Assalamualaikum wbt..
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alaihi wa barik wasalim..
Alhamdulillah.. Hari ini Jumaat minggu kedua sebagai mahasiswa tahun satu di peringkat sarjana. Permulaan selepas pengakhiran. Tempat lama, dunia baru.
Melangkah ke dunia baru ini juga, sungguh ramai yang cukup 'ambil berat' dengan saya. Contoh soalan dan pandangan 'ambil berat' yang sangat klise bagi saya.
"Kenapa sambung master?, bukan sepatutnya tunggu posting je ke?"
"Kenapa sambung master? nanti kalau dapat posting, macam mana?"
"Laa.. sambung master ke? nak jadi pensyarah ke?"
"Kenapa sambung master? tak best ke jadi cikgu?"
"Lepas sambung master, nak masuk sekolah ke? tak rasa membazir ke ada master tapi pergi sekolah?"
"So ni, lepas master kena tunggu SPP panggil untuk posting pulak la kan? lama tau nak kena tunggu.."
Pada mulanya, saya mendaftar dalam sarjana bimbingan dan kaunseling.
"Oh... nak jadi kaunselor lah ni?, hebat-hebat."
"Aik! larinya bidang. kenapa tak ambil matematik?"
Dan setelah sedar keupayaan diri yang sifar ilmu kaunseling, maka saya menukar kos kepada psikologi dalam pendidikan.
"psikologi dengan matematik pun jauh lari bidang tu."
"kesiannya awak tukar kos daripada kaunseling. Saya bukannya apa. bimbang awak punya peluang kerja tu nanti.. psikologi ni macam susah sikit nak dapat kerja"
Itu sebahagiannya. Ada yang bertanya kerana benar-benar ingin tahu. Dan ada juga yang mempersoalkan kerana tercabar. terima kasih kerana mengambil berat pada saya.
Apa-apa pun, sukalah untuk saya berterus terang di sini. Menyambung pelajaran di peringkat sarjana termasuk dalam perancangan tiga tahun saya selepas tamat peperiksaan akhir di sarjana muda yang lalu. Saya berhasrat untuk menyambung kerana benar-benar ingin menambah ilmu dalam bidang pendidikan. Saya ingin menjadi pelapis kepada warga pendidik yang lebih berkualiti. Ditambah pula kami warga ISMP tiada jaminan daripada pihak kerajaan bilakah tarikh sebenar kami akan ditempatkan untuk mengajar. Saya juga ingin menyiapkan diri dari awal kerana sebelum ini, semua guru diwajibkan untuk mempunyai ijazah sarjana muda dan tidak mustahil akan datang, semua guru wajib pula mengambil sarjana. Manakala dari sudut ekonomi pula, siapa tahu akan datang gaji bagi seorang guru sarjana dan sarjana muda berbeza.
Mengenai posting, borang posting telah pun saya isi secara manual dan atas talian di laman sesawang SPP. Hanya berusaha sekadarnya dan akan menangguh atau menolak tawaran seandainya dipanggil untuk temuduga dalam tempoh setahun setengah ini. Ini juga tidak mematikan semangat saya bersama rakan-rakan yang lain untuk menuntut hak posting.
Saya tidak berhasrat untuk menyambung dalam bidang matematik kerana saya mahu berehat daripada memegang kalkulator. Pada saya, cukuplah sekadar di peringkat sarjana muda sahaja belajar matematik kerana applikasinya dalam kehidupan nanti tidak banyak melainkan sekelumit sahaja.
Saya memilih bimbingan dan kauseling pada mulanya kerana benar-benar ingin menjadi seorang kaunselor. Namun setelah dinasihati oleh koordinator program, saya beralah dengan keputusan. Ketiadaan asas langsung dalam bidang ini mungkin akan membuatkan saya terpinga-pinga dalam kelas nanti. Semestinya ada hikmah yang menanti. Maka dengan itu, saya memilih program yang berhampiran dengan kaunseling iaitu psikologi. Kali terakhir saya belajar mengenainya ialah ketika tahun satu semester dua. Sudah agak berkarat dan itu membuatkan saya semakin bersemangat untuk membaca semula buku Santrock keluaran Mc Graw Hill itu.
Dari sudut peluang kerja pula, sejujurnya saya tidak berminat untuk membahaskan sekarang. Kerana pada saya, saya bukanlah jenis yang menuntut ilmu kerana untuk memilih-milih kerja. Tapi saya belajar untuk amal dan mengajar. Bukanlah saya jenis yang tidak memikirkan masa depan, tapi pada saya peluang kerja itu akan datang kemudian. Dan rezeki itu sememangnya dari Allah Yang Maha Berkuasa.
Setiap bidang, ada kesusahan dan keseronokan tersendiri. Doakan saya, Hamba Allah yang sedang menuntut ilmu dan ingin menjadi ummat yang cemerlang kebanggaan Nabi. Semoga Himmah menuntut ilmu ini berbuah hikmah kelak.
Wallahu'alam.
4 comments:
Salam. Tahniah sebab dh sambung master. Alhamdulillah. Saya tercari2 juga cikgu yg buat mcm saya ni. Sambung master sebelum dapat jadi ckgu dan juga sambung master bukan link dengan degree..
Saya juga seperti awak.. Sambung master sebelum mengajar.. Dan sewaktu saya degree dulu saya ambil bidang sains.. Dan sekarang master saya ambil pentadbiran pendidikan.. Saya doakan kita sama2 berjaya. InsyaAllah aminnn
Salam. Tahniah sebab dh sambung master. Alhamdulillah. Saya tercari2 juga cikgu yg buat mcm saya ni. Sambung master sebelum dapat jadi ckgu dan juga sambung master bukan link dengan degree..
Saya juga seperti awak.. Sambung master sebelum mengajar.. Dan sewaktu saya degree dulu saya ambil bidang sains.. Dan sekarang master saya ambil pentadbiran pendidikan.. Saya doakan kita sama2 berjaya. InsyaAllah aminnn
Saya baru apply untuk amek master. saya juga dapat feedback yang sama dari orang sekeliling saya.
betul! tujuan amek master untuk amal dan pendidik..
untuk kerja, adalah rezeki dari Dia. tak salah untuk kita cari ilmu. yang penting NIAT.
sedangkan dalam rukun solat, NIAT adalah pertama.
salam
Saya nak Tanya...camna smbg master ni susah Ka senang ..sy berminat nak smbg jugak
Post a Comment