1. semenjak bermustautin di daerah baru ini, emak tidak pernah tidak menelefon saya setiap hari untuk 'follow up' keadaan saya. Sila tepikan maqam anak bongsu itu dalam memikirkan rasional perbuatan emak saya kerana sikap emak sememangnya penyayang begitu. sayang emak! \^_^/
2. saya hadiahkan juga lagu ini kepada sahabat sejawatan, sekerja, serumah, sebilik dan sekatil Miss Yong sempena menyambut ulang tahun kelahiran ibunya esok hari. (komen beliau: Waa dia sangat 'handsome!) ok lah apa2 jelah Yong.. huhu
3. Saya kira, pemilihan watak dalam video ini menjadikan lagu ini bertambah sesuai untuk dilebarkan sayap dakwahnya kepada sesiapa sahaja. 4. Untuk diri saya, sila khazafkan rangkap ini Now I finally understand
Muhammad,agamanya adalah kebenaran,yang kita anuti
Muhammad adalah kebenaran,sebenar-benarnya
مُحَمَّدُ ذِكْرُهُ رُوْحٌ لِأَنْفُسِنَا محمد شُكْرُهُ فَرْضٌ عَلَى الأُمَمِ
Muhammad,mengingatinya adalah seperti roh bagi kita
Muhammad,wajib kita berterima kasih kepadanya
محمد زِينَةٌ الدُنْيَا وَبَهْجَتُهَا محمد كَاشِفٌ الغُمَّاتِ وَالظُلَمِ
Muhammad adalah penghias dunia dan penghiburnya
Muhammad,ibarat penghapus duka dan kegelapan
محمد سَيِّدُ طَابَتْ مَنَاقِبُهُ محمد صَاغَهُ الرَحمَنُ بِالنِعمَِ
Muhammad,penghulu yang suci perbuatannya
Muhammad,diberikan sebaik-baik nikmat oleh ALLAH
محمد صَفْوَةٌ البَارِي وَخِيْرَتُهُ محمد طَاهِرٌ مِنْ سَائِرِ التُهَمِ
Muhammad,adalah insan pilihan ALLAH,sebaik-baik makhluk
Muhammad,adalah suci daripada segala tohmahan
محمد ضَاحِكٌ لِلضَيْفِ مُكْرِمُهُ محمد جَارُهُ وَاللهِ لمَ يُضَمِ
Muhammad,tersenyum buat tetamunya,bahkan memuliakannya
Muhammad,jirannya,demi ALLAH tidak dizaliminya
محمد طَابَتِ الدُنْيَا بِبَعْثَتِهِ محمد جَاءَ بِالآيَاتِ وَالحِكَمِ
Muhammad,alangkah indahnya dunia dengan kehadirannya
Muhammad,telah datang dengan mukjizat dan hikmah-hikmah
محمد يَوْمَ بَعْثِ النَّاسِ شَافِعُنَا
محمد نُورُهُ الهَادِي مِنَ الظُّلَمِ
Muhammad,kelak di hari kebangkitan,dialah pemberi syafaat kita
Muhammad,nurnya ibarat penyuluh hidayah dari kegelapan
محمد قَائِمٌ لِلّهِ ذُو هِمَمِ محمد خَاتَمُ لِلرُّسْلِ كُلِّهِمِ
Muhammad,tidak putus-putus menghadap ALLAH dengan penuh harapan
Muhammad adalah penamat sekalian rasul ALLAH,seluruhnya
nota:
1. Fahami setiap maksud qasidah yang dibaca supaya Insya Allah ia kan meresap dalam jiwa sebagai penyembuh penyakit dunia maka mengalirlah air mata yang beku dulunya..