got to say “Salam!” to the Imam

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)

Got to make my mind up… Do what the prophet did!

It’s Jumuah! Jumuah!

Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf


12:45 the Imam’s on the minbar, talking about something like “Fiqh Az-Zakat”

They’re whispering, chatting from the crowd, don’t they know that it’s haram
I stand up, you stand up, prayer’s about to start “Qad, Qaamat es-Salaah”
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don’t step on me!

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)

Got to make my mind up… Do what the prophet did!

It’s Jumuah! Jumuah!

Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to his mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to the Ajr

Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf

It’s Jumuah Jumuah

Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy


 lagu asal sila klik di sini 
Its Friday- Rebecca Black

(Yeah, Ah-Ah-Ah-Ah-Ah-Ark)
Oo-ooh-ooh, hoo yeah, yeah
Yeah, yeah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah, yeah, yeah

[Rebecca Black - Verse 1]

7am, waking up in the morning
Gotta be fresh, gotta go downstairs
Gotta have my bowl, gotta have cereal
Seein' everything, the time is goin'
Tickin' on and on, everybody's rushin'
Gotta get down to the bus stop
Gotta catch my bus, I see my friends (My friends)

Kickin' in the front seat
Sittin' in the back seat
Gotta make my mind up
Which seat can I take?

It's Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin' down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend

Party it, party it, (yeah)
Party it, party it (yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin' forward to the weekend

[Rebecca Black - Verse 2]

7:45, we're drivin' on the highway
Cruisin' so fast, I want time to fly
Fun, fun, think about fun
You know what it is
I got this, you got this
My friend is by my right
I got this, you got this
Now you know it

Kickin' in the front seat
Sittin' in the back seat
Gotta make my mind up
Which seat can I take?

[Chorus]

It's Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/r/rebecca_black/friday.html ]
Gettin' down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend

Partyin', partyin' (Yeah)
Partyin', partyin' (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin' forward to the weekend

[Bridge]

Yesterday was Thursday, Thursday
Today i-is Friday, Friday (Partyin')
We-we-we so excited
We so excited
We gonna have a ball today

Tomorrow is Saturday
And Sunday comes after... wards
I don't want this weekend to end

[Rap Verse]

R-B, Rebecca Black
So chillin' in the front seat (In the front seat)
In the back seat (In the back seat)
I'm drivin', cruisin' (Yeah, yeah)
Fast lanes, switchin' lanes
Wit' a car up on my side (Woo! )
(C'mon) Passin' by is a school bus in front of me
Makes tick tock, tick tock, wanna scream
Check my time, it's Friday, it's a weekend
We gonna have fun, c'mon, c'mon, y'all

[Chorus]

It's Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin' down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend

Partyin', partyin' (Yeah)
Partyin', partyin' (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin' forward to the weekend

It's Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin' down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend

Partyin', partyin' (Yeah)
Partyin', partyin' (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin' forward to the weekend



25 August 2011

Di mana ikhlas kita?


Tersebutlah kisah di zaman pemerintahan khalifah, tercetusnya sebuah peperangan antara kaum muslimin dan kuffar. Strategi peperangan sudah dirancang sebaiknya. Segala kelengkapan juga sudah dikemas rapi. Maka berangkatlah semuanya ke tempat musuh berkubu.

Setibanya di sana, semuanya terkejut. Kubu benteng yang dibina oleh pihak lawan sangat rapat. Tiada langsung ruang yang boleh diceroboh. Tenteranya juga tiada tanda-tanda untuk keluar.

Setelah bermesyuarat, hasil syura memutuskan tentera Islam berkampung di hadapan kubu benteng tersebut sambil setiap daripada tentera tersebut berusaha memikirkan cara untuk menyelinap ke dalam kubu tersebut.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, musim sejuk pun hampir tiba. . Tentera kafir masih berdegil untuk tidak keluar daripada tempatnya. Tentera Islam pula semakin gelisah. Idea yang diharapkan masih belum kunjung tiba.

Hinggalah ada seorang tentera yang akhirnya didatangi ilham. Kebetulan khemahnya sangat berdekatan dengan dinding kubu tersebut. Tanpa pengetahuan tentera-tentera yang lain, beliau merobek dinding tersebut dengan menggunakan pisau. Sedikit demi sedikit, papan kayu yang kukuh itu terkikis.  Sekali pandang, entah bila akan tembus. Hari demi hari, robekan tersebut semakin besar. Hinggalah akhirnya terbentuk lubang yang membolehkan seorang tentera untuk masuk.

