Selawat dan salam buat junjungan
besar nabi Muhammad saw atas kelahiran baginda pada 12 rabiulawal 1432 hijrah
bersamaan 15 febuari baru-baru ini.
Tarikh keramat yang merupakan kelahiran insan hebat di muka bumi ini sangat dinanti-nanti
oleh umat islam seluruh dunia. Namun, pada tahun ini tarikh berkenaan jatuh
pada tarikh yang sama di mana agama bukan islam menggelarnya sebagai hari
kekasih. Ramai umat Islam yang bangkit dalam usaha mencegah daripada umat kita
terikut-ikut dengan budaya luar ini dengan mempromosikan kecintaan kita hanya
untuk Rasulullah saw. Pelbagai medium digunakan termasuklah blog, facebook, dan
juga media cetak semuanya berusaha keras untuk menidakkan sambutan hari kekasih
dan memupuk kasih dan rindu kita kepada Rasulullah saw.
Taman syurga
Usaha ini tidak berhenti sekadar di
situ. Jika dilihat di peringkat Negara kita, semua ahli jawatankuasa masjid di
seluruh Malaysia bergerak secara aktif dengan mengadakan ceramah-ceramah agama
khusus yang berkaitan sambutan kelahiran pemimpin dunia ini, baginda saw. Hal
ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia sudah faham dan sedar kepentingan ilmu
mengenal rasulullah itu adalah jauh lebih penting daripada berarak membawa
sepanduk seperti yang dibudayakan dalam sambutan maulidurrasul sebelum ini.
Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia juga tidak terkecuali dengan
pembudayaan ilmu yang dijalankan. Bermula dengan kuliah talaqi selepas maghrib
yang disampaikan oleh Ustaz dan pensyarah di UTM sendiri dan diikuti dengan ceramah-ceramah
berangkai yang menjemput penceramah-penceramah ternama dari luar seperti Dr
Basit pensyarah dari KIAS yang terkenal dengan rancangan Tanyalah Ustaz di TV9,
juga Ust Wan Sohor Bani Leman pensyarah UIAM yang juga sering menjadi jemputan
di stesyen televisyen juga Ust Zamri Zainal Abidin penerbit di IKIM, Imam muda
Asyraf, dan ramai lagi. Seharusnya mahasiswa, staf dan seluruh warga kampus
tidak melepaskan peluang untuk menadah ilmu di taman syurga seperti yang
terdapat dalam hadith saw maksudnya:
“Apabila
kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka
hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya:
Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.
(Hadis
riwayat at-Tirmizi).
1
Malaysia 1 Ummah
Di
Malaysia, tema sambutan maulidurrasul ini sering bertukar setiap tahun. Jika
tema tahun lepas ialah “memantap ukhuwwah, memperkasa ummah”, maka tema
pada tahun ini adalah “ 1 Malaysia 1 Ummah” bersesuaian dengan apa yang
digagaskan oleh Y.A.B Perdana Menteri kita. Usaha beliau dalam menjayakan
konsep 1 Malaysia tidak pernah putus. Maksud 1 Malaysia ialah
bermatlamat untuk mengekalkan perpaduan di samping bertindak secara adil
dalam kepelbagian kaum di Negara kita. Manakala menurut Profesor Hamka dan
ulama arab, maksud ummah itu adalah lebih kepada persamaan aqidah, keimanan dan
kepercayaan sesuatu masyarakat. Ummat Islam tidak mungkin sama dengan ummat
Kristian, Hindu, Budha dan sebagainya. Adalah mustahil bagi kita untuk
menyatukan aqidah islam dengan yang lain. Sambutan maulidurrasul adalah
peristiwa bersejarah yang mengangkat kelahiran nabi Muhammad saw. amatlah tidak
wajar sekiranya sambutan keagamaan ini disamakan dengan sambutan perayaan yang
berunsur kebangsaan. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan 1 Malaysia 1
ummah ini? adakah dengan mengakui semua ummat yang mendokong 1 malaysia
merupakan 1 Ummat yang sama dengan Ummat yang mulia iaitu Islam?
Saya
secara peribadi, amat tidak bersetuju dengan tema maulidurrasul pada tahun ini.
seperti mana kerajaan tidak mahu isu misi menyelamat yang membawa pelajar
Malaysia seramai 11,000 keluar daripada mesir dipolitikkan, saya juga berharap
isu tema maulidurrasul ini juga tidak dipolitikkan. Mahasiswa, ummat islam harus
berfikir dengan kritis terhadap apa yang berada di sekeliling kita.
1 comments:
(Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad saw atas kelahiran baginda pada 12 rabiulawal 1432 hijrah bersamaan 15 febuari baru-baru ini.)
-*- ayat ini perlu diperbaiki, kerana Nabi Muhammad SAW tidak lahir pada 12 rabiul awal 1432 hijrah... harap maklum...
Post a Comment