Minggu Kedua
(26-30 March 2012)
Assalamualaikum.
Selawat dan salam atas junjungan besar buat Rasulullah saw serta ahli keluarga
baginda.
Sabtu 24
march, saya dan Yong diminta untuk mengiringi murid tingkatan 6 dan 5 untuk ke
Persada, JB.
Pulangnya sudah lewat malam. Penat. Hari ahad dimanfaatkan
sepenuhnya untuk berehat dan membuat persediaan rapi Lesson Plan, Teaching
Aid dan Content. Lewat malam juga baru siap segala persediaan.
Isnin saya
masuk kelas pertama. Dua masa. 1 jam 10 minit. Selesai mengenalkan diri, semua
murid diminta pula mengenalkan diri. Nama dan cita-cita. Saya catatkan di
sebelah nama mereka dalam senarai yang saya ada. ‘mencuri’ idea daripada Prof
Dr Muhaya supaya memanggil nama murid dengan cita-cita mereka seperti Doktor,
Cikgu dan sebagainya. Pelajaran bermula dengan baik. Suara dikuatkan sehabis
baik apabila murid di belakang memberi isyarat tidak jelas. Alhamdulillah murid-murid
memberi kerjasama yang sangat baik.
Satu waktu
sebelum balik, saya ada lagi satu kelas bersama kelas ketiga dalam ranking. Bermula
daripada awal perkenalan hingga tamat sesi pengajaran pelajar sangat bising. Suara
saya tidak mampu mengatasi kebisingan tersebut.
Habis kelas,
air diminum sebanyaknya membasahkan tekak yang betul-betul kering. Post-mortem
dibuat bersama-sama guru pembimbing. Strategi baru disusun demi mengambil
tempat di hati murid.
Hari selasa
dan berikutnya, pengajaran bertambah baik. Namun, masalah baru pula timbul. Murid
di kelas ketiga sudah sembuh bisingnya, perhatian juga sudah diberikan, arahan
juga sudah dipatuhi. Tapi pelajar di kelas pertama pula memberi masalah. Saya faham.
Mengapa mereka begitu. Muridnya kurang memberi respond. Apabila ditanya, senyum
sahaja. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Tanda malu untuk mengaku tidak
faham. Situasi ini sebenarnya biasa berlaku apabila pelajar di kelas pertama
malu untuk mengaku tidak faham kerana di kotak fikirannya hanya menganggap “terok
betul! Senang macam ni pun tak boleh faham” jika dirinya ingin bertanya
soalan.
Makanya, di
akhir kelas itu jumaat tadi saya membuat post mortem bersama murid. Apakah cadangan
mereka untuk saya mengubah cara pengajaran demi memberi kefahaman yang hakiki
buat mereka. Dan Alhamdulillah saya sudah temui jawapannya..
Allahuakbar..
baru dua minggu bergelar cikgu, sudah bermacam-macam ilmu yang saya dapat. Bermain
dengan manusia ni, cabarannya lebih banyak berbanding enjinair dan lain-lain.
sungguh!
Buat yang
melewati entri ini, jangan lupa doakan saya yang sedang menjalani latihan
mengajar ini semoga baik-baik sahaja semuanya. Ya Allah, mudahkanlah aku
belajar dan mengajar. Sesungguhnya ilmu itu semuanya dating daripadaMU..
Nota:
1. Nantikan entri
khas mengenai roommate..
2. Esok saya akan
menghadiri LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) di sekolah. Entah LDP tu apa, saya
pun tak tahu
3. Minggu depan
jadi ajk NADWAH dan kepimpinan peringkat sekolah.
4. Masa sudah
semakin sedikit. Insya Allah semoga kesibukan ini kesibukan hamba mencari redha
TuhanNya. J