• RSS

08 August 2011

Peranan Muslimat Di Medan Amal Islami



Penulis: Al-Syeikh Dr Faisal Mawlawi (penasihat Agama pertubuhan Organisasi-Organisasi Islam Eropah)
Penterjemah: Nafisah Hj. Md Tahir
Harga: RM5.00
Bilangan muka surat: 46 helai
Penerbit: JUNDI RESOURCES

“Isteri tidak aktif dalam jemaah kerana sikap suami? Pandangan yang merungkaikan persoalan mengapa muslimat tidak aktif dalam gerak kerja Islam. Benarkah ia berpunca dari sikap kaum lelaki?”

Membaca teks daripada kata pengantarnya Ust Riduan Mohamad Nor sahaja sudah mampu menaikkan semangat dan roh perjuangan sebagai seorang muslimat. Dipaparkan penentang-penentang agama yang terdiri daripada kaum hawa seperti Ummu Jamil, Hindun binti Uthbah, Zainab binti al-Harith yang telah meracun baginda juga dua lahirnya wanita berhati kering di zaman moden yang membantai umat Islam seperti Condolezza Rice dan Lipni.

Jika disoroti langit sejarah juga turut menyaksikan sosok Muslimat ulung yang memainkan peranan penting dalam menegakkan Islam seperti Sumayyah, Khaulah, Aishah, Ummu Nusaibah yang menjadi perisai Nabi SAW ketika di medan Uhud. Juga di era moden , lahirnya Zainab Al-Ghazali bersama-sama Aminah Qutb dan Hameedah Qutb yang menjadi mangsa kerakusan di jeriji besi  dan ramai lagi.

Bahagian pertama: Faktor-faktor yang menyebabkan lemahnya penglibatan muslimat di medan amal islami

Dua faktor utama kepada persoalan ini iaitu:
1.       Fahaman-fahaman yang salah. Faktor ini meninggalkan kesan yang besar kepada kaum lelaki dan juga wanita. Pemahaman yang salah ini wajiblah diperbetuli
2.       Keegoan kaum lelaki.

Antara fahaman yang salah tersebut ialah:
Fahaman pertama: Kaum wanita itu kurang akal dan agamanya

Rasulullah saw pernah bersabda:
wahai wanita, aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal dan agama mampu melumpuhkan hati seorang lelaki melebihi kamu. Mereka bertanya: Apakah kekurangan akal dan agama kami ya Rasulullah? Rasulullah bersabda: Bukankah persaksian wanita sama dengan setengah lelaki? Mereka menjawab: Benar. Rasulullah bersabda: maka di situlah letak kekurangan akalnya. Bukankah wanita ketika haid tidak boleh solat dan puasa? Mereka menjawab: benar. Rasulullah bersabda: Maka di situlah letak kekurangan agamanya.”

Namun, kekurangan agama yang dimaksudkan ialah kekurangan dari sudut kuantiti bukannya kualiti. Hakikatnya persaingan dalam meningkatkan kualiti ibadah antara lelaki dan perempuan itu sama sahaja seperti dalam firman Allah SWT:
ô`tB Ÿ@ÏJtã $[sÎ=»|¹ `ÏiB @Ÿ2sŒ ÷rr& 4Ós\Ré& uqèdur Ö`ÏB÷sãB ¼çm¨ZtÍósãZn=sù Zo4quym Zpt6ÍhŠsÛ ( óOßg¨YtƒÌôfuZs9ur Nèdtô_r& Ç`|¡ômr'Î/ $tB (#qçR$Ÿ2 tbqè=yJ÷ètƒ ÇÒÐÈ
97. Sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan. (An-Nahl: 97)

Manakala kekurangan dari sudut akal bukanlah bermakna wanita mempunyai akal yang kurang daripada lelaki tapi, Allah menentukan bahawa wanita kurang kemampuannya daripada lelaki yang memungkinkan perasaannya mengatasi pertimbangan akalnya, bukanlah ia bermaksud satu kemuliaan untuk kamu lelaki tetapi agar keduanya saling membantu antara satu sama lain. Kalau tidak kerana kekuatan perasaan wanita mengatasi akalnya, tentulah wanita tidak mampu bersabar melayani dan berhadapan dengan karenah anak-anak kecilnya.

Seharusnya kaum lelaki tidak menjadikan hadith berkenaan sebagai bahan untuk merendah-rendahkan peranan muslimat dalam gerak kerja dengan alasan muslimat mempunyai kekurangan akal dan agama berbanding lelaki. Jadikanlah hadith Nabi SAW ini sebagai renungan:

orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah yang paling baik di antara kalian kepada isteriku.” Riwayat Ibnu Majah

Fahaman kedua: kepimpinan lelaki ke atas wanita
Sesungguhnya kepimpinan yang dimaksudkan ialah kepimpinan dalam ruang linkup rumahtangga. Allah memberi keistimewaan bagi kaum lelaki untuk memikul amanah ini. Firman Allah SWT:

ãA%y`Ìh9$# šcqãBº§qs% n?tã Ïä!$|¡ÏiY9$# $yJÎ/ Ÿ@žÒsù ª!$# óOßgŸÒ÷èt/ 4n?tã <Ù÷èt/ !$yJÎ/ur (#qà)xÿRr& ô`ÏB öNÎgÏ9ºuqøBr& 4
34. Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-
orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka (An-Nisa’: 34)

Kelebihan yang dikurniakan kepada lelaki bukanlah kelebihan mutlak. Keistimewaan yang dikurniakan kepada lelaki adalah untuk membantu kaum wanita melaksanakan tugas-tugasnya. Amanah yang dipikulkan di bahu kaum lelaki tidak sepatutnya meremehkan peranan wanita di medan amal islami.

