• RSS

08 November 2010

HARI PERTAMA

Bismillah..

Sudah lama rasanya tak mencoretkan sesuatu di sini secara serius. Entri sebelum ini pun hanyalah sekadar entri ekspress bagi mengelakkan blog saya berada tercorot di list blog sahabat-sahabat. Eheh =).. (gurau je)

Final Exam
Hari ini HARI PERTAMA bermulanya minggu peperiksaan bagi mahasiswa di seluruh IPTA. Segala ilmu di bilik kuliah yang telah dipelajari selama satu semester bakal diuji kefahamannya. Masya Allah! Tidak terasa masa berjalan.

9/11/2010 : Islam & Isu-isu Semasa
23/11/2010 : Differential Equations 
24/11/2010 : Pembelajaran Sains & Matematik 
25/11/2010 : Pedagogi
26/11/2010 : Linear Algebra
26/11/2010 : Physical Chemistry 1
29/11/2010 : Mekanik



Bulan Zulhijjah
Hari ini juga HARI PERTAMA  bermulanya bulan akhir mengikut kalendar hijrah. Ya. Hari ini 1 Zulhijjah. Dan berikut merupakan kelebihan sepuluh awal bulan zulhijjah dan amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang tempoh ini.
  KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZUL-HIJJAH.

Beberapa dalil dari Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:

Firman Allah :

Demi fajar. Dan malam yang sepuluh.
 (Al-Fajr :1-2)

Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zul-Hijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari).
Malam yang sepuluh itu ialah malam sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan. Dan ada pula yang mengatakan sepuluh yang pertama dari bulan Muharram termasuk di dalamnya hari Asyura. Ada pula yang mengatakan bahwa malam sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah.



2. Dari Ibnu Abbas t, Rasulullah r telah bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”(H.R: Al-Bukhari, Ahmad, At-Tirmizi).

3. Firman Allah I:

 Maksudnya: {Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.} (Surah Al-Haj: 28). Kata Ibnu Abbas t: Maksudnya ialah hari-hari yang sepuluh itu.

4. Dari Ibnu Umar t, Rasulullah r bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah I dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”

5. Adalah Said bin Jubir t (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. (Riwayat Ad-Darimi- Hasan).

6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar :: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zul-Hijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.



AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:

1. SOLAT. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan. Thauban t berkata: Aku mendengar Rasulullah r bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” (H.R Muslim.) Ini umum untuk semua waktu.

2. PUASA. Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah r berkata: ‘Rasulullah r berpuasa pada hari sembilan Zul-Hijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.’ (H.R Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei).  Kata Imam An-Nawawi :: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.



3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID. Ini kerana hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”

Kata Imam Bukhari  :: ‘Ibnu Umar dan Abu Hurairah y menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.’

Katanya lagi: ‘Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.’

Ibnu Umar t bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah.
Sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2715.0

Azam
Apabila bulan zulhijjah mula menjengah, itu membawa signal kepada kita bahawa tahun 1431Hijrah bakal merangkak meninggalkan kita. Persoalannya, adakah kita sudah berjaya menyempurnakan segala azam tahun lepas yang kita selalu budayakan setiap kali menjelang tahun baru. Adakah ia hanya sekadar budaya tradisi? Atau kita sudah pun berjaya mencapai azam tersebut malah melebihi apa yang kita targetkan? Harus sentiasa bermuhasabah. Mungkin sudah ada yang mula menyenaraikan SWOT  (Strength, Weakness, Opportunities & Threat) diri. Walau bagaimanapun ia, jangan kecewa jika azam yang lepas tidak Berjaya dicapai! Selagi mana kamu berusaha untuk mencapai yang terbaik setiap hari bukankah itu dikira mujahadah disisiNya. Ingat! Allah tidak melihat hasil tapi melihat usaha!
Mungkin bermulanya saat ini, kita semua seharusnya merangka-rangka apakah azam tahun baru untuk tahun seterusnya 1432 Hijrah. Tidak kira apa jua coraknya. Mungkin ada yang ingin merangka azam barunya berdasarkan formula SMART (Specific, Measurable, Achievable, Realistic & Timeframe). Dan pelbagai lagi formula lain.
Muhasabah
Sahabat-sahabat, kita manusia biasa yang lemah lagi hina. Usahlah lupa kita hanyalah hambaNya. Walau berpangkat dan glamour, ia hanyalah pinjaman sementara. Taklifan mu itu bakal menuntut haknya di akhirat kelak. Hidupmu yang penuh gelak-ketawa dan senda gurau itu juga mungkin bakal menyaksikan tangisan yang berpanjangan. Ucapan mu di medan dakwah juga bakal menuntut engkau sebagai pelaku utama.
Apa yang saya taipkan di sini juga bakal menyaksikan tuntutan demi tuntutan di negeri akhirat sana. Astaghfirullahalazim..
Allahurabbi, dengan kelemahan dan kelebihan yang Kau anugerahi padaku, jadikanlah kehidupan aku di dunia ini dapat memberi manfaat kepada insan sekalian alam. Jangan Engkau lemparkan kembali cinta yang aku curahkan padaMu ya Allah. walau ku tahu ia tidak setanding cinta Engkau padaku. Istiqamahkanlah aku di jalan ini. Aku ingin berjuang, berkorban demi cinta!



1 comments:

husna said...

Rasa motivasi diri sya mningkat pulak bca entri ni.smoga brjaya juga ye kak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...