• RSS

30 June 2010

Sempurnakan Auratmu Ketika Solat

Ada riwayat mengatakan, solat seorang wanita solehah itu lebih baik daripada solat seorang lelaki. Namun, solat yang bagaimanakah yang diterima oleh Allah Taala? Sudah pasti solat yang sempurna. Selain daripada wudhu’ yang sempurna, aurat juga mestilah dititikberatkan.





Pemandangan biasa saya ketika solat berjemaah ialah, melihat kain telekung yang digunakan terlalu jarang sehingga menampakkan warna kulit bagi mereka yang memakai baju lengan pendek ketika solat. Ianya terlalu biasa. Sedangkan di masjid-masjid , telekung yang disediakan juga datang daripada kategori yang sama. Jarang. Atas sebab inilah, saya lebih selesa memakai baju yang boleh dibawa ke solat. jarang sekali saya memakai kain telekung untuk solat ketika hari kuliah ataupun ketika bermusafir. Hanya solat dengan apa yang saya pakai.




Saya akui kain telekung yang berkain tebal sedikit mahal harganya. namun, harga sepasang jubah berjenama first lady dan tudung berjenama Ariani lagi mahal harganya daripada sepasang telekung yang kita pakai lima kali sehari untuk solat sahaja dan bukan untuk digayakan di kuliah, mesyuarat mahupun majlis makan malam. Jadi, tidak salahlah jika kita berbelanja untuk meningkatkan kualiti ibadah kita. =)

22 June 2010

Aman

Yang dulu ramainya kita miliki bersama
Ke mana hilangnya hidup yang bahagia
Kelembutan dalam bermesra
Kemanisan dalam bicara
Seni pekerti insan dunia
Si kecil kini merana yang tua rasa sengsara
Dalam sedar atau lena tiada hidup bersama

Persaudaraan lesu, kasih sayang kelabu
Mencium berdebu menjadi candu nafsu
Membangkai sanubariku tidak lagi cinta diburu
Yang ada cemburu melulu membunuh hatiku
Cintaku rinduku, jiwaku padamu
Doaku pohon restu kasihMu sayangMu
rahmatMu Tuhan yang Satu
kurniaanMu untuk hambaMu oh..

Gegak gempita bila segala berubah hala
Sandiwara bermula bermadah kata nista
Yang mana harus aku percaya
Wajah yang jujur berkata dusta
Gila kuasa tamak haloba pengaut harta dan sakit jiwa
Ikut ah.. turut ah.. ku sanggah..
Katamu janjimu tak perlu
Aku sahut ku berpaut tidak hasut bukan takut
Ku bukan Pak Turut!

Kita harus bersatu, ayuh kita laungkan bersama
Suara keamanan sejagat manusia
Menyemaikan cinta, menyuburkan saying
Agar dunia aman sentosa

Sayu satu sendu aku tahu itu menganggu
Syahdu pilu jiwaku
Kerna cinta hanya tiba bila rasa kecewa
Hiba tanpa dirinya
Usah resah rasa susah endah pada tak gundah
Tumpah darah tak kisah
Bukankah insan telah dicipta saling
Kasihan untuk teguhkan
Kemanusiaan dan peradaban bukan alasan

Bukan pengkhianatan tapi keikhlasan dan kejujuran
Bukan pergaduhan bukan peperangan
Hooo….
Adakah mungkin, ada pemimpin mampu memimpin
Kami ingin dipimpin
Dari yang pedih, perih dan jerih
Harapkan kasih, sayang bukan ditagih
Harap yang keruh juga yang rapuh
Menjadi teguh
Mampu kita berteduh
Kacau beralih kini berkasih, sayang beragih
Nikmat Tuhan pengasih
Kedamaian keamanan

Kita harus bersatu, ayuh kita laungkan bersama
Suara keamanan sejagat manusia
Menyemaikan cinta, menyuburkan sayang
Agar dunia aman sentosa

Artis: Fareast
Album: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Adnan Abu Hassan
Lirik: Faris Zailani


Pantun

Sayang sayang orang muda tak sembahyang,
Saidina Ali juga muda tapi sembahyang,
Sayang sayang orang tua tak sembahyang,
Nabi Idris juga tua tapi sembahyang.