Salah faham ini telah menjadikan wanita seumpama orang yang lumpuh dan hanya menunggu keputusan daripada kaum lelaki sahaja untuk menetapkan system, perancangan dan sebagainya. Seharusnya wanita lebih memahami hal-hal kewanitaan dan berusaha untuk merancang sendiri daripada hanya menunggu arahan dari kaum lelaki.

Fahaman ketiga: isu wanita keluar rumah untuk menyumbang tenaga
sebahagian besar kaum lelaki menyakini lelaki tidak boleh keluar rumah kecuali apabila keadaan darurat sahaja. Berdasarkan firman Allah SWT:
tbös%ur Îû £`ä3Ï?qãç/
33. Dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu  ( al-ahzab: 33)
Mereka lupa sambungan kepada ayat ini iaitu:


t Ÿwur šÆô_§Žy9s? ylŽy9s? Ïp¨ŠÎ=Îg»yfø9$# 4n<rW{$# (
serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; (al-ahzab:33)

Tempat yang terbaik bagi seorang muslimah sememangnya di rumah supaya mereka dapat menetap dengan perasaan yang tenang di rumah dan melaksanakan tanggungjawab utamanya yang bersesuaian dengan fitrahnya. Namun sekiranya mereka berasa duduk di rumah adalah satu paksaan dan sentiasa mencari peluang untuk keluar bebas tanpa sebab maka pada ketika itu, ia telah menyalahi kewajipan menetap di rumah yang telah Allah wajibkan ke atasnya kerana  kesannya ia akan gagal dalam menjalankan tanggungjawab di dalam rumahtangganya.  

Wanita dilarang untuk bertabarruj (bersolek). Maka dengan itu, ayat ini membawa maksud wanita muslimah hendaklah menetap sahaja di rumah agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab rumahtangganya. Jika mereka keluar dengan alasan yang dibenarkan syarak, maka wajiblah ke atasnya mengelak diri dari bertabarruj seperti orang jahiliyah dahulu kala.

Keegoan lelaki
Sebilangan kaum lelaki lebih suka berehat-rehat di rumah. Apabila pulang ke rumah, mereka lebih suka melihat makanan yang lazat sudah terhidang, rumahnya dalam keadaan bersih dan tersusun, bertemu anak-anak dalam keadaan yang terbaik dan isteri sepenuh masa melayaninya. Sememangnya inilah factor kebahagiaan keluarga yang amat dituntut. Namun sikap berlebih-lebihan yang berpanjangan dengan ini boleh membuatkan muslimat tidak ada masa keluar untuk menghadiri perjumpaan, mesyuarat dan sebagainya.
Ada yang mengatakan Si suami telah memberikan kepada isteri dan anak-anaknya waktu yang tertentu untuk memberi ilmu dan perkara agama. Mereka berkumpul untuk duduk bersama-sama membaca Al-Quran, berusrah dan sebagainya. Namun usaha ini tidak mampu diwujudkan oleh semua lelaki melainkan bilangan yang sangat kecil ini.

Masyarakat sangat berharap memerlukan muslimat yang telah dibentuk dalam suasana yang baik ini. Tidak kurang juga anak-anak mereka. Justeru, menjadi satu kewajipan bagi muslimat tersebut untuk keluar melibatkan diri dalam program-program kewanitaan, berbanding dengan muslimat yang lainnya.
Semestinya sebagai seorang lelaki, harus bertanya pada diri sendiri dengan benar dan telus.

Adakah lelaki itu bersungguh-sungguh dalam dakwahnya untuk menghidupkan kembali kemuliaan Islam?

Adakah dia bersedia untuk bertolak ansur mengenepikan sebahagian daripada kesenangan hidup duniawi demi Islam?

Adakah mungkin isteri-isteri dan anak-anak perempuan melibatkan diri dalam gerak kerja ini jika para suami tidak membantunya dengan melepaskan beberapa hak-haknya atau menolongnya dalam sebahagian urusan rumahtangga dilakukan bersama-sama isterinya?

Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu.” Riwayat Ibnu Majah

Nota:
1.       Saya kongsikan hasil pembacaan bahagian pertama buku ini
2.       Jika saya seorang muslimin membaca ini membuatkan hati saya sangat terpukul
3.       Manakala sebagai seorang muslimah saya membaca dengan perasaan yang bercampur baur. Begitu banyak keistimewaan, peluang dan ruang yang membela muslimat untuk terus ke hadapan dalam membantu medan amal islami masihkah kita mahu mengelak? Masihkah mahu berbantah-bantah memberi alasan itu dan ini? Masihkah mahu terus memberi alasan tidak hadir program?
4.       Ya Allah, jauhi aku dari kufur nikmat. Jauhi aku dari godaan syaitan. Jauhi aku dari diuji dengan kata-kata dan tulisan.  Semoga aku tidak berpaling dari jalanMu tatkala aku diuji dengan mehnahMu..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...