• RSS
Showing posts with label tokoh. Show all posts
Showing posts with label tokoh. Show all posts

07 January 2012

Sejarah dan Falsafah Matematik

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha Penyayang..

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..

Dalam semester ini, ada satu subjek istimewa yang wajib saya ambil . Sejarah dan Falsafah Matematik SSH 3043. Subjek ini tidak mempunyai peperiksaan akhir seperti yang lain. Markah hanya diambil daripada quiz dan bengkel .

Waktu kuliah yang dijadualkan setiap hari selasa pada jam 8 malam dan berakhir jam 11 malam sedikit mencabar bagi pelajarnya yang lebih 40 orang ini. Seriously mencabar?  mencabar juga sebab kena layan sejarah di waktu malam.

Istimewanya subjek ini bukanlah kerana tiada final. Tapi hakikatnya subjek ini telah mengharmonikan subjek-subjek sains dan matematik yang telah kami belajar pada semester-semester yang sebelumnya. Sebelum ini, kami telah disumbatkan dengan pelbagai teori. Ada yang perlu diaplikasi dalam pengiraan dan ada juga yang perlu dihafal sahaja tanpa sempat untuk difahami dek kerana demi mengejar skor dalam exam. Maksud harmoni disini adalah seimbang. Subjek ini menyuntik nilai kepentingan ilmu sains dan matematik dalam kehidupan seharian kita. Salah satu faktor mengapa subjek ini diambil sebelum kami ke Latihan Mengajar adalah kerana guru-guru perlu menyebarkan dan memasukkan unsur sejarah dalam mata pelajaran yang kami ajari nanti khususnya dalam sains dan matematik. Unsur sejarah ini sangat penting bagi memberitahu kepada anak-anak murid nanti bagaimana sesuatu teori itu ditemui oleh para ilmuwan di setiap zaman.

Sistem pernomboran yang berubah daripada simbol dan perlambangan kepada nombor, operasi tolak, tambah, darab dan bahagi yang berbeza-beza semenjak Tamadun Babilon seterusnya Mesir, Yunani, Islam, Hindu, China dan akhir sekali Tamadun barat. Kesemuanya mempunyai sumbangan masing-masing yang perlu kita perlu hargai. Ujar Dr Mohini selaku pensyarah kami. Betapa sukarnya mereka mempertahankan buku-buku yang dicampak ke laut dek kerana hasad dengki sesebuah tamadun terhadap tamadun yang lain juga kisah Socrates ahli falsafah dunia yang dihukum minum racun kerana beliau berkeras mengatakan Tuhan pencipta sekalian makhluk ini ada satu. Dikisahkan, ketika itu ramai antara pengikut dan anak muridnya seperti Plato berusaha untuk memberi rasuah kepada para hakim demi menukar hukuman yang diberikan kepada Socrates namun ditolak keras oleh Socrates katanya hidup bukan jadi barang berharga buatnya. Yang penting adalah  mengajar prinsip yang benar yang mesti ditegakkan. Socrates juga mengagungkan nilai kejujuran dalam kehidupan.

Hayati video pendek ini.


Pentingnya ilmu hingga Allah menurunkan ini sebagai wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah saw.
  
 “ Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk)” Al’alaq :1
Ilmu dan beriman kepada Allah itu adalah kunci kekuatan kepada umat terdahulu untuk terus mempertahankan Rasulullah saw dan membantu baginda untuk terus menyebarkan ilmu Islam di seluruh dunia. Dengan ilmu ini juga nilai kesamarataan sesama manusia tanpa mengira warna kulit disemai lantas perasaan cinta dan kasih saying sesame muslim itu tersemai.

$yJ¯RÎ) tbqãZÏB÷sßJø9$# ×ouq÷zÎ) (#qßsÎ=ô¹r'sù tû÷üt/ ö/ä3÷ƒuqyzr& 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# ÷/ä3ª=yès9 tbqçHxqöè? ÇÊÉÈ 

 10. Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang 
bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat (Al-Hujurat: 10)


   $pkš‰r'¯»tƒ â¨$¨Z9$# $¯RÎ) /ä3»oYø)n=yz `ÏiB 9x.sŒ 4Ós\Ré&ur öNä3»oYù=yèy_ur $\/qãèä© Ÿ@ͬ!$t7s%ur (#þqèùu‘$yètGÏ9 4 ¨bÎ) ö/ä3tBtò2r& y‰YÏã «!$# öNä39s)ø?r& 4 ¨bÎ) ©!$# îLìÎ=tã ׎Î7yz ÇÊÌÈ  

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

Dan daripada ilmu yang Al-Quran ajarkan ini, ia terus menjadi inspirasi. Ilmu mengenai Tuhan, ilmu mengenai manusia, ilmu mengenai dunia. Mer.eka tidak meniru tetapi mereka mencipta dan memberi sumbangan untuk manusia dan menghasilkan revolusi dalam sains.

