• RSS

01 March 2012

Jawapan Seorang Dr mengenai hudud

Bismillah.. selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga baginda. Alhamdulillah.. dengan rahmat Allah Ta’ala, kita masih dapat bernafas sebagai seorang muslim di dunia yang fana ini.

Dunia semakin pesat membangun namun manusianya belum tentu. Maka tidak hairanlah apabila orang Islam sendiri yang mengelirukan Islam. Mari kita ikuti jawapan seorang Dr mengenai hudud.


Soalan: nama saya  ## daripada fakulti sains dan teknologi sumber. Saya ingin bertanya kepada Tun. Bagi saya, pandangan Tun sahajalah yang boleh saya puas hati dengan apa yang soalan  sayaa nyatakan. Apakah pandangan Tun terhadap perlaksanaan hukum hudud di Malaysia. Dan saya ingin tanyakan kepada tun kenapa sesetengah negeri di Malaysia yang diperintah oleh kerajaan yang negeri beraliran Islam tidak melaksanakan hukum tersebut di negeri mereka sendiri. sekian terima kasih.

Tun: kita harus tahu apa dia nya hukum ini. yang pertamanya, hukum hudud  ini dibentuk oleh ahli-ahli fekah. Dia tidak terdapat dalam Al-Quran. Dalam Al-Quran ada juga hukum yang tidaklah begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli fekah. Sebab itu apabila kita nak laksanakan sesuatu kita harus rujuk kepada Al-Quran. Kerana itulah punca dan asas kepada agama kita. Dan kalau kita baca Al-Quran  dalam bahasa yang kita faham kalau kita baca dalam bahasa arab mungkin kita tak faham walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham dalam bahasa kita sendiri kalau kita kaji baca dalam Al-Quran terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil dalam islam yang utama bukanlah hukuman itu bukan saksi yang empat. Tetapi hukuman yang adil. Kita hidup dalam masyarakat berbilang agama ada pendapat yang disuarakan oleh pihak yang nak melaksanakan hukum hudud di Malaysia mereka berkata hukum hudud ini akan dikenakan kepada orang islam sahaja orang bukan islam tidak akan dikenakan hukum hudud apa akan terjadi apabila seorang islam dan seorang bukan Islam melakukan satu jenayah mencuri umpamanya apabila kita hukum mereka yang islam kita potong tangan yang bukan islam kita masuk dalam jail selama dua bulan kalau kita Tanya kepada diri kita apakah ini adil? Adil tak Orang islam putus tangan. Orang bukan islam masuk jail dua bulan lepas tu keluar bebas . adil tak? Kalau jawapannya tidak adil, dia bukan Islam. Dalam Islam, hukuman mesti adil. Kalau kita dapati kes rogol umpamanya sebenarnya dalam surah… ( x jelas sebutannya surah apa ) tak ada hukuman yang disebutkan dalam apa yang dipanggil sebagai hukum hudud. Apabila seorang wanita dirogol dia kenal betul-betul siapa yang merogolnya tetapi dia tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang bebas daripada dosa besar untuk memberitahu kepada mahkamah bahawa dia dirogol si polan si polan. Oleh kerana dia tidak mempunyai empat orang saksi, apabila dia membuat tuduhan maka tuduhan ini dianggap sebagai ciptaannya sendiri. dan untuk ini dia akan dikenakan dihukum sebat selama 80 kali. Kemudian bila dia hamil dan melahirkan anak, maka dia akan dituduh budak telah berzina dan kemudian hukuman bagi orang yang berzina ialah ini tak ada dalam Al-Quran. Tetapi orang ahli fekah kata hukuman bagi orang berzina ini ialah rejam dengan batu sampai mati. Adilkah mangsa rogol dibunuh, perogol dilepas semata-mata kerana tak ada empat orang saksi. Ini semua ditambah tokok kepada agama kita. Sebab itu kita sanggup membelakangkan ajaran Al-Quran dan mengutamakan hukum yang amat berat ini. kerana kita berpendapat kalau hukuman itu berat maka kita ini Islam. Tak benar! Dalam Quran sila baca Quran dalam bahasa yang kita boleh faham kita akan dapati beberapa kali disebut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil yang utama ialah adil. Bukan soal saksi bukan soal hukum hukuman yang berat tetapi keadilan. Sebab itu mereka yang membuat cadangan untuk nak melaksanakan hukum hudud mereka sebenarnya bukan bercakap berkenaan dengan hukum Islam tetapi ialah ciptaan mereka sendiri dan kita tidak dapat terima.            

