"linda, apa perasaan kau kalau kau bukan dalam bidang kerja tu, tapi orang salahkan kau pasal kerja tu", tanya seorang sahabat pada saya.
Nadanya begitu tidak berpuas hati kerana dia telah dipersalahkan mengenai satu perkara sedangkan dia bukanlah orang yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.
" ish2x.. kalau aku jadi kau, mestilah aku sedih. Memang tak patut, orang yang buat macam tu. Tapi, kau kena ingat satu benda. Orang yang dilantik jadi pemimpin dan diberi jawatan ni, kena bersedia untuk dikritik, dibenci, disalahkan, difitnah, dan pelbagai 'di' lagi. Jadi, bersabarlah." lebih kurang begini jawapan saya pada sahabat saya itu.
Tidak tahu adakah kata-kata saya mampu mengubat kekecewaan dan kemarahannya ataupun hanya sekadar ibarat angin lalu sahaja. Biarlah. Saya tidak kisah. Saya juga terfikir, adakah saya mampu berkata sedemikian kerana saya tidak berada di tempatnya dan tidak memegang jawatan tinggi sepertinya..
ayat yang selalu kita dengar,"alah! kau tak ada kat tempat aku, bolehla cakap..."
Itu juga tidak dinafikan. Sudah menjadi lumrah. Yang melihat tidak akan memahami keadaan yang melakukan . Penonton teater tidak dapat memahami dan menghayati watak pelakon seperti mana pelakon itu sendiri menghayati watak yang diberikan kepadanya. Oleh sebab itulah, wujudnya peribahasa "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".
Tapi, walau apa pun ia, ingatlah wahai pemimpin sekalian, bila mana namanya pemimpin, jutaan mata memandangmu dan bersedia untuk mencari kesalahanmu.
wahai JKM, Presiden Kelab/Persatuan, MPM dan lain-lain pemimpin, bersedialah untuk dikritik, dikeji, dibenci, dihina dan dipersalahkan dalam sekalian hal. Kamu perlu bersedia kerana kamu adalah seorang pemimpin!
3 comments:
nak jadi pmimpin ke.. insya Allah next time btading utk mpm ye
ha? ni pesanan utk semua pemimpin.. bukan ana yg nak jd pemimpin.. masya Allah.. mpm? ish2.. ana x sehebat antum..
Rasulullah SAW bersabda: ''Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Dan, seburuk-buruknya pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, dan kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu.''
Post a Comment