• RSS

03 May 2012

Diari Cikgu 6

"Weyh, pegi mampus la BN kau tu! dah la ada cina, india, kafir semua masuk parti kau!", maki Bakhtiar.
"Hoi, kau kutuk kerajaan. Habis kau tu sekarang sekolah kerajaan ke swasta?!". bentak Siti.
"Pergi mampus la! kerajaan yang ada sekarang ni, menipu. Dah la barang naik selalu!," pertahan Kimie.
"Kau la mampus! dah la Bersih 3.0 hari tu menyusahkan orang. sesak semua jalan. Buat kacau je!"balas Wan menambah isu.
"Kau tu dah la tolak Islam. Pas Parti yang mengamalkan Islam. Cuma orang bodoh je yang tolak Islam." Bakhtiar kembali bersuara.
"kau tu Parti Ajaran Sesat!" balas Wan.

"hidup BN!" suara di belakang.
" PAS!PAS!dan PAS!, suara di hadapan.

"sudah! diam! nak jadi kerajaan ke, pembangkang ke, Perdana Menteri ke, Matematik ni, kena lulus dulu. Minggu depan dah exam. Dengar saya ajar ni!" saya cuba menenangkan.

mereka smeua senyap. Tapi sekejap. Sepanjang sesi pengajaran, ada lagi bunyi-bunyi sayup mereka berbisik.
 "PAS!"
" UMNO!

Saya tahu ini bukan caranya untuk menenangkan mereka. Namun, untuk menjelaskan siapa itu kerajaan dan siapa itu pembangkang? apa itu PAS dan apa itu BN dan apa itu BERSIH? juga bukan sekarang masanya. Silibus perlu dihabiskan hari ini juga kerana minggu depan, mereka bakal duduki peperiksaan pertengahan tahun. 

Di akhir sesi, dengan beraninya, seorang daripada penyokong PAS tegar bertanya kepada saya, 
"cikgu, cikgu sokong PAS kan?"

saya hanya diam. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Apa yang membuatkan dia begitu yakin? Owh.. saiz tudung kot..

Mereka yang terlibat ini, merupakan pelajar-pelajar 'top' dalam kelas saya. Nota yang disalin tidak pernah lengkap dan selalu main-main ketika saya mengajar. Tapi hari ini, mereka begitu semangat dalam membincangkan soal kerajaan dan pembangkang. Walaupun hujah-hujah yang tidak bernas digunakan. Dan mereka pun bukanlah golongan yang hadam setiap isu yang berlaku. Tapi, pada saya, ia adalah satu perkembangan positif bagi remaja seusia mereka yang masih belum pun layak untuk mengundi. 

Sekurang-kurangnya mereka terselamat daripada virus kuno AKU TIDAK PEDULISME! Bukan seperti sesetengah golongan tu, kononnya bangga sudah berada di universiti. Golongan intelektual tak malu menggelar diri sendiri. Kononnya mahu berlepas diri. "Aku tak suka politik-politik ni!Lebih baik aku fokus study." Eyh, budak sekolah pun garu kepala tengok abang dan kakak dia macam ni!  

nota:
1. nama watak bukan nama sebenar.
   

5 comments:

asmaq said...

anak murid tingakatan berapa?

NORAZLINDA AMIN said...

Empat

Khairul said...

Mantap la anak murid cikgu...
tp cikgu tak berani jawab bila dapat soalan cepu mas tu... =)

NORAZLINDA AMIN said...

Ustaz Khairul: Tak jawab tak membawa maksud tak berani. Keadaan ketika itu menjatuhkan hukum berlepas diri untuk menjawab soalan itu.. Sebab, pelajar tu cuba meraih sokongan untuk dirinya. Bukan niat betul-betul nak tahu jawapan ana.. :)

dear yayah said...

lebih baik diam drpd menyebarkan sesuatu y x pasti bukan? sy ameik pendekatan itu buat sementara waktu.. sekurang2 nya pengalaman dan penelitian mematangkan buah fikiran.. in sya Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...