Assalamualaikum wbt..
Lama benar tidak menyambung Diari Cikgu. Pejam celik, usia saya berLM sudah hampir ke penghujungnya. Ketika saya menulis ini, hanya tinggal lagi seminggu sahaja untuk saya menamatkan perkhidmatan sebagai seorang guru praktikal. Sekejap sahaja masa berlalu. Rasanya baru semalam melapor diri..
Cuti sekolah yang lepas, saya mengambil peluang memanjangkan kaki ke UTM. Selain daripada urusan PSM(Projek Sarjana Muda), sempat juga saya bertemu dengan sahabat-sahabat, adik-adik yang rata-ratanya sedang 'demam' exam. Sudah pastilah pucuk cerita yang ingin di kongsi daripada saya, pengalaman jadi cikgu! Apabila ditanya, "best tak jadi cikgu?" Saya senyum. "Biasalah.. Penat tapi best!" ayat ringkas ini tidak mungkin mampu menghuraikan pengalaman saya yang selama 3 bulan lebih di sekolah ini. Takkan saya nak kata "sila lawat di blog." Nanti dikata promote blog pula..
Sebelum LM, pelbagai perkara yang saya risau dan fikirkan. Saya tidaklah mengharapkan di akhir LM nanti saya sudah mampu menjadi guru yang cemerlang yang berjiwa besar dan dedikasi ikhlas rela dihantar posting ke Sabah Sarawak, bla..bla..bla. Bukan! Menyedari, tempoh 3 bulan bukanlah lama sangat untuk saya benar-benar adapt menjadikan profession perguruan sebagai darah daging. Saya cuma mengharap,dengan LM ini saya dapat terjun ke masyarakat untuk mengenali lebih dekat siapakah anak murid kita kini dan siapakah yang berada di sekeliling mereka.
Mari kita ketepikan soal Teori Konstruktivis, Multiple Inteligent, positive and negative reinforcement, reverse psychology, hands-on and heads-on, psychomotor dan pelbagai lagi teori yang dianggap wajib tahu sebagai seorang guru. Saya lebih suka untuk menyoroti by person. Bukan by theory. Lebih praktikal dan realistik.
Anak murid
Daripada 8 buah kelas tingkatan 4, saya mengajar kelas pertama dan ketiga. Kelas pertama pelajarnya pandai. Aliran sains tulen sefikrah dengan saya. Kelas ketiga, pelajarnya biasa-biasa. markah setakat lulus atau C. Paling tinggi, A- itupun pelajar Cina yang pergi tusyen. Gagal? ada juga dalam belasan..Ketepikan soal akademik, fokuskan soal akhlak.Perbezaan sangat ketara jika kita nilai dari sudut akhlak. Pelajar kelas pertama sangat baik di dalam kelas. Patuh arahan guru dan jarang-jarang tidak buat homework. Kelas ketiga, sukar untuk dikawal. Bising, bercakap, bergurau-gurau, buku tak pernah dihantar dan pelbagai lagi ragam yang kurang enak untuk ditulis. Kelas pertama mudah dikawal, kelas ketiga sebaliknya. Saya sering kali dibunuh dengan rasa kecewa kerana gagal untuk mengawal mereka. Namun, saya positifkan diri. Ada sesuatu yang saya boleh belajar dari mereka. Ya. Sabar. Belajar untuk sabar dengan lebih lagi. Bukan saya tidak pernah marah. Bukan juga tidak pernah berlembut. Menjadi pertengahan juga sudah. Namun, setiap satunya memberi kesan yang pelbagai.Mereka tidaklah 'teruk' seperti mana yang anda fikirkan, tapi..biasalah nakal budak-budak. Nakal seorang anak murid yang malas belajar, selalu ponteng, dan mungkin inginkan perhatian seorang guru muda. Saya bersyukur, mulut saya masih tidak mengeluarkan apa-apa kata-kata kesat kepada mereka. Bimbang juga jika saya tiba-tiba tidak dapat mengawal emosi, melakukan perkara yang saya sendiri tidak redha. Alhamdulillah, pengalaman menjadi fasilitator di kampus sedikit sebanyak membantu juga teknik komunikasi saya dengan pelajar. Bezanya, apabila menjadi guru, tegas dan serius itu sangat perlu. Sudah bermuka serius begini pun, mereka tidak pernah takut apatah lagi jika bermuka manja. Hakikatnya, akhlak mereka dibentuk oleh siapa di sekeliling mereka. Kebanyakkan mereka berkerja selepas sekolah hingga larut malam. Ada yang memang betul-betul miskin tapi ramai juga hanya untuk seronok-seronok berlagak berkerjaya boleh beli apa saja. Senakal-nakal mereka, banyak juga baiknya. Mudah diminta tolong dan dengar juga bila dinasihati. Cuma, apabila masuk bab belajar, semua terus panas hati. Gelisah tak tentu pasal. Jadi, pointnya ialah mereka kurang minat belajar.
