• RSS

01 July 2011

Kem Remaja Muslim (Bahagian 1)

5 hari seminggu waktu saya berkerja agak memenatkan. Biarpun ia tidak dikategorikan sebagai membanting tulang empat kerat seperti pesawah dan peladang namun, cukuplah ia sudah membuat mata saya semakin mudah berair dan letih. Maka hujung minggu saya habiskan dengan melakukan perkara yang saya suka. Definisi ‘suka’ itu sangat penting. Kerana apabila kita meletakkan ia sebagai suatu perkara yang kita suka maka, samada susah atau senang, berfaedah atau tidak kita mesti mengganggap ia perkara yang PENTING dan WAJIB buat dalam hidup kita.

Jumaat  (24 Jun 2011)
Semenjak ditakdim untuk menjadi salah seorang tenaga fasilitator kem Remaja Muslim anjuran Nisa’ Kota Tinggi dan INSAFF Training di  Sekolah Menengah Kebangsaan Adela,Kota Tinggi hati saya sedikit berdebar hinggalah hari kejadian. Berdebar seandainya hati tidak ikhlas, kifarah dosa,  dan kelemahan saya memberi kesan negative terhadap keberjayaan kem. Maka, tempoh ini  saya tingkatkan muhasabah dan istighfar. 

Kira-kira  10 malam saya sudah menjejakkan kaki di tempat program, Dewan Semeka. Seorang fasi dikehendaki menjaga empat orang peserta di bawahnya. Selepas barisan fasilitator diperkenalkan, semuanya mengambil tempat masing-masing untuk di dalam kumpulan kecil. Saya ditempatkan bersama kumpulan tiga. 

“ Ok sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita berkenalan dulu. Bagitahu nama, asal, umur, bilangan adik beradik dan lain-lain lagi.kita mulakan dengan sebelah kanan akak. “ saya memulakan adat ta’aruf.

Sampai kepada giliran orang yang ketiga Uyuen, berlaku sedikit kelainan.

“alah kak, saya dah kenal sangat dengan si Eida ni. Kawan-kawan dekat kem ni pun semua dah kenal antara satu sama lain.” Sedikit berbaur protes. Mesejnya, sesi ta’aruf ini baginya membuang masa. 

“ok. Kita test sekarang.” Saya tidak mahu kalah.

“ berapa adik beradik dia?” saya bertanya denga laju

“ 10” jawabnya yakin.

“ mak dia kerja apa?”

“ tak kerja.”

“ayah?”

“ peneroka felda”

“ saiz kasut dia?”

“5”

“ makanan kegemaran dia? minuman kegemaran? hobi? “ saya tanya dengan laju tanpa sempat menunggu jawapan daripadanya.

“haaa lambat..” saya senyum mengejek.

“alah mana aci. “ jawapnya tersengih.

Rakan –rakan yang lain senyum gembira. Sengaja saya ingin menghidupkan suasana. 

“Ok sekarang kita dah kenal antara satu sama lain. Harap lepas ni akak boleh kenal dengan adik-adik semua dengan lebih jauh lagi.” Saya menutup sesi ta’aruf.

Ketika ini ada yang membalasnya dengan anggukan dan ada yang  menguap.

 Seterusnya,kami bincangkan bersama mengenai pencerahan minda. Minda positif vs minda negative. Ada yang bertanya apa maksud terma tersebut. Saya memberi jawapan sekadarnya kerana Akhi Firdaus selaku motivator akan menerangkan dengan lebih teliti. Cukuplah sekadar saya memberitahu konsep ‘tarikan’ nilai yang baik yang kita akan dapat jika kita memindakan fikiran kita dengan perkara positif sebelumnya. Juga sebaliknya jika negatif yang berada di fikiran, maka hasilnya yang kita dapat juga negatif.

“ macam adik-adik semua datang ke program ni. Kalau adik-adik semua fikir untuk suka-suka dan enjoy maka adik-adik akan dapat happy. Kalau adik-adik rasa program ni boring. Maka adik-adik akan boring sepanjang program ni. Dan kalau adik-adik fikir untuk dapatkan ilmu sebanyak mungkin. Maka Insya Allah, adik-adik akan dapat banyak ilmu. What you think is what you get!”  

Ada yang khusyuk menulis di buku isi yang saya berikan. Adeyh.. Mereka memang pelajar sekolah!

“Macam mana adik-adik semua boleh terpilih datang sini?” saya menyambung soalan untuk perbincangan seterusnya.

“ cikgu yang pilih.”

“ ada budak sabotaj. Dia tak puas hati dengan kitorang so, dia naikkan nama kitorang.”

Itu jawapan mereka.

“oooo yeke.. sabotaj pun ada ye. “ saya mengiakan jawapan mereka dengan bersungguh supaya mereka rasa percaya dan yakin dengan saya untuk bercerita selanjutnya kelak.

“ tapi, walau apa pun ia, akak percaya dan yakin, adik-adik datang sini dan akak datang sini bukan sebab mak ayah suruh, bukan sebab cikgu suruh dan juga bukan sebab kawan sabotaj. Tapi sebab nama kita Allah dah pilih. Dia yang pilih dan tentukan untuk adik-adik semua berada dalam satu kumpulan. Masuk dalam kumpulan tiga dan berjumpa dengan akak. Ini semua kerja Allah. Dia tentukan. “ saya cuba memasukkan sifat berTuhan. 

Motivator mengarahkan semua peserta kembali di tempat duduk masing-masing. Maka saya lengkapkan ayat terakhir.
“ ok. Sampai sini dahulu. Lepas ni, kita jumpa lagi. Insya Allah.”

Mereka bangun menyarung kasut dan kembali ke kerusi. Hati saya berdebar. Mampukah aku mentarbiyah mereka??

(bersambung..)
1.     




1 comments:

Iffah Muhsin said...

Camera handphone takde ker..?lain kali ambek la gamba..gamba fasi nye skali...rajin sungguh linda ni ye...kerja 5 hari pun dah cukup penat (penat berfikir). hujung2 minggu pun sempat jugak join aktiviti luar, rehatnye bile? apa pun, kalau dah "suka", penat macam mana pun, rasa puas hati bila dapat melakukan apa yang di ingini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...