اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
“ Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmatMu untukku…”
Kaki melangkah ke masjid. Allah, perbaikilah ibadahku pada malam ini. Semoga hari ini lebih baik dari yang sebelumnya..
Terawih malam ini Imam membacakan juzu’ 15. Sama angka dengan tarikh hari ini. Masuk berbuka tadi, genaplah 15 Ramadhan. Surah ke 17 itulah Al-Isra’.
Di rakaat pertengahan, Imam yang saya gelar ‘Sheikh Mishary UTM’ itu membaca ayat ini.
* 4Ó|Ós%ur y7•/u‘ žwr& (#ÿr߉ç7÷ès? HwÎ) çn$ƒÎ) Èûøït$Î!ºuqø9$$Î/ur $·Z»|¡ômÎ) 4 $¨BÎ) £`tóè=ö7tƒ x8y‰YÏã uŽy9Å6ø9$# !$yJèd߉tnr& ÷rr& $yJèdŸxÏ. Ÿxsù @à)s? !$yJçl°; 7e$é& Ÿwur $yJèdöpk÷]s? @è%ur $yJßg©9 Zwöqs% $VJƒÌŸ2 ÇËÌÈ ôÙÏÿ÷z$#ur $yJßgs9 yy$uZy_ ÉeA—%!$# z`ÏB ÏpyJôm§9$# @è%ur Éb>§‘ $yJßg÷Hxqö‘$# $yJx. ’ÎT$u‹/u‘ #ZŽÉó|¹ ÇËÎÈ
23. Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).
24. Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Imam meneruskan bacaan untuk rakaat yang seterusnya,
Ÿwur (#qç/tø)s? #’oTÌh“9$# ( ¼çm¯RÎ) tb%x. Zpt±Ås»sù uä!$y™ur Wx‹Î6y™ ÇÌËÈ
32. Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).
“Ya Allah, jauhi diri kami dari menyakiti ibu bapa kami walau sebesar zarah. Jauhi kami dari perbuatan zina. Zina hati, zina mata, dan zina anggota…..”
Sementara jema’ah mula meninggalkan ruangan solat, tangan mengambil Quran tafsir yang dibawa. Tangan laju menyelak ke halaman 562. Al-Mulk.
¨bÎ) tûïÏ%©!$# tböqt±øƒs† Nßg/u‘ Í=ø‹tóø9$$Î/ Oßgs9 ×otÏÿøó¨B Öô_r&ur ׎Î7x. ÇÊËÈ
12. Sesungguhnya orang-orang Yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala Yang besar.
Dan sebelum kaki melangkah keluar, bacaan seorang anak kecil dari corong speaker masjid membuat saya terdiam. Dari celah ruang kejauhan, kelihatan satu halaqah. Enam orang semuanya. Imam Malaysia , dua orang lelaki dewasa dan tiga orang kanak-kanak lelaki bukan dari Malaysia. Salah seorangnya dari Somalia. Bakinya, tidak pasti. Dari raut wajahnya mungkin dari tanah arab. Mereka bertadarus. Mikrofon sedang dipegang oleh anak itu. Subhanallah.. segala ayat terpuji wajar digambarkan di sini. Sayangnya, mereka bukan dari Malaysia. Yang dewasa bukan, apatah lagi anak kecil.
Pemuda-pemudi sekalian, ayuh! Jangan biarkan bulan turunnya Al-Quran ini sepi tanpa hingarnya bacaan Al-Quran. Gelap tanpa cahaya Al-Quran. Hidupkan! Semoga nanti akan istiqamah buat selamanya.
0 comments:
Post a Comment