Menurut Sternberg (1986) dalam teori cintanya,
"Love is a combination of emotions, cognition and behaviors that play important role in intimate relationship"
Yang mana,
emotion itu boleh ditafsirkan dengan
passion,
cognition pula ialah
commitment dan
behavior pula boleh dijelaskan dengan
intimacy.
Passion : sexual motives and excitement associated with a couple's relationship
Commitment: decision to love and commit to maintain the relationship
Intimacy: feeling of closeness felt by two people (the extent they feel bonded)
|
Type of love |
Rajah segi tiga di atas adalah menunjukkan jenis-jenis cinta.
Liking. Intim. Cinta yang wujud kerana rapat. akrab. Ngam. 'masuk'. Mungkin dia banyak tahu pasal kita. Dan dia banyak tahu pasal kita. Kita senang gerak kerja dengan dia, dia faham perangai kita, lalu dengan mudah kita mengumumkan hubungan itu sebagai cinta. Tapi, tanpa kita sedar, ia hanyalah sekadar LIKE. Bukan cinta selayaknya hingga ke perkahwinan.
Companionate. Cinta yang wujud hasil gabungan intim dan komitmen. Kita rapat dengan seseorang dan kita mahukan hubungan itu kekal hingga ke hujungnya. Ini mungkin terjadi bagi pasangan yang couple atau dah berkawan sejak di bangku sekolah hingga universiti. Namun, setelah berkahwin kadang kala mereka tidak (maaf cakap) 'berhubungan' seperti suami isteri. Ya. mereka hanya mahukan hubungan mereka kekal. Tapi bukan sebagai seorang suami isteri.
Empty. Kosong. Komitmen. Lelaki dan perempuan itu mahukan hubungan mereka kekal sampai bila-bila. Tapi, mereka tidak pernah cuba untuk membajai hubungan itu dengan kasih sayang dan tidak melakukan (maaf cakap) 'hubungan' suami isteri.
Fatuous. P
assion dan komitmen. Ini cinta nafsu. Menjadikan lelaki atau perempuan hanya sekadar tempat melampiaskan nafsu. Berkahwin, ingin kekal hingga ke akhirnya, melakukan (maaf cakap) 'hubungan' suami isteri. Tapi, tidak ada kasih sayang di dalamnya.
Infatuation. Ini tidak selayaknya dipanggil cinta. Kerana, ia tidak ada komitmen. Bila lelaki atau perempuan itu rasa ingin melampiaskan nafsu serakahnya, maka ia datang. Mereka juga boleh bertukar-tukar pasangan.
Romantic. Ramai yang inginkan suami dan isteri mereka romantik. Benarlah ia memang dimaksudkan dengan kasih sayang yang dicurahkan, dan (maaf cakap) 'hubungan' sebagai suami isteri yang boleh digambarkan dengan *bunga-bunga*. Namun, cinta jenis ini tidak ada komitmen. Mereka tidak semestinya menjadi romantik dengan satu pasangan. Mungkin juga boleh dengan orang lain.
Consummate. Cinta sempurna. Gabungan
Commitment, intimacy dan passion. Cinta yang dimulai keputusan untuk kekal hingga ke akhirnya, disulam dengan kasih-sayang dan penyempurnaan nafkah dan hak selayaknya sebagai suami isteri.
Ini adalah termasuk dalam silibus subjek psikologi sosial. Belajar mengenai teori barat ini, ia tidak bersalahan dengan sunnatullah. Tapi ia sebahagian daripada sunnatullah. Sebagai muslim dan mukmin, kita ada cara tersendiri untuk bercinta. Yang mana, kita beri komitmen dengan cara yang menjaga. Kita intim dengan cara yang terbatas. Dan
passion yang kita simpan selepas bernikah. Insya Allah.
Moga Allah berkati semua orang yang sedang bercinta kerana Allah dalam dunia ini. Dan kepada semua pasangan suami isteri, perbaharui cinta anda selalu. :)