• RSS

25 November 2010

Kalau Tuhan Dikenali


Artist: Mawaddah
Album: Sembahyang Membina Peribadi Agung
Title: Kalau Tuhan Dikenali

 Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan perananNya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaanNya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNya
Kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya
Kalau Tuhan dikenali

Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja keranaNya
Cintakan Tuhan, cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan

Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita

Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta padaNya
Kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi

12 November 2010

Akan Ku Jumpa

tadi terdengar lagu ni di ikim.fm


Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang Mu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan Mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki  penat berlari
Namun yakin ku Kau kan ku temui

 

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri Mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara


Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

 
Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri Mu


lagu: Isma Yusoof & Pam Yuen
lirik: Isma Yusoof
artis: Azfar


lagu ini sebenarnya adalah lagu tema drama samarinda syurgamu ramadhan yang di tayangkan di TV3 ketika bulan ramadhan lepas. agak basi juga lah saya baru menulis mengenai lagu ini sekarang.

saya tidak pasti cinta jenis apa yang penulis lirik ini sandarkan.

tapi, tidak salah rasanya jika saya menggunakan cinta dalam lirik ini sebagai cinta kepada Allah. setelah saya ulangi beberapa kali mendengar lagu ini, liriknya berkisar kesusahan dan kesukaran untuk kita memperoleh cintaNya. 

ya! bukan mudah!
tiap kali saya perhatikan, ramai orang mengaku dia mahukan cinta Allah kerana dia percaya dan yakin hanya cinta Allah yang sebenar berbanding cinta pada manusia. tapi, adakah usaha dan amalan kita sejajar ataupun bahasa mudahnya, adakah layak untuk kita perolehi cintaNya sedangkan amalan sekadar cuma.

jangan terlalu mudah mengaku anda sudah perolehi cintaNya. mana buktinya?
dan bagi yang sudah memperoleh cintaNya, sejauh mana anda mampu mempertahankannya? ingatlah.. cinta itu bersifat fleksibel. ia mudah datang dan pergi seiring dengan perlakuan mu. andai anda lalai, cinta itu akan pergi dan hanya hadir pada yang benar-benar mendambakannya.

dengan mad'u yang menunggu dakwahmu, usrah yang tercicir, bermalasan untuk menuntut ilmu, perkara lagha yang mengganti ibadah.. layakkah anda memperoleh cintaNya..

Astaghfirullah..Astaghfirullah.. Astaghfirullah...

menangislah.. hinalah dirimu di hadapanNya.

 







semoga kita semua memperoleh cintaNya dan tetap istiqamah di jalanNya.. 


jari saya yang menaip  lagi dekat dengan mata saya yang membaca..


wallahualam..


nota:
1. mungkin ada yang mengatakan saya tidak thiqah kerana ini bukan lagu nasyid. 
2. dakwah juga perlukan seni bukan sekadar khutbah

08 November 2010

HARI PERTAMA

Bismillah..

Sudah lama rasanya tak mencoretkan sesuatu di sini secara serius. Entri sebelum ini pun hanyalah sekadar entri ekspress bagi mengelakkan blog saya berada tercorot di list blog sahabat-sahabat. Eheh =).. (gurau je)

Final Exam
Hari ini HARI PERTAMA bermulanya minggu peperiksaan bagi mahasiswa di seluruh IPTA. Segala ilmu di bilik kuliah yang telah dipelajari selama satu semester bakal diuji kefahamannya. Masya Allah! Tidak terasa masa berjalan.

9/11/2010 : Islam & Isu-isu Semasa
23/11/2010 : Differential Equations 
24/11/2010 : Pembelajaran Sains & Matematik 
25/11/2010 : Pedagogi
26/11/2010 : Linear Algebra
26/11/2010 : Physical Chemistry 1
29/11/2010 : Mekanik



Bulan Zulhijjah
Hari ini juga HARI PERTAMA  bermulanya bulan akhir mengikut kalendar hijrah. Ya. Hari ini 1 Zulhijjah. Dan berikut merupakan kelebihan sepuluh awal bulan zulhijjah dan amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang tempoh ini.
  KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZUL-HIJJAH.

