Dina: kak, saya nak bagitahu something. Tapi akak janji jangan bagitahu orang lain ye.
Aida: Ye apa dia sayang? Insya Allah akak tak bagitahu anyone pun.
Dina: saya… saya… (tergagap-gagap sambil menunduk malu..)
Aida: adeyh berat nanang budak nih.. cakap je la.. ada masalah hati ke? ( Aida menembak)
Dina: eh akak! Mana akak tahu? Terer la akak ni..
Aida: well you know me! Huhu semut dalam gula pun akak tahu yang mana jantan yang mana betina, inikan lagi tengok muka awak ni.. J
Dina: tipulah akak boleh tahu jantina semut kan..
Aida: hehe.. ok back to your topic! kenapa ni dik? Ce citer…
Dina: entah la kak.. dua tiga menjak ni, saya susah betul nak jaga hati.
Aida: jaga hati macam mana tu?
Dina: jaga hati sebagai seorang perempuan.. lebih tepat lagi as a muslimah.
Aida: kenapa? Ada yang mengusik hati awak ke?
Dina: entah la.. kalau saya bagitahu nanti akak jangan ketawa pula ye..
Aida: hihihihi…
Dina: ha tengok tu.. (tangannya pantas mahu mencubit. Tapi pantas ditepis Aida. Berkejaranlah mereka mengelilingi tasik itu..)
Insya Allah..Bersambung..
0 comments:
Post a Comment