Saya tidak berniat untuk membahas panjang isu ini. namun apa yang hadir di benak fikiran ini ialah beberapa potongan Ayat Al-Quran dan hadith sahih mengenai hukum hudud yang dikatakan rekaan ahli fekah oleh Tun Dr.
ä-Í$¡¡9$#ur èps%Í$¡¡9$#ur (#þqãèsÜø%$$sù $yJßgtƒÏ÷ƒr& Lä!#ty_ $yJÎ/ $t7|¡x. Wx»s3tR z`ÏiB «!$# 3 ª!$#ur îƒÍtã ÒOŠÅ3ym ÇÌÑÈ  
38. dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Maidah :38)

Diriwayatkan pula di dalam Sohih Bukhari Hadith no 1516 Jilid 3: 

Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: "Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?" Kata mereka: "Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!" Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?" Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: "Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!"

Rasulullah bertindak adil. Walaupun sekiranya pencuri tersebut anak kesayangan baginda, hukuman yang sama tetap dikenakan.
îouqß $yg»oYø9tRr& $yg»oYôÊtsùur $uZø9tRr&ur !$pkŽÏù ¤M»tƒ#uä ;M»oYÉit/ ö/ä3¯=yè©9 tbr㍩.xs? ÇÊÈ   èpuÏR#¨9$# ÎT#¨9$#ur (#rà$Î#ô_$$sù ¨@ä. 7Ïnºur $yJåk÷]ÏiB sps($ÏB ;ot$ù#y_ ( Ÿwur /ä.õè{ù's? $yJÍkÍ5 ×psùù&u Îû ÈûïÏŠ «!$# bÎ) ÷LäêZä. tbqãZÏB÷sè? «!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ̍ÅzFy$# ( ôpkôuŠø9ur $yJåku5#xtã ×pxÿͬ!$sÛ z`ÏiB tûüÏZÏB÷sßJø9$# ÇËÈ )
1. ini ialah satu "surah" Yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan Yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
2. perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman. (An-Nur : 1-2)
tûïÏ%©!$#ur tbqãBötƒ ÏM»oY|ÁósßJø9$# §NèO óOs9 (#qè?ù'tƒ Ïpyèt/ör'Î/ uä!#ypkà­ óOèdrßÎ=ô_$$sù tûüÏZ»uKrO Zot$ù#y_ Ÿwur (#qè=t7ø)s? öNçlm; ¸oy»pky­ #Yt/r& 4 y7Í´¯»s9'ré&ur ãNèd tbqà)Å¡»xÿø9$# ÇÍÈ  
4. dan orang-orang Yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan Yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang Yang fasik (An-Nur : 4)

Hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

"Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansar RA, bahawa seorang lelaki dari Aslam datang kepada Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa dia telah berzina. Pengakuan ini diucapkannya empat kali. Lalu Rasulullah SAW menyuruh supaya orang itu direjam. Sesungguhnya dia telah berkahwin." Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, no 1817, Jilid 4, Bab Zina.


YAB Menteri Besar Kelantan ketika ditanya tentang hudud, beliau menjawab: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.


Wallahualam.. Semoga Allah ampunkan dosa Tun Dr dan kita semua dalam kesilapan berkata-kata mengenai Islam..




07 February 2012

Teks Komik Matematik



Tajuk: Teks Komik Matematik
Penulis: Koh Yoon-gon
Penerbit: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd
Bilangan muka surat: 225
Harga: Sem. Malaysia RM26.90 Sabah/Sarawak RM29.90

Kertas dari jenis licin yang terbaik menunjukkan ia berkualiti. Kesemua gambarnya berwarna. Buku ini dating dalam 3 volume untuk sekolah menengah. Volume 1: set and natural number, characteristics of natural number, alphabet and algebraic. Volume 2: linear equation. Volume 3: basic of geometry, construction of basic geometry, characteristic of geometry, measurement of geometry. Matematik dalam komik. Penerangan yang santai. Contoh yang menarik dan sangat berkait dengan kehidupan seharian. Mungkin berguna untuk para guru dalam mencari idea untuk bbm, set induksi atau isi kandungan pengajaran. Ibu bapa juga boleh membelikan untuk anak-anak sebagai salah satu alternative untuk menambahkan minat mereka terhadap matematik seterusnya memadamkan perspektif matematik itu payah. Juga elok untuk diceritakan ketika sesi bed time story bagi menggantikan cerita-cerita tahyul dan dongeng kepada anak-anak.