Setelah itu, masuklah seorang tentera dan membuka pintunya dari dalam bagi membolehkan semua tentera Islam masuk ke dalam kota tersebut dengan mudahnya dan akhirnya tentera musuh dapat ditawan.

Ketika sesi post-mortem..

“ wahai tentera muslimin sekalian, setelah dikenalpasti antara kunci kemenangan kita semua ialah kerana kebijaksanaan salah seorang daripada kamu yang membuat lubang di dinding kubu tersebut. Siapakah tentera yang bijak ini? Silalah beritahu sekarang kerana Khalifah, berhajat untuk memberikan ganjaran” seru panglima.

Suasana disambut sepi. Tiada seorang pun yang mengaku.

“ silalah mengaku kerana saya perlu menyiapkan laporan peperangan kita ini dan perlu dihantar kepada Khalifah.”

Semuanya masih senyap.

Panglima mulai gundah kerana laporan yang Khalifah pinta masih belum disiapkan gara-gara tentera yang bijaksana tersebut belum dijumpai.

Hari berganti hari hinggalah sepurnama lamanya.

Di suatu malam yang gelap pekat, Panglima didatangi oleh seorang lelaki yang berpakaian hitam dan menutup keseluruhan muka kecuali dua matanya.

“ Assalamualaikum wahai panglima.” Ujar lelaki tersebut.

“ waalaikumsalam wahai pemuda”, Jawab Panglima.

Tanpa sempat Panglima menanyakan siapakah gerangan lelaki tersebut, lelaki itu bertanya,
“saya tahu Panglima sekarang dalam keadaan resah kerana laporan peperangan tempoh hari masih belum siap bukan?”

“ ya benar! ” Panglima menjawab sambil menganggukkan kepalanya berkali-kali.

“ jangan bimbang, saya tahu siapakah tentera yang bijak itu.”

“ wah! Akhirnya saya jumpa dengan si bijak itu.” Ujar Panglima dengan gembira.

“ namun, si bijak tersebut telah menetapkan dua syarat kepada pendedahan identity beliau ini”

“ ya silakan beritahu apakah syarat tersebut.”

“ pertama, tentera tersebut tidak mahu namanya diketahui. Kedua, dia juga tidak mahu menerima sebarang ganjaran oleh Khalifah dan siapa sahaja.” Lelaki tersebut menjawab dan terus beredar pergi dan terus hilang dalam kegelapan malam membiarkan Panglima termangu-mangu sendirian.

Kisah ini ada diriwiyatkan dalam kitab-kitab sirah lama bagi menghuraikan sifat ikhlas dalam diri individu muslim. Dalam setiap tulisan tersebut hingga kini, tentera yang bijaksana itu tidak diketahui oleh penulis. Beliau hanya digelar “ si bijaksana kunci kemenangan Islam”

Sahabatku sekalian, sekarang tepuk dada kita dan tanyakan pada iman. Siapakah di antara kita yang benar-benar ikhlas melakukan setiap pekerjaannya kerana Allah semata-mata tanpa mengharapkan pujian manusia, penghargaan majikan, dan penganugerahan pangkat? Pemuda dalam kisah ini tidak pernah dikenali oleh mana-mana makhluk hingga kini kecuali Allah Ta’ala. Nilailah sendiri di mana tahap keikhlasan kita.

Jom bina dan tingkatkan keikhlasan kita dalam bulan Ramadhan ini!  Semoga ia menjadi batu loncatan untuk kita terus ikhlas dalam bulan-bulan berikutnya kelak.
Wallahualam.


 nota:
1. tazkirah ini disampaikan oleh Dr Ramli bin Awang Ketua Jabatan, Jabatan Program Luar, Fakulti Tamadun Islam, UTM Skudai pada jam 8.00 pagi tadi di pejabat fakulti.
2. sepanjang bulan Ramadhan ini, FTI mengadakan sesi tazkirah pendek setiap pagi. saya lihat ia satu insiatif bagi meningkatkan kerohanian dan produktiviti semua pekerja seterusnya ia dapat menyangkal dakwaan Habib Bourguiba, " puasa mengurangkan produktiviti negara"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...