Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw.
Secara fitrahnya semua orang suka kepada kebaikan. Dan definisi baik itu berbeza-beza pada setiap golongan manusia. Ada orang, pada dia memakai tudung dengan baju lengan pendek itu sudah cukup baik. Dan ada juga orang tidak pernah merasa dirinya baik hatta dia sudah memakai niqab.
Kebiasaannya, apabila seseorang itu geng-geng kopiah dan tudung labuh , maka semua orang akan nilai perbuatannya. Makanya, di zaman facebook yang sedang menggila ini, itu sahajalah medium yang dirasakan terbaik untuk menilai manusia.
[1]
Suhana baru sahaja mahu berjinak-jinak memakai tudung. Syukurnya pada Allah yang telah memberi hidayah kepadanya untuk menutup aurat. Padanya, inilah pencapaian terbaiknya sepanjang dia hidup mencecah umur tiga puluhan ini. Tapi, biasalah. Suhana ni jenis orang yang suka ambil gambar. Bukan mahu menunjuk tapi sekadar suka-suka. Dimana-mana sahaja berselfie. Macam-macam fesyen tudung digayakan. Maklumlah dia mampu untuk itu. Sikit pun dia tidak rasa keburukan pada hobinya itu kerana apa yang dia faham, apa salahnya ambil gambar dan post di instagram dan fb. Bukankan gambar itu aku menutup aurat?
[2]
Sofia sudah lama istiqamah dengan pakaian lengkap menutup auratnya. Alhamdulillah syukurnya pada Allah tidak terhingga kerana lahir dalam keluarga yang mementingkan soal tarbiyah Islamiyah sejak dari dalam kandungan lagi. Dia juga seorang daie. Selain aktif berpersatuan, dia juga aktif berfacebook. Medium dakwah katanya. Maka di akaunnya memang penuh dengan kata-kata hikmah. Nilai angka rakannya juga meningkat ribuan. hampir setiap hari ada sahaja rakan baru. Entah kenal atau pun tidak asalkan ada mutual friend seorang pun dia approve. Mad'u katanya. Hampir setiap hari, ada sahaja peringatan yang dikongsikan di statusnya. Bagus. Dan ada juga peringatan yang bunyinya agak sinis dan menyindir. Padanya, pandai-pandailah mahu terasa. Semoga insaflah siapa yang membacanya.
Status itu berbunyi begini, "Ada orang dia rasa dirinya dah cukup baik pakai tudung. tapi dia lupa pada satu sifta malu. Ya. sifat malu yang menjadi perisai seorang wanita solehah itu. Kepada semua perempuan yang suka berselfie tu, silalah bertaubat. Tak payah nak tunjuk sangat lah kecomelan muka tu. Nanti kat kubur dimakan ulat juga"
Suhana salah seorang rakan Sofia. Bukan rakan baik tapi pernah baik. Dia terasa hati sungguh. Segera dia unfriend Sofia. Dan membalas 'bom' di statusnya.
"Eh. Aku punya fb, aku punya sukalah. Aku tak susahkan kau pun. Aku nak post gambar aku, sebab aku bangga aku mampu pakai tudung. Siapa kau untuk control aku?"
Suhana tidak membacanya. Dan sampai bila-bila pun dia tidak tahu Sofia terasa hati dengannya.
Maka hiduplah Sofia dengan penuh kebencian dan dendam. Tenggelam dengan suatu pandangan skeptik terhadap mereka geng-geng Islamik yang suka menghukum dan melabel.
Dan begitu juga hidup Suhana. Berasa bangga dan berjaya mengaku metode dakwahnya berjalan sempurna.
Padahal, hakikatnya sebaliknya.
Seringkali daie itu terlupa. Bahawa marhalah dakwah itu ada tiga iaitu taarif, takwin dan tanfiz. Daie juga terlupa lagi, bahawa kebaikan yang dinyatakan pada situasi dan keadaan yang salah, tidak mampu menjadi penawar malah mungkin bisa menjadi racun. Lagi-lagi daie itu terlupa pada santunnya sifat Rasulullah dalam menasihati para sahabat yang berbagai watak dan kefahamannya dalam ISlam.
Jika tidak, masakan jawapan Rasulullah tatkala apabila didatangi sahabat yang bertanya mana satukah amalan yang paling baik, jawapannya berbeza-beza. Ada sahabat pertama, Nabi jawab, Beriman kepada Allah dan RasulNya, berjihad di jalan Allah dan menunaikan ibadat haji yang mabrur. Manakala apabila Ibnu Mas'ud pula yang bertanya apakah amalan yang terbaik, Nabi saw pula menjawab solat di awal waktu, berbuat baik kepada ibu bapa dan berjihad di jalan Allah.
Mengapa jawapan kepada Ibnu Mas'ud berbeza dan sedikit high level?
Kerana beliau merupakan sahabat Nabi yang terawal memeluk Islam.
Nah. marilah kita mengaplikasikan dakwah gaya Nabi.
Wallahu'alam. Mohon tegur salah silap.
Nabi dulu Mazhab apa?
1 week ago
0 comments:
Post a Comment