Beberapa minggu lepas, saya keluar untuk mendapatkan album terbaru kumpulan Far East yang berjudul Saat Lafaz Sakinah. Mendengar pra-dengar album tersebut di www.inteam.com.my telah mendesak saya memujuk seorang rakan untuk menemani saya keluar selepas solat asar.
Sesampainya di kedai, saya tercari-cari rak yang menempatkan album nasyid. Susah juga untuk mencari kerana tiada label kategori ‘nasyid’ yang diletak membuatkan saya membelek cd satu persatu. Akhirnya saya bertanya kepada seorang amoi yang bekerja di situ. “nasyid kat mana ya?” Tanya saya. Timbul kegusaran dihati saya “dia ni tahu ke nasyid tu apa?”. Logic akal saya menjawab, “ mestilah dia tahu, dia yang susun cd tu kat rak”. Pekerja tersebut menudingkan jari di rak berdekatan.
Segera ke rak tersebut dan mendapati, kebanyakkan daripadanya adalah album baru. Antaranya, album terbaru kumpulan Inteam-Love Allah Love Rasul, Saujana-Nota Cinta dan lain-lain lagi. Akhirnya di tangan saya, sudah memegang cd yang saya cari. Alhamdulillah misi tercapai. hati saya berbunga-bunga ketika membayar cd itu di kaunter.
Membuka plastic album ini membuatkan saya kagum. Reka bentuk kulitnya sangat cantik yang direka khas bertemakan lagu Saat lafaz Sakinah itu . Lagu ini berkisar suasana dan apa yang dilafazkan ketika upacara akad nikah yang berlangsung di Johor. Ia merupakan lafaz penyerahan dan penerimaan mas kahwin dan tanggungjawab di antara pengantin lelaki dan perempuan dan juga penyerahan tanggungjawab di antara bapa dan menantu.
Keseluruhan lagu dalam album ini mungkin tidak begitu menarik ( bagi sesetengah yang minat nasyid kerana lagu sahaja). Tetapi, peminat nasyid seperti saya ini menilai nasyid daripada bait-bait liriknya yang menyentuh jiwa seterusnya membuatkan lagu tersebut menjadi sedap didengar.
SAAT LAFAZ SAKINAH
Heningnya….
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia.
Curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia, pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Kau iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Hazalinda Harun (Gurindam Entertainment)
Susunan muzik: Hafiz Hamidun
Mendengar lagu ini membuatkan hati saya sebak. Air mata cepat-cepat disapu bimbang dilihat sesiapa dan menuduh saya sentimental! Setiap kali saya menghadiri upacara pernikahan di Johor, (tidak pasti adakah bacaan lafaz penyerahan dan penerimaan ini wujud di negeri lain) saya mesti mengalami perasaan yang sama ketika mendengar lafaz akad penyerahan dan penerimaan oleh wali pengantin perempuan. Begitulah ketaatan seorang anak perempuan kepada ayah dan ibunya yang terpaksa diagihkan pula kepada ketaatan kepada suami. Begitu mulia dan besarnya nilai sebuah pernikahan. Bukan sahaja menambah ahli keluarga baru, malah menghalalkan sentuhan menantu kepada mertua. Islam sungguh indah.
Lagu ini saya tujukan khas buat sahabat - sahabat yang bakal mengubah title cik kepada Puan pada musim cuti semester ini terutama sekali buat Kak Bahiyah dan pasangannya semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan rezeki melimpah ruah serta dikurniakan zuriat yang soleh solehah yang bakal meneruskan perjuangan ummi dan abinya menegakkan kalimah Allah di dunia ini. Insya Allah..=)
Nabi dulu Mazhab apa?
1 week ago
3 comments:
Subhanallah,
Indahnya Lafaz Sakinah itu..
Tujukan juga kpd diri sndri ya dik =)
ditujukan buat para penziarah blog ini la kak =)
..saat lafaz sakinah...
tanggungjawab terpikul di bahu...
Post a Comment