Bismillah...
aku seorang hamba biasa.. yang senantiasa inginkan belas ihsan dariNYA.. seorang remaja yang hatinya penuh ketakutan seandainya tersalah memilih jalan durjana..
hati ini sering kali diuji dengan pelbagai ujian.. Allahuakbar!!
namun kini, di usia 18 tahun ini aku mulai sedar arah tuju aku yang sebenar.. Allah itu Maha Pemurah.. aku menjadi semakin yakin denganNYA.. Dia telah banyak menunjukkan aku jalan yang benar dan membuat aku semakin dekat denganNYA.. insya-Allah.. tapi, aku takut akan kehilangan kemanisan ini semua..
bergetar dadaku setiap kali mendengar namaNYA dialun.. terasa kerdilnya seorang hamba yang tidak mampu menciptakan apa-apa walau sebutir debu..
Ya! hidup ini terlalu singkat.. mengapa kita tidak menikmatinya dengan beramal kepadaNYA? rugi! amat rugi jika terus lalai dan mencintai dunia yang fana ini!
dulu, aku keliru.. mengapa kita harus mengejar ilmu? mengapa tidak terus beribadah sahaja kepadaNYA? aku lupa.. bahawa kewajipan menuntut ilmu pada setiap individu muslim sepertiku.. bahkan dalam kitabNYA juga ada dicatatkan betapa Allah mengangkat darjat seorang penuntut ilmu disisinya.. sekali lagi aku berasa bangga sebagai seorang peraih ilmu Allah yang tidak akan habis ini..Alhamdulillah..
Nabi dulu Mazhab apa?
1 week ago