Beberapa dalil dari Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:

Firman Allah :

Demi fajar. Dan malam yang sepuluh.
 (Al-Fajr :1-2)

Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zul-Hijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari).
Malam yang sepuluh itu ialah malam sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan. Dan ada pula yang mengatakan sepuluh yang pertama dari bulan Muharram termasuk di dalamnya hari Asyura. Ada pula yang mengatakan bahwa malam sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah.



2. Dari Ibnu Abbas t, Rasulullah r telah bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”(H.R: Al-Bukhari, Ahmad, At-Tirmizi).

3. Firman Allah I:

 Maksudnya: {Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.} (Surah Al-Haj: 28). Kata Ibnu Abbas t: Maksudnya ialah hari-hari yang sepuluh itu.

4. Dari Ibnu Umar t, Rasulullah r bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah I dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”

5. Adalah Said bin Jubir t (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. (Riwayat Ad-Darimi- Hasan).

6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar :: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zul-Hijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.



AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:

1. SOLAT. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan. Thauban t berkata: Aku mendengar Rasulullah r bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” (H.R Muslim.) Ini umum untuk semua waktu.

2. PUASA. Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah r berkata: ‘Rasulullah r berpuasa pada hari sembilan Zul-Hijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.’ (H.R Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei).  Kata Imam An-Nawawi :: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.



3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID. Ini kerana hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”

Kata Imam Bukhari  :: ‘Ibnu Umar dan Abu Hurairah y menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.’

Katanya lagi: ‘Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.’

Ibnu Umar t bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah.
Sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2715.0

Azam
Apabila bulan zulhijjah mula menjengah, itu membawa signal kepada kita bahawa tahun 1431Hijrah bakal merangkak meninggalkan kita. Persoalannya, adakah kita sudah berjaya menyempurnakan segala azam tahun lepas yang kita selalu budayakan setiap kali menjelang tahun baru. Adakah ia hanya sekadar budaya tradisi? Atau kita sudah pun berjaya mencapai azam tersebut malah melebihi apa yang kita targetkan? Harus sentiasa bermuhasabah. Mungkin sudah ada yang mula menyenaraikan SWOT  (Strength, Weakness, Opportunities & Threat) diri. Walau bagaimanapun ia, jangan kecewa jika azam yang lepas tidak Berjaya dicapai! Selagi mana kamu berusaha untuk mencapai yang terbaik setiap hari bukankah itu dikira mujahadah disisiNya. Ingat! Allah tidak melihat hasil tapi melihat usaha!
Mungkin bermulanya saat ini, kita semua seharusnya merangka-rangka apakah azam tahun baru untuk tahun seterusnya 1432 Hijrah. Tidak kira apa jua coraknya. Mungkin ada yang ingin merangka azam barunya berdasarkan formula SMART (Specific, Measurable, Achievable, Realistic & Timeframe). Dan pelbagai lagi formula lain.
Muhasabah
Sahabat-sahabat, kita manusia biasa yang lemah lagi hina. Usahlah lupa kita hanyalah hambaNya. Walau berpangkat dan glamour, ia hanyalah pinjaman sementara. Taklifan mu itu bakal menuntut haknya di akhirat kelak. Hidupmu yang penuh gelak-ketawa dan senda gurau itu juga mungkin bakal menyaksikan tangisan yang berpanjangan. Ucapan mu di medan dakwah juga bakal menuntut engkau sebagai pelaku utama.
Apa yang saya taipkan di sini juga bakal menyaksikan tuntutan demi tuntutan di negeri akhirat sana. Astaghfirullahalazim..
Allahurabbi, dengan kelemahan dan kelebihan yang Kau anugerahi padaku, jadikanlah kehidupan aku di dunia ini dapat memberi manfaat kepada insan sekalian alam. Jangan Engkau lemparkan kembali cinta yang aku curahkan padaMu ya Allah. walau ku tahu ia tidak setanding cinta Engkau padaku. Istiqamahkanlah aku di jalan ini. Aku ingin berjuang, berkorban demi cinta!



02 November 2010

Bahtera Hamba

Bahtera Hamba
Munsyid: Zulfan

Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa

Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buas menggunung menghempas dosa

Kalau tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu

Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi

Jernih danau nurani bersih
Berwudhu’ air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
Telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidupku matiku hanya untukMu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...