Nota:
1.      Bbm: bahan bantu mengajar
2.      Mood: preparation for LM (Latihan Mengajar)
3.      Doakan saya ya. Lahawlawalaquwwatailabillah..
1.      Baucer buku dah habis..




06 February 2012

Rooftop Rant



Tajuk: Rooftop Rant
Penulis: Hlovate
Penerbit: JS Publishing
Harga: Sem. Malaysia RM21.00
Bilangan muka surat: 538

Seperti versus dan contengan jalanan, temanya sentiasa tidak lari daripada remaja, skate, dunia seni, dengar mp3, hijrah 360 darjah, berubah jadi baik, dan usrah. Latar tempatnya pula, area-area Kl- Selangor, Indonesia, Scotland. Manakala pengisian ilmiahnya, buku-buku harun Yahya kebanyakannya.

Disebabkan novel yang ini telah lama dan saya membaca Versus dan Contengan Jalanan dahulu, maka dapat dilihat, Hlovate menulis dengan lebih baik. Semakin kurang unsur cintanya. Semakin bertambah ilmiahnya.
Trisy gadis bermasalah. Baru berumur 16 tahun. Mangsa pengabaian ibu bapa dan ahli keluarga. Liar di sekolah. Merokok dan pernah cuba untuk bunuh diri. Tiga hari seminggu melepak di atas bumbung Wisma Topaz. Di sana dia bertemu dengan Jade.

Jade penjual burger. Mahasiswa UITM. Minat melukis komik. Ibu bapanya tidak membenarkan dia menjadikan itu sebagai kerjaya. Pelajarannya yang biasa-biasa selalu dibanding-bandingkan dengan along dan adiknya. Melepak di atas bumbung Wisma Topaz kerana mencari ketenangan dari bebelan ibunya. Juga untuk mencari ilham lukisannya.

Di atas bumbung, mereka bertemu. Bercakap mengenai kehidupan. Berkongsi masalah.
Trisy dipaksa duduk bersama atok, opah dan Pak Sunya di JB. Pelajarannya cemerlang. Menukar penampilan. Mula bertudung. Gadis sopan. Malah berusaha solehah. Spm gempak. Ke Aberdeen.
Jade menjadi kartunis majalah Hah Ha. Bertemu dengan beberapa rakan yang membawanya kembali bersama-sama melakukan refreshment dengan Islam yang bukan sekadar ilmu di dalam buku teks sekolah tetapi sebagai cara hidup. Ad-Deen.

Akhirnya mereka semua menjalani hidup yang lebih baik. As a good muslim. Seterusnya hidup melengkapi antara satu sama lain sebagai pasangan suami isteri yang sah!







01 February 2012

Lament of the Quran


Lament of the Quran

As an ornament do they adorn me
Yet they keep me and sometime kiss me
In their celebrations they reside me
In disputes they swear by me
On shelves do they securely keep me
Till another celebration of dispute
When they need me.

Yes! They read me and memorize me
Yet only an ornament am I
My message lies neglected
My treasure untouched.

The field lies bare
Where blossomed once true glory

Wrong is the treatment that I receive
So much to give have I
But none is there to perceive






Tangisan Al-Quran

Sebagai barang perhiasan, mereka mempersolekkan aku
Namun mereka terus juga menyimpanku
Dan kadang-kadang mencium aku.

Ketika perayaan mereka melaungkan ayat-ayatku
Sewaktu sengketa mereka bersumpah atas nama aku.

Di atas rak-rak mereka menyimpan aku sehingga tiba pada perayaan
Atau sengketa yang lain bila mereka kembali memerlukan lagi.

Ya! Mereka membaca dan menghafalku
Tapi sebagai perhiasan sajalah aku ini
Tidak lebih daripada itu.

Perutusan dan peringatan daripada-NYA
Yang kubawa tetap bersembunyi tetap terbiar.

Khazanah-NYA yang kubawa tidak juga mereka sentuh.

Arenaku tetap terbentang gersang
Dan tandus di mana dulunya
Menyemarak kegemilangan keagungan.

Perlakuan mereka padaku memang biadab
Begitu banyak yang boleh kuberi
Tapi tiada siapa yang sudi menerimanya….

~Mahir-ul-Qadri~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...