Lebih 1000 tahun dahulu..
Ibn Haitham menghasilkan kamera yang berasal daripada qamrah dalam bahasa arabnya. Al-Khawarizmi menemui nombor ‘0’, seterusnya menghasilkan algebra dan algorithm. Al-Jazari ‘bapa robot’. Mencipta crank & piston. Ibnu Sina bapa perubatan moden. Bukunya Qanun Fi Tib digunakan di Universiti Eropah lebih 500 tahun lamanya. Lelaki pertama yang menemui cara untuk menceritakan sistem kitaran pulmonary. Ibnu Nafis pula dalam astronomi. Mencintai langit ciptaan Allah. Astrolab. Al Battani dicemburui Copernicus. Al-Idrisi mencipta replika bumi bagi menerangkan bumi adalah bulat. Ibn Battuta. Putera pengembara. Mengembara sejauh 117,000km selama 30 tahun. sendirian. Sampai ke Sumatera. Zheng he pula daripada China. Dia Muslim. Jeneral terulung. Membawa 300 kapal dan 30 000 tentera di lautan. Seperti Bandar bergerak. Arkitek kita, Sinan. Membina 477 bangunan. Masjid Sulaiman di Turki. Seni dan arkitek dalam binaan adalah tulisan khat geometri indah yang diinspirasikan oleh gambaran syurga dalam Al-Quran 

.
y7ù=Ï? ×p¨Bé& ô‰s% ôMn=yz ( $ygs9 $tB ôMt6|¡x. Nä3s9ur $¨B öNçFö;|¡x. ( Ÿwur tbqè=t«ó¡è? $£Jtã (#qçR%x. tbqè=uK÷ètƒ ÇÊÌÍÈ  

134. Mereka itu adalah satu umat Yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa Yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa Yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa Yang telah mereka lakukan. (al-baqarah: 134)


ßxÎm7|¡ç„ur ߉ô㧍9$# ¾ÍnωôJpt¿2 èps3Í´¯»n=yJø9$#ur ô`ÏB ¾ÏmÏGxÿ‹Åz ã@Å™öãƒur t,Ïãºuq¢Á9$# Ü=ŠÅÁãŠsù $pkÍ5 `tB âä!$t±o„ öNèdur šcqä9ω»pgä† ’Îû «!$# uqèdur ߉ƒÏ‰x© ÉA$ysÎRùQ$# ÇÊÌÈ  

13. Dan Dia lah juga Yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. dan Dia lah juga Yang menghantarkan petir, lalu ia mengenakan Dengan panahannya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya dan mereka Yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara Yang berhubung Dengan Allah (dan kuat kuasaNya) padahal ia amat keras azab seksaNya. (Ar-Ra’du : 13)

Kata-kata seorang sahabat kepada saya, “Sesungguhnya setiap ilmu itu akan kekal diingatan dan di dada penuntutnya jika mereka benar-benar faham akan kepentingan ilmu tersebut” dengan ilmu menjadikan manusia semakin berfikir ke hadapan. Bukan dengan menjawab soalan peperiksaan sahaja lalu terdiam kaku tidak mampu melihat ke mana ilmu itu pergi. Kita semua adalah DUTA untuk umat Islam. Banggalah dengan ilmu yang anda semua pelajari dan ajarkanlah ia kepada manusia sejagat. Sebarkan dan ‘izzahkan Islam di tempat anda semua berpijak. Insya Allah.. semoga anda semua tidak pernah malu untuk mengatakan 
I am Muslim!

29 January 2011

jom hadir ke Taman Syurga

18 July 2010

Guru, engkaulah ratu!

