• RSS

10 February 2010

Mengenal erti syukur..



pintu masuk



insan-insan pilihanNya







tidak tahu apa yang difikirkan







insan istimewa..







Seperti yang dijanjikan minggu lepas, hari ini kami yang mengambil subjek Budi Penyayang seksyen 02 akan pergi ke Taman Sinar Harapan Jubli, Johor Bharu yang terletak tidak jauh dengan plaza Angsana. Kediaman ini disediakan khas untuk pesakit yang mempunyai kurang cerdik akal dan terlebih cerdik akalnya. yang pasti, tahap pemikiran mereka tidak sama dengan manusia normal. Usai solat zohor, saya bergegas bersiap dan pergi ke tapak kami berkumpul di Pusat KoQ. sebelum kaki melangkah keluar dari bilik, saya berbisik " Ya Allah, semoga ada 'ibrah yang bakal aku peroleh".





Kira-kira jam 2.30 petang, bas bertolak meninggalkan kampus. Sepanjang perjalanan, saya banyak diam daripada bercakap. hanya sekali-sekala menyahut dan mengiyakan pertanyaan sahabat di sebelah sambil melihat bangunan-bangunan yang berdiri kukuh di kanan kiri jalan. Perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 40 minit sahaja. tepat jam 3.10 kami sampai di sana. Kami disambut dengan mesra oleh pegawai di sana lalu mempersilakan kami masuk..



Aktiviti pertama ialah sesi taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Pengetua Taman Sinar Harapan. "Taman Sinar Harapan Jubli ini merupakan sebuah institusi kebajikan di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat malaysia (JKM)", beliau memulakan taklimat. Beliau juga memberi penjelasan mengenai bilangan pelajar yang hampir 200 orang ramainya dan kesemua adalah perempuan, kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dilakukan seharian..



seterusnya, kami dibawa ke bilik snoezelen. melihat keadaan bilik ini hampir sama dengan bilik snoezelen di Pusat kaunseling & kerjaya UTM (PKK). rawatan dan alatan yang disediakan lebih kepada bagaimana ingin membuat mereka berfikir dan encourage skill.


selepas itu, kami dibawa pula ke dewan besar. "kebiasaannya diorang ni ada kelas waktu petang. tapi hari ni hari rabu diorang tengok wayang" kata Timbalan Pengetua tersebut..





saya membayangkan mereka dipertontonkan dengan wayang dengan lcd nya dan dilengkapi dengan sound system yang boleh membuatkan dewan bergema. tapi apabila kami masuk ke dewan besar, apa yang ada hanyalah sebuah tv kecil dan mereka duduk di atas kerusi dan menonton bersama-sama. ish3... yang depan untunglah dapat tengok puas. tapi yang belakang, tengok kepala kawan la..cerita yang ditayangkan ketika itu ialah "jangan pandang belakang congkak" "diorang ni, kadang-kadang advanced daripada kita. cerita-cerita yang baru keluar lebih tahu daripada kita", kata pegawai di situ. kami hanya tersenyum..


dalam masa yang sama, kami tidak melepaskan peluang untuk bersalam, beramah dan bergambar bersama dengan mereka. Mereka semua gembira menyambut kedatangan kami. Mungkin sedikit berasa gembira diraikan begitu. Ada pula cerita lucu yang sempat saya perhatikan. Dua orang rakan kami, Am dan Nurish berasa ragu-ragu untuk bersalam dengan pesakit yang kesemuanya perempuan ini. pada mulanya saya melihat Am ingin melapik tangannya dengan bajunya tapi, tangannya dicapai dahulu oleh pesakit tersebut sebelum Am sempat berbuat demikian. kemudian Nurish berbisik pada Am " weh, aku rasa boleh la, sebab diorang kan kurang waras" saya hanya berkata dalam hati, "betullah tu".





rasa insaf

memerhatikan raut wajah mereka, hati saya sedikit sayu. walaupun senyuman yang terpamer, pasti mereka juga tahu apa itu sedih. mereka juga tahu mengapa mereka diletakkan di situ. tentunya mereka tidak mahu dilahirkan sebegitu. sesungguhnya akal lah kesempurnaan seorang manusia hingga mampu mensyariatkan wajib atau tidak seseorang itu beribadah. saya berasa amat bersyukur dilahirkan dengan kesempurnaan ini. Alhamdulillah! terasa nikmat akal yang saya peroleh ini begitu besar. bertuahnya saya dipilih Allah untuk diberikan akal yang sempurna. namun, saya terus berfikir. berfikir setakat mana saya bersyukur dan menggunakan akal dengan sebaiknya?. adakah saya sudah menggunakan nikmat akal ini dengan sempurna? adakah saya telah menggunakan akal dengan mengingati kebesaran allah Yang Esa? atau adakah saya telah menggunakan akal untuk perkara tercela? nauzubillah..

teringat saya pada satu surah:

Allah SWT befirman : “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali-Imran : 190)


Ayat ini menjelaskan bahawa di antara ciri-ciri awal orang yang berakal itu ialah mereka memerhatikan kejadian langit dan bumi, melihat pertukaran siang dan malam serta mengakui kebesaran Allah SWT.





bagaimana jika nikmat akal ini ditarik balik? Astaghfirullah.. mereka yang berada di hadapan saya ini, sudah pasti kepingin untuk memiliki anugerah akal ini..


rasa kasihan saya pada mereka terus menggigit hati. walau apa pun, harus diingat mereka dijadikan sebegini sudah pasti terselindung disebaliknya jutaan hikmah.. supaya kita yang sempurna dapat menginsafi.. bukannya menghina golongan ini.. sedarkah dirimu, bahawa mereka ini suci.. suci daripada gumpalan dosa.. kerana terlepas pengsyariatan mukalaf.. jika mereka ditakdirkan mati, syurga itu sudah pasti.. tapi saya? kita? belum lagi mesti..



hampir jam 4.30 petang, kami berangkat pulang meninggalkan kediaman ini serta penghuninya..


lambaian mereka menghantar kami..




















































































1 comments:

far hani said...

..akal....
nikmat yg sangat bernilai..akal yg mmbezakan manusia dengan makhluk lain di muka bumi ini....hati adalah raja, manakala akal adalah perdana menteri..akal brtanggungjawab utk mnasihati hati tntang perkare baik mahupun buruk.....gunakan lah akal dengan seeloknya...^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...