• RSS

14 March 2011

Meaningless doesn't mean useless


Suatu petang, di dewan kuliah..
“akak yang dekat depan ni siapa nama?” Tanya ustaz sambil menunjuk ke arah saya.
Teragak-agak untuk menjawab sambil menunjukkan isyarat.
“saya ke?”
“ya. Awaklah. Jangan takut.” Jawab ustaz.
“ Norazlinda,” jawab saya ringkas.
“ owh! Agaknya ayah awak dulu nak namakan Maimunah tapi bila sampai dekat JPN ayah awak terlupa. Yang keluar Norazlinda.” Ustaz berandai gurau.
Semua hadirin ketawa meriah.
Saya faham benar dengan gurauan ustaz. Mesejnya jelas. Nama saya tiada makna. Nama saya tidak seperti orang lain yang punyai maksud yang indah. Tidak seperti nama sakinah yang bermaksud ketenangan. Amirah yang bermaksud . begitu juga dengan Huda yang bermakna.
Ketika zaman hingusan dulu, saya pernah merasa rendah diri kerana ini. Saya tidak seperti orang lain yang punyai nama yang baik dan bagus dan menjadi doa kepada si pemilik nama. Tambahan pula,  nama linda  agak universal digunakan oleh orang beragama lain. Saya pernah jeritkan ini dalam hati “ nama aku nama kafir!”.
Namun, sebenarnya terdapat kisah tersurat di sebalik nama Norazlinda ini.
Menurut cerita emak, nama yang emak ingin berikan kepada saya ialah Siti Maisarah sempena nama nenek saya Sarah. Namun, cadangan itu telah ditolak oleh abah dengan beberapa perbahasan yang tidak sesuai untuk saya coretkan di sini.
Pada tahun saya dilahirkan, Abah pernah ke majlis penganugerahan pelajar cemerlang sekolah dan antara nama penerima anugerah tersebut ialah Norazlinda. Pelajar tersebut sudah kehilangan bapanya ketika beliau menerima anugerah tersebut. Atas dasar kasihan dan simpati, nama beliau sangat kuat di ingatan abah dan secara kebetulan, emak baru sahaja melahirkan anak perempuan. Lalu nama itu dipaterikan keatas saya.
Kebetulan dan ketentuannya, penerima anugerah pelajar cemerlang pada tahun 2002 juga bernama Norazlinda dan baru sahaja kehilangan bapanya beberapa bulan sebelum itu.
Ustaz pernah berkata nama yang tidak mempunyai maksud tidak semestinya tidak elok. Nama yang tidak mempunyai makna tidak semestinya orangnya tidak berguna.  Meaningless doesn’t mean useless. Jadi, bersyukurlah dengan nama yang diberikan oleh ibu bapa kita. Dan iktiraflah nama orang lain dengan memanggil nama sebenar orang tersebut kerana, nama inilah yang akan dipanggil oleh malaikat dihadapan penghisaban nanti.   
Al-Hujurat ayat 11. 
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim.
Al-fatihah buat abah yang telah kembali ke rahmatullah pada 18 march 2002


3 comments:

tasnim said...

"...Kebetulan dan ketentuanNya, penerima anugerah pelajar cemerlang pada tahun 2002 juga bernama Norazlinda dan baru sahaja kehilangan bapanya beberapa bulan sebelum itu"

My dear sister..,
Semoga Allah memberimu kejayaan di dunia dan Akhirat. Ameen.

NORAZLINDA AMIN said...

Ameen.. doakan bersama kak.. akhir-akhir ini, terasa amat lemah.

Anonymous said...

Ismail juga tiada makna pada nama. Tapi Nabi Ismail mengguna nama itu.

Ibrahim juga tidak ada makna.
tapi Nabi Ibrahim susur galur agama Islam mengguna nama itu.

maka berbanggalah dengan nama yang tidak ada makna kerna ia juga satu sunnah para nabi. :-)

~blog enti ni ade problem, cuba cek balik kat setting~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...