• RSS

15 December 2011

sebalik cloud 9..

Bismillah..
Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad saw serta seluruh keluarganya.
Entri kali ini biasa sahaja..

Sekadar terkenang kenangan lalu. Benar. Kita hanya akan betul-betul menghargai seseorang itu apabila mereka telah tiada. Pergi meninggalkan kita. Selamanya..

Cerita disebalik cloud 9..

Ketika saya masih bersekolah rendah, setiap kali abah pulang dari kerja, mesti beliau akan membelikan saya cokelat ini. Bukan sebiji. Tapi satu peket. Cokelat ini diletakkan jauh ke dalam peti sejuk. Dilindungi dengan barang makanan yang lain dengan tujuan untuk menyembunyikan daripada saya walaupun hakikatnya ia memang untuk saya.. Memandangkan ketika itu hanya saya seorang yang masih bersekolah rendah dan duduk di rumah, maka tiada persaingan yang berlaku. Apabila ditanya kenapa abah melakukan demikian, katanya nanti cepat habis. Abah bergurau.

Cloud 9 ini abah beli bukan atas permintaan saya. Jauh sekali saya merengek meminta untuk dibelikan. Dan soalan kenapa abah selalu belikan cloud 9, tidak pernah saya tanyakan.

Beberapa hari lepas, saya teringin makan cokelat. Selain daripada cokelat bar. Itu yang pasti. Singgah di minimart, terpandang cloud 9, terus menyambar satu dua. Ketika itulah kenangan ini hadir.

Dan persoalan kenapa abah selalu belikan aku cloud 9, hadir kembali. Mungkin saya sudah temui jawapannya.

Abah seorang bapa yang rajin. Kuat berkerja. Tidak pernah duduk diam. Penyayang yang tidak pernah ditunjukkan. Emak yang banyak membocorkan. Abah yang selalu mengangkat saya jika saya tertidur di depan tv masuk ke dalam kamar. Abah yang selalu check selimut anak-anaknya. Abah yang menyediakan duit saku di atas meja sarapan setiap kali sebelum abah pergi berkerja di awal pagi. Segala keperluan tidak pernah missed. Biar tidak mewah, tapi selesa.

Cloud 9 itu membawa banyak mesej. Abah mahu memberikan sesuatu yang mampu membuatkan kanak-kanak seperti saya ketika itu gembira. Cokelat sangat dekat dengan kanak-kanak. Jika dibandingkan dengan pisang goreng atau kuih muih yang biasa orang-orang tua berikan kepada kanak-kanak usia itu, sudah tentu cokelat, gula-gula, makanan ringan lebih digemari. Cloud 9 membawa maksud, abah tidak mahu kelihatan kolot atau kampungan sebagai seorang yang berumur 58 tahun ketika itu. Abah berusaha menjadi hero di hati anak-anak dan mahukan anak-anak yakin, abah mampu memberikan semua yang diperlukan.

Al-fatihah buat abah. Semoga kubur abah menjadi sebahagian daripada taman syurga. ameen..

11 December 2011

jangan MADUkan ibadah kita..

Bismillah.. alhamdulillah wa syukrulillah..
Allah memberi peluang lagi dan lagi untuk menulis di ruangan senyap ini. menghadapi minggu-minggu dan hari-hari yang sangat sibuk. Jika ada satu dua masa yang tidak sibuk maka masa itu diisi dengan rehat. Rehat untuk mengembalikan hak tubuh. Rohani dan jasmani. Allahuakbar..

Semester ini memang gila! Padat dan mampat. Subjeknya ,urgh..!!! bukan susah, Cuma TAK MUDAH! Assignment demi assignment.. test demi test.. quiz demi quiz.. lab report dan research paper.. projek dan presentation.. Masya Allah.. sesuatu yang sangat luar biasa banyaknya dan sukarnya. Kami pelajar tahun tiga rata-ratanya mengalami cultural shock. Erm.. mungkin selama ini kami berada di zon selesa dan kali ini diuji untuk mengenal tinggi dan rendah langit bumi.