Sayang sayang orang ‘handsome’ tak sembahyang,
Nabi Yusuf juga ‘handsome’ tapi sembahyang,
Sayang sayang orang cantik tak sembahyang,
Saidatina Aisyah juga cantik tapi sembahyang.

Sayang sayang orang kaya tak sembahyang,
Nabi Sulaiman juga kaya tapi sembahyang,
Sayang sayang orang miskin tak sembahyang
Nabi Ayub juga miskin tapi sembahyang.


Sayang sayang panglima perang tak sembahyang,
Khalid Al Walid juga panglima tapi sembahyang,
Sayang sayang pemimpin negara tak sembahyang,
Rasulullah juga pemimpin tapi sembahyang.



(gambar hiasan)


*dipantunkan oleh kanak-kanak hingusan

08 June 2010

Saat Lafaz Sakinah

Beberapa minggu lepas, saya keluar untuk mendapatkan album terbaru kumpulan Far East yang berjudul Saat Lafaz Sakinah. Mendengar pra-dengar album tersebut di www.inteam.com.my telah mendesak saya memujuk seorang rakan untuk menemani saya keluar selepas solat asar.

Sesampainya di kedai, saya tercari-cari rak yang menempatkan album nasyid. Susah juga untuk mencari kerana tiada label kategori ‘nasyid’ yang diletak membuatkan saya membelek cd satu persatu. Akhirnya saya bertanya kepada seorang amoi yang bekerja di situ. “nasyid kat mana ya?” Tanya saya. Timbul kegusaran dihati saya “dia ni tahu ke nasyid tu apa?”. Logic akal saya menjawab, “ mestilah dia tahu, dia yang susun cd tu kat rak”. Pekerja tersebut menudingkan jari di rak berdekatan.

Segera ke rak tersebut dan mendapati, kebanyakkan daripadanya adalah album baru. Antaranya, album terbaru kumpulan Inteam-Love Allah Love Rasul, Saujana-Nota Cinta dan lain-lain lagi. Akhirnya di tangan saya, sudah memegang cd yang saya cari. Alhamdulillah misi tercapai. hati saya berbunga-bunga ketika membayar cd itu di kaunter.



Membuka plastic album ini membuatkan saya kagum. Reka bentuk kulitnya sangat cantik yang direka khas bertemakan lagu Saat lafaz Sakinah itu . Lagu ini berkisar suasana dan apa yang dilafazkan ketika upacara akad nikah yang berlangsung di Johor. Ia merupakan lafaz penyerahan dan penerimaan mas kahwin dan tanggungjawab di antara pengantin lelaki dan perempuan dan juga penyerahan tanggungjawab di antara bapa dan menantu.

Keseluruhan lagu dalam album ini mungkin tidak begitu menarik ( bagi sesetengah yang minat nasyid kerana lagu sahaja). Tetapi, peminat nasyid seperti saya ini menilai nasyid daripada bait-bait liriknya yang menyentuh jiwa seterusnya membuatkan lagu tersebut menjadi sedap didengar.

SAAT LAFAZ SAKINAH

Heningnya….
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia.
Curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia, pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Kau iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Hazalinda Harun (Gurindam Entertainment)
Susunan muzik: Hafiz Hamidun

Mendengar lagu ini membuatkan hati saya sebak. Air mata cepat-cepat disapu bimbang dilihat sesiapa dan menuduh saya sentimental! Setiap kali saya menghadiri upacara pernikahan di Johor, (tidak pasti adakah bacaan lafaz penyerahan dan penerimaan ini wujud di negeri lain) saya mesti mengalami perasaan yang sama ketika mendengar lafaz akad penyerahan dan penerimaan oleh wali pengantin perempuan. Begitulah ketaatan seorang anak perempuan kepada ayah dan ibunya yang terpaksa diagihkan pula kepada ketaatan kepada suami. Begitu mulia dan besarnya nilai sebuah pernikahan. Bukan sahaja menambah ahli keluarga baru, malah menghalalkan sentuhan menantu kepada mertua. Islam sungguh indah.

Lagu ini saya tujukan khas buat sahabat - sahabat yang bakal mengubah title cik kepada Puan pada musim cuti semester ini terutama sekali buat Kak Bahiyah dan pasangannya semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan rezeki melimpah ruah serta dikurniakan zuriat yang soleh solehah yang bakal meneruskan perjuangan ummi dan abinya menegakkan kalimah Allah di dunia ini. Insya Allah..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...