• RSS

27 February 2011

Fajar di Hujung Malam

Tajuk: Fajar Di Hujung Malam
Penulis: Hasan Ali
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Harga: Sem. Malaysia RM22.00
Lihat  kulit novel dan tajuk novel ini, apa agaknya yang terlintas di fikiran anda? novel mengenai apakah ini? buku antologi cerpen kah? Sejarah kah? Atau buku motivasi?
Saya suka menjadikan ia teka-teki pada sebahagian sahabat-sahabat saya. setakat ini, tiada lagi yang Berjaya dengan tepat meneka tema utama novel ini dengan hanya melihat pada tajuk dan kulitnya.
Novel  ini sebenarnya adalah berkaitan sirah junjungan besar kita Rasulullah saw. Ia bermula dari kisah perigi zam-zam digali dan diakhiri dengan kewafatan nabi Muhammad saw. Membaca novel ini banyak memberi keinsafan, dengan menyoroti peristiwa-peristiwa mukjizat nabi membuktikan kerasulan, tindakan aksi sebagai qudwah hasanah, dan tidak kurang juga detik-detik kesukaran baginda saw menyampaikan dan memperkembang luas agama Islam ke seluruh dunia.
Mungkin novel ini tidak selengkap Fiqh As-Sirah karya Sheikh Ramadhan Al-Buti dan Tuan Guru Hadi Awang dalam mengupas sirah nabawiyyah. Namun, novel ini adalah satu alternative bagi mereka yang ingin menghadam sirah Rasulullah dengan gaya bahasa penceritaan yang lebih ringan.
Di samping itu, digarapkan juga beberapa peristiwa yang menjadi asbab nuzul ayat Al-Quran diturunkan seperti surah Al-Mumtahanah ayat sepuluh maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, apabila datang berhijrah kepadamu perempuan-perempuan yang beriman, maka hendaklah kamu uji (keimanan) mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan mereka;maka jika kamu telah mengetahui bahwa mereka (benar-benar) beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. Mereka tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tiada halal pula bagi mereka. Dan berikanlah kepada (suami suami) mereka, mahar yang telah mereka bayar. Dan tiada dosa atasmu mengawini mereka apabila kamu bayar kepada mereka maharnya. Dan janganlah kamu tetap berpegang pada tali (perkawinan) dengan perempuan-perempuan kafir; dan hendaklah kamu minta mahar yang telah kamu bayar; dan hendaklah mereka meminta mahar yang telah mereka bayar. Demikianlah hukum Allah yang ditetapkanNya di antara kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Ayat ini diturunkan kerana ketika selepas Perjanjian Hudaibiyah dahulu, ada seorang wanita bernama Ummi Kalthum binti ‘Uqba bin Mu’ait yang melarikan diri dari Makkah ke Madinah. Saudaranya Umara datang meminta supaya Ummi dikembalikan sesuai dengan perjanjian hudaibiyah. Namun, dalam soal ini Rasulullah tidak menerima permintaan itu kerana baginda berpendapat wanita harus dilindungi. Selain itu, wanita yang sudah Islam secara automatik terpisah dengan suaminya yang kafir.
Semoga buku ini dapat membantu anda lebih menghayati sirah hidup Rasulullah saw.
kenali Rasulullah sepanjang hayat supaya Rasulullah mengenalmu di akhirat... - Azlinda, 27 febuari 2011 10.26 am

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...