Ketika saya masih bergelar seorang pelajar sekolah menengah, saya tidak dapat lari daripada satu kerjaya yang saya tidak pasti baik buruknya ketika itu iaitu menilai sikap guru. Salah satu ciri personaliti saya adalah O iaitu Observative. Jadi, memang benarlah saya suka memerhati. Terutama sekali memerhati sikap manusia. Dan dengan keterbatasan suasana persekolahan ketika itu, rakan-rakan dan guru-gurulah yang menjadi bahan pemerhatian saya. Melalui tingkah laku mereka, saya belajar banyak perkara tentang manusia. Dan melalui sikap gurulah saya tahu dan yakin bahawa tugas sebagai seorang guru ini bukanlah satu kerja mudah semudah memisahkan kacang dari kulitnya.


Sewaktu di tingkatan lima, secara keseluruhan kesemua guru yang mengajar saya ketika itu adalah yang terbaik. Saya betul-betul merasai nikmat belajar dan guru yang paling saya senangi ialah Pn Ainah Hayati, guru kima saya. Wajahnya sentiasa dihiasi dengan kuntuman senyuman yang ikhlas. Tingkahnya juga lembut dalam tegas. Hari pertama kami bersama beliau, amaran keras sudah dikeluarkan bagi pelajar yang lewat masuk ke kelasnya. Prinsip tepati masa jelas dilihat disitu.

Ketika mengajar, saya tidak tahu kuasa apa yang beliau gunakan, sehingga berjaya menumpukan perhatian kami padanya. Intonasi suaranya yang tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat juga tidak terlalu cepat begitu selesa jika didengar dan mudah ditangkap setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya. Mata pelajaran kimia bukanlah terlalu mudah. Namun, secara peribadinya saya menganggap ianya mudah disebabkan Pn Ainah yang mengajar saya. (sekarang, kimia lah subjek yang paling susah). Penerangan beliau terhadap sesuatu topik amat terperinci dan banyak dikaitkan dengan isu semasa dan fenomena seharian. Itu yang memudahkan kami untuk mengingat fakta. Disamping pelbagai formula dan cara yang diajar untuk mengingat senarai insoluble salt, element di periodic table, dan pelbagai jenis chemical equations.

Seperkara lagi yang menambahkan rasa hormat saya padanya adalah, beliau akan mengadakan dua kelas tambahan setiap minggu iaitu pada jam 2 petang hari jumaat dan 9 malam hari selasa atau khamis.( saya tidak pasti). Kelas tambahan ini diwujudkan dengan alas an sebagai ganti jika sepanjang waktu wajib P&P beliau terpaksa meninggalkan kelas seperti kes-kes kecemasan atau terpaksa menghadiri mesyuarat juga jika beliau ada terlambat masuk kelas, maka masa yang berlalu itu beliau ganti dengan mengadakan kelas tambahan ini. Menurutnya, duit yang berlalu setiap minit ketika dia meninggalkan kelas itu, akan dipersoalkan kelak. Saya berasa cukup terkesan dengan sikapnya ini yang cukup prihatin dengan kesucian harta pencarian beliau. Ya. Saya ada mendengar daripada seorang ustaz di Al-kuliyyah tv3, haram hukumnya terhadap duit gaji yang seseorang itu terima jika dia menggunakan sijil cuti sakit tipu. Samalah juga kiranya gaji yang berjalan tanpa kerja yang dilakukan. Atau mungkinkah ada yang sanggup membilang jumlah gaji yang diterima setiap bulan, dan diasingkan beberapa ringgit untuk dipulangkan kembali pada majikannya atas alasan ini adalah duit setiap minit dia terlambat masuk kerja ataupun ini adalah duit ketika dia ponteng kerja.

Berbalik pada kisah guru kegemaran saya ini, sewaktu kelas tambahan, beliau selalu membawa makanan untuk kami, anak muridnya. Kasih sayang yang ditunjukkan tidak ubah seperti seorang ibu kepada anak-anaknya. Sikapnya yang pada saya sangat terpuji ini, membuatkan saya bersungguh-sungguh belajar dan menyiapkan tugasan beliau dengan sempurna. Walaupun saya hanya mendapat B3 untuk mata pelajaran kima dalam SPM, itu tidak membuatkan saya berasa kecewa kerana saya tahu, saya sudah pun melakukan yang terbaik. Keputusan peperiksaan itu bukanlah 100% datang daripada usaha kita sahaja, tetapi ianya juga datang daripada campur tangan ketentuan takdir Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.


*ini adalah assigment yg diberikan oleh pensyarah pedagogi saya, Pn Sanitah. tajuk assigment beliau ialah: sila tuliskan mengenai seorang guru yang kamu suka.