Ibu Bapa
Inilah yang saya maksudkan siapa di sekeliling anak murid saya. Ibu bapa daripada pelbagai golongan. Perkerjaannya juga pelbagai dan menentukan taraf ekonomi mereka. Ibu bapa cikgu, biasanya anak muridnya baik. Walaupun tak semua, tapi saya bercakap atas populasi dua kelas yang saya mengajar tadi. Ada juga ibu bapa yang berkerja sendiri. Berniaga, kontraktor dan banyak lagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Tidak kisahlah apa pun perkerjaan mereka, apa yang lebih penting ialah bagaimana mereka sepatutnya memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak. Saya hairan. Bagaimana mereka boleh berkerja selepas waktu persekolahan, Bagaimana mereka boleh membawa telefon bimbit ke sekolah? Kerja sekolah yang tidak pernah disiapkan, alat tulis yang tidak pernah lengkap sehinggakan satu batang pen dikongsi seramai 10 orang di dalam kelas. Siapa yang membenarkan mereka berkerja? siapa yang membekalkan mereka telefon bimbit? siapa yang sepatutnya memeriksa kerja-kerja sekolah dan segala kelengkapan mereka untuk belajar? anda sendiri tahu jawpannya. Kesan daripada ketidakpedulian ibu bapa inilah yang menyebabkan anak-anak mereka tidak bersemangat untuk belajar di sekolah. Ya mereka ke sekolah kerana untuk berjumpa dengan kawan-kawan sahaja. Sekurang-kurangya hilang bosan duduk di rumah. Golongan ini bukanlah mewakili semua pelajar di sekolah tersebut. Ini ialah hasil pemerhatian saya. Tidak semua, tapi ada.
3 bulan lebih cukup untuk melatih diri sebagai seorang guru dari sudut teori. Tapi tidak cukup untuk menjadikan saya seorang murobbiah. Murobbiah yang mampu mengubah akhlak seorang pelajar. Saya hanya mampu menasihat dan memotivasi. Asal ada peluang sempat juga saya selitkan bab solat, mengumpat, ikhlas dan sebagainya. Namun, tidak sempat untuk saya pergi dengan lebih jauh. Guru-guru senior di sini ada juga mengatakan "kalau awak dapat A LM kat sekolah ni, nanti bila posting pergi mana-mana pun senang. Sebab, kpi dia, sekolah kita. kalau awak dah boleh handle budak-budak yang teruk macam sekolah kita, bila posting, dapat budak yang macam mana pun tak perlu risau sebab dah ada pengalaman." Saya hanya tersenyum. Setiap kali saya ingat kata-kata ini, saya cuba untuk melupakan. Kerana saya tidak mahu ia menjadikan satu mind setting untuk saya melabelkan anak-anak murid saya itu teruk. Biar siapa pun anak murid kita, ikhlas seorang guru untuk mendidik dan mentarbiyah itu sangat penting. Dengan ikhlas itulah yang akan mengalir sedikit sebanyak mengubah akhlak mereka. Cumanya ia perlu diseimbangkan dengan teknik-teknik pengajaran yang Pn Ainon ada cadangkan daripada psikologi hadith, Teknik Pengajaran Rasulullah. Sangat berharap, saya dapat menjadi salah seorang pesertanya nanti.
Ada baki lagi seminggu. Otak saya sudah siap merangka kata-kata akhir yang patut saya ucapkan di kelas terakhir bersama mereka nanti. Cikgu mana yang tak sayang anak murid?
Nabi dulu Mazhab apa?
1 week ago
0 comments:
Post a Comment