Nama Mariyah Al-Qibtiyah jarang sekali kita dengar di mana-mana kitab sirah Rasulullah. Pertama kali saya mendengar nama ini adalah ketika di tingkatan satu yang mana Maria Qibtiah adalah nama dorm saya dan ketika itu, saya sering tertanya-tanya siapakah sebenarnya Mariah ini. Namanya yang seperti nama orang barat ini membuatkan saya hairan. Sedangkan nama-nama dorm di asrama saya merupakan nama-nama tokoh islam. Hasil daripada pencarian saya ketika itu, saya hanya mendapat jawapan, beliau merupakan salah seorang isteri Rasulullah saw.
(ada riwayat mengatakan bau peluh Rasulullah adalah seperti bau bunga rose merah jambu)
sekadar ingin berkongsi, ini adalah hasil bacaan saya daripada sebuah buku mengenai Mariyah Al-Qibtiyah.
Mariyah adalah puteri Syam'un dari kalangan penganut agama nasrani (Kristian) mesir, manakala ibunya berasal daripada Rom, Itali. Mariyah merupakan wanita cantik, berkulit putih seperti ibunya dan berambut ikal seperti ayahnya. Tetapi sayang beliau hanyalah seorang abdi.
Mariyah dikenali sebagai wanita berakhlak mulia di kalangan Istana Muqaiqis, Dia rajin bekerja tetapi pemalu. Raja Muqaiqis amat sayang padanya. Ketika itu, Rasulullah telah mengutus surat kepada Raja Muqaiqis. dan bagi menghormati Rasulullah, Mariyah diberikan kepada Rasulullah melalui utusan baginda, Hatib bin Balta'ah.
Sepanjang perjalanan, Mariyah berasa amat sedih kerana beliau tidak tahu apakah nasib yang bakal menimpa dirinya menyedari dirinya hanyalah seorang hamba. Hatib yang juga sahabat Rasulullah menyedari keadaan itu lalu berusaha untuk menghiburkan Mariyah dan berdakwah kepadanya mengenai Islam. setelah beberapa hari Hatib bercerita mengenai islam kepadanya, Mariyah akhirnya memeluk Islam. Setelah menempuh perjalanan yang panjang, akhirnya tunggangan sampai di madinah
Rasulullah amat menghormati tetamunya dan berasa simpati atas pengorbanan Mariyah yang sanggup berpisah dari saudara mara di tanah air untuk menjadi pembantu baginda. Rasulullah lalu berkahwin dengan mariyah dan ditempatkan di 'Aliyah sebuah kampung yang terletak di bahagian luar Kota madinah.
Rasulullah amat sayang pada mariyah. pada tahun ke 8 hijrah, Mariyah hamil. ini membuatkan Rasulullah semakin menumpahkan lebih banyak perhatian kepada beliau bahkan nabi sentiasa mendampingnya. pada bula zulhijjah tahun yang sama, Mariyah melahirkan seorang putera yang dinamakan Ibrahim. Rasulullah amat sayang pada Ibrahim. Setiap hari Rasulullah singgah ke rumah mariyah sekadar menatap wajah puteranya, Ibrahim.
Namun, kegembiraan yang dikecapi hanyalah sementara. Selepas enam belas bulan, Ibrahim sakit teruk dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 20 Rabiulawal tahun ke 10 hijrah. Rasulullah menangis kedukaan dan ketika inilah kaum muslimin memperingatkan larangan Allah berbuat demikian. tetapi Rasulullah menjawab:
"Aku tidak melarang orang berdukacita, tetapi yang aku larang ialah orang menangis dengan suara keras. Apa yang kamu lihat padaku hari ini adalah pengaruh cinta dan kasih sayang di dalam hatiku"
Semenjak pemergian Ibrahim, Mariyah tidak lagi mengandung. Rasulullah tetap berkunjung ke rumahnya. Baginda sentiasa menghibur dan menenangkan hati ibu yang dilanda duka itu.
selepas kewafatan Rasulullah saw, kira-kira tahun ke 16 Hijrah, Mariyah ditimpa sakit dan beberapa hari kemudian, beliau wafat. Jenazah Mariyah dimaqamkan di Baqi' disamping ahlul bait yang lain.
.
3 comments:
Assalamulaikum
Moga-moga semangat dan ketabahan Mariyah menyerap msuk ke aliran darah yang msih mengalir..menuju ke arah redha Illahi..
assalamualaikum......
kagum dengan semangat Mariyah..sudahlah jauh dr saudara mara, kemudian kehilangan anak tersayang dan tidak mengandung lagi.....sungguh besar ujian Allah padanya.....insyaAllah....menjadi pedoman untuk mnghadapi hari seterusnya..
Salam,sya pun tidak penah dgr namenye.bru tahu juga dri cnilah kisah yg menyatakan bahawa Allah melarang kite mnagis dgn suara keras apabila ade saudara meninggal.
Post a Comment