25 February 2010

Mari Mengenal Mariyah Al-Qibtiyah

Nama Mariyah Al-Qibtiyah jarang sekali kita dengar di mana-mana kitab sirah Rasulullah. Pertama kali saya mendengar nama ini adalah ketika di tingkatan satu yang mana Maria Qibtiah adalah nama dorm saya dan ketika itu, saya sering tertanya-tanya siapakah sebenarnya Mariah ini. Namanya yang seperti nama orang barat ini membuatkan saya hairan. Sedangkan nama-nama dorm di asrama saya merupakan nama-nama tokoh islam. Hasil daripada pencarian saya ketika itu, saya hanya mendapat jawapan, beliau merupakan salah seorang isteri Rasulullah saw.

(ada riwayat mengatakan bau peluh Rasulullah adalah seperti bau bunga rose merah jambu)




sekadar ingin berkongsi, ini adalah hasil bacaan saya daripada sebuah buku mengenai Mariyah Al-Qibtiyah.
Mariyah adalah puteri Syam'un dari kalangan penganut agama nasrani (Kristian) mesir, manakala ibunya berasal daripada Rom, Itali. Mariyah merupakan wanita cantik, berkulit putih seperti ibunya dan berambut ikal seperti ayahnya. Tetapi sayang beliau hanyalah seorang abdi.
Mariyah dikenali sebagai wanita berakhlak mulia di kalangan Istana Muqaiqis, Dia rajin bekerja tetapi pemalu. Raja Muqaiqis amat sayang padanya. Ketika itu, Rasulullah telah mengutus surat kepada Raja Muqaiqis. dan bagi menghormati Rasulullah, Mariyah diberikan kepada Rasulullah melalui utusan baginda, Hatib bin Balta'ah.
Sepanjang perjalanan, Mariyah berasa amat sedih kerana beliau tidak tahu apakah nasib yang bakal menimpa dirinya menyedari dirinya hanyalah seorang hamba. Hatib yang juga sahabat Rasulullah menyedari keadaan itu lalu berusaha untuk menghiburkan Mariyah dan berdakwah kepadanya mengenai Islam. setelah beberapa hari Hatib bercerita mengenai islam kepadanya, Mariyah akhirnya memeluk Islam. Setelah menempuh perjalanan yang panjang, akhirnya tunggangan sampai di madinah
Rasulullah amat menghormati tetamunya dan berasa simpati atas pengorbanan Mariyah yang sanggup berpisah dari saudara mara di tanah air untuk menjadi pembantu baginda. Rasulullah lalu berkahwin dengan mariyah dan ditempatkan di 'Aliyah sebuah kampung yang terletak di bahagian luar Kota madinah.
Rasulullah amat sayang pada mariyah. pada tahun ke 8 hijrah, Mariyah hamil. ini membuatkan Rasulullah semakin menumpahkan lebih banyak perhatian kepada beliau bahkan nabi sentiasa mendampingnya. pada bula zulhijjah tahun yang sama, Mariyah melahirkan seorang putera yang dinamakan Ibrahim. Rasulullah amat sayang pada Ibrahim. Setiap hari Rasulullah singgah ke rumah mariyah sekadar menatap wajah puteranya, Ibrahim.
Namun, kegembiraan yang dikecapi hanyalah sementara. Selepas enam belas bulan, Ibrahim sakit teruk dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 20 Rabiulawal tahun ke 10 hijrah. Rasulullah menangis kedukaan dan ketika inilah kaum muslimin memperingatkan larangan Allah berbuat demikian. tetapi Rasulullah menjawab:
"Aku tidak melarang orang berdukacita, tetapi yang aku larang ialah orang menangis dengan suara keras. Apa yang kamu lihat padaku hari ini adalah pengaruh cinta dan kasih sayang di dalam hatiku"
Semenjak pemergian Ibrahim, Mariyah tidak lagi mengandung. Rasulullah tetap berkunjung ke rumahnya. Baginda sentiasa menghibur dan menenangkan hati ibu yang dilanda duka itu.
selepas kewafatan Rasulullah saw, kira-kira tahun ke 16 Hijrah, Mariyah ditimpa sakit dan beberapa hari kemudian, beliau wafat. Jenazah Mariyah dimaqamkan di Baqi' disamping ahlul bait yang lain.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...