 Sehebat mana manusia itu menyusun masa, sekuat mana mereka melawan mengantuk di tengah malam demi menyiapkan tugasan, mereka tetap lemah di sisi TuhanNya yang sebenarnya memberikan kekuatan itu. Kekuatan kudrat manusia yang dipinjamkan oleh Allah yang Maha Kuasa.
Sibuk mana pun kita, janganlah sampai menafikan kewajipan kita untuk solat dan ibadah yang lain.

Jangan MADUkan solat dan ibadah kita…
Madu?
Ya.. Madu!

Situasi  1
Ketika sedang khusyuk menyiapkan projek, tiba-tiba azan berkumandang menandakan telah masuk waktu solat. Iman ketika itu bersoal jawab meminta haknya.

solatlah dulu…”

namun syaitan juga memainkan peranan.

“ baik siapkan dulu. Lagi sikit je tu. Nanti tak khusyuk pula kau solat..”

Lalu keputusan dibuat, empunya badan pergi solat. Namun, ketika solat…

Allahuakbar! tangan mengangkat takbir. Belum pun sampai beberapa minit..

soalan nombor tiga tadi, aku rasa kena guna rumus ni kot..” fikiran jelas teringat assignment. Satu soalan berjaya disiapkan ketika solat.


Situasi 2

Usai solat, Iman menyuruh membaca Al-Quran. Selembar dua pun jadilah. Janji istiqamah.

“A’uzubillah…”

Teet.. teet..

Handphone berbunyi. Mesej masuk.

Tangan segera menanda tempat bacaan. Dan beralih mendapatkan handphone. Membuka mesej, membaca dan membalas pantas.
Bacaan disambung lagi.

“bismillahirrohmanirrohim… Alif Laam Mim..”

Teet..teet..

Mesej masuk lagi. Begitulah seterusnya. Saling bergilir. Seayat dua baru dibaca diselang selikan dengan membalas mesej. Itu belum lagi bab bergilir dengan membalas komen di facebook.


ASTAGHFIRULLAH.. inilah yang saya istilahkan dengan meMADUkan ibadah. Solat dan ibadah itu penting dan TIDAK untuk kita tinggalkan. Namun dalam masa yang sama, haruskah kita meMADUkannya dengan pekerjaan kita yang lain? solat tanpa khusyuk, tadarus tanpa tadabbur, lalu dimana nilai halawatul iman yang kita cari?

Ayuhlah sama-sama muhasabah. Hadirkanlah diri ketika menghadapNya. Agar kita tidak dipersoalkan ketika kita dihadapkan di hari pembalasan kelak. Tinggalkan dahulu facebook, berhenti membalas mesej ketika hati masih mahu beribadah. Tunaikan dulu keinginan imanmu. Jangan sampai nanti hati dan iman sudah merajuk ketika itu hati kan benar-benar gersang untuk beribadah. Nauzubillah..

WALLAHUALAM.

Sekali untuk anda, berjuta-juta untuk saya..


Sembang Rakyat


kata mereka, ini konspirasi..


siapa sebenarnya SEMBANG RAKYAT??



07 December 2011

Kepompong yang tidak akan pecah


alah.. budak-budak UPSI je yang tak dapat posting tu.. selagi kita dapat kerja, tak payahlah nak bising hal orang lain..”
Kata mahasiswa…

Jenab : eh, kau tahu? Anak Pak Ali rumah hujung kampong tu, dah dua bulan mengandung.. yang aku tahu, dia tak kawin lagi kan?
Melah: iye ke?
Jenab: apa lah nak jadi dengan remaja sekarang ni kan? Kita kena buat sesuatu untuk masalah social kat kampong kita ni Melah!
Melah: alah.. tak payah la susah-susah.. janji anak kita selamat..
Jenab: ……
Kata masyarakat....

Situasi yang tidak pernah berubah. Kepompong yang tidak akan pecah. Enau dalam belukar, lepaskan pucuk masing-masing. Semakin tinggi belajar, otak semakin bebal. Hidupnya hanya untuk diri sendiri. makan, minum tidur tanpa hiraukan keadaan sekeliling. apa bezanya dengan si peranggut rumput di padang hijau sana? 

Dengan KuasaMu



Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta

artis: Nur One


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...